Showing posts with label Ulasan Berita. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Berita. Show all posts

PKR Buat Masalah Lagi

IPOH 12 Okt. - Kira-kira 100 ahli Pergerakan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat akan keluar parti beramai-ramai selepas hilang keyakinan dengan kepimpinan mereka di peringkat negeri dan Pusat.

Tindakan itu bakal diambil sekiranya Ketua Wanita PKR Perak, Fatmawati Salim tidak meletakkan jawatannya dalam tempoh 14 hari daripada sekarang.

Ketua Penerangan Wanita PKR Cabang Ipoh Barat, Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi berkata, bagi membuktikan ketelusan tindakan itu, beliau nekad meletak jawatan dan keluar parti terlebih dahulu berkuat kuasa hari ini.

Beliau mendakwa, Fatmawati dengan sewenang-wenangnya merampas hak ahli jawatankuasa (AJK) apabila mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Oktober ini tanpa pengetahuan mereka.

''Perbuatan jahat pimpinan Wanita PKR negeri dan Pusat ini seolah-olah sengaja menyingkir kami AJK yang sah bagi tahun 2007 hingga 2010.

''Kami tidak faham kenapa perlu diadakan pemilihan sedangkan ini bukan tahun pemilihan. Ini jelas sekali tindakan diktator dan keterlaluan,'' katanya pada sidang media di sini hari ini.

Faridatul Azlina berkata, kemelut bermula selepas majoriti ahli membuat undi tidak percaya terhadap ketua mereka, A. Megaswary pada mesyuarat agung November 2008 atas sebab disiplin dan salah laku.

Jelas beliau, selepas insiden berkenaan, pimpinan di peringkat negeri langsung tidak melantik Timbalan Ketua Wanita cabang itu, Norizan Mat Soda memangku jawatan berkenaan malah secara tiba-tiba mahu mengadakan pemilihan baru.

''Bagi saya tindakan Fatmawati menganjurkan pemilihan haram itu adalah untuk menghancurkan parti dan bukannya mahu mengukuhkan parti.

''Setelah sepuluh tahun di dalam PKR, macam-macam yang telah saya alami tetapi bagi saya ini yang paling teruk sekali.

''Memang saya ikhlas letak jawatan dan keluar parti. Apa yang saya kesalkan segala pengorbanan dan titik peluh kami di cabang ini langsung tidak dihargai,'' katanya.

Mengenai perancangannya selepas ini, beliau belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Sumber: Utusan Meloya

Nota: Yang buat masalah dalam Pakatan mesti PKR.. Tak habis-habis nak buat masalah.. Dulu yang jadi katak pun PKR..

Kalau u all nak masuk UMNO pun aku tak kisah.. Pakaian je PKR padahal jiwa UMNO.. Silakan masuk UMNO..

SIS Dan Beberapa NGO Halang Hukuman Sebat- Boleh Pergi Mati

PETALING JAYA – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sebulat suara mahu Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengkaji semula hukuman sebat ke atas model, Kartika Dewi Shukarno kerana didakwa mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa

Kumpulan Tindakan Bersama u:ntuk Persamaan Jantina (JAG) yang turut disertai Sister In Islam (SiS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) menggangap hukuman tersebut sebagai kejam dan perlakuan yang menjatuhkan maruah.

:Turut menyokong, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), All Women’s Action Society (Awam), Women’s Center for Change Penang (WCC). Suara Rakyat Malaysia (Suharam) dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (Suhakam).

Pengarah Eksekutif Sister In Islam (SIS), Dr. Hamidah Marican berkata, badan NGO yang terlibat memandang serius terhadap Panel Rayuan Kehakiman Mahkamah Tinggi Syariah Pahang yang telah membuat keputusan tanpa kehadiran pihak berkenaan yang membentangkan hujah atau mengumumkan perbicaraan tersebut kepada umum.

Menurutnya, pada 18 September lalu, SIS telah memfailkan satu permohonan berasingan untuk membuat semakan dan mengenepikan pelaksanaan hukuman sebat terhadap Kartika, dan permohonan ini masih belum di dengar oleh Mahkamah Tinggi Pahang.

“Kami hairan dengan kepantasan Mahkamah Syariah yang mahu hukuman tersebut dijalankan secepat mungkin sedangkan banyak organisasi dan masyarakat sivil menyatakan rasa bimbang terhadap hukuman yang dikenakan.

“Ramai yang mempersoalkan kesesuaian hukuman denda RM5000 dan enam sebatan yang dikenakan biarpun Kartika seorang pesalah kali pertama,” katanya pada sidang media, di pejabat SiS disini semalam.

Hamidah berkata, pihaknya komited untuk mendapatkan perlakuan yang melindungi hak asasi Kartika dalam memastikan tidak terdapat kemerosotan hak asasi manusi di negara ini.

“Jika Kartika disebat, persepsi terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam akan tergugat selama-lamanya,” katanya.

Sumber: Sinarharian

Aku kata: Nampaknya salakan SIS ni makin menjadi lebih-lebih lagi dengan bantuan beberapa NGO yang sebulu dengan SIS yang sememangnya jahanam tu.. JAG, EMPOWER dan SIS kata hukuman sebat tu kejam dan menjatuhkan maruah.. Gile meroyan ke apa puak-puak ni.. Memang liberal tahap gaban puak-puak nih..

Kenapa pulak ko(SIS) risau? Kartika pun dah mengaku salah.. Dah redha pun hukuman tu dijatuhkan ke atas diri beliau.. Yang ko pulak macam cacing kepanasan tu pulak kenapa? Kenapa pulak nak bimbang? Ko sepatutnya bimbang bila hukum islam tak dijalankan, bukannya bimbang hukum islam terlaksana.. Memang otak udang la puak-puak nih.. Ko jangan pikir bila wanita disebat, automatik wanita tu jatuh maruahnya.. Ko kena tengok jugak KESAN pelaksanaan hukuman tu.. Kadar jenayah semakin meningkat, arak judi berleluasa.. Perempuan islam minum arak depan mata, apa ko buat? Ko diam je kan?

Ko kata ramai yang persoalkan tindakan denda dan sebat tu.. "Ramai' mana yang mempersoalkan? Seluruh rakyat Malaysia ke yang mempersoalkan? Atau pun ko dan puak-puak sebulu dengan ko je yang mempersoalkan?

Ko kata kalau Kartika disebat, persepsi terhadap Malaysia sebagai negara islam tergugat- Ko ni mabuk ke? Persepsi yang ko kata tu datangnya dari negara bukan islam.. Persepsi sape yang ko risau nih? Persepsi Obama? Persepsi Brown? Pergi mati la dengan persepsi ko tu..

NGO Bimbang- Isu Kepala Lembu

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bimbang dengan tindakan Peguam Negara yang terlalu cepat membuat pendakwaan dalam isu kepala lembu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Tan Sri Abdul Gani Patail itu akan menimbulkan rasa gelisah di kalangan orang Melayu.

''Saya hairan mengapa banyak kes yang dilaporkan sebelum ini kepada pihak polis seperti isu penghinaan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak terbabit.

''Namun dalam kes isu kepala lembu, ia berbeza sama sekali yang mana Peguam Negara begitu cepat membuat pendakwaan kepada penunjuk perasaan,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas ruangan pembaca Utusan Malaysia hari ini yang merasa pelik dengan pendakwaan segera Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Malah, pembaca yang menamakan dirinya sebagai Mohd. Sharial Omar itu mempersoalkan mengapa pendakwaan tidak dilakukan kepada pihak-pihak tertentu dalam isu seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.

Ibrahim menegaskan, tindakan sebegitu boleh menyebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan orang Melayu jika gagal bertindak adil dalam isu-isu yang melibatkan sensitiviti orang Melayu.

''Saya tidak mahu nanti orang Melayu fikirkan yang kerajaan sekarang sedang cuba mengambil hati orang bukan Melayu melalui cara ini dengan membelakangi mereka,'' tambahnya.

Sumber: Petikan dari Utusan Meloya

Aku kata: Bila kena kat batang hidung sendiri, mulalah gelabah tak tentu pasal.. Ibrahim Ali yang menang PR12 atas tiket PAS tu mula bersuara sumbang.. Katanya hairan kenapa polis tak dakwa orang yang hina Raja Melayu.. Yang hina Raja Melayu tu siapa? UMNO ke PAS? Siapa yang duk usung banner yang bertulis 'natang'(binatang) di Terengganu dulu masa Raja tak perkenan lantik Idris Jusoh jadi MB Terengganu?

Kelakar la kau ni Ibrahim Ali.. Kenapa? Kau takut sokongan Melayu berkurang? Dia ni kata benda ni melibatkan sensitiviti Melayu.. Habis tu sensitiviti agama lain tu macam mana?

Namanya calon Bebas tapi hakikatnya BN.. Dah la menang atas ihsan pihak PAS.. Piiraahh..

Jangan Campur Politik Dan Agama- Buka Pekung Di Dada

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pemimpin pembangkang supaya tidak menggadaikan agama semata-mata mahu menang pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan mencampuradukkan politik dan agama bagi mencapai tujuan itu merupakan satu perbuatan yang berbahaya.

"Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama... bahaya," katanya ketika berucap semasa melawat Pusat Peti Undi Kampung Samagagah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka yang menyokong UMNO tidak akan ke syurga

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya itu dengan alasa UMNO memisahkan Islam dengan iman.

Katanya, sesiapa sahaja yang mengasingkan iman daripada Islam seperti yang diamalkan parti yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara itu tidak akan diterima Allah.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dipercayai ada kaitan dengan kempen pilihan raya kecil Permatang Pasir ketika ini yang menyaksikan persaingan sengit antara Pas dan Barisan Nasional (BN).

Aku kata: Aku sebenarnya malas dah nak ulas pasal politik Malaysia nih.. Sebab apa? Sebab aku dah penat melayan orang-orang macam nie.. tapi sebab politik tu sebahagian daripada agama, maka aku terpaksa ulas statement dia nih..

Cuba perhatikan ayat yang aku kasi warna peach.. Nampaknya dia nih dah bukak pekung di dada.. Bila PAS kata sekular, depa marah.. sekarang depa dah mengaku sendiri.. so, salah siapa?

Politik dan agama tak boleh dipisahkan.. Kalau pisahkan agama dan politik maka jadilah seperti Turki di era pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk laknatullah.. Cakap jangan sebarang cakap saja..

Yang pasal statement Ahli UMNO tak masuk syurga tu, TGNA dah nafikan beliau ada kata macam tu.. Beliau cakap lain, media tulis lain.. tu yang kecoh sampai Majlis Fatwa Kebangsaan yang entah bersidang ke tak tu keluarkan fatwa..

Sekarang TGNA nak berdepan dengan Majlis Fatwa.. Siap sedialah..

p/s: lain kali, jangan buat fatwa tanpa mendengar penjelasan pihak yang satu lagi.. Bila TPM suruh buat fatwa, laju je Majlis Fatwa keluarkan fatwa.. Cuba Majlis Fatwa keluarkan fatwa pasal hukum tak pakai tudung.. sampai budak kecik dah berjanggut pun, fatwa tak keluar-keluar..

Pembangunan- Pas 'Corot'

PERTH 9 Ogos - Barisan Nasional (BN) yakin Pas tidak akan berani menyebut soal pembangunan semasa kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir nanti kerana banyak bukti menunjukkan keupayaan parti itu terlalu 'corot'.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, realitinya perkara sama ditunjukkan oleh jentera Pas semasa Pilihan Raya Kecil Manek Urai baru-baru ini yang tidak sekelumit pun menyentuh isu pembangunan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN percaya pengundi Permatang Pasir akan membuat penilaian yang bijak dan realistik dalam memilih bakal wakil rakyat mereka.

''Pas tidak berani sebut soal pembangunan di Manek Urai dan begitu juga di Permatang Pasir nanti.

''Kalau hendak bina masjid pun, perlukan peruntukan kerajaan Pusat (dulu)... kalau kerajaan Pusat tak beri, maka dia (Pas) tak mampu," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengumumkan esok tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu. - Utusan

Aku kata: Wah.. sedapnya dia nih bercakap.. Mungkin PAS kurangkan pembangunan duniawi untuk pembangunan ukhrawi..

PAS bukan macam puak dia nih, bina masjid je banyak tapi pengimarahan entah ke mana.. PAS tak bina masjid sebab PAS sibuk untuk mengimarahkan masjid yang ada.. Kalau setakat banyak masjid tapi tak diimarahkan, apa guna?

Pembangunan yang diagungkan oleh dia ni tak ke mana pun.. Bukannya boleh bawak ke kubur.. Sebaliknya pembangunan rohaniah lebih penting sebab tu amalan baik kita untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak..

Dah berapa lama Kelantan dianaktirikan oleh kerajaan pusat? kata "rakyat didahulukan" tapi bila masuk bab kelantan, lain pulak jadinya..

Angka Korban H1N1 Meningkat Lagi

Enam lagi menjadi korban selesema A (H1N1), menjadikan jumlah semuanya 32 orang sejak kes pertama 23 Julai lalu.

Semalam lapan disahkan mati akibat virus wabak tersebut.

azlanKeenam-enam kematian itu antara 203 kes terbaru yang dilaporkan hari ini - kenaikan kes tertinggi dalam satu hari - menjadikan jumlah keseluruhannya 1,983 kes.

Ketua pengarah kesihatan menjelaskan, angka kematian terbaru itu merujuk satu kes yang berlaku semalam, manakala selebihnya kematian lebih awal yang hanya disahkan pada 7 dan 8 Ogos.

"Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar seperti berikut: 5 Ogos (2 dua), 8 Ogos (3 orang) dan 9 Ogos (seorang)," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Seramai 67 pesakit kini sedang dirawat di hospital dan seramai 15 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Enam di unit tersebut mempunyai risiko iaitu penyakit kronik (3 orang), obesiti (1), selepas hamil (1) dan bayi (1).

Dr Mohd Ismail menambah, mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan influenza A (H1N1) diminta segera mendapatkan rawatan.

azlan"Rawatan anti-virus akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula," katanya.

"Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap.

"Dapatkan rawatan segera apabila mengalami tanda-tanda tersebut."

Aku kata: Nampaknya kematian semakin meningkat.. Boleh dikatakan setiap hari mesti ada kematian.. Baru-baru ni di Sabah (tempat aku) ada kes kematian..

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar virus ni lenyap terus di muka bumi di samping amalan pencegahan..

Agaknya inilah bala Allah yang diturunkan kepada umat manusia atas perbuatan tangan-tangan kita.. Wallahualam..

Hina Islam- Amaran Kepada DAP

PONTIAN 9 Ogos - UMNO memberi amaran kepada DAP supaya tidak bermain api perkauman dengan terus menyerang dan menghina orang Islam dan Melayu di negara ini.

DAP juga diingatkan supaya tidak mencampuri urusan orang Islam di negeri yang dikuasai pakatan pembangkang seperti di Selangor dan Pulau Pinang kerana mereka tiada hak berbuat demikian.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, mereka juga tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan kaum.

Menurut beliau, sesuai dengan sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-52 tahun ini, soal-soal berhubung dengan agama dan kaum tidak sepatutnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

''Seperti orang Melayu dan Islam mengiktirafkan kebebasan beragama kaum lain di negara ini, kaum lain juga seharus bersikap demikian dan bukan sebaliknya,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan konvoi Kempen Semarak Merdeka Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Pusat Perdagangan Pontian di sini hari ini.

Ahmad hairan mengapa pemimpin DAP mencampuri urusan mengenai agama Islam seperti yang dilakukan Ronnie Liu di Selangor dan Jeff Ooi di Pulau Pinang.

Sumber: Utusan

Aku kata: Aku berterima kasih atas keprihatinan mana-mana individu yang lantang mengutuk DAP atas alasan menghina islam walaupun sebelum ni puak dia la yang jaguh dalam menghina islam..

Siapa yag kata:

1) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

2) Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam

3) Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

4) Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

5) Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

Cukup la 5 penghinaan yang aku postkan di sini.. Walaupun banyak lagi tapi cukuplah sekadar ni..

Tidak hairan la kalau DAP hina Islam sebab mereka bukan Islam.. Kita yang Islam ni la yang patut terangkan pada mereka.. Yang lebih pelik lagi menjelikkan bila ORANG ISLAM sendiri yang hina Islam.. Wallahualam..

'Islam Didahulukan, Hudud Diperjuangkan'

KOTA BHARU, 9 Ogos (Hrkh) - Biar pun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 tidak dapat dilaksanakan di negeri ini kerana dihalang kerajaan pusat, namun sambutan Hari Hududullah tetap diadakan setiap tahun.




Tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 21 Syaaban 1430 bersamaan 12 Ogos depan bertempat di Besar Balai Islam, Lundang.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dato' Mohd Azamli Jamaluddin berkata, sambutan Hari Hudud diadakan setiap tahun sebagai usaha memberi pendidikan dan kefahaman kepada masyarakat tentang syariat dan undang-undang Islam.

"Pelaksanaan syariat Islam terutamanya hudud merupakan prasyarat dan pemangkin pembentukan negara yang aman, makmur dan sejahtera.

"Ini selaras dengan firman Allah swt yang menceritakan perihal kerajaan Saba' ayat 15 yang bermaksud,"� (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun." katanya pada persidangan media di sini, hari ini.

Menurutnya sambutan tahun ini bertema 'Islam Didahulukan, Hudud Diperjuangkan' akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9.15 malam.

Selepas perasmian diadakan forum perdana dan dialog berkaitan perundangan Islam.

Forum perdana Hududullah bertajuk 'Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia, Antara Realiti dan Harapan'.

Ahli panel iaitu Adun Manir, Dato' Harun Taib, anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Manakala Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAHEAIK, Ustaz Mohd Suhaimi Mohamed bertindak sebagai pengerusi.

Mohd Azamli berkata, antara objektif sambutan Hari Hududullah ialah menjana kesedaran masyarakat syariat dan undang-undang Islam penyelesaian kepada masalah jenayah dan keruntuhan akhlak manusia.

Selain itu memberi penerangan mengenai keistimewaan dan keadilan syariat dan undang-undang Islam.

"Ia juga memberi kesedaran syariat dan undang-undang Islam relevan dan sesuai dilaksanakan di Malaysia,

"Selain itu dapat membincangkan masa depan undang-undang Islam di Malaysia," katanya. - mj _

Sumber: Harakah

Aku kata: Alhamdulillah.. Teruskan usaha untuk menyampaikan pemahaman sebenar hukum Hudud kepada rakyat.. Mana-mana 'individu' yang rasanya masih tak faham pasal hudud ni eloklah pergi ke forum yang diadakan daripada terus berada dalam kepompong kejahilan..

8 Lagi Korban H1N1

Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini.

Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat.

Beliau memberitahu pemberita di Kota Kinabalu bahawa sebahagian daripada kematian tersebut membabitkan kumpulan yang berisiko tinggi.

Liow berkata, satu kematian dicatatkan pada 3 Ogos, diikuti dua lagi (5 Ogos), empat (6 Ogos) dan satu lagi pada 8 Ogos, lapor Bernama.

Menurutnya, dua daripada kes itu adalah dari Sabah. Yang pertama melibatkan seorang wanita obes berumur 24 tahun yang dirawat di Hospital Ranau pada 1 Ogos, yang mengalami demam dan batuk selama empat hari.

Wanita itu kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.

Satu lagi kes melibatkan lelaki berumur 74 tahun yang menghidap sakit jantung kronik yang dimasukkan ke QEH pada 3 Ogos, yang mempunyai sejarah mengalami masalah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam selama sehari sahaja.

Lelaki itu meninggal dunia pada 6 Ogos.

Kes lain termasuk pelajar wanita berumur 20 tahun yang dirawat sebagai pesakit luar bagi penyakit serupa Influenza (ILI) pada 1 Ogos dan meninggal dunia di bilik asrama, lima hari kemudian; seorang lelaki berumur 48 tahun yang menghidap asma dan hipertensi dari Sarawak, dan seorang lelaki obes berumur 37 tahun dari Johor.

Liow berkata pada ketika ini, terdapat sejumlah 62 kes yang sedang menerima rawatan di hospital dan 13 kes lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala lima lagi kes disyaki H1N1 turut ditempatkan di ICU bagi menunggu keputusan.

"Setakat ini di Sabah, kes H1N1 yang disahkan ialah 402 kes, dua kematian, tujuh sedang dirawat di hospital di mana seorang dalam ICU, dan tujuh lagi kes ILI, sementara menunggu pengesahan," katanya.

Menurut Liow lagi, terdapat kanak-kanak yang terlibat tetapi tidak mempunyai butirannya.

Katanya, 35 sekolah telah ditutup di Sabah akibat wabak H1N1.

Aku kata: Nampaknya angka korban akan terus meningkat dan meningkat..

Isu Arak Selangor

SUNGAI PETANI 8 Ogos — Umat Islam hari ini diminta menilai cara kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat juga akan menilai perjuangan Pas yang kini adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Kita lihat apa yang mereka (Pas) akan lakukan kerana ini (penjualan arak) adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani di sini hari ini.

Beliau berkata, disebabkan Pas kini telah bera dalam dalam pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri, rakyat akan melihat pendirian Pas dalam isu itu.

Semalam, kerajaan negeri Selangor membuat keputusan tidak akan melarang penjualan minuman keras dan cuma meminta semua premis perniagaan, pasar raya dan kedai serbaneka yang menjual arak mengamalkan konsep kawalan sendiri bagi membendung penjualan minuman keras kepada orang Islam dan remaja bawah umur. - Bernama

Aku kata: Kah kah kah! Lawak betul la dia ni.. Dia suruh umat islam menilai macam mana kerajaan Selangor urus masalah arak ni.. Kerajaan Selangor ada cara tersendiri la.. yang ni tak payah la aku komen..

Dia ni suruh umat islam nilai sendiri perjuangan PAS dalam isu ni. Yang ni aku nak komen.. Sebelum dia ni suruh umat islam menilai perjuangan PAS, lebih baik kalau umat islam nilai dulu perjuangan dia ni.. Mari kita tengok perjuangan dia:

1) Pemakaian tudung- Sebelum tu kita tengok dulu cara orang-orang dia pakai tudung.. macam-macam fesyen ada.. Fesyen berjambul ada.. yang langsung tak pakai tudung pun ada. Inikah Islam yang dia perjuangkan?

2) Bersalam dengan bukan muhrim- Kalau tak bersalam dengan bukan muhrim tak sah.. pergi mana-mana pun mesti ada sesi bersalam-salaman.. Tak kira la lelaki atau perempuan.. Yang ni islam ape?

3) Hina Hudud- Sape yang lontarkan kata-kata berbau penghinaan kepada hukum islam kalau bukan geng-geng dia ni.. Ada lagi yang kata melacur diharuskan kalau darurat.. belajar mana oo? Agaknya ni lah Islam yang diperjuangkan..

4) Fatwa- Mufti dah kata konser jomheboh haram, kenapa buat jugak? Fatwa dah dikeluarkan kata letak kalungan bunga di tugu negara haram.. ada mereka ikut? Islam pe ke bendenya tu?

Jeff Ooi Tarik Balik Kenyataan JIM Ekstremis

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi akan menarik balik kenyataanya yang mendakwa Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebuah pertubuhan ekstremis, atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Katanya, beliau telah dinasihatkan oleh Lim bahawa JIM bukan sebuah pertubuhan ekstremis dan oleh itu "adalah wajar untuk saya menarik balik kenyataan saya yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 2 Ogos lalu".

"Oleh itu, saya akan mematuhi sepenuhnya arahan tersebut," kata Jeff dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Jeff sebelum dilaporkan mendesak Mohd Razali Abdullah - ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSC) di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) - diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa tersebut.

Jeff mendakwa Mohd Razali seorang 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Bagaimanapun, dalam kenyataannya hari ini, Jeff berkata, bagi memperjelaskan perkara itu, maka adalah penting untuk melihatnya dari kontak ia dibangkitkan.

Persekitaran kompleks yang membawa kepada pelantikan Mohd Razali menganggotai OSC di bawah MPPP - terutamanya sebagai ahli JIM yang dicalonkan mewakili PKR, dan tindak tanduknya dalam mesyuarat-mesyuarat OSC - telah menjadi beban politik kepada kerajaan negeri.

"Kita kini akan berurusan dengan beliau dan penerusan keanggotaannya dalam OSC melalui saluran politik," tegas Jeff yang juga ketua kakitangan pejabat ketua menteri Pulau Pinang.

Oleh itu, tambahnya, ia juga amat penting bagi semua pihak yang berkenaan, menghentikan segera pemprofilan agama yang negatif terhadap pemimpin DAP.

Demi kemajuan masa depan Pulau Pinang, kata Jeff, beliau akan terus bercakap mengenai isu-isu yang membabitkan soal urustadbir serta memenuhi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kawasan parlimen Jelutong.

Sumber: MalaysiaKini

Aku kata: Baguslah tu.. setiap manusia sentiasa buat silap lebih-lebih lagi mereka yang bukan islam.. menjadi tanggungjawab kita untuk menerangkan kepada mereka.. Walaupun kenyataan beliau agak melampau, at least beliau menarik balik kenyataannya..

Bukan macam sesetengah 'golongan' tu, sudah terang-terangan mempersendakan islam tapi tak sedar-sedar.. Kononnya membela islam tapi hakikatnya islam dipijak-pijak..

Anwar Pengkhianat- Muhyiddin Yassin

BATU PAHAT 2 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.
Timbalan Perdana Menteri turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.
“Dulu dia pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO seperti saya sekarang, tetapi dia sekarang menggunakan cara yang memperdayakan untuk memusnahkan perjuangan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini semalam.
Muhyiddin berkata, Anwar selaku Ketua Pembangkang kini menyebarkan dakyah untuk mencipta persepsi negatif terhadap usaha UMNO dalam mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan institusi raja.
“Dia kata kepada semua orang bahawa UMNO zalim, tetapi beritahu saya sekarang dalam cara apa yang kita zalim? Kenapa dia tidak beritahu ini semasa dia jadi pemimpin kita?” soalnya.
Beliau mendedahkan taktik pembangkang mengulangi pembohongan hingga rakyat mempercayai penipuan itu.
“Hingga sampai ke tahap ini, orang menganggap apa yang dilakukan oleh UMNO adalah salah dan apa sahaja yang dilakukan kita tidak baik untuk rakyat.
“Maka semua kebaikan yang pernah kita lakukan membangunkan negara sejak 50 tahun lalu tidak lagi dihargai,” katanya.
Muhyiddin mengakui UMNO bukanlah parti yang tidak pernah melakukan kesilapan namun ia telah melakukan yang terbaik untuk menghapuskan rasuah, keangkuhan dan pengurusan yang tidak cekap.
“Tiada masalah untuk mengkritik kerana kita bukan maksum tetapi saya tidak boleh terima kalau pembangkang menghina dan tidak menghormati orang Melayu,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru ahli dan pemimpin UMNO mengubah persepsi negatif pembangkang terhadap parti dengan terus mendekati rakyat terutama di peringkat akar umbi.
Menurutnya, pendekatan itu jika dilakukan secara berterusan akan menyedarkan rakyat terhadap perjuangan ikhlas UMNO dalam membela nasib mereka terutama bangsa Melayu.
“Kita hanya mempunyai dua tahun untuk mengubah persepsi dan imej buruk itu,” katanya.
Menurutnya, UMNO juga bukan parti yang semata-mata mahukan undi rakyat pada setiap pilihan raya, tetapi untuk membela dan membangunkan mereka.
“Tetapi disebabkan dakyah serta pelbagai tuduhan pembangkang terhadap UMNO menyebabkan timbul persepsi buruk rakyat terhadap parti sejak kebelakangan ini,” katanya.
Ekoran itu, beliau berkata, tindakan segera perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi mengembalikan semula keyakinan tersebut agar UMNO dapat terus berjuang untuk membela mereka- utusan


Aku kata: Tak habis-habis melayu.. sikit-sikit melayu.. melayu melayu melayu! Lantak kau la.. Dia mintak rakyat hargai usaha kerajaan dalam membangunkan negara selama 50 tahun.. Memang la! dah namanya kerajaan.. mestila bina itu, bina ini.. dah tugas kerajaan bangunkan negara.. Dia kata UMNO bukan parti yang mahukan undi tapi untuk bela dan bangunkan rakyat.. Oh, betul ke? Jambatan di Manek Urai yang dijanjikan tu mana? Kalau UMNO ikhlas bela rakyat, tak payah tunggu menang Pilihanraya dulu.. Ni tak, bila kalah projek jambatan tu terus batal!

Adun PAS Permatang Pasir Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR 31 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd. Hamdan Abd, Rahman meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 7.15 pagi setelah dimasukkan ke IJN Isnin lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas Asar di Masjid Kampung Permatang Pasir. DUN Permatang Pasir berada dalam Parlimen Permatang Pauh. - Utusan

Aku kata: Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.. Hilanglah seorang lagi pejuang islam..

Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam sebenar

KUALA LUMPUR 28 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.

Katanya, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya memberi contoh terbaik kepada ummah dan bukannya memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan kepada pihak lain.

"Nik Aziz juga tidak sepatutnya melabelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan Islam sebenar.

"Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang Islam sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut ungkapan kurang sopan 'pergi jahanamlah UMNO' ketika diminta mengulas 'salam' kerjasama di antara UMNO dan Pas.

Semalam, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, 'salam' kerjasama yang dihulurkan sebelum ini adalah atas hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri yang tiada kaitan sama sekali dengan kesediaan membentuk kerjasama antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, beliau tetap dengan pendirian menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Ahmad Zahid menambah, jika Nik Aziz atau kerajaan negeri Kelantan mahu berbaik-baik dengan kerajaan Pusat hanya kerana ada udang di sebalik batu, lebih baik lupakan sahaja hasrat tersebut.

Ini kerana, jelasnya, Nik Aziz sendiri tidak pernah ikhlas untuk menjalin hubungan dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan Pusat atau UMNO sendiri.

"Lupakan saja hasrat tersebut," ujarnya.

Aku kata: Ikut suka kau lah nak kata apa pun. Dia ni kata TG mesti tunjukkan contoh terbaik untuk ummah. Cuba kau terangkan pasal gambar kau dengan Ehud Barak ni:

Siapa sebenarnya yang sepatutnya tunjukkan contoh terbaik? Tepuk dada tanya la iman.

ISA: Mengapa Majlis Fatwa tidak berani?

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Harakah) - Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berani mengeluarkan fatwa isu-isu berkaitan kezaliman yang sah bercanggah dengan nas al-Quran dan hadis seperti mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Majlis Fatwa harus ada keberanian mengeluarkan fatwa dalam isu yang berkaitan kezaliman disamping memastikan fatwa itu dipatuhi.

Kata beliau, mereka sepatutnya memberi panduan kepada rakyat dalam urusan-urusan yang melibatkan hukum.

Malangnya, kata beliau banyak fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa tidak ada tindakan yang diambil.

"Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tidak ada kekuatan sebagai contoh fatwa melarang memberi penghormatan di Tugu Negara, kalau pemimpin buat pun tidak ada tindakan apa-apa," katannya semasa dihubungi.

Tegasnya, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya sudah kehadapan dalam memberi panduan kepada pemimpin tetapi yang lebih penting daripada itu ialah pemimpin mesti ikut mereka supaya integriti Majlis Fatwa itu dapat dipelihara.

Tambahnya, kaedah Islam telah menentukan bahawa seseorang itu tidak dianggap bersalah perlu diberi peluang untuk membela diri dan didakwa di mahkamah.

"Jadi dalam sejarah ISA sudah beribu umat Islam ditahan tanpa bicara, rakyat yang diseksa, ini dikatakan zalim.

"Saya rasa rakyat bukan suka sangat hendak berhimpun dan turun demonstrasi di jalan tetapi bila hampir tidak ada jalan lain, apa yang kita tidak buat? Kita sudah hantar memorandum, ambil tandatangan orang ramai kita adakan seminar dan bantahan jadi kemuncak kepada kemarahan kita akan menyerahkan memorandum melalui himpunan aman,"jelasnya.

Sehubungan itu, beliau yakin apa yang rakyat akan buat pada Ogos nanti bukan satu suasana untuk mewujudkan kekecohan tetapi sekadar luahan rakyat yang berbilang agama dan kaum dalam isu-isu yang berlaku iaitu kezaliman ISA. - azm

Aku kata: Majlis fatwa? Apa lagi, cepat la keluarkan fatwa.. Bila PR buat mogok lapar dan demonstrasi, laju je mufti2 buat fatwa haram.. Takkan dalam isu ni majlis fatwa tak boleh kata apa-apa.

Suara Sumbang Mempertahankan ISA

JAKARTA baru-baru ini sekali lagi digegarkan oleh letupan bom. Kali ini ia meragut sembilan nyawa dan mencederakan 50 orang yang tidak berdosa. Bayangkanlah sekiranya insiden yang sama menimpa negara kita, Malaysia.

Namun Malaysia masih bernasib baik kerana kecekapan pihak keselamatan dan perisikan negara yang proaktif menangani isu-isu keganasan dalam negara kita.

Di sinilah pentingnya ISA yang masih relevan dalam usaha kerajaan mengekang keganasan dari berlaku. ISA bertindak sebagai langkah pencegahan. Jelas terbukti selama ini ISA walaupun dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kejam tetapi tidak dinafikan ia berjasa mengekalkan keamanan negara selama ini.

Bayangkan apabila sebutir bom meletup di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, mengorbankan banyak nyawa, kemudian beberapa pengganas yang disyaki terlibat ditahan pihak berkuasa.

Ia adalah suatu tindakan yang tidak berkesan yang mana akhirnya pihak berkuasa akan disalahkan kerana lembap menangani keganasan dan agensi perisikan akan dipersalahkan kerana gagal mengesan pergerakan pengganas. Inilah senario yang berlaku kepada pihak berkuasa negara-negara malang yang menjadi sasaran pengganas di seluruh dunia.

Sebaliknya pihak berkuasa di Malaysia berjaya menangani isu pengganas dan keganasan dengan begitu berkesan sekali namun tindakan pihak berkuasa langsung tidak mendapat reaksi positif, tidak ada sebarang ucapan terima kasih daripada sekumpulan rakyat yang memang menikmati keamanan tersebut sebaliknya mereka mencemuh kerajaan sebagai kejam dan zalim mempergunakan ISA.

Kumpulan inilah yang bercadang menggerakkan satu perhimpunan besar-besaran untuk mendesak kerajaan memansuhkan akta yang dilaung-laungkan oleh mereka sebagai tidak berperikemanusiaan iaitu ISA pada 1 Ogos 2009.

Hakikatnya, kumpulan inilah yang sebenarnya kejam, sanggup mengheret rakyat yang tidak bersalah demi memenuhi kepentingan peribadi mereka malah ada pemimpin politik yang cuba menggunakan kesempatan ini untuk menutup masalah peribadi yang sedang dihadapi.

Mereka sanggup membakar semangat dan nafsu amarah rakyat dengan memutar belit kenyataan dengan menghambur pernyataan-pernyataan negatif terhadap ISA biarpun realitinya lebih banyak kebaikan hasil dari pelaksanaan ISA!

Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa demonstrasi jalanan tersebut, pihak kerajaan langsung akan dipersalahkan sebagai bertindak kejam sebaliknya pihak-pihak yang bertanggungjawab mengadakan demonstrasi pula akan dianggap hero.

Selalunya yang akan mendapat kecederaan ialah penyokong-penyokong bawahan yang akan bertindak di bawah sedar sebaliknya “hero-hero” mereka pula selamat kerana akan berada di barisan belakang untuk meniupkan api kemarahan orang ramai!

Dalam sesuatu demonstrasi tidak mustahil akan berlaku sesuatu yang lebih dahsyat seperti letupan bom kerana keadaan politik negara kini berada dalam suasana yang amat tertekan menyaksikan parti pembangkang semakin terdesak untuk meneruskan sandiwara mereka. Kematian ‘mengejut’ saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Teoh Beng Hock mungkinkah satu lagi konspirasi politik pembangkang yang sanggup mengorbankan nyawa?

Kepada seluruh rakyat Malaysia, adakah anda tidak rasa begitu gembira dengan apa yang anda nikmati sekarang? Adakah anda rasa kehidupan anda diselubungi dengan ketidakadilan? Adakah anda rasa disekeliling anda penuh dengan kezaliman? Atau adakah anda rasa sekiranya saban hari jalan raya-jalan raya perlu dipenuhi dengan demonstrasi jalanan barulah wujud keadilan atau Kuala Lumpur sering digegarkan dengan letupan bom barulah wujud keamanan!

Aku kata: Alahai~ ada jugak manusia jahil yang mati-matian mempertahankan ISA yang kejam lagi zalim itu. Suara sumbang ni dapat dilihat di ruangan Forum Pembaca Utusan Malaysia 24 Julai 2009. Dia nih kata ISA 'berjaya' kekalkan keamanan.. Abis tu kenapa kadar jenayah di negara ni meningkat? Lagi bagus kalau ISA nih digunakan untuk tangkap perogol, pencabul, pembunuh dan lain-lain. Kes Nurin pun tak selesai lagi ada hati nak cakap pasal keamanan. Rakyat hidup tak tenteram dengan kes-kes jenayah yang semakin bermaharajalela di negara ni lebih-lebih lagi apabila peragut berevolusi.. Dulu ragut saja, sekarang ragut dan bunuh! Ini ke keamanan yang dia banggakan tu? Dah la tu, dia salahkan pulak PR yang anjurkan perhimpunan besar-besaran 1 Ogos ni. Dia nih kata ISA lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Dia nih tak tahu sejarah ke? Tragedi berdarah Memali tu apa? As-Syahid Ibrahim Libya rela syahid daripada menyerah diri kepada ISA. Dia kata pulak kematian Teoh Beng Hock sebagai konspirasi pakatan pembangkang. PR ni terdesak sangat ke sampai nak bunuh-bunuh orang. Cukup la tu, rakyat dah penat melayan suara sumbang kau tu. Soalan-soalan yang kau tanya tu simpan je la sebab rakyat tak nak jawab pun soalan kau tu. Lagi bagus kalau kau jawab sendiri.

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia

PETALING JAYA 25 Julai - Pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara (HPD) di sini hari ini akibat pendarahan dalam otak berpunca daripada penyakit strok.

Allahyarham Yasmin, 51, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.25 malam selepas dimasukkan ke HPD sejak kelmarin.

Yasmin koma selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala akibat serangan strok tersebut.

Menurut sahabat karib Allahyarham, Fatimah Abu Bakar, Yasmin menghembuskan nafas terakhir di sisi suami beliau, Tan Yew Leong serta adik-beradiknya.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang juga kawan baik Yasmin.

Jenazah Allahyarham Yasmin akan dikebumikan sebelum solat Zohor di tanah perkuburan yang akan ditentukan kemudian.

"Jenazah Allahyarham juga akan dibawa ke Masjid SS19 Subang Jaya untuk disembahyangkan serta memberi peluang kepada rakan-rakan yang mengenali Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir," kata Fatimah yang mewakili keluarga Allahyarham Yasmin kepada wartawan pada sidang akhbar di HPD lewat malam ini.

Khamis lalu, Allahyarham Yasmin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Pakar Damansara selepas pengsan ketika membentangkan kertas kerja di TV3, Bandar Utama di sini.

Pengarah filem prolifik itu tidak sedar diri sejak itu.


Aku kata: Al- Fatihah kepada Allahyarhamah.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Dah nampak kan.. Ajal maut di tangan Allah.. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 78:

"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di
dalam benteng yang tinggi lagi kokoh,"

Ade artis tu dapat tengok live masa Allayarhamah rebah di Tv3.. Harap artis tersebut dan artis-artis lain insaf dan mula menutup aurat dalam erti kata yang sebenar.. Wallahualam...

Followers

Ruang Komen