Teguran Ikhlas dari Marhaen kepada Daie

Saya kadang-kadang terfikir, perlukah para daie mengubah cara mereka berdakwah? Bukannya saya tak suka cara mereka, tapi kadang-kadang saya merasakan ada sesuatu yang tak kena pada diri daie, maksud saya dari segi cara dakwah mereka.

Pernah suatu hari saya terbaca note di FB mengenai game FB contohnya Cityville, Farmville dan sebagainya. Menurut note tersebut, game-game sebegitu merosakkan minda dan merupakan salah satu usaha Yahudi dan orang kafir (well, typical).

Saya komen di situ, saya kata "semuanya bergantung pada niat Nak lepaskan tension (jawapan standard)". Tapi komen saya dibalas oleh seorang teman saya (perempuan), katanya "banyak lagi cara lain untuk lepaskan tension. Baca Al-Quran bla bla".

Sampai tahap itu, saya malas dah nak balas. Saya cuba bayangkan jika teman saya berkata macam tu di depan marhaen yang tak pernah ambik tahu pasal agama, apa akan jadi? Tengok sama ada marhaen akan lari atau pun tidak. Kalau saya yang jadi mereka, saya orang pertama yang akan lari.

Pada saya, daie perlu berhenti daripada menakutkan marhaen dengan azab/laknat/neraka dan sebagainya. Dakwah perlu berstrategi supaya marhaen tak terasa sangat dengan dakwah daie. Ini tak, masuk-masuk je terus menakutkan marhaen. Tak ke terkejut marhaen bila disergah macam tu?

Saya tak kata guna azab/neraka/laknat tu salah, cuma perlu kena pada tempatnya. Nak dakwah peminum arak ada caranya tersendiri, nak dakwah orang yang tak solat pun ada cara tersendiri. Boleh ke kita paksa orang yang kerjanya minum arak 24 jam untuk berhenti minum dalam masa sehari? Dakwah perlu berhikmah tu satu, strategi tu satu. Kalau satukan kedua-dua elemen ni, saya percaya dakwah akan jadi lebih mantop dan berkesan.

Jadi daie sekalian, perlahan-lahanlah ya. Dakwah kan bukan kerja senang? Ke daie nak guna 'fast track'? Boleh je kalau nak guna 'fast track', bila jumpa marhaen tengah main gitar tepi jalan masa maghrib, silalah pergi ke depan mereka dan kata "dah la tak solat, nak masuk neraka?" Kita tengok apa respons marhaen. Paling kurang dia akan lari, paling banyak tangan naik ke muka. Bagi yang rock lebih sikit, mungkin kaki akan naik ke muka.

Selepas itu, akan muncul lah status emo di FB seperti:

1) "Marhaen dah tertutup pintu kebenaran"
2) "Sedih sebab kena tampar dengan marhaen"
3) Dan sebagainya

Sedangkan masalah berpunca dari diri kita sendiri yang tergopoh gapah dalam berdakwah.

P/s: Tugas daie hanya menyeru. Cukup setakat itu. Tak perlulah menjadi 'Tuhan'
P/s 2: Nak jadi 'Tuhan' senang je, bawak kitab di tangan, pakai jubah dan berkopiah (segelintir daie).

0 comments:

Followers

Ruang Komen