Kisah Benar

Albino di bawa ke hospital untuk pemeriksaan. Kakinya yang membengkak seolah-olah bernanah. Doktor yang bertugas memeriksa Albino. Sesekali dikuis-kuis kaki Albino dengan sebatang kayu persis kayu ais krim Paddle Pop.

"Kucing ni tak apa-apa". kata doktor tersebut. Farid dan ibunya lega apabila mendengar kata-kata doktor tersebut. Albino di bawa pulang ke rumah. Sesekali melihat Albino bermain-main riang, hati Farid agak tersentuh apabila kucing tersebut memaksa dirinya untuk bergembira bermain bersama-sama adiknya, Candy. Tampak jelas di mata Albino akan kesakitan kakinya. Sebetulnya Farid sendiri tidak tahu mengapa kaki Albino membengkak.

Semua itu disedari apabila Albino berjalan pulang ke rumah terjengket-jengket. Pada mulanya Farid tidak mengendahkannya memandangkan kucing tersebut seekor kucing yang lasak. Namun beberapa hari selepas itu, Farid mula merasai perubahan tingkah laku kucing tersebut. Kucing tersebut kurang selera makan, tidak lagi aktif seperti dahulu. Setelah itulah baru Farid dan ibunya membawanya berjumpa doktor.

Setelah beberapa lama di rumah, Albino mula menunjukkan keanehan. Albino lebih suka menyendiri, suka tidur di bilik air. Kata orang tua-tua, kalau kucing tidur dalam bilik air maknanya ajalnya akan sampai tak lama lagi. Namun semua itu hanyalah kata-kata orang tua. Farid sedikitpun tidak mengendahkannya.

Pada petang itu tahun 2005, Albino kencing di depan tangga rumah. Sesuatu yang amat tidak disangka lebih-lebih lagi kucing tersebut tidak di ajar untuk membuang air dalam rumah. Setelah itu, Albino turun ke hadapan TV. Di situ Albino berbaring. Nafasmya dilihat semakin lemah. Farid lantas mendapatkan Albino dan membelai Albino dengan penuh kasih sayang. Air matanya bercucuran melihat kucing kesayangannya bertarung dengan maut. Akhirnya Albino pergi meninggalkan Farid buat selama-lamanya.

Farid mengangkat bangkai Albino dengan berhati-hati. Dibawanya untuk ditanam di bahagian belakang rumah. Sebelum mengambus tanah, Farid mengucup kepala Albino buat kali yang terakhir.

Farid naik ke rumah, seolah-oleh tidak percaya kucingnya baru sahaja mati. Farid naik ke bilik dan menghempaskan badannya ke katil. Bersaksikan tilam dan bantal, Farid menangis semahu-mahunya. Kesedihannya tidak dapat dikawal lagi. Air matanya membasahi bantal dan bajunya.

Dalam keadaan itu, Farid seolah-olah dirasuk syaitan. Farid tidak dapat menerima hakikat lantas Farid menyalahkan Allah.

"Allah kejam!" kata Farid.

Farid mula melakukan pemberontakan ke atas Islam.

Kalau anda ingin tahu apakah jenis pemberontakan Farid, sila ikuti sambungannya nanti..

Daa~~~~~

6 comments:

Seema_Suraya December 5, 2009 at 5:27 PM  

salam sahabat..
ini perkara terjadi kpd anta kan??

ana sangat terharu dan sedih membaca kisah ini..

utk pgetahuan anta ana juga pernah ada pgalaman seperti anta ini..

kucing ana yg bernama MIMI telah pergi selamanya bebrapa thun yg lalu..

pada mulanya ana sangat sedih dan tidak dpt menerima takdir..

namun setelah emak ana menasihati ana akhirnya ana reda dan tidak lagi bermuram..

sahabat..
moge anta sentiasa ingat bahawa setiap makhluk yg ada di bumi ALLAH s.w.t ini akan pergi juga..

anta harus reda dan teruskan berjuang untuk hidup dgn gembira dan sentiasa mencari keredaan ALLAH s.w.t..

anta masih perlu senyum dan jgn sesekali sedih untuk teruskan hidup anta..

jadilah yg terbaik untuk ayahanda dan bonda anta....

mereka pasti berasa gembira apabila anta kembali senyum dan menjadi seorang insan yg tabah..

sekian dari sahabatmu......

n December 5, 2009 at 8:38 PM  

salam...

menitis airmata saya sewaktu baca entri ne kerana saya pun pernah kehilangan kucing kesayangan. Cuma Allah saja yang tahu betapa besar kesedihan saya ketika itu.

Sukarnya untuk menerima takdir... pahit untuk menerima kenyataan yang kucing saya sudah tidak ada.

Tapi saya pasti... itu ujian dari Allah. Mungkin Dia hendak melihat sejauh mana keimanan kita.. apakah kita akan reda dengan takdir atau sebaliknya?

Akhirnya saya belajar untuk reda.. memang mula2 agak sukar.. tapi saya pujuk hati sendiri.. pasti setiap kejadian ada hikmahnya.

manusia diduga berbagai2 dugaan. semakin kuat keimanan seseorang itu.. semakin tinggi dugaannya. seperti hadis nabi:

Rasulullah s.a.w pernah di tanya:

Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian?

Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)

Ninja Jepang December 5, 2009 at 10:37 PM  

Shima:

Peristiwa ini berlaku pada seseorang yang ana kenali..

memang sedih untuk kehilangan sesuatu yang tersayang..

meskipun ianya hanyalah seeokor kucing, namun Allah telah menanamkan rasa sayang dan kasih kita kepada sesama makhluk Allah..

Ingatlah kisah seorang wanita yang dimasukkan ke neraka hanya kerana mengurung seekor kucing tanpa dibiarkan bebas..

Syukran jazilan atas nasihat yang diberi.. Semoga enti dirahmati Allah selalu..

wassalam ^_^

Ninja Jepang December 5, 2009 at 10:43 PM  

Nur:

Pertama sekali syukran jazilan kerana meluangkan masa di blog sy yang tak seberapa ini..

Sekali kita menyayangi haiwan, amatlah sukar untuk kita menerima hakikat bahawa mereka sudah tiada..

Hari ini kita masih bermain dan membelai mereka, esok harinya pabila kucing kita dah tiada, kita akan merasa kehilangan dan sunyi..

Tiada lagi kucing yg disayangi bermain2 dengan kita.. Semua tu hanya tinggal kenangan yang tidak mungkin kita dapat lupakan..

Hargailah binatang kesayangan kita selagi hayat dikandung badan..

Namun kebiasannya manusia itu lupa, pabila mereka sudah tiada, barulah kita merasa sedih dan menyesal kerana tidak melayan mereka dengan baik sewaktu mereka masih hidup dulu..

Namun, hidup harus diteruskan.. yang mati tetap mati dan yang hidup harus meneruskan hidup..

Semoga berjaya di dunia dan akhirat..

Wassalam.. ^_^

Seema_Suraya December 6, 2009 at 12:45 AM  

afuan..

anta amik je ikhtibar dari pe je yg terjadi kat anta ey..

ni kalimah yg selalu mnjadi pgangan ana bile ana sedih bile sumting terjadi kat ana..

"boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu perkara padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara padahal ianya tidak baik bagi kamu.....;
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak'


_al-baqarah ayat 216_"

ayat ni yg mnjadikan ana reda dgn pe terjadi kat ana..

ana harap anta turut mnjadikan kalimah ini utk menaikan semangat anta if anta sedih k..

insyALLAH berkesan..AMIN..

Ninja Jepang December 6, 2009 at 12:59 AM  

Syukran jazilan...

Ayat dari Surah Al Baqarah di atas pernah diberikan oleh seorang teman kepada ana sewaktu konflik melanda diri ana suatu ketika dulu..

Benarlah janji Allah dalam surah Al-Isra ayat 82 iaitu:

"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian"

Bacalah Al-Quran kalau hati tidakl tenang..Firman Allah:

"iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. [TMQ:13:28]"

Semoga Allah memelihara diri kita daripada azab dunia dan akhirat.. amiin..

^_^

Followers

Ruang Komen