FIFA Tak Restui Hijab

SINGAPURA: Pasukan bola sepak wanita Iran dilarang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengambil bahagian pada kejohanan sulung Sukan Olimpik Remaja yang bakal berlangsung di republik itu Ogos depan kerana badan induk bola sepak dunia itu tak membenarkan pemakaian hijab ketika perlawanan.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Iran (NOC) enggan membenarkan pasukan beraksi pada temasya 14-26 Ogos itu tanpa hijab dan Fifa menggantikan pasukan Thailand, demikian menurut laman web Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).


“Jawatankuasa Eksekutif Fifa tiada pilihan kecuali melarang Iran daripada mengambil bahagian dalam acara bola sepak Sukan Olimpik Remaja,” demikian petikan kenyataan Setiausaha Agung Fifa kepada Persekutuan Bola Sepak Iran dalam laman web AFC.


Fifa hanya menetapkan pemakaian baju atau jersi, seluar pendek, stokin dan kasut untuk bermain sukan itu pada Sukan Olimpik. - Reuters

Dipetik dari: Harian Metro

Subhanallah.. Alangkah bangganya aku melihat ketegasan Kerajaan Islam Iran atas tindakannya mempertahankan hijab ke atas wanita Iran dalam acara bola sepak. Sebagai balasan ketegasan Iran, pasukan Iran digugurkan dari menyertai Sukan Olimpik Remaja yang akan berlangsung di Singapura Ogos nanti.

Kerajaan Islam Iran sebelum ini terkenal dengan kelantangannya menentang campur tangan Amerika Syarikat berhubung tenaga Nuklear yang disifatkan AS digunakan untuk tujuan keganasan. Meskipun Iran berulangkali menafikan tuduhan AS, seperti biasa AS tidak sesekali senang duduk apabila melihat sebuah kerajaan Islam mula bangkit.

Meskipun Kerajaan Islam Iran majoritinya berfahaman Syiah, ia tidak menjadi masalah kepada aku untuk menghormatinya kerana Syiah tetap Islam. Aku akan terus bersikap optimis terhadap Syiah walaupun Sunni seringkali membenci golongan Syiah.

Berbalik kepada isu bola sepak di atas, wajarkah tindakan Iran untuk terus bertegas mengenai pemakaian hijab? Jawapannya wajar! Inilah kerajaan yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai undang-undang tertinggi di negara mereka. Segala tindakan dan dasar kerajaan adalah berpandukan dua sumber utama umat Islam. Meskipun tindakan Iran dilihat merugikan negara mereka, namun demi tidak mencemarkan Islam, mereka sanggup. Syabas Iran. Moga Allah merahmati kalian..


0 comments:

Followers

Ruang Komen