Hatiku Berkata

Salam to all..

Dalam hidup ini, kita sering berjumpa dengan pelbagai jenis karenah manusia. Setiap mereka memiliki perangai dan sifat yang tersendiri yang sebenarnya sukar untuk kita tafsirkan dengan sekilas pandang. Ada antara mereka yang

Luarannya nampak baik, tetapi sebenarnya hati mereka kotor dan hina

Luaran nampak jahat, tetapi sebenarnya memiliki peribadi yang mulia

Luaran nampak baik, dan hatinya juga baik dan bersih dari noda dan dosa

Luaran nampak jahat, dan hatinya juga diselaputi dosa dan maksiat.

Siapa pun mereka, yang pastinya kita harus pandai menilai siapa yang baik dan siapa yang jahat. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum seseorang itu tanpa terlebih dahulu mengenali hati budi mereka. Selepas kita mengenali mereka dengan lebih dekat, anda boleh je menilai mereka..

Kepada sahabat-sahabatku,
Pandanglah sekelilingmu, bukalah hatimu, luaskanlah pemikiranmu serta nilai lah sebaik-baiknya. Boleh jadi mereka adalah jiran tetangga kita, boleh jadi mereka sahabat-sahabat kita dan boleh jadi mereka ialah sanak saudara kita sendiri.

Ada antara kita yang sebenarnya tergolong dalam empat golongan yang aku senaraikan di atas.. Kita berada di mana? Tepuk dada dan tanyalah iman kita..

Wallahualam..

Sekadar Mengomel

Assalamualaikum to all,

Akhir-akhir ni seringkali ternampak seorang user yang hebat sedang mengembangkan ideologi Hizbul Mujahid nya di ILI. Aku bukannya nak hentam tapi merasa aneh dan pelik dengan gaya postnya di ILI. Ada beberapa perkara yang aku rasakan tak dapat diterima pakai oleh otak aku ataranya ialah:

1) Pengasas HM ni merupakan seorang pelajar kolej islam dan bukannya seorang ulama yang benar-benar memahami Islam. Beraninya budak ni buat jemaah baru sedangkan dirinya baru setahun jagung. Dah la tu, sibuk-sibuk pulak nak ajak orang lain join jemaahnya ni.

2) Budak ni mendakwa dia kini sedang giat berlatih teknik perang yang ntah betul ke tak tu. Kononnya nak bantu HAMAS menentang Israel. Kalau budak ni ada ibu bapa, maka ibu bapa adalah keutamaan mereka dan bukannya berperang. HAMAS sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak memerlukan sokongan dari luar untuk datang ke Palestin berjihad bersama mereka tetapi cukuplah dengan memperbanyakkan doa dan memboikot barangan Israel.

3) Budak ni merupakan pelajar kolej islam tetapi pernah mengaku belajar agama secara sendiri. Dah cukup ke ilmu nak ajar orang lain. Dah la tu, subjek-subjek yang diajar pulak semuanya berat-berat dan bersangkut paut dengan Islam. Islam bukannya boleh diajar guna kepala otak sendiri. Ada banyak peraturan dan garis panduan yang mesti dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan.

4) Ke mana perginya komen-komen aku dan blogger lain di blog budak ni? Takkan dah delete kot.. Kata suruh komen banyak-banyak tapi komen-komen aku dan blogger lain dah lenyap. Takpe lah, suka hati awak lah.. Aku peduli ape dengan jemaah awak tu. Selamat Berjihad.. Ngeeeee~~~ ^_^

[Gambar] Pedoman Buat Semua Umat Islam






Assalalamualaikum to all..
Gambar-gambar di atas ini aku dapat daripada sebuah blog yang menunjukkan kebakaran yang berlaku di sebuah kelab malam di Thailand..

Walaupun peristiwa ni dah dikira outdated, tidak ade salahnya kalau aku post kan kembali sebagai peringatan buat kita umat islam yang semakin lemah ini..

Kita berdoa kepada Allah agar tidak termasuk dalam golongan seperti di atas.. Ini baru api dunia, belum lagi api di neraka..

Ambillah iktibar darinya sebagai pedoman kita bersama..

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu; penjaganya ialah malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" - (At-Tahrim:6)

[Pandangan] Masalah Sahabat

Asslamualaikum wbt..

Pernah suatu ketika sahabat aku, biarlah aku namakan dia sebagai Tina pernah dimarahi oleh sahabatnya yang lain yang aku namakan sebagai Mila kerana masalah facebook (FB).. Tina meminta pendapat aku mengenai permasalahannya dengan Mila.. Masalahnya ialah seperti berikut:

Tina menguruskan FB si Mila dengan meng-add beberapa orang kawan lelaki. Mila tidak suka perbuatan Tina (add lelaki) lalu Mila memarahi Tina.

Ini pula pendapat aku:

Pertama sekali kita kena lihat adakah Mila pernah mengatakan "Tina, ko jangan add lelaki @ ayat yang sama waktu dengannya". Kalau jawapannya TIDAK, bermakna untuk menyalahkan Tina 100% adalah tidak wajar.

Kerana apa? Kerana Mila tak pernah menyuruh Tina supaya jangan add lelaki.

Perkara kedua ialah kita kena lihat apakah fungsi FB itu sendiri. Adakah ianya sekadar tempat untuk main game @ kuiz? Jawapannya TUDAK. Fungsi utama laman web sosial seperti FB, Myspace, Friendster ialah untuk perhubungan.

Tina sebagai seorang sahabat sudah tentu mempunyai naluri untuk menolong Mila meng-add lelaki sebagai salah satu cara untuk memudahkan perhubungan.

Pada fikiran Tina, sudah tentulah ianya akan seperti:

"Hah! Kawan ni si Mila tak add lagi, biarlah aku tolong add kan"

Niat Tina sebenarnya baik iaitu untuk memudahkan Mila menambah rakan serta memudahkan perhubungan sesama kawan.

Maka sebab itulah aku secara peribadi berpendapat bahawa untuk menyalahkan Tina 100% hanya kerana add lelaki adalah tidak wajar. Dalam hal ini aku tidak berpihak kepada sesiapa dan segala pendapat aku ini hanyalah berdasarkan dalil aqli iaitu dalil akal.

Nota: Nama-nama di atas adalah rekaan semata-mata dan tidak ade kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati...

[Sambungan] Kisah Benar

Farid mula menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap Allah. Antara tindakan Farid yang menunjukkan rasa tidak puas hatinya ialah:

1) Tidak menunaikan solat 5 waktu
2) Tidak berpuasa pada bulan ramadhan
3) Memaki Allah dengan mengatakan perkataan 'bodoh'
4) Membenci ilmu agama
5) Memijak kaset bacaan Al-Quran

Apabila abangnya mengejutkannya untuk bangun solat subuh, Farid bangun dan mengambil wudhuk. Tetapi setelah abangnya berlalu, Farid segera masuk ke bilik dan menyambung tidurnya.

Apabila tiba bulan puasa, Farid bangun bersahur tetapi pada siang harinya Farid makan dan minum tanpa pengetahuan ibunya.

Buku agama ditolak tepi. Apa yang dibacanya ialah novel dan komik. Farid berasa menyampah dan benci apabila melihat buku agama.

Selama setahun Farid meneruskan perbuatannya, akhirnya pada pertengahan Mei 2005, hidayah Allah sampai kepadanya..

Selepas pulang dari sekolah, Farid terus menghempaskan badannya ke katil. Penat setelah berjalan pulang dari sekolah. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Kebiasannya, sebaik sahaja badan dihempaskan ke katil, matanya terus terpejam. Namun pada petang ini, keadannya agak aneh.

Dipandangnya kaset di rak sebelah kirinya, melihat-lihat komik yang tersusun rapi. Namun, terdetik di hatinya untuk mendengar bacaan ayat suci Al-Quran. Perlahan-lahan Farid bangun dan memasukkan sebuah kaset ke dalam pemain kasetnya.

"Bismillahirrahmanirrahim... Yaa siinn.. Wal quranilhakim, Innakalaminalmursalin 'ala sirotimmustaqim.. Tanzilal 'azizirrahim, litunzirokomammnya un ziro aaba uhum fahum Ghafilun. Lakod haqqal qoulua'ala aksarihim fahum la yukminun. Innaja'alna fiii a'nakihim aglalanfahiyailal azqo nifahummukmahun"

Bacaan Surah Yaasin yang di baca oleh Syeikh Saad Said Al Ghamidhi menggegarkan jiwanya Badan Farid bergegar, bulu romanya meremang.. Lantas ingatannya berputar seperti pemain video. Segala perbuatan yang dilakukan seolah-oleh diputarkan di benaknya. Satu persatu dosa dan maksiat yang dilakukan bermain di kepalaya.

Tanpa semena-mena, air matanya mengalir laju di pipinya. Hatinya yang keras, cair dengan alunan ayat suci Al-Quran. Subhanallah.. Ternyata pancaran Nur Illahi mengatasi segala-galanya..

Farid bingkas bangun dan menutup bacaan Al-Quran tadi lantas menuju ke bilik air untuk berwudhuk. Farid kemudiannya menunaikan solat sunat taubat ketika itu juga. Solatnya kali ini diiringi air mata keinsafan. Farid benar-benar insaf dan kini barulah Farid dapat merasakan bahawa hidayah Allah tiada tolok bandingnya di dunia ini..

Nota: Kisah di atas diadaptasi daripada kisah benar yang terjadi pada seseorang yang aku kenali. Nama-nama dalam cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Jika ada persamaan watak, ia hanyalah kebetulan.

Farid kini sudah bertaubat dan berazam untuk tidak lagi mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan dahulu. Alhamdulillah...

Ambillah pengajaran dari kisah diatas.. Wassalam..

Kisah Benar

Albino di bawa ke hospital untuk pemeriksaan. Kakinya yang membengkak seolah-olah bernanah. Doktor yang bertugas memeriksa Albino. Sesekali dikuis-kuis kaki Albino dengan sebatang kayu persis kayu ais krim Paddle Pop.

"Kucing ni tak apa-apa". kata doktor tersebut. Farid dan ibunya lega apabila mendengar kata-kata doktor tersebut. Albino di bawa pulang ke rumah. Sesekali melihat Albino bermain-main riang, hati Farid agak tersentuh apabila kucing tersebut memaksa dirinya untuk bergembira bermain bersama-sama adiknya, Candy. Tampak jelas di mata Albino akan kesakitan kakinya. Sebetulnya Farid sendiri tidak tahu mengapa kaki Albino membengkak.

Semua itu disedari apabila Albino berjalan pulang ke rumah terjengket-jengket. Pada mulanya Farid tidak mengendahkannya memandangkan kucing tersebut seekor kucing yang lasak. Namun beberapa hari selepas itu, Farid mula merasai perubahan tingkah laku kucing tersebut. Kucing tersebut kurang selera makan, tidak lagi aktif seperti dahulu. Setelah itulah baru Farid dan ibunya membawanya berjumpa doktor.

Setelah beberapa lama di rumah, Albino mula menunjukkan keanehan. Albino lebih suka menyendiri, suka tidur di bilik air. Kata orang tua-tua, kalau kucing tidur dalam bilik air maknanya ajalnya akan sampai tak lama lagi. Namun semua itu hanyalah kata-kata orang tua. Farid sedikitpun tidak mengendahkannya.

Pada petang itu tahun 2005, Albino kencing di depan tangga rumah. Sesuatu yang amat tidak disangka lebih-lebih lagi kucing tersebut tidak di ajar untuk membuang air dalam rumah. Setelah itu, Albino turun ke hadapan TV. Di situ Albino berbaring. Nafasmya dilihat semakin lemah. Farid lantas mendapatkan Albino dan membelai Albino dengan penuh kasih sayang. Air matanya bercucuran melihat kucing kesayangannya bertarung dengan maut. Akhirnya Albino pergi meninggalkan Farid buat selama-lamanya.

Farid mengangkat bangkai Albino dengan berhati-hati. Dibawanya untuk ditanam di bahagian belakang rumah. Sebelum mengambus tanah, Farid mengucup kepala Albino buat kali yang terakhir.

Farid naik ke rumah, seolah-oleh tidak percaya kucingnya baru sahaja mati. Farid naik ke bilik dan menghempaskan badannya ke katil. Bersaksikan tilam dan bantal, Farid menangis semahu-mahunya. Kesedihannya tidak dapat dikawal lagi. Air matanya membasahi bantal dan bajunya.

Dalam keadaan itu, Farid seolah-olah dirasuk syaitan. Farid tidak dapat menerima hakikat lantas Farid menyalahkan Allah.

"Allah kejam!" kata Farid.

Farid mula melakukan pemberontakan ke atas Islam.

Kalau anda ingin tahu apakah jenis pemberontakan Farid, sila ikuti sambungannya nanti..

Daa~~~~~

Jawapan Kepada Seorang Sahabat


Soalan: Perlu ke kita berubah menjadi orang lain untuk kamceng dengan orang lain?

Soalan diatas diutarakan oleh ukhti izz.. Berikut merupakan jawapan ana:

Ana mentakrifkan 'berubah jadi orang lain' tu sebagai 'menyesuaikan diri' yer. Tidak salah untuk menyesuaikan diri tapi mesti kena pada tempatnye la. Takkan la hanya kerana nak kamceng dengan orang lain, kita sanggup buat benda-benda yang tak elok. Bagi ana, join je apa2 asalkan prinsip diri tak tergadai.

Prinsip ana, jadi la orang yang macam mana pun, asalkan Islam di depan. Kalau nak jadi rockerz contohnya, jadilah rockerz yang beriman. Jangan pakai rantai, jangan bertindik, jangan lalai.. Itu je.. Semuanya atas diri kita dan sejauh mana kita menilai setiap perbuatan kita.

Cuba kita tengok band Soldiers of Allah (SOA). SOA ni band muslim dari barat. Macam mana dakwah dorang? Dorang nyanyi lagu islamik bertemakan rap. Sebab apa? Sebab persekitaran mereka yang mendorong mereka nyanyi lagu rap islamik. Salah ke kita guna pendekatan berbeza (rap misalnya) untuk dijadikan medium dakwah? Tidak!

Kesimpulannya, ada masanya kita kena menyesuaikan diri kita mengikut keadaan. Tapi jangan jadi hipokrit. Depan orang baik, belakang orang perangai macam anak hantu. Jangan jadi golongan macam ni yer ukhti. ^_^

Soalan: Ana tak dapat cari orang yang boleh bimbing dan jaga ana macam dulu.

Jawapan: Suatu ketika dahulu, memang kita bersyukur sebab ada orang jaga kita. Ada ibu bapa, ada kawan2.. Tapi adakah semua tu berkekalan? Kemudian kalau mereka tak ada, kita akan terkontang-kanting, begitu ke?

Ukhti, dah tiba masanya untuk kita bangkit dan berdiri sendiri tanpa bimbingan orang lain. Semuanya bergantung pada diri kita. Keadaan yang kita harapkan tidak semestinya kita dapat. Cuba bayangkan bagaimana orang Islam boleh hidup dalam masyarakat yang bukan beragama Islam tanpa mengabaikan tuntutan agama.. Semua ini tidak lain dan tidak bukan ialah kekuatan iman dan jati diri. Jangan kita jadi seperti lalang yang ditiup angin.

Soalan: Anta pun percaya yang persekitaran boleh mempengaruhi kita kan?

Jawapan: Ya betul! Ana setuju. Memang benar persekitaran boleh mempengaruhi kita namun semua tu atas diri kita jugak. Atas rasional kita. Kalau kita rasa persekitaran kita boleh bawak kita ke perkara dosa dan noda, setkan minda kita awal2..

Setkan "Benda ni dosa, aku tak boleh buat. Nanti berdosa"

Kekuatan kita terletak pada mind set selain iman kita. Jagalah iman sebaik mungkin kerana sekali iman itu ditarik oleh Allah, meranalah kita hidup di dunia.. Wallahualam..

Followers

Ruang Komen