| Masa mula-mula jatuh cinta |
![]() |
| Bila dah jatuh cinta, dia beralih arah |
| Masa mula-mula jatuh cinta |
![]() |
| Bila dah jatuh cinta, dia beralih arah |
Labels: Iluvislam
Salam to all..
Pernah saya masuk ke sebuah thread mengenai cara untuk menasihati perempuan freehair untuk pakai tudung. Namun agak menyedihkan apabila ada user yang membuta tuli menyalahkan pemimpin negara jika rakyat tak pakai seolah-olah isu pemakaian tudung tersebut adalah di atas bahu pemerintah 100%. Inilah gaya pemikiran yang tidak boleh saya terima.
Pemerintah
Memang tidak dinafikan jika pemerintah itu seorang yang baik, maka rakyatnya juga akan mengikut jejak langkah pemerintah tersebut. Tetapi permasalahannya ialah sekarang ni pemerintah tak pakai tudung, wajarkah kita salahkan mereka dan tuduh mereka sebagai penyebab rakyat tidak memakai tudung? Pada saya, ianya adalah tidak wajar sama sekali! Siapakah pemerintah yang dimaksudkan? Adakah isteri Head of State atau pun isteri Head of Government? Head of State merujuk kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) dan Head of Government merujuk kepada Perdana Menteri (PM).
Kalau nak tuduh isteri 'pemerintah', ianya adalah bersifat umum. Boleh jadi ianya isteri YDPA dan boleh jadi juga isteri PM. Jadi saya hanya anggap ianya merujuk kepada isteri YDPA kerana kedudukan YDPA lebih tinggi dari PM walaupun hakikatnya YDPA menerima nasihat daripada PM. Hanya sesetengah perkara sahaja yang membolehkan YDPA membuat keputusan atas budi bicaranya sendiri.
Berbalik kepada persoalan tudung. Kalau isteri YDPA yang dimaksudkan, maka tidak ada sebarang masalah lagi kerana isteri YDPA sudah pun memakai tudung. Jadi, kenapa rakyat tidak memakai tudung? Adakah isteri YDPA mesti disalahkan kerana rakyat tidak memakai tudung? Cukuplah contoh isteri YDPA. Tak payahlah nak cakap pasal isteri PM pulak kerana hujah saya tetap sama.
Individu
Sebab itu saya kata, untuk menyalahkan pemimpin secara mutlak adalah tidak relevan. Semuanya atas individual conscience. Kesedaran diri sendiri. Tak payahlah nak salahkan orang lain kalau diri sendiri tidak bertudung. Dah besar panjang, pandai ABC takkan benda basic pun nak kena ikut orang. Habis tu kalau nak tunggu pemerintah pakai tudung, sampai bila korang nak tunggu?
Kalau semua benda nak salahkan pemimpin, senanglah kerja kita. Kalau nanti di akhirat Allah tanya:
"Kenapa kamu tak pakai tudung?"
Kita kata "Sebab pemerintah tak pakai tudung"
Logik ke korang nak jawab macam tu? Kalau pemerintah nasihat rakyat supaya pakai tudung, pakai je la walaupun hakikatnya pemerintah tak pakai tudung. Dengar APA yang dikata, bukannya dengar SIAPA yang berkata. Di samping itu, banyakkanlah berdoa supaya pemerintah insaf dan kembali kepada Islam yang sebenar. Bukannya salahkan mereka 100%.
Memang janggal kalau orang minum arak nasihatkan kita supaya jangan minum arak (contoh), tapi adakah nasihat tersebut membawa kita kepada sesuatu yang buruk? Tidak!
Jadi harapan saya agar mereka yang berminda seperti ini, berubahlah. Tak payah nak salahkan orang lain kalau sendiri buat silap. Cuba tengok diri balik dan muhasabah.
Sekian wassalam..
Labels: Iluvislam
Panaz.. Panaz.. Seorang user menggelecek bola, dihalang oleh user lain namun berjaya melepasi pertahanan lawan.. dan ohhhhhh, user tersebut di 'slide' terjatuh di dalam kotak penalti. Pengadil memberikan sepakan penalti kepada user tersebut. Para penyokong mula kepanasan dan mula melontarkan botol air dan mercun dalam kawasan padang..
Ahaha~ Begitula panaznya thread:
Kelantan Catat Jangkitan HIV Tertinggi
Menjawab kata-kata seseorang di chatbox.. haha~ katanya ia bukti pentadbiran PAS gagal. Pada pendapat aku, beliau hanya bergurau. Jangan diambik serius ye.. Tapi betul ke pentadbiran PAS gagal seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak?
Adalah tidak adil sekiranya kita mengatakan pentadbiran PAS gagal hanya kerana Kelantan mencatatkan jangkitan HIV tertinggi. Kalau kita berdakwah kepada orang yang suka minum arak contohnya, tapi kita gagal untuk membawanya ke jalan yang benar, wajarkah kita disalahkan? Sudah tentu tidak.. Kita sudah berusaha, hasilnya biar Allah yang tentukan.
Kerajaan Kelantan sudah melakukan yang terbaik untuk menjaga kebajikan rakyatnya. Sebab itulah kerajaan Kelantan dapat bertahan daripada ditawan oleh 'geng bersongkok tinggi' yang sememangya tidak akan berdiam diri selagi semua negeri di Malaysia tidak menjadi milik mereka.
Adakah hanya jangkitan HIV dapat menjadi kayu ukur untuk sesetengah pihak menempelak dan mengatakan PAS gagal? Kita sememangnya lebih menfokuskan kepada satu aspek. Yela, nak buat macam mana, dah threadnya pasal HIV. Nanti kalau cakap pasal hal lain, moderator akan kata "u off topic". huhu..
Cuba bukak mata dan lihat, negeri-negeri lain di bawah pentadbiran 'geng bersongkok tinggi' dah 'bersih' sangatkah? Cuba tengok di Pahang, ada pusat judi terbesar di Asia Tenggara, berjayakah Pahang? Tengok pulak di Kuala Lumpur, arak zina dah jadi amalan 'mulia'. Takdak orang halang. Kalau ada pun, hanya jabatan agama yang mempunyai kuasa terhad. Kalau lebih-lebih, nanti pak menteri pecat mereka. Siapa nak bagi anak bini makan?
Sepatutnya kita berusaha mempertahankan kerajaan islam Kelantan. Bukannya menghentam Kelantan dengan kata-kata itu ini. Biarlah Kelantan tak maju pun asalkan kebajikan rakyat terjamin. Bukan macam sesetengah negeri lain, duit masuk semua dapat kat kroni. Kenyang perut sendiri, rakyat makan pasir. Macam itu ke yang kita nak? Aku lagi suka analogi kak asmaa. Beliau kata:
kita; sy, kamu, iqbal, asniza, vetrowenul memiliki tapak sawah padi yang berjiran. kamu betul2 menjaga petak sawah padi kamu. jaga dari tikus, ulat, apa2 ajalah haiwan perosak.
malangnya, kami jiran2 kamu ni tak jaga semua tu. ada tikus pun kami tak bunuh, rumput panjang pun kami tak cabut.
agak2, segala haiwan perosak dalam petak sawah kami ni masuk tak dalam petak sawah kamu? mesti masuk kan?
maknanya, walaupun kamu sendiri bermatian menjaga petak sawah kamu dengan baik, tetapi kami yang berjiran dngn kamu endah tak endah, itu tidak menjamin keselamatan petak sawah kamu. sebab itu kita boleh lihat, org kampung yang berswah padi berganding bahu menjaga kesejahteraan bendang mereka bersama2.
Senang cerita, dah terbukti bahawa sebarang maksiat yang berlaku bukanlah salah pentadbiran tapi salah pengaruh luar..
Kemudian ada orang kata bilangan anak luar nikah tinggi di Kelantan. Dalam hal ni aku setuju dengan sorang user ni yang kata bilangan anak luar nikah tinggi sebab mereka bukan pembunuh! Kalau di negeri lain, senang-senang jer mereka 'buat' dan 'musnah' kan 'hasil' yang mereka dapat. Sekurang-kurangnya mereka masih ada hati perut. Bukan macam sesetengah golongan lain yang jadi penzina dan pembunuh!
Labels: Iluvislam
Labels: Iluvislam
Semasa aku belayar di Iluvislam aku ternampak sebuah thread yang dibuka oleh seorang sahabat kita iaitu
[Aduan] Thread Kurang Ilmiah Mendominasi Forum
Aku tidak memberikan sebarang respons dalam thread tersebut dan aku hanya menjadi pemerhati dari jauh.. Tapi aku berasa terpanggil untuk memberi komen. Aku malas nak komen kat situ jadi aku komen je la kat blog aku ni.. Ni komen aku:
Iluvislam merupakan portal Islamic yang terbuka kepasa semua lapisan masyarakat tak kira tua, muda, kecik atau besar. Aku tidak melihat ‘pembukaan thread yang tidak ilmiah’ merupakan sesuatu yang besar. Kerana apa? Kerana Iluvislam terbuka kepada semua.
Dan ada jugak thread tidak ilmiah ni dibuka oleh bebudak sekolah rendah atau menengah rendah. Wajarlah kalau mereka buka thread ‘tidak ilmiah’ sebab batas pemikiran mereka lebih kebudak-budakan daripada kita. Batas pemikiran mereka tidak dapat mencapat tahap ‘ilmiah’ yang anda katakan. Entah-entah makna ‘ilmiah’ tu pu mereka tak tahu apa benda. Aku sendiri secara peribadi, belum tentu dapat setanding dengan tahap pemikiran kritis seperti Katyusha dan Leokid. Kalau semuanya nak ‘ilmiah’, sengsaralah bebudak tu nak cari makna perkataan-perkataan yang bertahap tinggi.
Kalau nak larang terus daripada bukak thread ‘tidak ilmiah’, jangan hanya fikir melalui perspektif orang dewasa macam kita. Kadangkala cuba kita fikir melalui perspektif budak-budak. Kalau semuanya nak fikir melalui perspektif orang dewasa, alamat semua thread ‘tidak ilmiah’ kena buang la.
Daripada budak-budak tu lari ke laman web yang lain, ada baiknya kita biarkan saja. Pantau la sekali sekala. Mungkin ada yang berpendapat ‘thread tidak ilmiah’ tu sesuatu yang lagho. Kalau dalam tu disebut nama Allah, adakah ia juga merupakan sesuatu yang lagho? Aku tak tahulah macam mana, mungkin aku yang salah. Mungkin ada budak-budak yang bukak ‘thread tidak ilmiah’ tetapi takkanlah mereka selama-lamanya akan berada dalam thread tersebut menunggu orang respons. Mereka pasti akan beralih ke thread yang lain (yang ilmiah sikit) ataupun membaca artikel. Sekurang-kurangnya dapat la ilmu sikit.
Mengenai thread cinta-cintun, mungkin aku sependapat dengan yang lain. Kebanjiran thread cinta-cintun memang adakalanya merimaskan aku walaupun aku bukan moderator. Sakit mata nak membacanya. Namun itulah hakikat yang kita harus terima, dalam usia meningkat remaja benda-benda sebegini wajib timbul. Wajarkah kita salahkan mereka yang hanya memerlukan sedikit respons dan bimbingan daripada kita? Cinta itu sendiri ada dalam islam.
Mungkin masalahnya ialah thread berulang. Betul, aku setuju. Kalau nak ikutkan, banyak thread berulang dibukak khususnya mengenai cinta-cintun. Kami sebagai user lama pun sedikit sebanyak cuba meringankan tugas moderator dengan memberikan link untuk mereka sambung. Walaupun dah berkali-kali dinasihatkan supaya baca peraturan, tak baca-baca jugak. Inilah masalah umat Melayu kita. Tak faham-faham bahasa. Kalau aku kata tak faham bahasa, mulalah melatah. Sedangkan sendiri yang salah.
Ok back to the topic. Kemudian muncul pula golongan user baru yang bukak thread khusus untuk berkongsi masalah. Pun ada jugak yang melabelkan sebagai ‘tidak ilmiah’. Ada yang bagi alasan “boleh mintak pendapat dengan orang yang lebih dekat dengan anda”. Memang betul kita boleh mintak pendapat dari orang yang lebih dekat dengan kita namun adakalanya tabiat manusia, suka mintak pendapat dalam version yang lain. Mungkin kalau bagitau dekat ibubapa, pendapatnya lain dan kalau bagitau kat sahabat alam maya, pendapat mereka pun lain-lain. Ini namanya kepelbagaian pendapat. Tak tahulah kalau ada yang anggap ini salah. Bagi aku, ianya tidak salah. Sedikit sebanyak pendapat sahabat-sahabat kita dapat kita manfaatkan. Mungkin suatu hari nanti anda pun mengalami masalah yang sama dan pada waktu itulah baru anda menyedari betapa perlunya pendapat mereka.
Setakat itu sajalah bebelan aku pada hari ini. Nanti kalau ada masa, aku komen lagi demi kemaslahatan portal Islamic yang aku sayangi. Wassalam
Labels: Iluvislam
Copyright 2009 - Aku Penulis Jalanan
Theme designed by: Raycreations.net, Ray Hosting,Motor Cycle Design|Modern House Design