[Iktibar] Titah Sultan Brunei

Benda ni dah lama sebenarnya tapi aku 'tampalkan' balik di blog aku. Mari kita baca dan hayati titah Al-Sultan Brunei di bawah ini. Semoga menjadi iktibar buat kita semua bahawa inilah sebenarnya pemimpin yang kita cari-cari selama ini. Baginda bertitah di Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan pada 1 Ogos 2006. Ini titahnya:

"Beta suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin belia khasnya dan juga semua yang hadir, bahawa golongan belia, terutama belia remaja adalah sentiasa terdedah kepada eksploitasi pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Ada belia-belia yang digunakan untuk melariskan pelbagai produk hiburan dan ?costume? yang tidak serasi dengan adat resam bangsa. Mengapakah belia menjadi sasaran? Kerana sifat-sifat mereka yang memang menarik, di samping juga faktor kejiwaan, di mana mereka mudah terpengaruh kepada perkara-perkara hangat dan baru.

"Kesempatan inilah yang sering diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan itu tanpa mempedulikan, sama ada baik ataupun buruk. Eksploitasi terhadap kelemahan-kelemahan belia seumpama ini wajarlah jangan dibiarkan, tetapi perlu diambil perhatian serius serta ditangani oleh kita semua, khasnya para pemimpin belia sendiri. Program-program menyuntik kesedaran perlulah disusun, termasuk juga untuk para ibu bapa dan masyarakat sebelum ianya menjadi isu sosial yang kronik."

Siaran televisyen dari negara jiran yang bersaudara dengan nagara kita juga banyak mempengaruhi siasah serta jati diri anak bangsa kita kerana kebanyakkan siaran yang disiarkan adalah berbentuk hiburan yang amat-amat melalaikan serta merosakan iman kita selaku umat islam,,�

Beta juga mengizinkan serta amat mengalakkan para ulama serta ilmuan islam dalam Negara Brunei DarulSalam ni menegur segala kepincangan yang berlaku ke atas system pemerintahan beta dan juga kepincangan serta masalah sosial di dalam masyarakat umum.. suka juga beta maklumkan di sini bahawa para ulama mempunyai kuasa penuh untuk menegur apa sahaja kemungkaran yang berlaku di dalam negara Brunei DarulSalam..

Dalam menangani masalah ini, semua pihak adalah bertanggungjawab terutamanya ibu bapa dan suami untuk menegur dan membimbing isteri dan anak-anak mereka. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59, tafsirnya:

"Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik maka dengan itu mereka tidak diganggu."

Dalam kita sama-sama menikmati arus kemodenan ini, janganlah kemodenan itu disalahertikan sebagai pergaulan bebas yang melampui batas tatasusila dan hukum agama seperti cara berpakaian yang mendedahkan aurat dan sebagainya terutama di kalangan remaja dan belia. Sebaliknya kemodenan itu hendaklah digunakan untuk kebaikan dan kemudahan dalam urusan seharian kita. Hidup moden tidak semestinya bergaul bebas, hidup moden tidak semestinya mendedahkan aurat.

Akhirnya, marilah kita selaku suami atau ibu bapa membimbing isteri dan anak-anak dalam mematuhi segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan yang demikian, kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal?alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An- Nuur ayat 31, tafsirnya:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram dan memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memeperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."�

Selaku umat islam kita harus mematuhi segala suruhan serta larangan Allah Subhanahu Wata`ala tanpa sebarang bantahan kerana kita adalah makhluk ciptaanNya.

Sumber: Isuhangat

Macam mana? Bagus tak Sultan Brunei ni? Mana korang nak cari Sultan yang bagi kuasa penuh pada ulama untuk tegur kemungkaran dalam negara apatah lagi nak tegur kepincangan sistem pemerintahan..

Pada pendapat aku, inilah Sultan yang paling bagus yang pernah aku jumpa di Nusantara ni. Negara Arab aku tak nak komen lah..

Silap-silap negara 'islam' macam kita pun tak sanggup nak bagi kuasa penuh kat ulama.

Fikirkanlah...

0 comments:

Followers

Ruang Komen