[Sambungan] Kisah Benar

Farid mula menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap Allah. Antara tindakan Farid yang menunjukkan rasa tidak puas hatinya ialah:

1) Tidak menunaikan solat 5 waktu
2) Tidak berpuasa pada bulan ramadhan
3) Memaki Allah dengan mengatakan perkataan 'bodoh'
4) Membenci ilmu agama
5) Memijak kaset bacaan Al-Quran

Apabila abangnya mengejutkannya untuk bangun solat subuh, Farid bangun dan mengambil wudhuk. Tetapi setelah abangnya berlalu, Farid segera masuk ke bilik dan menyambung tidurnya.

Apabila tiba bulan puasa, Farid bangun bersahur tetapi pada siang harinya Farid makan dan minum tanpa pengetahuan ibunya.

Buku agama ditolak tepi. Apa yang dibacanya ialah novel dan komik. Farid berasa menyampah dan benci apabila melihat buku agama.

Selama setahun Farid meneruskan perbuatannya, akhirnya pada pertengahan Mei 2005, hidayah Allah sampai kepadanya..

Selepas pulang dari sekolah, Farid terus menghempaskan badannya ke katil. Penat setelah berjalan pulang dari sekolah. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Kebiasannya, sebaik sahaja badan dihempaskan ke katil, matanya terus terpejam. Namun pada petang ini, keadannya agak aneh.

Dipandangnya kaset di rak sebelah kirinya, melihat-lihat komik yang tersusun rapi. Namun, terdetik di hatinya untuk mendengar bacaan ayat suci Al-Quran. Perlahan-lahan Farid bangun dan memasukkan sebuah kaset ke dalam pemain kasetnya.

"Bismillahirrahmanirrahim... Yaa siinn.. Wal quranilhakim, Innakalaminalmursalin 'ala sirotimmustaqim.. Tanzilal 'azizirrahim, litunzirokomammnya un ziro aaba uhum fahum Ghafilun. Lakod haqqal qoulua'ala aksarihim fahum la yukminun. Innaja'alna fiii a'nakihim aglalanfahiyailal azqo nifahummukmahun"

Bacaan Surah Yaasin yang di baca oleh Syeikh Saad Said Al Ghamidhi menggegarkan jiwanya Badan Farid bergegar, bulu romanya meremang.. Lantas ingatannya berputar seperti pemain video. Segala perbuatan yang dilakukan seolah-oleh diputarkan di benaknya. Satu persatu dosa dan maksiat yang dilakukan bermain di kepalaya.

Tanpa semena-mena, air matanya mengalir laju di pipinya. Hatinya yang keras, cair dengan alunan ayat suci Al-Quran. Subhanallah.. Ternyata pancaran Nur Illahi mengatasi segala-galanya..

Farid bingkas bangun dan menutup bacaan Al-Quran tadi lantas menuju ke bilik air untuk berwudhuk. Farid kemudiannya menunaikan solat sunat taubat ketika itu juga. Solatnya kali ini diiringi air mata keinsafan. Farid benar-benar insaf dan kini barulah Farid dapat merasakan bahawa hidayah Allah tiada tolok bandingnya di dunia ini..

Nota: Kisah di atas diadaptasi daripada kisah benar yang terjadi pada seseorang yang aku kenali. Nama-nama dalam cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Jika ada persamaan watak, ia hanyalah kebetulan.

Farid kini sudah bertaubat dan berazam untuk tidak lagi mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan dahulu. Alhamdulillah...

Ambillah pengajaran dari kisah diatas.. Wassalam..

0 comments:

Followers

Ruang Komen