Showing posts with label Iran. Show all posts
Showing posts with label Iran. Show all posts

Paru-Paru Tiruan

Paru-paru tiruan ini di reka dan dihasilkan oleh saintis di Universiti Tehran, Iran. Selaku sebuah negara yang sangat strict dengan penguasaan barat, boleh dikatakan Iran ialah sebuah negara Islam yang dibangunkan mengikut acuan sendiri. Tidak mencedok ilmu dari barat seperti mana negara lain.

Persoalan kenapa mereka mampu menjadi begitu maju dapat dijawab dengan betapa rapatnya mereka dengan Islam. Islam sepertimana yang kita tahu bukanlah sekadar ritual agama semata-mata tetapi sebagai cara hidup. Dari sekecil-kecil benda seperti *tali leher sehinggalah ke sebesar-besar benda seperti politik semuanya digarap bersama Islam. Maka tidak hairanlah kalau mereka menjadi sebuah negara maju yang dibangunkan sendiri oleh tangan-tangan Barat Parsi.

Sebagai sebuah negara yang bermazhab Jaafariah iaitu mazhab yang menjadikan 12 orang keluarga Nabi sebagai Imam, dapat saya simpulkan kemajuan yang mereka kecapi bersangkut paut dengan mazhab ini. Masakan tidak, mereka mengambil terus ilmu daripada keluarga Nabi tanpa melalui sumber lain.

Imam pertama mereka iaitu Saidina Ali pula sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAAW sebagai pintu ilmu. Ditambah pula dengan hadis di bawah ini:

Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar satu hadis daripada Ali a.s.. Aku tidak tahu apakah yang sebenarnya. Aku mendengarnya berkata: Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah memberitahu kepadaku pada masa sakitnya dan mengajar kepadaku anak kunci seribu bab ilmu. Dan dibuka setiap bab akan seribu bab yang lain


(Rujukan Sunni:  Al Muttaqi alHindi, Kanz al‘ Ummal, vi, hlm. 154.)

Paru-paru tiruan yang dibangunkan oleh saintis Iran


Canselor Universiti Tehran merasmikan paru-paru tiruan
Jangan pulak lepas ni mereka dituduh sesat kerana cuba menandingi kekuatan Allah swt!

*Pengikut mazhab Jaafariah tidak memakai tali leher kerana marja fekah mereka melarang penggunaan tali leher ala barat kerana melambangkan peradaban barat.

"Tahniah Ustaz"


"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!" lantang suara ustaz muda berkopiah putih ini melaungkan salam kepada hampir 40 orang jemaah masjid.

"Waalaikumsalam warahmatullah!" balas jemaah dengan suara yang bergema.

"Terima kasih ana ucapkan pada ahli jawatankuasa kampung dan jemaah sekalian kerana sudi jemput ana pada malam ini untuk berkongsi sedikit ilmu dengan antum sekalian. Pertama sekali kita hendaklah bertakwa kepada Allah dan mengikut segala risalah yang Allah turunkan kepada kita menerusi junjungan mulia SAW.

Pada malam ini, ana akan berkongsi sedikit dengan antum semua mengenai keadaan umat Islam sekarang. Sepertimana yang kita tahu, umat Islam walaupun ramai, kita berada dalam keadaan lemah tak bermaya. Umat Islam ditindas di serata dunia. Di Kashmir, umat Islam dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Di Palestin, umat Islam dibunuh tentera jahanam Israel. Di merata tempat, pasti ada umat Islam yang tertindas,"ceramah ustaz muda ini.

Kelihatan jemaah semakin galak mendengar ceramah yang bersemangat ini. Dua tiga orang tua yang tadinya menguap-nguap mula tersentak dengan semangat ustaz muda ini.

"Rasulullah pernah bersabda bahawa pada akhir zaman, umat Islam bagaikan buih di lautan. Jumlahnya banyak tapi tidak berupaya melakukan apa-apa. Kita tidak berupaya bangun menentang musuh. Di Turki, pemerintahnya Abdullah Gul pernah majlisnya di boikot kerana isterinya memakai tudung (SINI)! Di Palestin, Mahmoud Abbas masih lagi ingin menandatangani perjanjian damai dengan Israel meskipun dia mengetahui bahawa Israel hanya mampu ditumbangkan dengan darah! Itu hakikat tuan-tuan sekalian. Itu hakikat. Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa kita umat Islam adalah umat yang lemah!

Sampai bila kita ingin terus bersembunyi di sebalik selimut? Sampai bila kita ingin dihina seperti anjing? Bangkitlah umat Islam, bangkitlah! Lupakah kita pada *Salahuddin Al-Ayubi? Lupakah kita pada **Muhammad AL-Fateh? Lupakah pada sosok tubuh yang pernah menggegarkan dunia ini suatu ketika dahulu?!

Seorang remaja bertanya, "Apa yang kita harus lakukan ustaz?"

"Dalam situasi umat Islam sekarang, kita sebenarnya memerlukan satu anjakan paradigma. Kita perlu mengubah dunia. Jika sekarang Amerika menjadi tuan kita, Insya Allah suatu hari nanti, Amerika menjadi hamba kita pula. Bersatulah kita untuk menghadapi umat Islam. Hiraukan perkara furu', kita wajib bersatu kerana kesatuanlah yang sangat ditakuti oleh musuh-musuh Islam", jawab ustaz tersebut sambil tersenyum.

Seorang anak muda mencelah, "ustaz, saya selalu tengok di TV pasal kemajuan teknologi perang negara Iran. Kenapa kita tak ambik jer teknologi diorang?"

"Mereka (Iran) tu kafir & sesat,"kata ustaz muda itu sambil tersenyum sinis.


*Info Salahuddin @ Saladin : SINI

**Info Muhammad Al-Fateh : SINI

Lauren Booth



“Puan Lauren Booth saudara ipar kepada Tony Blair bekas Perdana Menteri Britain telah memeluk agama Islam selepas enam minggu melawat makam Fatima al-Masumeh di bandar raya Qom Iran.

Beliau yang juga merupakan rakan kepada Yvone Ridley bekas wartawan yang ditahan kumpulan Taliban, kemudian memeluk Islam enam tahun lalu.

Menurut berita yg dilapurkan oleh Dailymail U/Kingdom semalam 24hb.10 bahawa Lauren Booth memeluk Islam setelah tinggal sementara di Iran.

Katanya beliau sekarang sudah meninggalkan makanan daging babi, alcohol dan semakin selalu bersembahyang di masjid tempatan serta kini sudah memakai tudung kepala setiap kali untuk keluar rumah.

Lauren Booth yg bertugas sebagai penulis dan penyiar ini berada 6 minggu di Bandar Qom Iran, dan selepas kembali ke Britain beliau mengambil keputusan untuk menukarkan agama nya kepada agama Islam.

Sekarang “saya sekarang sudah sembahyang lima waktu dan selalu membaca Al Quran serta kini saya sudah melepasi muka surat 60” katanya. Ceritanya semasa tinggal beberapa bulan di Iran, beliau juga banyak menghabiskan masa di Palestin dan lebih bersimpati dengan nasib yg dialami orang orang disana, “saya banyak menerima ketenangan di sini”.

Lauren mengakhiri perbualan nya, “semoga dengan penghijrahan nya ini akan banyak membantu untuk mempengaruhi abang ipar nya Tony Blair nanti” agar mengalih perhatian nya kepada Islam, tambahnya lagi.


Untuk artikel versi bahasa Inggeris:: klik sini

Gambar:: Makam Fatimah Al-Masumeh di Qom, Iran.

Siapa Fatimah Al-Masoumeh? Klik sini

Bakar Al-Quran







Ingat lagi tak kisah pembakaran Al-Quran yang di'agung'kan oleh paderi di Amerika hari tu?

Kalau ingat, inilah gambar bantahan yang dilakukan oleh rakyat Iran di Tehran selepas solat Jumaat.

Jangan risau sebab Al-Quran mereka tetap sama dengan yang ada sekarang.

Lihatlah betapa ramainya umat Islam membuat bantahan.

Kalau di Malaysia, agak-agak sampai begini ramaikah?

Muhasabah dirilah...

Hari Al-Quds (Iran)






Memang malang bagi sesiapa yang tertipu dengan agenda Zionis dan Amerika.

Memang malang bagi sesiapa yang percaya Revolusi Islam Iran itu hanya propaganda.

Sungguh kasihan......

*Sambutan Hari Al Quds di Iran Darussalam

Intimate Meeting With Holy Quran

Cuba lihat gambar ni:



Gambar ni ialah gambar Presiden Iran menghadiri 'intimate meeting with Holy Quran', satu majlis khas untuk meluangkan masa bersama kitab wahyu kita.

Walaubagaimana sibuk sekalipun beliau, Al-Quran tetap bersama. Inilah pemimpin yang kita impikan selama ini. Pemimpin yang benar-benar mengikut Islam dalam erti kata yang sebenar.

Bukannya pemimpin yang Islamnya hanya di masjid. Bukan juga pemimpin yang menjadikan Islam itu hanya sekadar solat dan puasa. Tetapi pemimpin yang Islamnya sebati dengan batang tubuh. Inilah pemimpin yang kita nak.

Orang kata dia kafir, pedulikan sahaja. Hanya orang yang bebal sahaja yang mengatakan demikian.

Orang kata dia sesat, pedulikan sahaja. Hanya orang yang berotak lembu sahaja yang mengatakan demikian.

Tinggallah mereka (yang mengatakan beliau kafir dan sesat) dengan pemimpin mereka yang minum arak tetapi dianggap sebagai mengikut Islam sebenar. Bagi mereka, pemimpin jenis ini akan masuk syurga sedangkan pemimpin yang sentiasa bersama Al-Quran berada di neraka.

Memang bebal lah kamu orang nih.

Sekian



Iran dan Israel?

Cuba lihat gambar ini:



Gambar di atas boleh membawa dua makna yang berbeza. Yang pertama, gambar ini merupakan bukti bahawa sememangnya Iran bekerjasama dengan Israel untuk menghancurkan Islam. Ini adalah pendapat mereka-mereka yang bebal dan tidak pandai berfikir. Dan semestinya berlandaskan hawa nafsu dan kebencian.

Pendapat yang kedua pula ialah gambar ini menunjukkan toleransi dan kebebasan beragama di Iran. Ini adalah pendapat mereka yang berilmu dan menggunakan akal yang dikurniakan Allah swt.

Islam agama kedamaian dan Allah swt sendiri tidak melarang kita untuk berbaik-baik dengan orang Yahudi. Islam tidak menyuruh kita memandang hina orang Yahudi kerana mereka Yahudi. Bukan semua Yahudi itu jahat dan bukan semua orang Islam itu baik. Jadi, cuba-cuba lah berfikir dengan logik dan matang.

Kita marah bila agama lain hina agama kita sedangkan punca penghinaan itu berasal dari kita sendiri- Mengebom tempat awam dan mengorbankan anak kecil serta wanita. Jadi jangan perasan hanya kerana kamu Islam, kamu boleh berbuat sesuka hati kamu di dunia ni.

Anda boleh pilih anda hendak masuk ke dalam kelompok yang mana. Kalau anda rasa anda nak masuk kelompok pertama, silakan sahaja, tiada siapa yang menghalang. Dan orang yang bijak pula akan masuk ke kelompok yang kedua :-)

Sebab apa? Sebab orang yang bebal hanya nampak kelemahan orang lain dan tidak pula nampak kelemahan diri sendiri. Sedangkan orang yang bijak, mereka menyedari kelemahan diri sendiri dan berusaha memperbaiki diri sendiri sebelum mereka nampak kelemahan orang lain.

Berjuta-juta rakyat Iran syahid hanya semata-mata untuk melakukan revolusi Islam, dalam masa yang sama juga ada segelintir orang bebal yang mendakwa revolusi Islam itu hanya lakonan semata-mata. Tidak ada orang yang berpendapat sedemikian melainkan orang yang bebal.

Sekian.



Followers

Ruang Komen