NGO Bimbang- Isu Kepala Lembu

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bimbang dengan tindakan Peguam Negara yang terlalu cepat membuat pendakwaan dalam isu kepala lembu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Tan Sri Abdul Gani Patail itu akan menimbulkan rasa gelisah di kalangan orang Melayu.

''Saya hairan mengapa banyak kes yang dilaporkan sebelum ini kepada pihak polis seperti isu penghinaan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak terbabit.

''Namun dalam kes isu kepala lembu, ia berbeza sama sekali yang mana Peguam Negara begitu cepat membuat pendakwaan kepada penunjuk perasaan,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas ruangan pembaca Utusan Malaysia hari ini yang merasa pelik dengan pendakwaan segera Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Malah, pembaca yang menamakan dirinya sebagai Mohd. Sharial Omar itu mempersoalkan mengapa pendakwaan tidak dilakukan kepada pihak-pihak tertentu dalam isu seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.

Ibrahim menegaskan, tindakan sebegitu boleh menyebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan orang Melayu jika gagal bertindak adil dalam isu-isu yang melibatkan sensitiviti orang Melayu.

''Saya tidak mahu nanti orang Melayu fikirkan yang kerajaan sekarang sedang cuba mengambil hati orang bukan Melayu melalui cara ini dengan membelakangi mereka,'' tambahnya.

Sumber: Petikan dari Utusan Meloya

Aku kata: Bila kena kat batang hidung sendiri, mulalah gelabah tak tentu pasal.. Ibrahim Ali yang menang PR12 atas tiket PAS tu mula bersuara sumbang.. Katanya hairan kenapa polis tak dakwa orang yang hina Raja Melayu.. Yang hina Raja Melayu tu siapa? UMNO ke PAS? Siapa yang duk usung banner yang bertulis 'natang'(binatang) di Terengganu dulu masa Raja tak perkenan lantik Idris Jusoh jadi MB Terengganu?

Kelakar la kau ni Ibrahim Ali.. Kenapa? Kau takut sokongan Melayu berkurang? Dia ni kata benda ni melibatkan sensitiviti Melayu.. Habis tu sensitiviti agama lain tu macam mana?

Namanya calon Bebas tapi hakikatnya BN.. Dah la menang atas ihsan pihak PAS.. Piiraahh..

0 comments:

Followers

Ruang Komen