[Pandangan] Masalah Sahabat

Asslamualaikum wbt..

Pernah suatu ketika sahabat aku, biarlah aku namakan dia sebagai Tina pernah dimarahi oleh sahabatnya yang lain yang aku namakan sebagai Mila kerana masalah facebook (FB).. Tina meminta pendapat aku mengenai permasalahannya dengan Mila.. Masalahnya ialah seperti berikut:

Tina menguruskan FB si Mila dengan meng-add beberapa orang kawan lelaki. Mila tidak suka perbuatan Tina (add lelaki) lalu Mila memarahi Tina.

Ini pula pendapat aku:

Pertama sekali kita kena lihat adakah Mila pernah mengatakan "Tina, ko jangan add lelaki @ ayat yang sama waktu dengannya". Kalau jawapannya TIDAK, bermakna untuk menyalahkan Tina 100% adalah tidak wajar.

Kerana apa? Kerana Mila tak pernah menyuruh Tina supaya jangan add lelaki.

Perkara kedua ialah kita kena lihat apakah fungsi FB itu sendiri. Adakah ianya sekadar tempat untuk main game @ kuiz? Jawapannya TUDAK. Fungsi utama laman web sosial seperti FB, Myspace, Friendster ialah untuk perhubungan.

Tina sebagai seorang sahabat sudah tentu mempunyai naluri untuk menolong Mila meng-add lelaki sebagai salah satu cara untuk memudahkan perhubungan.

Pada fikiran Tina, sudah tentulah ianya akan seperti:

"Hah! Kawan ni si Mila tak add lagi, biarlah aku tolong add kan"

Niat Tina sebenarnya baik iaitu untuk memudahkan Mila menambah rakan serta memudahkan perhubungan sesama kawan.

Maka sebab itulah aku secara peribadi berpendapat bahawa untuk menyalahkan Tina 100% hanya kerana add lelaki adalah tidak wajar. Dalam hal ini aku tidak berpihak kepada sesiapa dan segala pendapat aku ini hanyalah berdasarkan dalil aqli iaitu dalil akal.

Nota: Nama-nama di atas adalah rekaan semata-mata dan tidak ade kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati...

3 comments:

Seema_Suraya December 8, 2009 at 2:39 AM  

salam sahabat..

ciri2 sahabat menurut Imam Al-Ghazali..

1.jika engkau berbakti kpdanya, dia akan melindungi kamu.
2.jika engkau mmerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

bnyak lagi la sebenrnya..

moge tina tak gaduh lagi dgn sahabatnya..

Ninja Jepang December 8, 2009 at 3:06 AM  

salam..

Jika anda berasa marah, ukirlah kemarahan anda di atas pasir supaya kelak ia akan hilang dibadai ombak..

jangan ukirkan kemarahan anda di atas batu kerana ia kan kekal selamanya..

Wallaualam..

Seema_Suraya December 13, 2009 at 5:01 PM  

syukran jazilan di atas komen yg anta titipkan pada ana..

inSYALLAH selps ini ana akan sentise mnjage ukhwah yg telah terbina antara ana dan sahabat2 ana dgn sebaik2nya.

semoga anta sentiasa sudi mnjadi sahabat ana yg sentiasa mmberi nasihat dan pencetus semngat kpada ana..


semoga anta terus berjaya dalam hidup anta..
semoga sentisa dilindungi dan diberkati ALLAH selalu..amin..

Followers

Ruang Komen