Cerpen Clip Art

Merah padam muka Majid menahan malu setelah penat berdemonstrasi bersama 3 lagi rakannya di depan kasut cap buaya. Baru sahaja tiba di perkampungannya, seorang lelaki kelihatan tergesa-gesa berlari ke arah mereka. Nampaknya seperti ada berita besar yang ingin disampaikan.

"Majid! Majid!" jerit lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mat.
"Apa dia?"tanya Majid.
"Ni ada berita terbaru yang aku dapat. Dalam perisian Macrosoft, ada bendera Zionis. Sekampung dah heboh pasal ni!" kata Mat termengah-mengah.
"Ya ke? Jahanam Zionis! Dalam perisian Macrosoft pun ada propaganda mereka ni! Dasar laknatullah!"tegas Majid dalam nada marah seolah-olah terlupa tindakan memalukan dirinya di hadapan kedai kasut cap buaya tempoh hari.
"Tu yang aku bagitau kau tu Majid, aku dengar ada pejabat Macrosoft baru buka kat pekan kita tu. Hajat hati aku, nak serang je pejabat haram tu,"kata Mat.
"Tunggu dulu, kalau nak serang, kita kena berstrategi. Kita kumpul dulu pemuda-pemudi harapan kampung kita kat Balai Raya. Bila kita dah kumpul kekuatan, baru la kita serang. Kau ni pun satu, nak serang sorang-sorang, apalah bengap sangat kepala hotak kau ni,"kata Majid kepada Mat.

***************

Di hadapan kira-kira 50 orang pemuda-pemudi harapan kampung, Majid berucap berkobar-kobar menaikkan semangat membenci Zionis.
"Takbir!"jerit Majid.
"Allahuakbar!"semua pemuda bertakbir serentak. Terasa aura jihad mula meresap ke dalam diri pendekar muda harapan kampung.
"Kita dapat tahu bahawa ada perisian Macrosoft yang menyimpan lambang Zionis. Setelah apa yang Zionis buat pada konvoi kemanusiaan, kali ni dalam komputer kita sendiri ada propaganda Zionis! Kita tak boleh biarkan perkara ni berlaku! Menurut Mat, ada pejabat Macrosoft baru dibuka di pekan kita. Sebagai ketua pemudi harapan kampung kita, aku menyeru petang ni kita bersama-sama pergi buat bantahan di depan pejabat Macrosoft. Setakat ni ada persoalan?!"tegas Majid.

"Kenapa kita cepat menggelabah bila dengar perkataan Zionis? Lambang Israel tu sebahagian daripada perisian Macrosoft. Tak ada kerja Zionis nak duduk dalam komputer kita tu,"kata Parman yang turut menghadiri perhimpunan tersebut.
"Kau ni, tak kisah la ada kerja ke tak yang penting, mereka ni musuh Islam. Kita wajib buat bantahan. Dah terang-terang ada lambang zionis, buat apa nak simpan?"kata Majid dengan nada yang tegas.
"Membuat bantahan tanpa menyiasat terlebih dahulu adalah satu kebodohan dan tindakan memalukan diri. Jangan cepat cuak bila dengar perkataan Zionis, jangan tunjukkan kebodohan kita bila berhadapan dengan benda-benda macam ni."kata Parman.
"Ahhh, dari dulu kau memang tak pernah setuju dengan aku. Apa yang aku buat semua salah. Semuanya nak kena siasat, kalau macam tu kau je la pergi tanya sendiri orang yang buat Macrosoft tu!"tegas Majid.
"Aku tertanya-tanya kalau Zionis pun buat kempen yang sama macam kita buat sebab dalam perisian Macrosoft tu ada clip art Kaabah. Tak ke mereka berdemo macam yang kita buat? Entah-entah umat Islam je yang melatah tak tentu pasal,"kata Parman dengan nada sindiran.
"Sahabat-sahabat sekalian, abaikan apa yang si Parman ni cakap. Dia memang macam ni, otak dia pun dah dibasuh dengan propaganda Zionis. Petang ni lepas Zohor, kita bertolak ramai-ramai ke pekan. Setuju atau tidak?!"jerit Majid.
"Setuju!"jerit sebilangan kecil dari pemuda-pemudi harapan kampung. Sebahagian yang lain sependapat dengan Parman. Kebanyakan yang mengikut Majid hanya mereka yang sekolah tahap SPM.
"Lantak kau la Majid, aku bukan apa, aku tak nak kau malukan diri sendiri macam hari tu. Clip art tu bukannya terbatas dengan Zionis je, Buddha pun ada jugak. Kenapa bila sebut Zionis, semua sepakat berparanoid. Ada beza antara paranoid dengan sensitif.
Benda tu hanya sekadar clip art. Kalau nak boikot, jangan lupa buang sekali komputer IBM kamu tu. Zionis yang buat tu."kata Parman menyindir.
"Ingat ya sahabat-sahabat, petang ni lepas Zohor kita ramai-ramai berarak ke pekan. Kita buat bantahan ramai-ramai,"kata Majid menghiraukan kata-kata Parman.
"Sekarang, kita boleh bersurai. Petang ni berkumpul di depan Balai Raya ni. Aku sendiri yang akan mengetuai demo ni,"kata Majid.

**********************

Kira-kira 15 orang pemuda pemudi berkumpul di depan Balai Raya. Ada antara mereka yang membawa sepanduk "Boikot Macrosoft".
"Bagus.. Bagus, kali ni ramai yang ikut. Jom kita berarak ke pekan,"arah Majid. Semua mereka berarak sambil bertakbir dengan penuh semangat.
Sampai sahaja di pekan, mereka kehairanan kerana tidak ramai orang lalu lalang di pekan tersebut. Hanya beberapa peniaga Melayu saja yang sedang membuat urus niaga.
"Apa pasal sunyi je pekan ni hari ni?"tanya Mat kehairanan.
"Sunyi sebab semua orang dah tahu kita akan berdemo hari ni. Aura jihad kita kuat sampai semua orang takut,"kata Majid bangga.

Akhirnya mereka tiba di depan Kedai Macrosoft. Kelihatan kedai tersebut lenggang, tidak ada penghuni. Kalau ada pun, hanyalah peminta sedekah yang duduk di tepi-tepi deretan kedai.

"Kenapa kosong je kedai ni?"tanya Majid. Semua mereka terpinga-pinga kehairanan.

"Haiya, lu talak tau ka, hali ni hali Ahad, semua kedai tutup maaa,"kata seorang peminta sedekah yang agak berusia.

Dengan muka yang merah padam, mereka kembali ke kampung. Sepanjang perjalanan, mereka hanya tunduk memandang tanah.

Sekian.



5 comments:

Seema_Suraya June 9, 2010 at 1:09 AM  

ni cite benar ke tntg majid n shabatnya tu???
microsoft tu zionis cipta ke???
so kalo kite pakai xpe ke kan??
or kene tukar software laen???
ubuntu tu zionis punya jgk ke?????

~maaf terbnyak tnye..teringin nak tahu...hehe.. =)

Ninja Jepang June 9, 2010 at 9:11 AM  

ini cerita sarcastic utk myindir sesetengah manusia yg melatah tak tentu pasal..
microsoft ciptaan yahudi tapi harus diingat yang bukan semua yahudi ialah zionis.
tak payah tukar lain.. pakai je
ubuntu ana xtaw..

Seema_Suraya June 10, 2010 at 12:25 AM  

syukran..baru ana tau..
lar ana ingatkan semua yahudi tu zionis..
zionis tu mksudnya pe???
bgsa yg sgt jhat ke atau sumting else?????
~sory tertnya lagi..

Ninja Jepang June 10, 2010 at 12:33 AM  

Zionis ialah ideologi.. kerana zionis, Palestin dijajah..
kerana zionis, umat Palestin dibunuh..
Kerana zionis, pejuang Palestin dibantai..
nak tahu lebih lanjut, sila google

Seema_Suraya June 10, 2010 at 3:19 PM  

syukran jazilan..
dah try search..
jmpe sikit..
alhamdulillah faham dah..=)

Followers

Ruang Komen