Salam Maulidurrasul

Kau masih tersenyum.
Mengubat lara.
Selindung derita yang kau rasa,
Senyuman, yang mententeramkan,
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya tak tertanggung lagi derita,
Di pangkuan isterimu Ummu Humaira,
Menunggu saat ketikanya,
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup,
Di bejana air,
Kau sapu di muka,
Mengurangkan pedih,
Beralun zikir,
Menutur kasih,
Pada umat,
Dan akhirat.

Dan tibalah, waktu
Ajal bertamu,
Penuh ketenangan,
Jiwamu berlalu,
Linangan, air mata syahdu,
Iringi pemergianmu.

Oh sukarnya untuk umat menerima,
Bahkan payah untuk Umar mempercaya,
Tetapi iman,
Merelakan jua,
Bahawa manusia,
Kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata,
Mengungkap hiba,
Gerhanalah seluruh semesta,
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Inteam: Pemergianmu (klik untuk download)

3 comments:

shameel Iskandar February 26, 2010 at 7:21 PM  

Setiap kali menyambut maulidur rasul bererti semakin jauh Rasulullah meninggalkan kita. Cuma kita boleh dekat dengannya apabila bercinta dengan sunnahnya.

Seema_Suraya February 27, 2010 at 2:39 AM  

nice post..
moge kite dapat mghayati setiap suruhan n ajaran drpd Rasullullah..

insya-ALLAH..

makaseh!!! ^_^

Ninja Jepang February 27, 2010 at 7:08 AM  

Shameel: Itulah hakikatnya yang harus kita terima dan hayati. Adakah dengan pemergian Rasulullah, kita semakin dekat dengan baginda ataupun semakin jauh? Tepuk dada tanya iman..

Shima: Semoga usaha kita untuk menghayati sunnah baginda akan berterusan sehingga akhir hayat..

Followers

Ruang Komen