"Aku cintakan dia, kenapa mesti dia berubah? Tak bolehkah dia kekal macam dulu? Kenapa? Kenapa?" pertanyaan itu kerap kali bermain di minda Fatty, seorang gadis yang sangat mencintai si 'dia'. Masakan tidak, hampir 4 tahun Fatty bersama 'dia', menjadi tempat luahan perasaan, tempat berkongsi maklumat, segala-galanya berubah dalam masa satu hari. Ya! Satu hari itulah hari yang benar-benar menyakitkan hatinya.
Menurut seorang teman yang bekerja di samping si 'dia', si 'dia' kini dah berubah. Berubah sepenuhnya. Dahulu pakaiannya cantik, berwarna warni, menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bertanya soalan, berkongsi perasaan, sekarang dah bertukar persis kekasihnya yang satu lagi yang juga kini menjadi tumpuan ramai. Jika Fatty yang hanya staff sokongan si 'dia' pun terasa hati dengan perubahannya, apatah lagi mereka-mereka yang bekerja di bawahnya. Meskipun bukan semua pekerjanya terasa dengan perubahannya, sewajarnya ia diambil perhatian.
"Ahh, aku mesti lakukan sesuatu,"desis hati Fatty. Kelihatannya dia tidak ingin si 'dia' terus berubah. Dia mahukan si 'dia' yang dahulu. Namun apakah yang mampu dilakukan olehnya, dia hanya seorang staff sokongan. Hanya beberapa senior staff sahaja yang sependapat dengannya. Staff baru nampaknya sukakan perubahan si 'dia'. Mana taknya, berubahnya si 'dia' menyebabkan reputasi meningkat naik. Di televisyen, di akhbar, pasti ada sahaja terpampang wajah si 'dia'. Malah, ada berita yang mengatakan si 'dia' ingin menamakan sebuah masjid di ibu kota sempena namanya. Katanya ingin bersaing dengan negara jiran.
Tindakan sebegitu sudah tentu menggusarkan hati bagi sesetengah staff seperti Fatty dan pekerja si 'dia' kerana ianya dianggap seperti mengejar reputasi daripada menjadi tempat perkongsian ilmu. 'Dia' bukan lagi si 'dia' yang dahulu. Si 'dia' yang dahulu sudah pun mati. Apakan daya, keluhan dan luahan Fattyi dan senior lainnya hanya seperti anjing menyalak bukit.
"Haih,"keluh Fatty.
"Semua benda dah aku buat. Mula-mula nak protes, tak jadi. Lepas tu ada sorang member ajak buat group di FB, pun tak jadi takut-takut tak dapat sambutan. Yelah, yang sokong pun bukannya ramai sangat. Minoriti je," luah Fatty terhadap Kak Lelah, seorang senior yang bekerja di bawah 'dia'.
"Kita dah tak boleh buat apa-apa dah Fatty. Semua dah berlalu. 'Dia' yang lama dah tak ada, dah tak wujud. Kita kena terima hakikat tu Fatty. Pandanglah ke depan, hatta setapak pun. Bak kata kawan akak, kita hanya sokong bila kita suka sesuatu lepas tu kita nak lari bila kita dah tak suka. Wajar ke begitu? Tentu tak kan. Sama juga dengan keadaan sekarang. Ok Fatty? Dah jangan sedih-sedih," pujuk Kak Lelah seraya memeluk Fatty yang dilihat hampir menitiskan air mata.
"Emm, nampaknya begitulah kak. Saya terpaksa relakan meski hati ini memberontak,."kata Fatty sayu.
-
-
-
-
Dari kejauhan si 'dia' pergi, Fatty, Kak Lelah dan senior lainnya hanya mampu melihat. Tidak mampu lagi berbuat apa-apa, hanya doa sahaja bisa dititipkan semoga si 'dia' tidak lemas dalam dakapan reputasi.
Kisah Cinta Terlarang
Labels: Cerpen
Penangan MUET
Tirai 2011 dibuka dengan keputusan MUET yang keluar pada 6 Januari 2011. Bagi pelajar undang-undang, band 4 amat-amat diperlukan untuk menyambung ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang.
Penangan MUET kali ni cukup hebat kepada rakan-rakan saya (perempuan terutamanya) hingga terdengar ura-ura berlakunya kebanjiran air mata. Well, apa yang saya boleh katakan ialah wajarlah kita sedih tapi itu tak beerti kita harus mengaku kalah. Band 1, Band 2 semua tu bukanlah penghalang kejayaan seseorang untuk berjaya. Saya sendiri mendapat band 3 dalam MUET baru-baru ini (dah boleh agak). Pada mulanya memang kecewa, sedih tapi dengan dorongan dan kata-kata semangat rakan-rakan, saya dah mula bangkit dan sedar bahawa ianya bukanlah satu penghalang. Optimislah, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. :-)
| Saya pun band 3 |
Apa yang kamu perlu buat sekarang ialah kembali bangkit. Perjuangan kita tidak berakhir di slip MUET. Malah hari-hari yang kita bakal lalui jauh lebih mencabar dari slip MUET. Jadikan slip MUET kita sebagai api yang membakar semangat untuk terus maju ke hadapan, bukan berundur ke belakang.
Ada yang bercita-cita nak jadi peguam, tetapi dapat band 3. Lantas apa tindakan kita? Tindakan yang sepatutnya ialah kita berusaha mencari celah atau lubang di mana-mana universiti supaya kita boleh teruskan impian kita. Paling tidak pun, berusaha untuk tamatkan sem akhir ni. Katakanlah ada antara kita kecewa dan berasa down tak ada semangat nak belajar, saya bertanya, kamu nak pergi mana lepas ni? Nak repeat paper? Lepas tu kecewa, kecewa dan kecewa? Alamat sampai ke tua lah kamu duduk di universiti sampai makcik-makcik cleaner pun dah muak tengok muka kamu.
Come on, bangkitlah. Perjuangan kita tak berakhir di sini. Slip MUET yang kita pegang sekarang, sematkan di hati, jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang. Saya terkesan dengan nasihat seorang rakan saya di FB, katanya:
Cuba tengok macam orang dah tersasar dari jalan Allah, boleh je taubat kan? Inikan pula hal duniawi.
Teguran Ikhlas dari Marhaen kepada Daie
Saya kadang-kadang terfikir, perlukah para daie mengubah cara mereka berdakwah? Bukannya saya tak suka cara mereka, tapi kadang-kadang saya merasakan ada sesuatu yang tak kena pada diri daie, maksud saya dari segi cara dakwah mereka.
Pernah suatu hari saya terbaca note di FB mengenai game FB contohnya Cityville, Farmville dan sebagainya. Menurut note tersebut, game-game sebegitu merosakkan minda dan merupakan salah satu usaha Yahudi dan orang kafir (well, typical).
Saya komen di situ, saya kata "semuanya bergantung pada niat Nak lepaskan tension (jawapan standard)". Tapi komen saya dibalas oleh seorang teman saya (perempuan), katanya "banyak lagi cara lain untuk lepaskan tension. Baca Al-Quran bla bla".
Sampai tahap itu, saya malas dah nak balas. Saya cuba bayangkan jika teman saya berkata macam tu di depan marhaen yang tak pernah ambik tahu pasal agama, apa akan jadi? Tengok sama ada marhaen akan lari atau pun tidak. Kalau saya yang jadi mereka, saya orang pertama yang akan lari.
Pada saya, daie perlu berhenti daripada menakutkan marhaen dengan azab/laknat/neraka dan sebagainya. Dakwah perlu berstrategi supaya marhaen tak terasa sangat dengan dakwah daie. Ini tak, masuk-masuk je terus menakutkan marhaen. Tak ke terkejut marhaen bila disergah macam tu?
Saya tak kata guna azab/neraka/laknat tu salah, cuma perlu kena pada tempatnya. Nak dakwah peminum arak ada caranya tersendiri, nak dakwah orang yang tak solat pun ada cara tersendiri. Boleh ke kita paksa orang yang kerjanya minum arak 24 jam untuk berhenti minum dalam masa sehari? Dakwah perlu berhikmah tu satu, strategi tu satu. Kalau satukan kedua-dua elemen ni, saya percaya dakwah akan jadi lebih mantop dan berkesan.
Jadi daie sekalian, perlahan-lahanlah ya. Dakwah kan bukan kerja senang? Ke daie nak guna 'fast track'? Boleh je kalau nak guna 'fast track', bila jumpa marhaen tengah main gitar tepi jalan masa maghrib, silalah pergi ke depan mereka dan kata "dah la tak solat, nak masuk neraka?" Kita tengok apa respons marhaen. Paling kurang dia akan lari, paling banyak tangan naik ke muka. Bagi yang rock lebih sikit, mungkin kaki akan naik ke muka.
Selepas itu, akan muncul lah status emo di FB seperti:
1) "Marhaen dah tertutup pintu kebenaran"
2) "Sedih sebab kena tampar dengan marhaen"
3) Dan sebagainya
Sedangkan masalah berpunca dari diri kita sendiri yang tergopoh gapah dalam berdakwah.
P/s: Tugas daie hanya menyeru. Cukup setakat itu. Tak perlulah menjadi 'Tuhan'
P/s 2: Nak jadi 'Tuhan' senang je, bawak kitab di tangan, pakai jubah dan berkopiah (segelintir daie).