Aku Mimpi Dia

Salam to all..

Dua minggu lepas (kalau tak silap) aku dan beberapa rakan yang lain melangkah ke Pusat Islam (PI) untuk mengulangkaji pelajaran kerana keadaan bilik amatlah tidak sesuai untuk fokus kepada studi. Dengan keadaannya yang bising dan studi sorang-sorang menyebabkan aku berlalu pergi ke PI dengan ditemani beberapa orang teman untuk membuat studi group. Malam tu malam first kami tidur di PI berbantalkan sejadah yang dilipat bersusun-susun dan ditemani seranggan serta nyamuk. Bagi orang-orang kaya yang cerewet, anda tidak digalakkan untuk ke PI.

Malam tu sunyi sepi, aku studi dari pukul 10 sampai 12 tengah malam. Kemudian online pukul 12-1.. Tanpa semena-mea aku tertidur di depan laptop. Aku bermimpi..

Dalam mimpi aku, aku jumpa arwah pakcik aku (kembali ke rahmatullah pada 20/10/2009). Aku tidak jelas apa yang aku mimpikan tetapi aku sedar yang aku menangis bila aku terjaga dari tidur.. Aku dapat lihat arwah seolah-olah dia di depan aku. Sangat dekat sehingga aku menangis. Bila aku terjaga, aku merasakan perasaan rindu yang sangat tebal dalam jiwa aku. Ya! Memang aku rindukan arwah. Lebih-lebih lagi bila teringat balik segala 1001 kenangan indah bila bersama arwah. Tambahan pula arwah merupakan pakcik yang sangat rapat dengan kami sekeluarga. Of course la kehilangannya sangat-sangat memberi kesan kepada kami. Aku mengaku memang aku menangis bila dapat berita tentang arwah.

Lagipun arwah pergi dalam usia yang muda (32 tahun), sudah tentulah pemergiannya amat dirasai seisi keluarga kami. Tak dapat digambarkan betapa terkilannya aku sekeluarga bila tidak berada di sisi arwah sewaktu jasadnya di bawa ke kubur. Kerana apa? Kerana waktu itu kami di Sabah. Kalau ambik tiket malam tu pun, tak sempat jugak. Jadi hanya telefonlah satu-satunya penghubung antara Sabah dan Kelantan saat itu. Thanks to you Mr Alexander Graham Bell.

Dah la.. Sebelum aku menjadi lebih emosi, biarlah sampai disini sahaja cerita aku..

Doa aku sentiasa bersamamu semoga engkau damai di sana..

Al-Fatihah...

4 comments:

Seema_Suraya February 6, 2010 at 7:22 PM  

salam..

sahabatku yg sedang dalam kesedihan..

usahla anta bersedih lagi..

sesungguhnya setiap yg hidup di dunia ini ditakdirkn akan kembali ke rahmatullah..

sebgai manusia biasa kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa..

ana tahu anta seorang yg tabah..

jadi sabar dan terusla bersabar..

setiap kali anta merinduinya..

berwuduklah dan pegang lalu bacalah surah YASIN..
niatkan utk bersedekah pada arwah..

banyakan berdoa ey..

"bertemu dan berpisah adat manusia biasa..

hilang di mata tapi di hati tidak lupa.."

senyum kembali..
^_^

Ninja Jepang February 7, 2010 at 1:04 AM  

Salam..

Ya namun bukan semudah yang disangka..

Terasa bagai semalam arwah bersama kami.. Kini, semua itu hanya tinggal kenangan..

Biarlah kenangan itu tersemat di qalbu..

Thanx atas sokongan..

^_^

Anonymous February 8, 2010 at 1:15 AM  

salam Nik... ^_^

akak faham perasaan kamu, perasaan rindu pada orang yang telah pergi..

hanya mereka2 yang telah mengalaminya sahaja yang betul2 dapat menyelami perasaan kerinduan itu...

SABAR & terus BERSABAR..DOA & terus BERDOA... hanya itu ayng kita mampu lakukan untuk mereka yang telah menerima 'pinangan dari yang Esa'

^_^

aduh...post kamu ni, buat akak sebak...kerinduan itu pasti pada mereka yang telah pergi...

kita yang hidup perlu teruskan hidup dan jangan lupakan mereka...

yer...kita sesama berdoa semoga mereak di tempatkan dikalangan solehin... aminn...


p/s: akak dah kehilangan 2-2 permata hidup seorang yang bergelar anak...

~~nur petunjuk~~

Ninja Jepang February 8, 2010 at 8:16 PM  

Terima kasih kak nur atas sokongan akak..

Ya! Hanya yang merasainya sajalah yang benar2 dapat merasai perasaan itu..

Sesungguhnya setiap yang bernyawa akan tetap menemui maut- Janji Allah dalam Al-Quran..

Thanx a lot.. ^_^

Followers

Ruang Komen