Entry Yang Bosan

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw. Salam sejahtera ke atas Ali, Fatimah, Hassan, Hussein dan Ahlul Bayt serta sahabat baginda.

Bukan apa sebenarnya, entry ni pun dibuat dengan rasa malas dan annoying. Malas nak ulas panjang-panjang sebab ulas macam mana pun, orang yang bertaklid buta sememangnya tak akan berganjak dari taklid mereka

Jadilah mereka seperti yang difirmankan Allah swt dalam surah Al-Ahzab ayat 67:

"Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)"

Group 'Kiamat Sudah Hampir' banyak betul menfitnah golongan Syiah seolah-olah teruk sangat la Syiah tu. Bagus jugak lah Admin tu buat group tu, menandakan memang kiamat dah makin hampir. Yalah, Nabi pernah bersabda yang fitnah akan berleluasa sebelum tibanya kiamat. Nah, kena batang hidung sendiri. Padan muka. Dalam sibuk-sibuk nak tohmah golongan Syiah, diri sendiri pulak menunjukkan yang kiamat makin dekat.

Apa guna Amman Message ditandatangani kalau Syiah (Jaafariyyah & Zaidiyyah) tak diiktiraf? Apa guna fatwa Al-Azhar kalau Syiah tu 'yahudi'? Boleh fikir sendiri la mangkuk. Tak payah nak tohmah dan fitnah. Dah la fanatik buta, hujah ilmiah haram la nak ada. Yang dia tau, copy paste video. Lepas tu guna nafsu suka hati dia nak komen pasal video tu.

Bila ada gambar pemimpin Iran bersama orang Amerika, terus dilabel Syiah berpakat dengan Amerika.
Tapi bila Raja Saud, Hosni Mubarak dan lain-lain pemimpin Sunni siap berpeluk dengan Bush, tak pulak dikata. Nampak tak sikap bias admin group tu?

Hujah ilmiah? Tak ada.
Fitnah? Ada.
Tohmahan? Ada.

Dalam dunia ni ada dua jenis manusia;
1) Manusia yang betul-betul mengkaji dan bersikap ingin tahu. Manusia sebegini biasanya akan berhujah dengan ilmiah tanpa emosi.

2) Manusia yang bertaklid buta dan jahil. Dah la jahil, bukannya nak bertanya. Biasanya manusia jenis ni akan menjadikan caci maki sebagai zikir harian, fitnah dan tohmahan sebagai amalan. Hujah ilmiah jauh sekali. Manusia jenis ni tak boleh dibawak berbincang dan berdialog. Apa yang dia tahu buat hanya mengutuk, mengutuk dan mengutuk.

Anda pilihlah nak jadi manusia yang mana. Yang pertama atau yang kedua. Kamu pun ada akal, kamu boleh pilih yang mana kamu rasa baik untuk kamu.

Admin group Kiamat Makin Hampir? Shame on you.

Sekian

P/s: Tidak dinafikan memang ada post group tersebut yang bermanfaat. Segala ketidakpuasan hati di atas merujuk kepada post fitnah ke atas syiah dan bukannya keseluruhan post.



Pendirian Saya Terhadap Syiah Imamiyyah (Jaafariyyah @ Imam 12)

Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, salam sejahtera ke atas Ali, Fatimah, Hassan, Hussein dan Ahlul Bayt yang tercinta.

Penegasan pertama:
Saya adalah Sunni yang tidak fanatik mazhab dan menerima mana-mana hujah dan dalil yang kuat daripada mazhab lain termasuk mazhab Syiah Imamiyyah. Mengapa saya banyak menulis mengenai Syiah? Ini kerana saya menganggap mereka (syiah) adalah Islam dan saudara seagama saya dan wajib bagi saya untuk mempertahankan mereka daripada tuduhan-tuduhan melulu dan fitnah. Saya menghormati Ayatullah Ruhullah Mousavi Khomeini sebagai seorang ulama yang agung (great ulama) dan pengasas Revolusi Islam Iran. Semoga Allah merahmatinya. Secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah untuk makan bersama, malah bersolat di belakang seorang penganut Syiah Imamiyyah kerana mereka adalah Islam. Saya juga menghormati Ayatullah Ali Khomenei, Ayatullah Ali Sistani, Mahmoud Ahmadinejad dan mana-mana ulama tanpa mengira mereka dari mazhab Hanafi, Hanbali, Syafie hatta Syiah Imamiyyah sekalipun. Kerana apa? Kerana kita dituntut untuk menghormati ulama dan alhamdulillah saya mengikut tuntutan tersebut.

Penegasan kedua:
Saya agak menyampah dan sinis dengan mana-mana individu yang mendakwa hanya mazhab mereka sahaja yang diterima Allah dan lain-lain mazhab yang tidak selari dengan mazhab mereka adalah terkeluar dari jalan yang benar. Tidak ada mana-mana pengisytiharan yang mengistytiharkan hanya mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah sahaja yang benar dan confirm masuk syurga. Saya amat anti kepada mana-mana individu yang fanatik mazhab dan dengan beraninya mengkafirkan serta men'sesat'kan mazhab lain hanya kerana fatwa-fatwa yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Golongan ini saya labelkan sebagai fanatik buta. Dah la fanatik, tidak pula mahu menerima pendapat dari mazhab lain. Kamu mendakwa mengikut Sunnah Nabi tetapi kamu tidak pula mengikut sabda Nabi yang melarang kita mengkafirkan atau men'sesat'kan orang yang mengucap syahadah. Mengkafirkan orang lain merupakan sunnah Nabi yang mana?

Penegasan ketiga:
Syeikh Mahmood Syaltut (Fatwa Syaltut) dan Syeikh Ali Jumuah kedua-duanya adalah ulama Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa Syiah Imamiyyah adalah Islam dan beramal dengan mazhab ini adalah sah. Untuk pengetahuan, Al-Azhar adalah pusat institusi ilmu penganut Sunni(meskipun ianya diasaskan oleh penganut Syiah). Bila Al-Azhar sudah mengisytiharkan bahawa Syiah Imamiyyah adalah Islam maka tidak ada lagi keraguan untuk menganggap mereka adalah saudara seagama kita. Tidak dilupa juga Amman Message yang ditandatangani oleh 500 ulama terkenal dunia antaranya Syeikh Yusuf Qardhawi dan Ayatullah Ali Sistani telah sepakat untuk mengytiharkan Syiah (Jaafariyyah dan Zaidiyyah) adalah Islam dan haram bagi umat Islam untuk mengkafirkan mereka. Rasanya kalau ada seribu fatwa pun, umat Islam masih lagi tak boleh terima keislaman Syiah Imamiyyah. Sebab apa? Sebab nya ialah kefanatikan melampau terhadap mazhab.

Penegasan keempat:
Apakah kewajipan umat Islam bila berdepan dengan fitnah? Antara kewajipan umat Islam bila berdepan dengan fitnah ialah kita wajib mendengar penjelasan kedua belah pihak. Dalam kes ini, kebanyakan kita selalu memandang Syiah dari kaca mata Sunni dan jarang-jarang sekali kita mendengar dari pihak yang satu lagi. Berlaku adillah dalam kes ni. Jangan kita menjadi seorang yang bertaklid buta dan berlaku zalim ke atas orang lain yang tidak sefahaman dengan kita.

Oleh sebab saya tidak tahan mendengar fitnah daripada penganut Sunni terhadap Syiah, maka saya dan seorang lagi kawan bertanya dengan seorang ustaz yang mengikut mazhab Syiah Imamiyyah ataupun lebih mesra dipanggil mazhab Ahlul Bayt. Dalam pertanyaan itu, kami mengajukan soalan-soalan panas yang seringkali digunakan oleh penganut Sunni untuk menghalalkan tuduhan mereka terhadap Imamiyyah. Alhamdulillah kami sudah melaksanakan tanggungjawab kami dan bukannya seperti orang lain yang hanya mengambil fatwa Jakim yang entah tahun berapa untuk mengkafirkan Syiah. Tak tahukah bahawa sekitar 1984(kalau tak silap), Syiah Imamiyyah dibolehkan untuk diamalkan di Malaysia?

Antara persoalan yang kami utarakan ialah persoalan sahabat, nikah mutaah dan Al-Quran 40 juzuk. Dan kami amat berpuas hati dengan semua jawapan yang diberikan oleh ustaz tersebut.

Penegasan kelima::
Jangan menggunakan alasan Taqiyyah untuk tidak mempercayai hujah golongan Imamiyyah. Kerana alasan Taqiyyah adalah alasan sampah yang layak dibuang ke tangki najis. Taqiyyah disamakan dengan munafik. Gila apa? Munafik ialah menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keimanan sedangkan Taqiyyah ialah menyembunyikan kebenaran dan menzahirkan kekufuran. Taqiyyah dibolehkan untuk mengelak ancaman nyawa dan maruah. Kalau kamu nak pergi ke negara Barat, beranikah kamu declare diri kamu sebagai muslim di depan mereka yang anti-islam? Sudah tentu tidak. Itulah namanya taqiyyah.

Rasa-rasanya dah cukup saya jelaskan pendirian saya. Tak tahulah pulak kalau lepas ni saya pulak dilabel 'sesat' dan 'kafir'. Al-maklumlah kita ni sensitif.......... Ada yang berdakwah berdegar-degar tapi bila masuk bab Syiah, terasa ringan lidah untuk mengkafirkan..........

"Dan Aku tinggalkan padamu dua pusaka (Ats-Tsaqalain). Yang pertama Kitabullah (Al-Quran) di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya,maka berpegang teguhlah dengan Kitabullah”. Kemudian Beliau melanjutkan, “dan Ahlul Bait-Ku, kuperingatkan kalian kepada Allah akan Ahlul Bait-Ku, kuperingatkan kalian kepada Allah akan Ahlul Bait-Ku, kuperingatkan kalian kepada Allah akan Ahlul Bait-Ku”

-Riwayat Muslim-

Wassalam



Cerpen Clip Art

Merah padam muka Majid menahan malu setelah penat berdemonstrasi bersama 3 lagi rakannya di depan kasut cap buaya. Baru sahaja tiba di perkampungannya, seorang lelaki kelihatan tergesa-gesa berlari ke arah mereka. Nampaknya seperti ada berita besar yang ingin disampaikan.

"Majid! Majid!" jerit lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mat.
"Apa dia?"tanya Majid.
"Ni ada berita terbaru yang aku dapat. Dalam perisian Macrosoft, ada bendera Zionis. Sekampung dah heboh pasal ni!" kata Mat termengah-mengah.
"Ya ke? Jahanam Zionis! Dalam perisian Macrosoft pun ada propaganda mereka ni! Dasar laknatullah!"tegas Majid dalam nada marah seolah-olah terlupa tindakan memalukan dirinya di hadapan kedai kasut cap buaya tempoh hari.
"Tu yang aku bagitau kau tu Majid, aku dengar ada pejabat Macrosoft baru buka kat pekan kita tu. Hajat hati aku, nak serang je pejabat haram tu,"kata Mat.
"Tunggu dulu, kalau nak serang, kita kena berstrategi. Kita kumpul dulu pemuda-pemudi harapan kampung kita kat Balai Raya. Bila kita dah kumpul kekuatan, baru la kita serang. Kau ni pun satu, nak serang sorang-sorang, apalah bengap sangat kepala hotak kau ni,"kata Majid kepada Mat.

***************

Di hadapan kira-kira 50 orang pemuda-pemudi harapan kampung, Majid berucap berkobar-kobar menaikkan semangat membenci Zionis.
"Takbir!"jerit Majid.
"Allahuakbar!"semua pemuda bertakbir serentak. Terasa aura jihad mula meresap ke dalam diri pendekar muda harapan kampung.
"Kita dapat tahu bahawa ada perisian Macrosoft yang menyimpan lambang Zionis. Setelah apa yang Zionis buat pada konvoi kemanusiaan, kali ni dalam komputer kita sendiri ada propaganda Zionis! Kita tak boleh biarkan perkara ni berlaku! Menurut Mat, ada pejabat Macrosoft baru dibuka di pekan kita. Sebagai ketua pemudi harapan kampung kita, aku menyeru petang ni kita bersama-sama pergi buat bantahan di depan pejabat Macrosoft. Setakat ni ada persoalan?!"tegas Majid.

"Kenapa kita cepat menggelabah bila dengar perkataan Zionis? Lambang Israel tu sebahagian daripada perisian Macrosoft. Tak ada kerja Zionis nak duduk dalam komputer kita tu,"kata Parman yang turut menghadiri perhimpunan tersebut.
"Kau ni, tak kisah la ada kerja ke tak yang penting, mereka ni musuh Islam. Kita wajib buat bantahan. Dah terang-terang ada lambang zionis, buat apa nak simpan?"kata Majid dengan nada yang tegas.
"Membuat bantahan tanpa menyiasat terlebih dahulu adalah satu kebodohan dan tindakan memalukan diri. Jangan cepat cuak bila dengar perkataan Zionis, jangan tunjukkan kebodohan kita bila berhadapan dengan benda-benda macam ni."kata Parman.
"Ahhh, dari dulu kau memang tak pernah setuju dengan aku. Apa yang aku buat semua salah. Semuanya nak kena siasat, kalau macam tu kau je la pergi tanya sendiri orang yang buat Macrosoft tu!"tegas Majid.
"Aku tertanya-tanya kalau Zionis pun buat kempen yang sama macam kita buat sebab dalam perisian Macrosoft tu ada clip art Kaabah. Tak ke mereka berdemo macam yang kita buat? Entah-entah umat Islam je yang melatah tak tentu pasal,"kata Parman dengan nada sindiran.
"Sahabat-sahabat sekalian, abaikan apa yang si Parman ni cakap. Dia memang macam ni, otak dia pun dah dibasuh dengan propaganda Zionis. Petang ni lepas Zohor, kita bertolak ramai-ramai ke pekan. Setuju atau tidak?!"jerit Majid.
"Setuju!"jerit sebilangan kecil dari pemuda-pemudi harapan kampung. Sebahagian yang lain sependapat dengan Parman. Kebanyakan yang mengikut Majid hanya mereka yang sekolah tahap SPM.
"Lantak kau la Majid, aku bukan apa, aku tak nak kau malukan diri sendiri macam hari tu. Clip art tu bukannya terbatas dengan Zionis je, Buddha pun ada jugak. Kenapa bila sebut Zionis, semua sepakat berparanoid. Ada beza antara paranoid dengan sensitif.
Benda tu hanya sekadar clip art. Kalau nak boikot, jangan lupa buang sekali komputer IBM kamu tu. Zionis yang buat tu."kata Parman menyindir.
"Ingat ya sahabat-sahabat, petang ni lepas Zohor kita ramai-ramai berarak ke pekan. Kita buat bantahan ramai-ramai,"kata Majid menghiraukan kata-kata Parman.
"Sekarang, kita boleh bersurai. Petang ni berkumpul di depan Balai Raya ni. Aku sendiri yang akan mengetuai demo ni,"kata Majid.

**********************

Kira-kira 15 orang pemuda pemudi berkumpul di depan Balai Raya. Ada antara mereka yang membawa sepanduk "Boikot Macrosoft".
"Bagus.. Bagus, kali ni ramai yang ikut. Jom kita berarak ke pekan,"arah Majid. Semua mereka berarak sambil bertakbir dengan penuh semangat.
Sampai sahaja di pekan, mereka kehairanan kerana tidak ramai orang lalu lalang di pekan tersebut. Hanya beberapa peniaga Melayu saja yang sedang membuat urus niaga.
"Apa pasal sunyi je pekan ni hari ni?"tanya Mat kehairanan.
"Sunyi sebab semua orang dah tahu kita akan berdemo hari ni. Aura jihad kita kuat sampai semua orang takut,"kata Majid bangga.

Akhirnya mereka tiba di depan Kedai Macrosoft. Kelihatan kedai tersebut lenggang, tidak ada penghuni. Kalau ada pun, hanyalah peminta sedekah yang duduk di tepi-tepi deretan kedai.

"Kenapa kosong je kedai ni?"tanya Majid. Semua mereka terpinga-pinga kehairanan.

"Haiya, lu talak tau ka, hali ni hali Ahad, semua kedai tutup maaa,"kata seorang peminta sedekah yang agak berusia.

Dengan muka yang merah padam, mereka kembali ke kampung. Sepanjang perjalanan, mereka hanya tunduk memandang tanah.

Sekian.



Sekitar Demonstrasi








Tempat: Dataran Zero, Sungai Petani



Cerpen Kasut Buaya 2



"Mari semua kita boikot kasut buaya! Kasut buaya sudah menghina Allah swt!"hasut Majid kepada sekumpulan lelaki 'sekerat dua'.
"Betul ke kasut buaya menghina Allah?"tanya salah seorang dari mereka.
"Betul. Lambang kasut buaya tu sebenarnya kalimah Allah. Hebatnya orang kafir laknat mencipta logo sebegitu!"
"Eh, ko ada bukti ke? Jangan main tuduh je."kata salah seorang dari lelaki tersebut.

"Ni gambar ni, bukti la tu. Ni nampak ni kalimah Allah ni,"kata Majid sambil menunjukkan logo kasut buaya kepada mereka.
"Tak nampak pun macam kalimah Allah, imaginasi je kot."kata salah seorang dari mereka dengan nada hairan.
"Taklah, ni bukti jelas ni. Kasut buaya ni dah menghina Allah Tuhan kita."tegas Majid lagi.

"Kan ada baiknya kita tanya dulu designer kasut buaya ni sebelum kita membuat sebarag spekulasi,"kata Parman yang baru tiba.
"Ish, kalau kita tanya, bukannya mereka mengaku. Ni namanya konspirasi. Tuduhan kita dah kira halal atas nama konspirasi!"tegas Majid lagi.
"Sejak bila pulak Islam menyuruh kita menuduh orang lain tanpa bukti yang kukuh? Hatta mereka bukan Islam pun, kita masih tertakluk dalam suruhan Allah supaya berlaku adil. Adil bermaksud meletakkan sesuatu di tempat yang betul. Jangan kita pulak yang berlaku zalim terhadap orang bukan Islam. Cuba fikirkan, kita nak perjuangkan nama Allah tapi dalam masa yang sama, kita menghalalkan segala tuduhan kita atas nama konspirasi. Tu dah salah,"kata Parman tegas.

"Ahhhh.. Kau ni tak pernah setuju dengan aku. Apa yang aku buat semuanya salah. Benda ni dah jelas terang. Nampak tak kalimah Allah di logo kasut buaya ni?! Aku nampak jelas. Memang lahanat orang kapir ni!"tegas Majid. Kemarahannya makin membuak-buak.

"Lantak kau la Majid. Aku dah nasihat kau, kalau nak dengar, kau dengar. Kalau tak nak dengar, terpulanglah. Kalau nak boikot, boikotlah. Kepada yang lain, kamu boleh pilih sendiri yang mana kamu nak ikut. Adakah kita nak melatah atas sesuatu yang tak pasti atau sebaliknya. Saya mintak diri dulu, assalamualaikum,"kata Parman sambil berlalu dari situ.

Sekumpulan lelaki tersebut mula berpandangan sesama sendiri. Ada yang bersetuju dengan Parman dan ada juga yang bersetuju dengan Majid.

"Sesiapa nak ikut aku, jom kita pergi berdemonstrasi di depan kedai kasut Cap Buaya sekarang. Kepada yang lain, lantak kamu lah nak tunggu di sini. Yang lain, jom!"arah Majid. Mereka yang tidak mengikut Majid terpinga-pinga kerana ditinggalkan disitu. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan menonton Ultraman Taro.

Lalu pergilah Majid dengan 3 lagi lelaki. Mereka berdemo sakan di depan kasut cap Buaya. Perbuatan tersebut amat menghairankan mereka yang lalu-lalang di sepanjang bangunan kedai tersebut. Masakan tidak, membawa banner dan sepanduk tetapi yang mengikutinya hanya 4 orang termasuk Majid.




Selamat Hari Lahir Fatimah



Selamat menyambut kelahiran ya Fatimah Az Zahra puteri kesayangan Rasulullah SAW.

Followers

Ruang Komen