Hari tu aku ada mendapat SMS dari seorang sahabat baik aku. Perempuan la.. Dia tanya aku "salahkah jadi muslimah?"
Aku kata tak salah dan bla bla bla.. Tak payah cerita la kat sini..
Lepas tu, aku mula terfikir, kenapa mesti kata perkataan 'muslimah'. Soalan yang ditanya tak salah tapi penggunaan perkataan 'muslimah' tu yang aku rasa ada yang tak kena.
Muslimah bermaksud wanita/perempuan islam. Kalau ditafsirkan balik pertanyaan sahabat ni tadi ia akan menjadi "salahkah jadi perempuan islam?" Persoalannya ialah kenapa mesti kata 'muslimah'? Adakah kalau disebut 'muslimah'. automatik akan terbayang di kepala kita ialah seorang perempuan yang memakai jubah dan bertudung labuh? Setakat ini sahajakah tafsiran kita terhadap perkataan 'muslimah'? Jujurnya, aku juga berfikiran seperti ini. Namun, inilah sebenarnya minda yang patut diubah.
Kalau lah 'muslimah' tu bermaksud perempuan yang memakai jubah dan bertudung labuh, apakah pula panggilan atau lebih tepat lagi label yang diberikan kepada perempuan islam yang tidak menutup aurat? Walaupun mereka tidak menutup aurat, mereka masih lagi beragama islam. Adalah tidak adil jika kita memanggil golongan 'surau' sebagai muslimah tetapi tidak kepada golongan 'non surau'.
Mungkin ada yang berpendapat 'muslimah' diberi kepada mereka yang beramal dengan islam dengan sepenuhnya. Pendapat ini mungkin benar dan mungkin juga salah. Memang aku akui kalau nak jadi islam, ajaran islam mesti diterapkan dengan sepenuhnya di dalam diri setiap individu muslim. Tetapi adakah hanya kerana mereka tidak menutup aurat, maka kita sewenang-wenangnya mengatakan mereka tidak layak dipanggil 'muslimah'? Tidak memakai tudung tidaklah menyebabkan mereka terkeluar dari islam. Tetapi ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Kalau tak nak termasuk dalam golongan orang yang berdosa besar, baik pakai tudung..
Lindungilah rambut anda daripada bakaran api neraka.. wallahualam..
Ada Apa Dengan Muslimah
Labels: Kaum Hawa
Untuk Kaum Hawa
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, CUKUPLAH HANYA CINTA ALLAH memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Nota: Wahai kaum Hawa, hayatilah puisi di atas.. Tanamkan ia di dalam hati.. Jangan hanya sekadar lafaz di mulut..
Aku berlindung kepadaMu daripada godaan syaitan melalui wanita dan dunia.. Amiin..
Labels: Kaum Hawa