Iran dan Israel?

Cuba lihat gambar ini:



Gambar di atas boleh membawa dua makna yang berbeza. Yang pertama, gambar ini merupakan bukti bahawa sememangnya Iran bekerjasama dengan Israel untuk menghancurkan Islam. Ini adalah pendapat mereka-mereka yang bebal dan tidak pandai berfikir. Dan semestinya berlandaskan hawa nafsu dan kebencian.

Pendapat yang kedua pula ialah gambar ini menunjukkan toleransi dan kebebasan beragama di Iran. Ini adalah pendapat mereka yang berilmu dan menggunakan akal yang dikurniakan Allah swt.

Islam agama kedamaian dan Allah swt sendiri tidak melarang kita untuk berbaik-baik dengan orang Yahudi. Islam tidak menyuruh kita memandang hina orang Yahudi kerana mereka Yahudi. Bukan semua Yahudi itu jahat dan bukan semua orang Islam itu baik. Jadi, cuba-cuba lah berfikir dengan logik dan matang.

Kita marah bila agama lain hina agama kita sedangkan punca penghinaan itu berasal dari kita sendiri- Mengebom tempat awam dan mengorbankan anak kecil serta wanita. Jadi jangan perasan hanya kerana kamu Islam, kamu boleh berbuat sesuka hati kamu di dunia ni.

Anda boleh pilih anda hendak masuk ke dalam kelompok yang mana. Kalau anda rasa anda nak masuk kelompok pertama, silakan sahaja, tiada siapa yang menghalang. Dan orang yang bijak pula akan masuk ke kelompok yang kedua :-)

Sebab apa? Sebab orang yang bebal hanya nampak kelemahan orang lain dan tidak pula nampak kelemahan diri sendiri. Sedangkan orang yang bijak, mereka menyedari kelemahan diri sendiri dan berusaha memperbaiki diri sendiri sebelum mereka nampak kelemahan orang lain.

Berjuta-juta rakyat Iran syahid hanya semata-mata untuk melakukan revolusi Islam, dalam masa yang sama juga ada segelintir orang bebal yang mendakwa revolusi Islam itu hanya lakonan semata-mata. Tidak ada orang yang berpendapat sedemikian melainkan orang yang bebal.

Sekian.



2 comments:

afiqsiddhartha August 27, 2010 at 12:43 PM  

yahudi orthodox sejak dulu lagi menentang pembinaan negara zionist. selalu mereka berkempen di sekitar america di depan kedutaan israel mengecam kerajaan israel dengan keganasannya. bakar bakar bendera zionist dah jadi satu rutin bagi mereka. aku suka blog ni

Ninja Jepang August 27, 2010 at 3:38 PM  

Salam..

Ya, yahudi dalam gambar ni adalah yahudi orthodox.. mereka sendiri menentang pendudukan zionis di palestin..

Dan kita tidak ada sebab utk mbenci mereka..

hanya sahaja org yg bebal mmbenci semua yahudi seolah2 semua yahudi itu jahat..

;-)

Followers

Ruang Komen