Tindakan Umar = ISA?

Pernah aku terbaca di forum IluvIslam pasal ISA ni.. Ade user kata masa zaman Umar pun ada ISA.. Ni artikel yang aku copy paste dari sini. Cuba kita tengok perbezaan antara ISA Umar dengan ISA kita..

SATU - Tindakan Umar adalah untuk memastikan keamanan masyarakat. Tindakan itu bebas daripada sikap keterlaluan, kecuaian dan sebarang kepentingan diri. ISA pula sarat dengan keterlaluan, kecuaian dan kepentingan diri mereka yang berkuasa untuk mengekalkan kuasa.

DUA - Kerajaan Umar adalah kerajaan yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perlembagaannya. ISA bukan lahir daripada sebuah kerajaan seperti kerajaan yang dipimpin oleh Umar.

TIGA – Keputusan yang dibuat oleh Umar menepati semangat perundangan Islam dan prinsip-prinsip umum dalam Islam iaitu untuk menutup ruang-ruang yang boleh merosakkan masyarakat. ISA bukan menutup ruang yang merosakkan masyarakat tetapi menyumbang kepada kerosakan.

EMPAT – Umar sendiri adalah sahabat yang sangat alim dan sangat kuat berpegang dengan Islam. Tindakannya lahir daripada kecintaannya kepada Islam. ISA pula tidak pernah dirujuk pun kepada cerdik pandai agama atau mufti. Sedangkan salah satu prinsip umum Islam yang wajib dipatuhi dalam urusan masyarakat ialah merujuk perkara yang rumit kepada kumpulan cerdik pandai.

LIMA- Tindakan Umar tidak bercanggah dengan mana-mana dalil yang bersifat umum dan detail. ISA pula terbukti bercanggah dengan dalil-dalil umum seperti perintah berlaku adil dan ihsan sesama manusia. Begitu juga ISA bercanggah dengan dalil yang bersifat detail seperti orang yang bersalah hendaklah dibuktikan kesalahannya.

ENAM – Langkah pencegahan hendaklah berkemampuan membawa manusia kepada kebaikan dan menghindari keburukan dan kebinasaan. ISA terbukti tidak berkemampuan untuk mencapai kedua-dua hal tersebut.

ISA bukan bersifat mencegah tetapi membalas dendam. Mereka yang ditahan ISA disiksa, didera, diaibkan, ditelanjangkan. Itu semua tidak pernah dilakukan sama sekali oleh Umar.

Langkah Umar adalah langkah pencegahan tetapi menyamakan tindakan Umar dengan ISA sama seperti menyamakan terung dengan telur. Kedua-duanya berbentuk bulat tetapi jika dilontar, terung tidak pecah dan telur tentunya berkecai.

0 comments:

Followers

Ruang Komen