1954-1992

Salam to all..

Baru sebentar tadi aku menonton Trek Selebriti Sudirman Dalam Memori di Youtube. Rasa sebak je di hati bila tengok bagaimana kisah hidup seorang yang bernama Sudirman Haji Arshad (1954-1992).

Aku hanyalah insan biasa yang mana minatku tidak terbatas kepada lagu berunsur keagamaan sahaja tetapi juga lagu-lagu yang boleh memberi motivasi. Jika kita melihat kembali kisah hidup Allahyarham Sudir, ada antara kita mungkin berasa sayu malah pasti ada yang menangis apabila menonton video-video yang dirakamkan semasa Allahyarham Sudir masih lagi bernyawa.

Bagi yang tidak mengenali Allahyarham dan tidak dideahkan dengan lagu-lagu nyanyian Allahyarham, sudah pasti mereka tertanya-tanya siapakah gerangannya manusia yang bernama Sudirman Haji Arshad ini?

Meskipun aku tidak mengenali Allahyarham secara dekat, namu aku didedahkan dengan lagu-lagu nyanyian Allahyarham sehingga aku sanggup mencari dan membeli kaset Allahyarham. Waktu tu CD masih lagi belum wujud.

Bagi yang mengenali Allahyarham secara rapat (sahabat, keluarga dan rakan artis), semestinya mereka lebih mengenali hati budi Allahyarham semasa Allahyarham masih hidup. Allahyarham digambarkan sebagai seorang yang dermawan sepanjang hayatnya oleh para sahabat dan kaum kerabat. Semoga Allah mengurniakannya pahala yang besar.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1954 di Temerloh dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di Lucky Garden, Kuala Lumpur pada tahun 1992. Masuk tahun ini, sudah hampir 18 tahun Allahyarham meninggalkan kita semua.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia kerana radang paru-paru (pneumonia). Namun, lain pula ceritanya apabila kakak Allahyarham, Datin Rudiah menceritakan pelbagai perkara pelik yang berlaku semasa Allahyarham terlantar sakit. Antaranya ialah bangkai tikus putih sebesar 10 inci (menurut kakak Allahyarham) ditemui. Datin Rudiah kemudiannya membakar tikus tersebut tetapi tikus tersebut tidak dimakan dek api. Dan bermacam-macam lagi perkara yang berlaku.

Kalau nak tengok kisah Allahyarham, dapat dilihat di Trek Selebriti Sudiman Dalam Memori. Disiarkan dalam 4 part. Setiap part mengambil masa hampir 11 minit.

Antara part yang paling sedih ialah part 4 iaitu cerita di saat Allahyarham terlantar sakit dan akhirnya menemui Illahi.

Al-Fatihah



0 comments:

Followers

Ruang Komen