Salah Ke Jadi Peguam?

Peguam dan hakim.. Bila disebut saja kedua-dua profesion ini, maka timbullah segala macam tuduhan dan prasangka yang bukan-bukan. Antara kata-kata yang sering kedengaran ialah:

"Peguam membela pesalah!"

Baiklah, entry kali ni adalah untuk menerangkan adakah kerjaya sebagai peguam ini salah di sisi agama dan masyarakat. Atau adakah ianya hanya satu bukti yang menunjukkan kelemahan mentaliti orang melayu.

Persoalan pertama,

A dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh membunuh seorang lelaki dengan kejam. Seluruh masyarakat menghukum A sebagai pembunuh setelah melihat muka A di muka depan akhbar. Walaupun A baru sahaja DITUDUH dan mahkamah belum bersidang, masyarakat secara membuta-tuli telah menghukum A dan ada yang lebih ekstrem melaungkan

"A patut dihukum gantung sampai mati!"

Di sebelah A pula tertera gambar peguam bela A. Dengan peguambela sekali dituduh sebagai jahat kerana membela pembunuh.

Persoalannya,
Atas justifikasi apakah masyarakat menghukum A?

Dalam situasi ini, peguam tersebut bertindak atas prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Salah kah prinsip ini? Adakah hanya kerana hanya seorang suspek maka dia lah yang sebenar bersalah? Mudah benar kita membuat andaian. Peguam tersebut bersangka baik terhadap A kerana bersangka jahat itu salah. Maka oleh kerana mahkamah belum bersidang, tiada apa yang dapat menghalang peguam itu dari membantu membuktikan yang A tidak bersalah.

Andai kata ada seorang saksi, B yang melihat A membunuh. Maka adakah peguam itu harus tunduk saja kepada hujah B itu? Sudah tentu tidak. Oleh kerana tidak diketahui siapakah sebenarnya yang membunuh wanita itu, maka sudah tentu peguam itu akan menentang hujah B bermatian. Bagi peguam itu, boleh jadi B tersilap, dan boleh jadi juga B menerima rasuah. Maka itu, peguam itu tetap membela A bagi membuktikan yang dia tidak bersalah.

Kita tidak tahu samada A benar-benar bersalah atau tidak kerana prinsip yang diguna adalah seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah. Maka, salah kah bagi peguam itu bersangka baik terhadap A? Sudah tentu tidak bukan? Jadi dengan prinsip itu dan amalan bersangka baik ini, peguam itu akan berusaha membela A bermatian kerana tiada yang mengetahui perkara sebenar kecuali A dan Allah. Jadi selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman ke atas A, selagi itu peguam itu mesti membela A demi mengelakkan seorang yang tidak bersalah dianiyai.

Persoalan kedua.

Adakah hakim yang menjatuhkan hukuman yang salah itu berdosa? Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda bahawa jika seseorang itu berijtihad dan ia betul, maka baginya 2 pahala. Jika sekiranya ia berijtihad dan ia salah, maka baginya 1 pahala. Bagaimana kah seorang hakim itu membuat keputusan? Adakah secara membuta-tuli? Sudah tentu tidak! Hakim membuat keputusan berdasar kepada apa yang ada di hadapan nya.

Jika perkara itu pada tafsirannya begitu, maka begitulah. Kalau hakim membebaskan suspek kerana tidak cukup bukti, maka salah kah hakim? Sudah tentu tidak kerana hakim tidak boleh membuat keputusan berdasarkan sentimen masyarakat. Selagi tidak dibuktikan bersalah, selagi itu lah orang itu tidak bersalah. Jadi tiada kesalahan di atas bahu hakim sekiranya keputusan itu rupanya salah. Kerana dia membuat keputusan berdasar pada ijtihad selepas melihat segala bukti yang dikemukakan oleh kedua belah pihak.

Dan orang luar tak patut mempertikai keputusan ini kerana sudah nyata tiada sebab orang itu perlu dihukum bersalah. Hanya Allah dan suspek sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Bagi seorang hakim yang tiada keupayaan untuk berdialog secara langsung dengan Allah seperti nabi Musa, maka tidak patut kita menyalahkan hakim yang langsung tak buat salah. Ingat, seseorang itu tak bersalah selagi tak dibuktikan bersalah.

Harapan aku agar masyarakat membuka minda mereka dan cuba untuk berfikiran jauh dan bukannya semata-mata berpandukan emosi.

Ada juga yang menyatakan peguam merupakan penggerak kepada sistem sekular. Jawapan aku ialah, tidak kira ada peguam ataupun tidak, sistem ini akan tetap berjalan dan berjalan dan berjalan seperti biasa. Hanya orang yang berfikiran sempit saja yang mengatakan kalau tidak ada peguam, sistem ini akan mati.

Wassalam..

Dipetik dari Guaman: Kerjaya Yang Disalah Tafsir

3 comments:

Seema_Suraya February 11, 2010 at 10:10 AM  

salam..

moga impian anta utk mnjadi peguam akn menjadi knyataan..

study hard n study smart k..

"man jadda wajada..
waman zaroa' hasoda"

amin..

^_^

Ninja Jepang February 11, 2010 at 10:20 AM  

Thanx a lot..

Amiin..

Seema_Suraya February 11, 2010 at 11:38 AM  

ayat tu cam ana selalu gune je..
haha..

Followers

Ruang Komen