Imamah Imam Ali A.S

"Wahai Rasul,
sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan, bererti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya" (Surah al-Maidah 5:67).

"Sesungguhnya Jibril telah turun kepadaku sebanyak tiga kali memerintahkanku supaya menyampaikan perintah Tuhanku; supaya aku terus melaksanakannya. Aku pun mengisytiharkannya kepada semu peringkat; sama ada yang berkulit putih dan yang berkulit hitam bahawa sesungguhnya `Ali bin Abi Talib a.s adalah saudaraku, wasiku, khalifahku dan imam selepasku di mana kedudukannya di sisiku samalah kedudukan Harun di sisi Musa
selain dari kenabian kerana tiada nabi selepasku (Al-Bukhari, Sahih, Cairo 1348 H, III, hlm. 54 dalam "Kitab al-Maghazi" bab peperangan Tabuk; Muslim, Sahih, Cairo 1311 H, II ,hlm. 236 dan 237 dalam bab "Fadl al-Sahabah", bab Fadl `Ali A.S.; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 98, 118 dan 119; Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah, II, hlm. 507.)

Wahai manusia adakah kalian mengetahui sesungguhnya Allah adalah maulaku, aku maula mukminin dan aku adalah lebih aula daripada diri mereka sendiri?

Mereka menjawab: Ya! wahai Rasulullah. Dia bersabda: Berdirilah wahai `Ali, maka aku (`Ali)pun berdiri. Kemudian beliau bersabda: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikannya dan tentanglah orang yang bermusuhan dengannya."

- Teks di atas merupakan sebahagian teks khutbah Rasulullah saw di Ghadir Khum.

Selepas Rasulullah saw mengumumkan pelantikan Ali sebagai maula, maka turunlah ayat penyempurnaan iaitu Surah Al-Maidah ayat 3:

Pada hari ini Aku telah menyempurnakan untuk kalian agama kalian, telah mencukupkan atas kalian nikmat-Ku, dan telah meredhai Islam menjadi agama bagi kalian.

- Ayat di atas merupakan ayat terakhir dalam Al-Quran

6 comments:

Anonymous August 17, 2010 at 10:39 AM  

Salam.

Kenapa Saidina Ali tidak menggunakan hadis Ghadir Khum sebagai dalil pelantikannya selepas kewafatan Rasulullah SAW? Bukankah khutbah itu didengari oleh ribuan orang Islam, mustahil tidak ada seorang pun memahami maksud hadis Ghadir Khum (pelantikan Saidina Ali)? Dan dalam kalangan sahabat Nabi pula, semuanya adalah orang yang beriman dan lagi tinggi ketaqwaannya, adalah mustahil mereka bersifat zalim terhadap Saidina Ali (dengan menafikan haknya)? Kesimpulannya, hadis ghadir khum tidak difahami sebagai pelantikan Ali sebagai khalifah oleh Sahabat, tetapi lebih difahami sebagai penolong (dalam hal berkaitan hukum hakam Islam). Wallahualam.

Ninja Jepang August 18, 2010 at 1:52 AM  

Salam..

1) Hanya ASWJ sahaja yang memandang semua sahabat itu adil dan baik tanpa terkecuali sedangkan tidak ada jaminan bahawa semua sahabat itu adil dan baik.

2) Bukankah ada hadis yang mengatakan bahawa umat akan memperdayakan ALi sepeninggalan Rasulullah..

"O ALi, the ummah (people) will deceive you after my death" - Mustadrak Al Hakim

3) Sememangnya sebelum pelantikan ini, Ali memang sudah menjadi penolong. Adalah tidak logik apabila Rasulullah bersusah payah nak memanggil ribuan umat hanya semata-mata untuk mengumumkan bahawa Ali hanyalah penolong. Hujah ini tertolak.

4) Teringat status FB seorang kawan katanya::

"The Prophet would always appoint a leader, when he would send a delegation,an army, or leave Madinah, he would appoint a leader amongst them. But you think he forgot about his own departure?"

Semestinya ALi adalah khalifah yang haq.

Wallahualam

Ninja Jepang August 18, 2010 at 2:10 AM  

Siapa kata Imam Ali tidak menuntut jawatannya?

1) 1. Zaid Ibn Arqam menceritakan : Bahwasanya suatu hari Ali menantang kejujuran orang-orang (bermunasyadah) dan berkata : “Wahai orang-orang! Aku bermunasyadah atas nama Allah, jika ada di antara kalian yang mendengar sabda Nabi saw, ‘Barangsiapa yang aku adalah maulanya, maka Ali adalah maulanya. Ya Allah, berpihaklah kepada orang yang berpihak kepadanya dan musuhilah orang yang memusuhinya’, maka hendaknya bangun memberikan kesaksian!” Maka bangunlah dua belas Sahabat Nabi Ahli Badar, yang mengikuti perang Badar, memberikan kesaksian dan membenarkan apa yang dikatakan Ali. Bahwa memang benar Nabi pernah mengatakan itu. Aku, kata Zaid, adalah salah seorang di antara orang-orang yang tidak mau bersaksi akan kebenaran hadits itu, maka butalah mataku (Hadits riwayat Ahmad ibn Hanbal).

Pengakuan langsung Zaid Ibn Arqam ini dapat Anda lihat juga pada : 1) al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawaid, 2) al-Maghazili dalam al-Manaqib, 3) al-Tabrani dalam al-Kabir, 4) al-Tabari dalam Zakhair al-Uqba, al-Hafiz Muhammad Ibn Abdullah dalam al-Fawaid, dan lain-lain.

p/S: dan banyak lagi sumber2 lain.. Imam Ali tidak menuntut jawatannya kerana tidak mahu berlakunya perpecahan antara umat ketika itu

Anonymous August 19, 2010 at 12:33 AM  

(1) Seperti dinyatakan sebelum ini, keadilan sahabat adalah merujuk kepada perawian hadis tanpa melakukan penyelewengan. Memang diakui bahawa terdapat segelintir sahabat yang melakukan maksiat dan telah bertaubat. Bagi yang murtad, itu adalah mereka dengan Allah.

(2)Terdapat hadis daif dalam mustadrak al-hakim seperti mana semakan balik dilakukan oleh ahli hadis. Kesalahan ini bukanlah disebabkan berlakunya pendustaan tetapi lebih kepada keuzuran al-hakim itu sendiri (tua). Kerana berdasarkan semakan, terdapat hadis yang beliau sahihkan walhal pernah didaifkan sebelum ini.

"Peoples will deceive" (kalau hadis ni sahih) adalah luas. Boleh jadi perlakuan dalam pengikut Saidina Ali sendiri. Bukankah ada dalam kalangan pengikut beliau yang menggunakan beliau sehingga menimbulkan kemarahan Saidina Ali (merujuk kepada Syiah ghullat).

(3) Perlu dilihat keseluruhan isi khutbah. Mustahil khutbah hanyalah sependek itu (merujuk kepada pelantikan Ali) sahaja. Sudah tentu Nabi menyentuh mengenai risalah-risalahnya kemudian mengisytiharkan Ali sebagai penolong dalam permasalahan agama. Kerana Ali memang diketahui luas ilmunya menerusi sabda Nabi. Malah Abu Bakar dan Umar turut meminta pandangan Ali dalam hal-hal berkaitan. Bukankah ini merujuk kepada Ali sebagai penolong mereka? Wallahualam.

(4) Wallahualam. Tidak ingin mengulas tindakan baginda sama ada melantik atau tidak. Tetapi apa yang pasti, selepas kewafatan baginda tidak berlaku pertumpahan darah dan umat Islam tida berpecah belah. Kalau sekadar perbezaan pendapat dalam pemilihan khalifah adalah perkara normal seperti mana yang berlaku hari ini. Tambahan, khalifah selepas baginda memperlihatkan kejayaan pembukan kota-kota yang baru dibawah Saidina Umar misalnya.

Jika kita mengatakan Abu Bakar sebagai perampas hak, maka dia adalah zalim. Tetapi ketaqwaan dan keimanan abu bakar tidak memungkinkan beliau bertindak zalim ke atas orang lain. kalau benar sedemikian, tidaklah nabi mengatakan umat terbaik adalah pada kurunku sehingga yang ketiga. Mustahil pula Allah memilih insan perampas hak untuk meluaskan dakwah Islam. Jika pihak musuh atau non-muslim mengetahui bahawa Islam disebarkan secara meluas (selepas kewafatan nabi) oleh seorang perampas hak, alamatnya tidak adalah orang memilih Islam sebagai agama anutannya.

Wallahualam.

Ninja Jepang August 19, 2010 at 4:51 PM  

Syukran syeikh Aceglobal13 atas jawapannya.. Izinkan saya menambah..

1) Hadis mustadrak Al hakim di atas adalah hadis sahih.

2) Abu Bakar sudah menyakiti Fatimah (berkenaan tanah Fadak)sehingga Fatimah marah dan tidak bercakap selama 6 bulan sehingga kewafatannya.. Malah Fatimah mewasiatkan kepada Ali supaya Ali mengebumikannya pada waktu malam. Sila semak Sahih Bukhari.

3) Rasulullah sendiri tidak memberikan kesaksian kepada Abu Bakar::

Yahya menyampaikan kepadaku (hadis) dari Malik dari Abu’n Nadr mawla Umar bin Ubaidillah bahwa Rasulullah SAW berkata mengenai para Syuhada Uhud “Aku bersaksi untuk mereka”. Abu Bakar As Shiddiq berkata “Wahai Rasulullah, Apakah kami bukan saudara-saudara mereka? Kami masuk Islam sebagaimana mereka masuk islam dan kami berjihad sebagaimana mereka berjihad”. Rasulullah SAW berkata “Ya, tapi Aku tidak tahu Apa yang akan kamu lakukan sepeninggalan Ku”. Abu Bakar menangis sejadi-jadinya dan berkata ”Apakah kami akan benar-benar hidup lebih lama daripada Engkau!”. (Hadis Dalam Al Muwatta Imam Malik Kitab Jihad Bab Para Syuhada di Jalan Allah hadis no 987)

wallahualam

Anonymous August 19, 2010 at 4:57 PM  

Mengenao hujah khair izzah, saya akan serahkan kepada orang yang lebih arif daripada saya kerana ia melibatkan hadis dan sirah (yang mendalam).

(1) Okey. Sahih

(2) Berbeza dengan sejarah yang dicatatkan oleh Ahl sunnah.

(3) Hadis tersebut perlu ditakwil dengan lebih mendalam.

Followers

Ruang Komen