Melaknat Penzalim

Jika suatu hari nanti kita melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana ibu bapa kita dikelar lehernya sehingga mati, apakah yang akan kita katakan?

Jika suatu hari nanti kita melihat kaum kerabat kita dipukul dan dilanyak habis-habisan sehingga pecah kepala dan mati di ribaan kita, apakah yang kita akan lakukan?

Sebagai insan yang bernama manusia, sekurang-kurangnya apabila kita melihat kezaliman berlaku di depan mata kita lebih-lebih lagi terhadap keluarga kita, pasti akan timbul rasa marah jauh di dasar hati. Caci maki pasti akan terlintas di ruang hati kita sebagai tanda protes terhadap kezaliman yang dilakukan. Kebiasaannya apabila manusia tengah marah, kita gagal untuk mengawal emosi dan akal waras kita. Kerana itulah adanya tumbuk bertumbuk/bunuh membunuh antara pihak yang diprovokasi dan si pembuat provokasi.

Jika mencaci maki itu berdosa, apakah lagi cara yang 'tidak berdosa' yang kita mampu lakukan? Tersenyum mesra kala ibu bapa kita dikelar lehernya? Ketawa mengekek kala kaum kerabat kita dilanyak sehingga mati? Saya tidak percaya wujudnya manusia yang berhati kering sebegitu (tidak ada perasaan marah langsung). Fitrah manusia pasti akan ada perasaan marah jika kezaliman bertimpa-timpa ke atas kita. Tolak ke tepi dahulu kes-kes tsunami dan gempa bumi kerana isu yang cuba diutarakan adalah isu kezaliman manusia sesama manusia.

Jika orang bertanya saya cara apakah yang patut dilakukan, saya akan menjawab melaknat. Melaknat menurut kamus pelajar bermaksud jauh dari rahmat Allah. Beerti kita mendoakan si penzalim itu supaya jauh dari rahmat Allah. Persoalannya, adakah melaknat orang yang zalim itu berdosa?

"Mereka itu (orang-orang yang zalim) balasannya ialah laknat Allah, para malaikat, dan manusia seluruhnya” (QS 3: 87)

Aku teringat kisah seorang perempuan yang mana rumahnya dirobohkan oleh seorang raja. Perempuan itu mendoakan supaya raja itu ditimpa kehancuran. Dengan izin Allah, istana yang didiami raja itu runtuh dan penghuninya mati.


Gambar pertama menunjukkan masjid yang dirobohkan oleh tentera Arab Saudi.
Gambar kedua pula menunjukkan seorang rakyat Bahrain dibunuh oleh tentera Arab Saudi

Aku tertanya-tanya, apakah masih ada senyum meniti di bibir jika ahli keluarga kita menjadi seperti gambar kedua?

Siapa pun mereka, Muslim ataupun tidak. Mereka adalah penzalim. Dan penzalim harus dihapuskan. Untuk insan yang tidak berupaya seperti kita-kita ni, yang kita mampu hanyalah berdoa,

Dan saya mendoakan semoga Allah melaknat kerajaan zalim dan semoga Allah menghancurkan mereka sehancur-hancurnya.

Berdosakah saya mendoakan begitu? Sila berikan dalilnya.

2 comments:

Sayyidusshuhada May 17, 2011 at 7:26 PM  

Jika kamu tidak mampu menghalang kezaliman dengan tangan kamu atau kamu mampu tetapi kezaliman itu akan menyebabkan akibat yang lebih buruk atau pertumpahan darah, maka hendaklah dalam keadaan itu kamu berdoa kepada Allah agar dimusnahkan penzalim tersebut.

Itulah senjata yang selayaknya. Doa orang yang dizalimi pada tidak ditolak oleh Allah S.W.T.

Marilah kita sama – sama mendoakan supaya israel laknatullah itu di hancurkan sehancur – hancurnya.

P/s: Disini dalilnya : sila baca surah Al- Ma’idah ayat ke – 64 tentang kutukan Allak kepada orang yahudi.
Surah Al – Ma’idah ayat ke – 78 tentang sebab – sebab kutukan Allah terhadap orang yahudi.

Ninja Jepang May 17, 2011 at 9:04 PM  

Melaknat zionis itu satu hal. Melaknat orang Islam yang zalim satu hal lain.

Di sini, saya melaknat kerajaan Arab Saudi kerana bersikap zalim terhadap umat Islam. :D

Followers

Ruang Komen