Melupakan Masa Lalu? (Bah 1)

Ada orang pernah berkata bahawa kita harus melupakan masa lepas. Aku juga termasuk. Pada mulanya aku ingin melupakan masa lalu, tapi aku baru sedar yang bukan semua masa lalu harus dilupakan. Ada sesetengah masa lalu merupakan kenangan manis yang tidak dapat terungkap dengan kata-kata, ada juga kenangan lalu yang menyesakkan dada dan fikiran. Baik, kita lupakan kenangan yang buruk, kita sematkan kenangan yang manis di sanubari.

Ni antara masa lepas aku (belon).
Kartun The Magic School Bus. Antara kartun yang wajib ditonton setiap ahad. Ini juga masa lepas.
Main kad. Ni antara mainan aku masa sekolah rendah. Ni pun masa lepas,.
Ni pun masa lepas. Cuma aku tak main benda ni. Budak perempuan je main.
Helikopter. Ini pun masa lepas.
Power Rangers Mighty Morphin. Kartun kegemaran aku masa sekolah rendah. Ni masa lepas.
Pistol 20 sen. Ni masa lepas.
Tomato-Man. Ingat lagi bila mak panggil "Tomato-man dah start". Ni masa lepas.


Tora! Aku rasa mesti ramai yang ingat benda ni. Selalu keluar di TV. Tapi yelah, masa lepas.

Semua gambar di atas ialah masa lepas yang sentiasa dikenang. Meski sudah tidak wujud, ianya sentiasa wujud di sanubari. 
Jadi nak lupakan kenangan lepas? Jangan harap. 

Post ni akan bersambung nanti dalam bahagian kedua.

6 comments:

noname March 12, 2011 at 10:51 AM  

aku igt gambar yang ke-4 pun kau main juga..

mane tahu berhati lembut :D

apa bahagian ke dua ?
cpt sikit buat entry.haha

Ninja Jepang March 12, 2011 at 4:33 PM  

Haha. Aku tak main la benda tu, cuma pernah nampak di kedai. :P

Aku dah nak exam, tunggulah minggu depan. Hihi

Nurshila Sulaiman March 29, 2011 at 8:55 PM  

Hahahahari ni adalah hari untuk stalk blog ko. Sorry kalau aku merimaskan ko dengan komen aku.

Ko main tuju kasut tak?

Ninja Jepang March 29, 2011 at 9:32 PM  

Game apa tuh?

Yang susun kasut, pastu baling tu ke?
kalau yg tu, ada aku main. Hihi

Nurshila Sulaiman March 29, 2011 at 10:27 PM  

Oh best kan main tuju kasut? aku dulu tiap2 hari before power rangers start, aku main dgn jiran2 aku. best gila. 2 org je pmpuan(termasuk aku) layan game tu, yg lain bajet cun asek main teddy bear.

aku benci teddy bear.

Ninja Jepang March 30, 2011 at 12:29 AM  

Best gilaaa. . . Main ramai2. haha

Eh? kau perempuan ke?

Aku suka teddy bear.

Followers

Ruang Komen