[Buku] Gerakan Freemasonry


Salam to all...

Hari ni kat universiti aku ada gerai buku. Bolehlah dikatakan buku islamik la. Semalam masa aku lepak-lepak kat bilik kawan aku, aku nampak satu buku. Tajuknya "Gerakan Freemasonry". Aku pun apa lagi, terus sambar buku tu dan baca. Oles sebab tu bukan buku aku maka laju gile aku baca. Banyak jugak la muka surat yang aku skip. Aku tanya la kawan aku "eh, buku sape ni?" kawan aku cakap dia pinjam buku tu. Aku tanya balik "boleh aku pinjam, nak fotostat. Best buku ni". Lepas tu kawan aku cakap "Baik kau beli je. Berlambak kat kedai". Aku cakap tak ada masa nak keluar ke bandar.

Ditakdirkan Allah, keesokan harinya lepas kelas, masa on the way nak pergi makan, nampak ada gerai jual buku kat sebelah DS (Dewan Sarjana). Aku dan geng-geng aku usha-usha la buku kat situ. Pastu ternampak satu buku tajuknya "Gerakan Kristianisme dan Orientalisme". Penerbit buku tu sama dengan "Gerakan Freemasonry" yang aku baca semalam.

Aku tanya la penjual tu.. "Bang, buku "Gerakan Freemasonry" ada ke? Penjual tu cakap ada tapi belum susun lagi. Maklumlah gerai tu pun baru je bukak, terus-terus orang serbu. Mana tak terlepas pandang.

Aku suruh penjual tu simpankan buku yang aku nak tu kalau ada, dia cakap ok. Lepas tu aku dan yang lain pergi makan di cafe. Lepas habis makan, usha pulak gerai tadi. Hah! Ada buku tu. Buku "Gerakan Freemasonry" ada atas meja. Aku ambik buku tu tapi tak ada duit. Tak sempat nak pergi ATM. Dengan bantuan seorang kawan, dia pinjamkan dulu duit dia. Aku terus bayar dan blah dari situ.

Begituilah alkisahnya pertemuan aku dengan buku tersebut tanpa diduga.. Alhamdulillah..

************************************************************************************

Buku di atas menceritakan perihal dan bagaimana munculnya gerakan Freemason iaitu sebuah pertubuhan rahsia Yahudi yang berselindung di sebalik pertubuhan kebajikan.. Nampak baik tetapi hakikatnya ia dipenuhi dengan seribu macam agenda tersembunyi yang bertujuan untuk menghancurkan umat Islam.

Pertubuhan ini merupakan pelopor kepada pertubuhan yang bersifat kebangsaan. Malah di dalam buku ini juga menceritakn bagaimana pengaruh Freemason menyusup masuk ke dalam kerajaan Turki Uthmaniah sehingga akhirnya membawa kepada hapusnya sistem khilafah.

Secara jujurnya, aku agak sedih dan sebak apabila membaca kisah bagaimana proses terhapusnya sistem khilafah. Bayangkan satu-satunya kekuatan umat islam waktu itu akhirnya jatuh di tangan sekularisme dibantu oleh Freemason. Memang laknat pertubuhan ni..

Dalam buku ni juga menceritakan pengaruh Freemason tersebar ke Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Singapura malahan Malaysia sendiri.

Nasihat saya, sesiapa yang berminat untuk membaca dan mengenali musuh Islam secara dekat, belilah buku ni.. Wallahualam..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam).”

4 comments:

Seema_Suraya January 12, 2010 at 4:19 AM  

salam sahabat..

terharu ana membaca kisah tersebut..

ana turut berminat utk mmbeli buku tersebut..

tapi memndgkan alauan ana pon xdpt lagi..

ana tunda dahulu la..
syukran sgt2 kpda anta kerana selalu mmperingatkan ana utk lebih alert terhadap islam..

alhamdulillah ana semakin hari semakin berfikir scara matang..

moge anta terus mmberi input kpda ana..

sekian..

Ninja Jepang January 12, 2010 at 5:03 PM  

Salam..

Alhamdulillah.. Allah telah mendatangkan rase minat ke dalam diri enti..

blog ini sentiasa di update semoga berjaya mendatangkan hasil yang memberangsangkan.. amin..

Seema_Suraya January 14, 2010 at 3:24 AM  

syukran jazilan..

ana bersyukur sngat2..
amin..

Anonymous January 29, 2010 at 11:51 AM  

dating pulak...pergh.

Followers

Ruang Komen