"Mari semua kita boikot kasut buaya! Kasut buaya sudah menghina Allah swt!"hasut Majid kepada sekumpulan lelaki 'sekerat dua'.
"Betul ke kasut buaya menghina Allah?"tanya salah seorang dari mereka.
"Betul. Lambang kasut buaya tu sebenarnya kalimah Allah. Hebatnya orang kafir laknat mencipta logo sebegitu!"
"Eh, ko ada bukti ke? Jangan main tuduh je."kata salah seorang dari lelaki tersebut.
"Ni gambar ni, bukti la tu. Ni nampak ni kalimah Allah ni,"kata Majid sambil menunjukkan logo kasut buaya kepada mereka.
"Tak nampak pun macam kalimah Allah, imaginasi je kot."kata salah seorang dari mereka dengan nada hairan.
"Taklah, ni bukti jelas ni. Kasut buaya ni dah menghina Allah Tuhan kita."tegas Majid lagi.
"Kan ada baiknya kita tanya dulu designer kasut buaya ni sebelum kita membuat sebarag spekulasi,"kata Parman yang baru tiba.
"Ish, kalau kita tanya, bukannya mereka mengaku. Ni namanya konspirasi. Tuduhan kita dah kira halal atas nama konspirasi!"tegas Majid lagi.
"Sejak bila pulak Islam menyuruh kita menuduh orang lain tanpa bukti yang kukuh? Hatta mereka bukan Islam pun, kita masih tertakluk dalam suruhan Allah supaya berlaku adil. Adil bermaksud meletakkan sesuatu di tempat yang betul. Jangan kita pulak yang berlaku zalim terhadap orang bukan Islam. Cuba fikirkan, kita nak perjuangkan nama Allah tapi dalam masa yang sama, kita menghalalkan segala tuduhan kita atas nama konspirasi. Tu dah salah,"kata Parman tegas.
"Ahhhh.. Kau ni tak pernah setuju dengan aku. Apa yang aku buat semuanya salah. Benda ni dah jelas terang. Nampak tak kalimah Allah di logo kasut buaya ni?! Aku nampak jelas. Memang lahanat orang kapir ni!"tegas Majid. Kemarahannya makin membuak-buak.
"Lantak kau la Majid. Aku dah nasihat kau, kalau nak dengar, kau dengar. Kalau tak nak dengar, terpulanglah. Kalau nak boikot, boikotlah. Kepada yang lain, kamu boleh pilih sendiri yang mana kamu nak ikut. Adakah kita nak melatah atas sesuatu yang tak pasti atau sebaliknya. Saya mintak diri dulu, assalamualaikum,"kata Parman sambil berlalu dari situ.
Sekumpulan lelaki tersebut mula berpandangan sesama sendiri. Ada yang bersetuju dengan Parman dan ada juga yang bersetuju dengan Majid.
"Sesiapa nak ikut aku, jom kita pergi berdemonstrasi di depan kedai kasut Cap Buaya sekarang. Kepada yang lain, lantak kamu lah nak tunggu di sini. Yang lain, jom!"arah Majid. Mereka yang tidak mengikut Majid terpinga-pinga kerana ditinggalkan disitu. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan menonton Ultraman Taro.
Lalu pergilah Majid dengan 3 lagi lelaki. Mereka berdemo sakan di depan kasut cap Buaya. Perbuatan tersebut amat menghairankan mereka yang lalu-lalang di sepanjang bangunan kedai tersebut. Masakan tidak, membawa banner dan sepanduk tetapi yang mengikutinya hanya 4 orang termasuk Majid.
Cerpen Kasut Buaya 2
Posted by
Ninja Jepang
Friday, June 4, 2010
Labels: Cerpen
7 comments:
sial la majid 2...hahhaha...bapak dia x ajar ke...hahha...trlalu mmikirkan bnda2 yg remeh.....sdangkan isi akidah yg prlu d mntap kan dhulu.....haiyyo....mjid2...hahah
tu la psl.. sibuk nak berdemo bnda yg xpasti.. hehe..
jgn pcaya bulat2 apa yg org cakap.. tengok atas, nmpak UFO, tgk kanan nampak freemason, tgk kiri nampak illuminati etc etc..
maknanya kan skunk xpela pkai kasut crocs kan??
xda bukti jelas yg mgatakan crocs tu ada lmbag ALLAH kan??
macam2la masalah baru yg timbul zaman skunk ni la..
yg ley buat muslimin dan muslimat kdgkala pening dan keliru..
teruskan usaha anda wahai class rep utk membntu ank2 buahmu ni dgn mympaikn latest news yg berlaku kini..
syukran jazilan.. =)
ya la...yg pntg 2 niat la kna la bg btol...bnda yg remeh temeh dperbesar kan sdangkan isu akidah yg ptut dkukuhkan trlbih dhulu.....syiah + sunni = syaini......hahaha
ley ak taw x..
pe beza syiah dgn sunni ey?
sunni ialah ahli sunnah wal jamaah.. dan syiah ialah satu mazhab dalam islam.. ada lebih kurang 300 pecahan syiah di seluruh dunia dan hanya 2 sahaja yang diiktiraf sebagai islam iaitu jaafariyyah da zaidiyyah..
namun, syiah seringkali ditekan dan dikafirkan oleh sesetengah mereka yang fanatik mazhab dan tidak mengkaji..
Bagi ana, syiah dan sunni adalah ISLAM.
syukran..
ana dah faham.. =)
Post a Comment