Jangan Campur Politik Dan Agama- Buka Pekung Di Dada

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pemimpin pembangkang supaya tidak menggadaikan agama semata-mata mahu menang pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan mencampuradukkan politik dan agama bagi mencapai tujuan itu merupakan satu perbuatan yang berbahaya.

"Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama... bahaya," katanya ketika berucap semasa melawat Pusat Peti Undi Kampung Samagagah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka yang menyokong UMNO tidak akan ke syurga

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya itu dengan alasa UMNO memisahkan Islam dengan iman.

Katanya, sesiapa sahaja yang mengasingkan iman daripada Islam seperti yang diamalkan parti yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara itu tidak akan diterima Allah.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dipercayai ada kaitan dengan kempen pilihan raya kecil Permatang Pasir ketika ini yang menyaksikan persaingan sengit antara Pas dan Barisan Nasional (BN).

Aku kata: Aku sebenarnya malas dah nak ulas pasal politik Malaysia nih.. Sebab apa? Sebab aku dah penat melayan orang-orang macam nie.. tapi sebab politik tu sebahagian daripada agama, maka aku terpaksa ulas statement dia nih..

Cuba perhatikan ayat yang aku kasi warna peach.. Nampaknya dia nih dah bukak pekung di dada.. Bila PAS kata sekular, depa marah.. sekarang depa dah mengaku sendiri.. so, salah siapa?

Politik dan agama tak boleh dipisahkan.. Kalau pisahkan agama dan politik maka jadilah seperti Turki di era pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk laknatullah.. Cakap jangan sebarang cakap saja..

Yang pasal statement Ahli UMNO tak masuk syurga tu, TGNA dah nafikan beliau ada kata macam tu.. Beliau cakap lain, media tulis lain.. tu yang kecoh sampai Majlis Fatwa Kebangsaan yang entah bersidang ke tak tu keluarkan fatwa..

Sekarang TGNA nak berdepan dengan Majlis Fatwa.. Siap sedialah..

p/s: lain kali, jangan buat fatwa tanpa mendengar penjelasan pihak yang satu lagi.. Bila TPM suruh buat fatwa, laju je Majlis Fatwa keluarkan fatwa.. Cuba Majlis Fatwa keluarkan fatwa pasal hukum tak pakai tudung.. sampai budak kecik dah berjanggut pun, fatwa tak keluar-keluar..

0 comments:

Followers

Ruang Komen