Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Anak Kecil Dan Seketul Batu

Seorang Eksekutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Dia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil dia memandu perlahan-lahan, dia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil itu tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah nak kecil tersebut, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

"Apa ni ? Siapa awak ? Awak buat apa disini ? Ni kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Eksekutif tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya minta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , dia merayu . Saya baling batu sebab tak ada orang yang berhenti bila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.

"Itu abang saya , dia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik tolong saya , dia cedera dan terlalu berat untuk saya."

Dengan rasa terharu, Eksekutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

"Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat."

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Eksekutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Eksekutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta WAJA yang kemek tetapi dia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian...

Sekian..

[Sambungan] Kisah Benar

Farid mula menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap Allah. Antara tindakan Farid yang menunjukkan rasa tidak puas hatinya ialah:

1) Tidak menunaikan solat 5 waktu
2) Tidak berpuasa pada bulan ramadhan
3) Memaki Allah dengan mengatakan perkataan 'bodoh'
4) Membenci ilmu agama
5) Memijak kaset bacaan Al-Quran

Apabila abangnya mengejutkannya untuk bangun solat subuh, Farid bangun dan mengambil wudhuk. Tetapi setelah abangnya berlalu, Farid segera masuk ke bilik dan menyambung tidurnya.

Apabila tiba bulan puasa, Farid bangun bersahur tetapi pada siang harinya Farid makan dan minum tanpa pengetahuan ibunya.

Buku agama ditolak tepi. Apa yang dibacanya ialah novel dan komik. Farid berasa menyampah dan benci apabila melihat buku agama.

Selama setahun Farid meneruskan perbuatannya, akhirnya pada pertengahan Mei 2005, hidayah Allah sampai kepadanya..

Selepas pulang dari sekolah, Farid terus menghempaskan badannya ke katil. Penat setelah berjalan pulang dari sekolah. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Kebiasannya, sebaik sahaja badan dihempaskan ke katil, matanya terus terpejam. Namun pada petang ini, keadannya agak aneh.

Dipandangnya kaset di rak sebelah kirinya, melihat-lihat komik yang tersusun rapi. Namun, terdetik di hatinya untuk mendengar bacaan ayat suci Al-Quran. Perlahan-lahan Farid bangun dan memasukkan sebuah kaset ke dalam pemain kasetnya.

"Bismillahirrahmanirrahim... Yaa siinn.. Wal quranilhakim, Innakalaminalmursalin 'ala sirotimmustaqim.. Tanzilal 'azizirrahim, litunzirokomammnya un ziro aaba uhum fahum Ghafilun. Lakod haqqal qoulua'ala aksarihim fahum la yukminun. Innaja'alna fiii a'nakihim aglalanfahiyailal azqo nifahummukmahun"

Bacaan Surah Yaasin yang di baca oleh Syeikh Saad Said Al Ghamidhi menggegarkan jiwanya Badan Farid bergegar, bulu romanya meremang.. Lantas ingatannya berputar seperti pemain video. Segala perbuatan yang dilakukan seolah-oleh diputarkan di benaknya. Satu persatu dosa dan maksiat yang dilakukan bermain di kepalaya.

Tanpa semena-mena, air matanya mengalir laju di pipinya. Hatinya yang keras, cair dengan alunan ayat suci Al-Quran. Subhanallah.. Ternyata pancaran Nur Illahi mengatasi segala-galanya..

Farid bingkas bangun dan menutup bacaan Al-Quran tadi lantas menuju ke bilik air untuk berwudhuk. Farid kemudiannya menunaikan solat sunat taubat ketika itu juga. Solatnya kali ini diiringi air mata keinsafan. Farid benar-benar insaf dan kini barulah Farid dapat merasakan bahawa hidayah Allah tiada tolok bandingnya di dunia ini..

Nota: Kisah di atas diadaptasi daripada kisah benar yang terjadi pada seseorang yang aku kenali. Nama-nama dalam cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Jika ada persamaan watak, ia hanyalah kebetulan.

Farid kini sudah bertaubat dan berazam untuk tidak lagi mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan dahulu. Alhamdulillah...

Ambillah pengajaran dari kisah diatas.. Wassalam..

Kisah Benar

Albino di bawa ke hospital untuk pemeriksaan. Kakinya yang membengkak seolah-olah bernanah. Doktor yang bertugas memeriksa Albino. Sesekali dikuis-kuis kaki Albino dengan sebatang kayu persis kayu ais krim Paddle Pop.

"Kucing ni tak apa-apa". kata doktor tersebut. Farid dan ibunya lega apabila mendengar kata-kata doktor tersebut. Albino di bawa pulang ke rumah. Sesekali melihat Albino bermain-main riang, hati Farid agak tersentuh apabila kucing tersebut memaksa dirinya untuk bergembira bermain bersama-sama adiknya, Candy. Tampak jelas di mata Albino akan kesakitan kakinya. Sebetulnya Farid sendiri tidak tahu mengapa kaki Albino membengkak.

Semua itu disedari apabila Albino berjalan pulang ke rumah terjengket-jengket. Pada mulanya Farid tidak mengendahkannya memandangkan kucing tersebut seekor kucing yang lasak. Namun beberapa hari selepas itu, Farid mula merasai perubahan tingkah laku kucing tersebut. Kucing tersebut kurang selera makan, tidak lagi aktif seperti dahulu. Setelah itulah baru Farid dan ibunya membawanya berjumpa doktor.

Setelah beberapa lama di rumah, Albino mula menunjukkan keanehan. Albino lebih suka menyendiri, suka tidur di bilik air. Kata orang tua-tua, kalau kucing tidur dalam bilik air maknanya ajalnya akan sampai tak lama lagi. Namun semua itu hanyalah kata-kata orang tua. Farid sedikitpun tidak mengendahkannya.

Pada petang itu tahun 2005, Albino kencing di depan tangga rumah. Sesuatu yang amat tidak disangka lebih-lebih lagi kucing tersebut tidak di ajar untuk membuang air dalam rumah. Setelah itu, Albino turun ke hadapan TV. Di situ Albino berbaring. Nafasmya dilihat semakin lemah. Farid lantas mendapatkan Albino dan membelai Albino dengan penuh kasih sayang. Air matanya bercucuran melihat kucing kesayangannya bertarung dengan maut. Akhirnya Albino pergi meninggalkan Farid buat selama-lamanya.

Farid mengangkat bangkai Albino dengan berhati-hati. Dibawanya untuk ditanam di bahagian belakang rumah. Sebelum mengambus tanah, Farid mengucup kepala Albino buat kali yang terakhir.

Farid naik ke rumah, seolah-oleh tidak percaya kucingnya baru sahaja mati. Farid naik ke bilik dan menghempaskan badannya ke katil. Bersaksikan tilam dan bantal, Farid menangis semahu-mahunya. Kesedihannya tidak dapat dikawal lagi. Air matanya membasahi bantal dan bajunya.

Dalam keadaan itu, Farid seolah-olah dirasuk syaitan. Farid tidak dapat menerima hakikat lantas Farid menyalahkan Allah.

"Allah kejam!" kata Farid.

Farid mula melakukan pemberontakan ke atas Islam.

Kalau anda ingin tahu apakah jenis pemberontakan Farid, sila ikuti sambungannya nanti..

Daa~~~~~

Jawapan Kepada Seorang Sahabat


Soalan: Perlu ke kita berubah menjadi orang lain untuk kamceng dengan orang lain?

Soalan diatas diutarakan oleh ukhti izz.. Berikut merupakan jawapan ana:

Ana mentakrifkan 'berubah jadi orang lain' tu sebagai 'menyesuaikan diri' yer. Tidak salah untuk menyesuaikan diri tapi mesti kena pada tempatnye la. Takkan la hanya kerana nak kamceng dengan orang lain, kita sanggup buat benda-benda yang tak elok. Bagi ana, join je apa2 asalkan prinsip diri tak tergadai.

Prinsip ana, jadi la orang yang macam mana pun, asalkan Islam di depan. Kalau nak jadi rockerz contohnya, jadilah rockerz yang beriman. Jangan pakai rantai, jangan bertindik, jangan lalai.. Itu je.. Semuanya atas diri kita dan sejauh mana kita menilai setiap perbuatan kita.

Cuba kita tengok band Soldiers of Allah (SOA). SOA ni band muslim dari barat. Macam mana dakwah dorang? Dorang nyanyi lagu islamik bertemakan rap. Sebab apa? Sebab persekitaran mereka yang mendorong mereka nyanyi lagu rap islamik. Salah ke kita guna pendekatan berbeza (rap misalnya) untuk dijadikan medium dakwah? Tidak!

Kesimpulannya, ada masanya kita kena menyesuaikan diri kita mengikut keadaan. Tapi jangan jadi hipokrit. Depan orang baik, belakang orang perangai macam anak hantu. Jangan jadi golongan macam ni yer ukhti. ^_^

Soalan: Ana tak dapat cari orang yang boleh bimbing dan jaga ana macam dulu.

Jawapan: Suatu ketika dahulu, memang kita bersyukur sebab ada orang jaga kita. Ada ibu bapa, ada kawan2.. Tapi adakah semua tu berkekalan? Kemudian kalau mereka tak ada, kita akan terkontang-kanting, begitu ke?

Ukhti, dah tiba masanya untuk kita bangkit dan berdiri sendiri tanpa bimbingan orang lain. Semuanya bergantung pada diri kita. Keadaan yang kita harapkan tidak semestinya kita dapat. Cuba bayangkan bagaimana orang Islam boleh hidup dalam masyarakat yang bukan beragama Islam tanpa mengabaikan tuntutan agama.. Semua ini tidak lain dan tidak bukan ialah kekuatan iman dan jati diri. Jangan kita jadi seperti lalang yang ditiup angin.

Soalan: Anta pun percaya yang persekitaran boleh mempengaruhi kita kan?

Jawapan: Ya betul! Ana setuju. Memang benar persekitaran boleh mempengaruhi kita namun semua tu atas diri kita jugak. Atas rasional kita. Kalau kita rasa persekitaran kita boleh bawak kita ke perkara dosa dan noda, setkan minda kita awal2..

Setkan "Benda ni dosa, aku tak boleh buat. Nanti berdosa"

Kekuatan kita terletak pada mind set selain iman kita. Jagalah iman sebaik mungkin kerana sekali iman itu ditarik oleh Allah, meranalah kita hidup di dunia.. Wallahualam..

[Motivasi] Babi Oh Babi

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Amin

Seorang nasrani berkata, "saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."

(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )

Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia... )

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang".

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.

Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH.

Sumber: Isuhangat

[Motivasi] Jangan Kamu Salahkan Sesiapa

Di lobi sebuah muzium yang berlantaikan marmar cantik, kelihatan sebuah patung yang begitu indah dan halus ukirannya. Patung itu juga diperbuat daripada marmar. Para pengungjung seluruh dunia memuji kecantikan patung tersebut. Suatu malam, berkatalah lantai marmar kepada patung tersebut..

Lantai: Patung, ini memang tak adil! Mereka datang untuk memijak-mijak badanku dan memuji-muji dirimu. Ini tak adil!

Patung: Sahabatku, masihkah kau ingat kita berasal dari gunung yang sama?

Lantai: Ya! Aku ingat. Sebab itulah aku kata tak adil. Kita datang dari gunung yang sama tapi layanan kita berbeza.

Patung: Kalau begitu, masihkah kau ingat saat seorang pengukir datang untuk mengukir dirimu tetapi kau menolaknya kerana tidak mahu disakiti oleh peralatan yang digunakan?

Lantai: Ya, aku ingat. Tapi aku tak suka lelaki tu. Dia menikam dan mengetuk badanku. Sangat menyakitkan!

Patung: Betul, sebab tu lah dia tak dapat mengukir dirimu.

Lantai: Jadi?

Patung: Apabila pengukir itu kecewa dengan kamu dan dia mula mengukir diriku, aku tahu bahawa aku akan menjadi sesuatu yang berbeza apabila kerjanya selesai kelak. Jadi aku relakan diriku untuk dilakukan apa sahaja olehnya sekalipun seluruh badan aku berasa sakit.

Sahabatku, kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Oleh sebab kamu mengambil keputusan untuk berhenti sekerat jalan, maka janganlah kamu menyalahkan sesiapa yang memijakkan kakinya ke atas badanmu

Followers

Ruang Komen