Offline Lagi- Aku Balik Kampung

Assalamualaikum wbt kepada yang berziarah..

Aku akan pulang ke Kelantan pada esok hari selepas sahur (15 Sept) sehingga Isnin (28 Sept).. Jadi jangan hairanlah kalau aku tak update blog ni yer.. hehe..

Flight aku akan bertolak awal pagi sekitar jam 6 pagi esok.. Dari Kota KInabalu ke KLIA dan seterusnya ke Airport Kota Bharu..

Kemungkinan besar aku tak akan meng'update' blog kerana sibuk dengan urusan Raya nanti.. Harap maaf kepada yang berziarah.. Teruskan tinggalkan 'jejak' di ruangan chatbox..

Aku akan kembali meng'update' blog pada 29 @ 30 Sept..

Doakan aku selamat kembali dan pergi.. Wassalam..

[Baca Ni] Khusus Untuk Pihak Yang Menganggap Jemaahnya Saja Yang Betul

Kepada mana-mana pihak yang masih ragu dengan perjuangan PAS, eloklah hayati petikan artikel yang di kopi pasta dari AlBanjari ni:

Apakah kerjasama politik PAS dan UMNO sama?


Sudah tentu tidak sama bahkan jauh bezanya seperti bezanya dunia dan akhirat, dosa dan pahala malah syurga dan neraka.

Untuk mendapatkan kuasa boleh jadi bersendirian dan boleh jadi berkawan. Umpama mahu mengorek telaga untuk mendapatkan sumber air masing masing manusia mahukan air untuk terus hidup. Maka mengali telaga berseorangan boleh jadi berjaya jika kudratnya tidak ada hadnya. Namun jika kudratnya amat terbatas, maka tidak salah mengajak seorang dua manusia lain untuk membantu mengorek telaga untuk kegunaan dan kemaslahatan anak cucu mereka. Contoh mudah yang diberikan, jika masih dungu tak boleh nak faham, humban saja ke dalam telaga yg digalinya itu. Maka sudah pastilah ianya amat berbeza dengan segolongan 14 orang ( kini 13 orang ) yang bekerjasama menimbus telaga untuk menyusahkan hidup orang lain.

Maka dalam politik, dengan kemampuan yang terbatas untuk mendapatkan kuasa, maka kalau ada kawan lain yang sama-sama berjuang mengeakkan keadilan dan menolak kezaliman, maka Islam meyediakan sadu kaedah kerjasama politik dengan mereka yang berlainan dasar tapi ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama dengan apa yang dinamakan sebagai Tahaluf Siyasi

Perbahasan Tahaluf Siyasi dalam Islam

Tahaluf ialah Perjanjian Persefahaman bagi kerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan atau musuh.

Persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya sebuah negara Islam. Perkara ini juga berlaku dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib yang berlaku sebelum Hijrah juga persefahaman dengan Qabilah Khaza'ah selepas Perjanjian Hudaibiyah.

Rasulullah S.A.W mengiktirah Half Al-Fudul yang berlaku pada zaman Jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorag lelaki dari Kabilah Zubaid di zalimi oleh 'Aas bin Wa'il, lalu dia meminta pertolongan namun tiada siapa yang sanggup menolongnya. Lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad'an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa tersebut, Rasulullah S.A.W telah bersabda mafhumnya;

"Daripada Thalhah bin Abdullah Bin 'Auf, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda; "Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad'an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga ) , jikalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku akat menyahutnya"

Oleh itu Tahaluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan gerakan Islam menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang terperinci perlu dilakukan dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah dengar dasar Islam yang wajib ditegaskan dalam semua keadaan.

Hukum Tahaluf

Tahaluf diizinkan oleh syari'at berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Untuk memahami syarat-syaratnya, perlu dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah S.A.W dan tahaluf yang ditolak oleh baginda.

Syarat-syarat Tahaluf

1) Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan dasar perjuangan. Dalil-dalilnya ialah;

a) Hubungan Rasulullah S.A.W dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib, khususnya Abu Thalib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah S.A.W sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Namun pernah Abu Thalib membuat kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah S.A.W bertolak ansur dalam perkara dasar, lalu dengan tegasnya Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya;

"Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kriku agar aku meninggalkan urusan ini ( menegakkan Islam ), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agama-Nya atau aku mati kerana-Nya"
Akhirnya Abu Thalib dan keluarganya kecuali Abu Lahab mengambil keputusan untuk mempertahankan rasulullah S.A.W.

b) Hubungan Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu 'Anhu dengan Ibnu Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Perkara ini terjadi apabila Ibnu Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya beliau jangan membaca Al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam.

Contoh maslahat yang diizinkan.

a) Ke arah mendaulatkan Islam dan perlaksanaan syari'atnya.

Dalam situasi kegagalan fahaman-fahaman sekular dan kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang-orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam fahaman sekular dan juga dari kumpulan non-muslim yang yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah di adakan satu hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan parti politik Islam di dalam pilihanraya, dalam persidangan-persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk memluk Islam ( tetapi mengambil peluang berdakwah memperkenalkan Islam dan membetulkan salah faham mereka terhadap Islam kepada gambaran Islam yang sebenar ) Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah dengan orang-orang Yahudi.

b) Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan akhlak.

Apabila perkara ini mula dirasai akan kesan dan akibatnya kepada semua golongan dan lapisan masyarakat termasuklah golongan non-muslim, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah S.A.W mengiktiraf Halfu Al-Fudul serta mengakui pakatan persefahaman golongan yang menentang Perjanjian Pemulauan ke atas keluarga Rasulullah S.A.W walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
Diriwayatkan daripada Jabir Radhiyallahu 'Anhu katanya:
Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya kaum muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar. Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai kaum Muhajirin..!!! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai kaum Ansar...!!!. Setelah mendengar suara begitu maka Rasulullah S.A.W keluar dan telah bersabda: " Ada apakah panggilan seperti jahiliyah ini...?"

Mereka menjawab: " Tidak ada apa-apa ya Rasulullah. Hanya ada dua orang anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya." Rasulullah S.A.W bersabda: " Kamu tidak perlu menyembunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah membelanya."( Hadith riwayat Muslim)
2) Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan dasar dan matlamat perjuangan. Dalilnya,

i) Rasulullah S.A.W telah menangguhkan Tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sama mennegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Perkara ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidak sanggupan untuk berhadapan dengan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi Kabilah Arab sahaja.

ii) Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani 'Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

3) Tidak berwala' kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.

Diantaranya ialah kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
" Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meningglkan orang-orang beriman. Dan sesiapa yang melakukan ( larangan ) yang demikian maka tiadalah ia ( mendapat perlindungan ) dari Allah dalam suatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka ( yang kafir itu ). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya, dan kepada Allah jualah tempat kamu kembali" ( Surah Ali 'Imran ayat 28 )
Berwala' maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha disamping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya.

Muwada'ah.

Di sana wujud satu titik persamaan secara sementara waktu dengan golongan bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada'ah dan terdapat juga 'ulamak meletakkannya dalam perkara hadanah ( gencatan senjata ).

Disebut di dalam kitab " Syarah Muhazaab " yang dikarang oleh Imam An-Nawawi, diantara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain.

Tetapi para 'ulamak berselisih pendapat dalam menentukan tempoh masanya. Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah ( diantaranya ialah kerana orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah ). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudharatnya lebih banyak dari maslahat, maka ianya adalah tidak diharuskan.

Isti'anah ( meminta bantuan dan pertolongan ).

Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji menolong mereka.

1. Mereka menolong kita :

Menurut Shaikh Sayyid Saabiq dalam kitabnya "Fiqhussunnah", adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafiq dan fasiq kerana Rasulullah S.A.W pernah membenarkan Abdullah Bin Ubai Bin Salul (seorang munafik) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Begitu juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang tentera Parsi.

Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat perselisihan pandangan di kalangan fuqaha':

a) Imam Malik dan Imam Ahmad Bin Hanbal tidak mengharuskannya secara mutlak.
b) Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan.
c) Imam As-Syafi'e mengharuskannya dengan syarat:

* Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan yang lemah. (*)Apabila didapati bahawa orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadap Islam, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan di beri imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah.

2) Kita menolong mereka.

Menurut Al-Zarkashi di dalam kitabnya "Al-Mabsut", dan Al-Syaibani di dalam kitabnya "Al-Siyar Al-Kabir", Rasulullah S.A.W menghantar tamar 'Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika bumi Makkah dilanda kemarau.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauwziyyah di dalam kitabnya, "Zad Al-Ma'ad ", apabila Sumamah bin Al-Sal Radhiyallahu 'Anhu, pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulullah S.A.W menasihatkan Sumamah menghentikan sekatannya.

Rumusan Penting :

Tahaluf Siyasi dapat dibahagikan menurut keadaan berikut:

1) Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat ;
  • Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam.
  • Mengiktiraf negara Islam.
  • Menerima perlembagaan Islam dan Syari'atnya.
2) Tahaluf Siyasi tanpa membentuk negara ;
  • Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar.
  • Maslahah bersama untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
  • Berlindung sementara ketika lemah
  • Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan gerakan Islam.
Begitulah sedikit sebanyak perbahasan berkaitan Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik yang dianjurkan oleh Islam yang menjadi panduan kepada mana-mana gerakan Islam termasuk PAS dalam menghadapi tekanan daripada musuh politiknya khusunya UMNO dan Barisan Nasional.

Jawapan dari Rumusan dalam konteks politik negara :

Melalui perbahasan di atas, nyatalah perbezaan kerjasama dan persefahaman politik antara PAS dan UMNO sangatlah jauh berbeza. Oleh kerana UMNO kini amat terdesak dengan kedudukannya yang amat lemah ditambah pula pergaduhan merebur jawatan sesama mereka, jalan untuk melihat pesaing politiknya, khususnya PAS adalah dengan menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Melayu atas pagar dan juga penyokong PAS itu sendiri yang kurang terdedah dengan ilmu dan perbahasan berkaitan Fiqh Haraki dengan harapan mahu melihat akhirnya penyokong PAS beralih arah kepada UMNO atau cuba mempengaruhi pimpinan PAS di peringkat bawahan terutama golongan muda untuk meragui pimpinan peringkat atasan dan menimbulkan hubungan tidak baik antara pimpinan dan ahli PAS.

UMNO bekerjasama dengan parti-parti komponen BN yang lain atas dasar sekular, bekerjasama mempertahankan kezaliman, bekerjasama menutup penyelewengan dan penindasan yang mereka lakukan, bahkan sama-sama bekerjasama menolak Islam walaupun UMNO kadang-kadang mengaku menjadi pejuang Islam. Sebalinya PAS menggunakan kesempatan ini bersama-sama PKR dan DAP bekerjasama dalam isu keadilan, kebenaran, menentang kezaliman, menentang penyelewengan, menentang rasuah menentang korupsi, menentang penyalahgunaan kuasa dan sebagainya walaupun ada beberapa perkara dilihat tidak sekata namun peluang dan masa harus diberikan untuk mereka memahami hakikat bahawa Islam adalah untuk semua setelah 51tahun ditipu oleh UMNO dan BN.

UMNO dan BN lah yang selama ini menipu non-muslim tentang Islam, memberikan gambaran buruk tentang Islam maka denga kesempatan kerjasama politik ini, wajib bagi kita pejuang Islam, menguatkan lagi usaha dakwah agar mereka ini, rakan-rakan kita di dalam pakatan rakyat yang non-muslim, dapat menerima Islam sebagai cara hidup mereka dan setidak-tidaknya mereka menghormati dan mengetahui bahawa Islam menjamin kehidupan mereka sekalipun mereka tidak akan menganut Islam. Wallahu A'alam

Sumber: AlBanjariOnline

Nota: Semoga bercambah pengetahuan darinya.. Bagi yang tidak dapat menerima artikel ni, maka eloklah anda muhasabah diri anda dan jangan sesekali fanatik terhadap jemaah anda sehingga tidak dapat menerima pendapat orang lain serta menganggap hanya jemaahnya sajalah yang betul.. wallahualam..


Hukum Bedah Plastik, Botox, Susuk dan Braces

Oleh: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Sebelum saya menjawab persoalan ini, terlebih baik jika saya utarakan bahawa isu Botox telah dibincangkan dan diftawakan oleh Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Muzakarah mereka kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis.

Bagaimanapun, ada pihak yang cuba untuk mempertikaikan keputusan itu dengan mengatakan bahawa bahan yang digunakan untuk menghasilkan botox hanya protein, malah bukan protein daripada binatang yang diharamkan, tetapi mungkin namanya melambangkan seolah-olah ia daripada sesuatu yang kotor.

Pihak ini juga cuba mendakwa, dari segi kesihatan, penggunaan botox tidak memudaratkan jika ia dilakukan pihak yang bertauliah dan menggunakan teknik suntikan yang betul. Cuma pihak ini tidak menolak kemungkinan ia akan menimbulkan kesan sampingan jika digunakan berlebihan tanpa pemantauan atau diselia pihak bertauliah. Adalah diakui oleh para pakar bahawa Botox digunakan untuk memperbaiki keadaan muka saja supaya pengguna rasa lebih selesa, bukan untuk mengubah menjadi orang lain.

SEBAB UTAMA BOTOX HARAM

Bagaimanapun isu utama yang menyebabkan ia menjadi Haram pada pandangan Shariah adalah :-

a) Unsur najis dan kotoran di dalam bahan BOTOX ; kajian mendapati botox atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat.
Dalam Islam, terdapat dalil yang menyebut "Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula membalas mudarat"

b) Pengubahan Ciptaan Allah Tujuan Tambah Kecantikan : Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang. ISLAM melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik. Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ianya adalah harus dilakukan. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal. Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa' iaitu Allah berfirman yang bermaksud:

"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.'

Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya

Terdapat juga hadith yang menyebut :

"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya." (Riwayat Thabarani)

Tatoo, iaitu memberi tanda pada muka dan kedua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran. Sebahagian orang-orang Arab, khususnya kaum perempuan, mentatoo sebahagian besar dari tubuhnya. Bahkan dimasa pengikut-pengikut agama membuatnya tatoo dalam bentuk persembahan dan lambang-lambang agama mereka, misalnya orang-orang Kristian melukis salib di tangan dan dada mereka.

Perbuatan-perbuatan yang buruk menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyiksa dan menyakiti badan, iaitu dengan menusuk-nusukkan jarum pada badan orang yang ditatoo itu. Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatoo ataupun orang yang minta ditatoo.

KIKIR GIGI DAN ‘BRACES'

Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadith di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Karena itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada laki-laki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.

Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam hadisnya:

"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang disebut ‘al-Falaj', yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang samasekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend' Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik. Adapun pada hari ini, kebanyakkannya sudah menukar ‘style' mereka kepada merapatkan gigi menggunakan ‘braces' (http://en.wikipedia.org/wiki/Dental_braces) yang yang bertujuan MENCANTIKKAN susunan gigi. Ketika itu, hukum haram yang sama jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan. Adapun jika ia dilakukan bagi inidivud yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia menjadi harus.

Dari hadis-hadis yang telah kita sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum pembedahan kecantikan seperti yang terkenal sekarang kerana bagi memnuhi selera nafsu dan syahwat, iaitu kebudayaan Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai perempuan dan laki-laki yang mengorbankan wangnya beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, karena di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat ‘show' dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : "Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran" (Al-Halal wal Haram Fil Islam )

c) Unsur Penipuan : Mengandungi unsur penipuan yang diharamkan Islam.
Selain itu, syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan produk kosmetik botox yang menukarkan wajah yang tua kepada muda.

Tujuan Shariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas dari hadith Nabi SAW :

"Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)

Hadith larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang dihitamkan bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam. Hal ini samalah seperti botox yang biasanya digunakan oleh wanita atau lelaki yang kulitnya sudah kelihatan tanda ketuaan, bagi mengekalkan rupa mudanya, maka mereka melakukan botox dan lebih teruk lagi susuk.

SUSUK & SIHIR

Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran.

Tentang pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan:

"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan derajat pelakunya di dunia ini lagi. Justeru itu Nabi bersabda:

"Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian ahli fiqh menganggap, sihir itu bererti kufur, atau membawa kepada kufur. Sementara ada juga yang berpendapat; ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir.

Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita suka berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang sihir, yaitu firmanNya:

"(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul." (al-Falaq: 4)

Peniup simpul salah satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis dikatakan:

"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)

Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh.

Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.

Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.
Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox.

KESIMPULANNYA

 Botox atau pembedahan plastik yang dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal. Manakala susuk tidak dibenarkan sama sekali.

 Tujuan yang tidak dibenarkan adalah untuk kelihatan lebih cantik dari apa yang dianugerahkan, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan.

 Syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam: memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan; untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain; mesti diakui doktor Islam dan pakar dalam bidang itu; doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat; mendapat persetujuan pesakit dan wali.

 Peraturan umum kecantikan Islam: tidak mengubah ciptaan Allah; tidak memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan; tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri; tidak membazir; tiada unsur najis; tidak menyerupai jantina berlainan; tidak menyerupai orang kafir dan fasik; wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya saja; mengikut syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam.

Jika botox itu menggunakan bahan suci sekalipun, ia tetap haram kerana dua ‘illah ( sebab utama) pengharaman masih ada.

Sekian

Sumber: www.zaharuddin.net

Mukjizat Bismillah

Mukjizat di sebalik BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH :

Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi).

Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (AL Muddatsir : 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

[Gambar] Bebudak Jalanan Yang Kurang Ajar




Aku copy gambar ni dari seorang sahabat blogger..

Rupanya inilah perjuangan 'islam' yang di laungkan oleh Najib.. Bebudak UMNO ni memang kurang ajar.. Kalau ada yang pertikai gambar ni- kata bebudak ni bukan budak UMNO, cuba tengok baju apa yang bebudak ni pakai.. Lambang dacing senget kan.. Itulah buktinya..

Meluat betul aku tengok muka bebudak kurang ajar ni.. Sebenarnya mereka ni memang 'diajar'.. Oleh sape? Oleh parti 'bersongkok tinggi'..

UMNO parti islam? Piirahh...

[Kelakar] UMNO Parti Islam- PM

Sesape yang nak tengok PM kita meracau boleh tengok di utusan meloya

Najib kata UMNO parti islam.. Alasan yang dia bagi ialah:

1- Membela dan menaik taraf hidup umat Islam termasuk membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutama di rancangan-rancangan Felda.

Ulasan: Boleh ke digelar parti islam kalau sekadar menaik taraf hidup umat islam? Islam terletak pada taraf hidup rupanya.. Baru aku tau..

2- Perubahan dalam kehidupan peneroka Felda yang kini menikmati kehidupan lebih baik berbanding dahulu hasil perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah selari dengan perjuangan Islam.

Ulasan: Tengok je dasar parti dia ni ape.. dasar parti dia ni ialah Melayu.. So, layakkah UMNO digelar parti islam atau lebih layak lagi parti melayu..

3- ''Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam,'' tegas beliau.

Ulasan: Memang betul kemiskinan menghampiri kekufuran.. Tapi adakah miskin saja yang menghampiri kekufuran? Kalau tolak dan hina hukum islam hampiri ape pulak?

4- Beliau turut meminta umat Islam mengambil iktibar ibadah pada bulan Ramadan dan perjuangan Rasulullah SAW dalam membentuk kekuatan rohani serta jasmani.

Ulasan: Betul la tu.. Tapi adakah hanya perjuangan Rasulullah yang kita harus mengambil iktibar? Kehidupan zuhud Rasulullah kau nak taruk kat mana? Kerendahan hati Rasulullah kat mana? Rasulullah seru umatnya mematuhi perintah Allah.. Bini kau ikut tak perintah Allah?

DS Najib, islam itu bukanlah tertumpu kepada satu aspek semata-semata.. Ia adalah menyeluruh.. Islam bukan terletak pada betapa banyaknya masjid dibina, bukan juga terletak pada pembinaan UIA, JAKIM etc.. Tetapi Islam terletak pada hati, lidah dan pelaksanaan..

Islam tertunggak atas tiga perkara iaitu:

Pertama, Islam itu diyakini dengan hati. Meyakini dengan hati nih bererti yakin bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah swt dan Rasulullah saw itu pesuruh-Nya.

Apa maksud yakin? Yakin dan taat bahawa al-Quran itu adalah sumber terbaik dan sumber tertinggi rujukan dan panduan hidup di dunia. Patuh sepenuhnya kepada isi kandung al-Quran.

Kedua, Islam itu diakui dengan lidah. Maknanya, melafazkan kalimah syahadah. Selain itu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya kita tidak lafazkan kata-kata yang tunduk kepada 'unsur' yang lain contohnya:

"Negara kita ada perlembagaan dan wajib bagi kita mematuhinya dan semua mengetahui bahawa apa sahaja yang bercanggah dengan perlembagaan negara maka ianya adalah terbatal secara automatik".

Ketiga, Islam itu adalah pengamalan dengan anggota. Maknanya, perbuatan dan kehidupan seharian kita adalah berlandaskan peraturan yang termaktub di dalam al-Quran. Yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram..

Islam beridir di atas tiga perkara iaitu hati, lidah dan perbuatan.. dan Kufur juga berdiri atas tiga perkara iaitu hati, lidah dan perbuatan.. wallahualam..

NGO Bimbang- Isu Kepala Lembu

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bimbang dengan tindakan Peguam Negara yang terlalu cepat membuat pendakwaan dalam isu kepala lembu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Tan Sri Abdul Gani Patail itu akan menimbulkan rasa gelisah di kalangan orang Melayu.

''Saya hairan mengapa banyak kes yang dilaporkan sebelum ini kepada pihak polis seperti isu penghinaan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak terbabit.

''Namun dalam kes isu kepala lembu, ia berbeza sama sekali yang mana Peguam Negara begitu cepat membuat pendakwaan kepada penunjuk perasaan,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas ruangan pembaca Utusan Malaysia hari ini yang merasa pelik dengan pendakwaan segera Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Malah, pembaca yang menamakan dirinya sebagai Mohd. Sharial Omar itu mempersoalkan mengapa pendakwaan tidak dilakukan kepada pihak-pihak tertentu dalam isu seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.

Ibrahim menegaskan, tindakan sebegitu boleh menyebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan orang Melayu jika gagal bertindak adil dalam isu-isu yang melibatkan sensitiviti orang Melayu.

''Saya tidak mahu nanti orang Melayu fikirkan yang kerajaan sekarang sedang cuba mengambil hati orang bukan Melayu melalui cara ini dengan membelakangi mereka,'' tambahnya.

Sumber: Petikan dari Utusan Meloya

Aku kata: Bila kena kat batang hidung sendiri, mulalah gelabah tak tentu pasal.. Ibrahim Ali yang menang PR12 atas tiket PAS tu mula bersuara sumbang.. Katanya hairan kenapa polis tak dakwa orang yang hina Raja Melayu.. Yang hina Raja Melayu tu siapa? UMNO ke PAS? Siapa yang duk usung banner yang bertulis 'natang'(binatang) di Terengganu dulu masa Raja tak perkenan lantik Idris Jusoh jadi MB Terengganu?

Kelakar la kau ni Ibrahim Ali.. Kenapa? Kau takut sokongan Melayu berkurang? Dia ni kata benda ni melibatkan sensitiviti Melayu.. Habis tu sensitiviti agama lain tu macam mana?

Namanya calon Bebas tapi hakikatnya BN.. Dah la menang atas ihsan pihak PAS.. Piiraahh..

Fakta Tragedi 11 September

Masuk hari ni genaplah 8 tahun tragedi 11 September yang berlaku di Amerika Syarikat yang meruntuhkan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC).. Tragedi ini didakwa AS dilakukan oleh pejuang islam yang diketuai oleh Osama bin Laden.. Natijahnya, Presiden Bush mengisytiharkan perang ke atas Afghanistan.. Berikut merupakan fakta mengenai tragedi tersebut...

* Menara World Trade Center (WTC) runtuh dalam masa lapan saat; lebih laju daripada kelajuan seseorang yang terjun dari puncak menara tersebut. Keadaan ini membuktikan bahawa bangunan itu bukannya runtuh disebabkan oelh rempuhan pesawat. Jika dirempuh pesawat, bangunan tersebut tidak akan hancur menjadi debu.

* Berasaskan fenomena itu banyak pihak yang mendakwa bahawa WTC sebenarnya diletupkan dengan bom beberapa saat sebelum pesawat merempuhnya.

*Bomba yang terlibat didalam kerja-kerja menyelamat di WTC mendakwa mereka mendengar bunyi bom dari tingkat ke tingkat semasa ia runtuh. Pada peringkat kebakaran selepas rempuhan, mangsa yang terperangkap di dalam WTC masih ada dan peralatan dalam menara itu banyak yang masih elaok. Setelah bom diletupkan, kesemuanya hancur (mangsa dan peralatan) tanpa meninggalkan sebarang kesan.

*Disamping WTC, ada lagi sebuah bangunan yang berdekatan dengan WTC yang runtuh. Bangunan tersebut dikenali sebagai Bangunan Ketujuh. Dari segi jarak kedudukan, tidak logik bangunan ini boleh runtuh ekoran runtuhnya WTC. Di bangunan tersebut berlaku kebakaran yang sangat kecil dan langsung tidak rasional untuk dikaitkan dengan rempuhan di WTC. Situasi ini hanya ditunjukkan sekali dalam berita CNN dan di siaran televisyen lain ia tidak disiarkan kerana takut menimbulkan kecurigaan masyarakat antarabangsa dan rakyat Amerika Syarikat (AS).

*Lebih daripada 5000 orang Yahudi yang bekerja di WTC tidak hadir pada hari kejadian (11 September) seolah-olah mereka diberitahu lebih awal. Sedangkan rakyat AS yang lain menjadi mangsa umpan oleh pihak yang merancang.

*Orang Arab yang dituduh sebagai perampas pesawat yang merempuh WTC kebanyakannya masih hidup.
Day1 southsidepentagon

*Di Pentagon yang dikatakan berlaku rempuhan pesawat merupakan salah satu lagi penipuan yang jelas kerana tidak menjumpai bangkai kapal terbang di kawasan terbabit walaupun dicari oleh beratus-ratus orang. Tidak ada seorang mayat pun yang dapat dikesan oleh anjing pengesan walaupun anjing tersebut mampu mengesan mayat yang hancur berkecai.

*Sebuah enjin kapal terbang pun tidak dijumpai ditempat kejadian (Pentagon) walaupun ketahanan enjin kapal terbang menjangkau 5000 darjah celcius dan tidak mungkin ia hancur begitu sahaja.

*Visual yang ditayangkan di tv tentang rempuhan di Pentagon juga menunjukkan ia bukan kebakaran yang disebabkan oleh rempuhan kapal terbang, tetapi jelas disebabkan oleh sejenis letupan dan kemungkinan besar peluru berpandu. Tidak mungkin sebuah kapal terbang dapat mendarat ke arah bangunan Pentagon dengan cara yang pelik.
*Kamera yang mengambil gambar letupan di Pentagon tidak menyiarkan gambar sebenar objek yang merempuh Pentagon. Tidak mungkin kelajuan pesawat gagal dirakam oleh kamera secanggih itu.

*Panggilan telefon yang didakwa dibuat semasa berlaku pergelutan antara perampas pesawat dengan penumpang merupakan rekaan kerana tidak ada data (bil telefon atau rakaman audio) yang menunjukkan telefon digunakan dalam pesawat. Selain itu, tidak mungkin telefon bimbit boleh digunakan di dalam pesawat yang tingginya beribu-ribu kilometer di udara.

*Sebelum tragedi 11 September, Presiden AS George W. Bush dan pegawai kanannya berulang kali mengatakan bahawa akan berlaku serangan yang mengejut di dunia tidak lama lagi. Namun mereka tidak mengambil sebarang tindakan. Semua ini menunjukkan bahawa seolah-olah mereka membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku. *Bush ketika berucap pertama kalinya mengenai tragedi 11 September mengatakan bahawa beliau yang ketika itu sedang mengadakan lawatan ke sebuah sekolah rendah, telah melihat dua buah pesawat merempuh WTC sebelum beliau masuk ke dalam sebuah kelas. Sedangkan visual rempuhan pertama pesawat terhadap WTC hanya dapat disaksikan di kaca tv setelah Bush masuk ke kelas tersebut beberapa minit. Hal ini telah menunjukkan bahawa Bush sejak awal lagi mengetahui semua ini dan tidak terkejut dengan apa yang berlaku. Bush apabila diberitahu oleh pengawalnya semasa didalam kelas (semasa lawatan) tidak menunjukkan reaksi terkejut bahkan duduk tenang selama 10 minit (dalam kelas tersebut).

Nota: Nampak sangat puak-puak jahanam ni sengaja nak ambik kesempatan untuk menyerang Afghanistan.. Sampai sekarang, Osama pun tak kena tangkap lagi.. Piirahhh..

[Politik] Renungan Buat Semua

Assalamualaikum... Setelah sekian lama aku menyepi dari dunia politik, kali ini aku tergerak untuk masuk semula ke dunia politik..

Datuk Seri Najib menyeru kita untuk menghayati Nuzul Al-Quran tetapi beliau sendiri gagal untuk mendidik dan isterinya untuk menutup aurat..

Datin Seri Rosmah membuat tadarus Al-Quran namun rambutnya masih lagi belum bertutup.. Adakah di dalam Al-Quran yang dibacanya ada tertulis ayat yang memberikan pilihan kepada umat islam sama ada hendak menutup aurat atau tidak?

Datuk Seri Muhyiddin Yassin dan Datuk Hishamuddin kata UMNO perjuangkan islam.. Kalau benar, di mana kah perjuangan islam yang dilakukan? Siapakah yang beria-ria menghalang hukuman sebat yang dilakukan ke atas kartika?

Doaku semoga Allah membuka hati mereka dan kembali kepada islam yang sebenar.. Amin..

Nota: Apa yang aku tulis ni bukanlah untuk memperlekehkan sesiapa.. Sekadar renungan buat semua..

[Sambungan] Ajaran Nation Of Islam

Sambungan dari post sebelum ni:

* Penjelmaan Tuhan
- NOI mengajarkan bahawa Allah (Tuhan) muncul dalam bentuk W.Fard Muhammad, Julai 1930, messiah yang dinantikan oleh kristian dan Imam Mahdi oleh umat islam..

- Islam sunni dan syiah berpendapat penjelmaan Tuhan dalam bentuk manusia merupakan syirik besar..

* Hubungan dengan orang kulit putih
- NOI mengajarkan bahawa orang kulit hitam ialah manusia yang original dan dari merekalah datangnya kulit perang, kuning dan kulit putih.. Dengan menggunakan undang-undang kawalan kelahiran, orang kulit hitam mampu untuk melahirkan bangsa kulit putih.. Orang kulit putih tidak dibenarkan menyertai NOI

- Islam sebenar mengajar bahawa semua bangsa adalah sama dan mana-mana bangsa boleh memeluk islam..

* Perspektif Al-Quran
- Majoriti islam percaya Al-Quran merupakan rahmat Allah yang diturunkan kepada umat manusia dan ia diwahyukan kepada Nabi Muhammad di antara tahun 610 dan 632 masihi..

- NOI percaya kepada Al-Quran dan ia merupakan tulisan semua Nabi Allah..

* Status Nabi Muhammad Vs Nabi-Nabi lain
- Ajaran islam mengajar bahawa Muhammad ialah utusan terakhir yang dituskan kepada umat manusia- Tidak ada lagi nabi selepasnya..

- NOI percaya Elijah Muhammad juga merupakan utusan dan diajar sendiri oleh Tuhan (W.D Fard)

* Solat Jumaat
- Untuk sekian lamanya NOI megabaikan solat jumaat.. Ia berubah pada tahun 2002 semasa W.Deen Muhammad, seorang islam ortodox menentang pemisahan kulit hitam- memerikan khutbah jumaat di Pusat Konvensyen Los Angeles.. Amalan itu kemudiaanya dihentikan sejak itu..

Inilah jadual perbezaan antara NOI dan Islam sebenar:

God Allah is one, who has no partners Wallace D. Fard came as God incarnate (God is man)
Muhammad The final prophet of Islam, no one comes after him Elijah Muhammad is the prophet to tell about incarnation of Fard
Race All are equal regardless of color of skin, judged on behavior The Black race is superior than others, whites are devils
Creation Allah created the universe, first humans were Adam and Eve Black scientists created the plan which repeats every 25,000 years
Qur'an Revealed to Muhammad from God through the Angel Gabriel Black scientists created and revealed the Bible and the Qur'an
Sharia law Sacred rules and laws of Islamic life, based on Qur'an and Sunnah Not followed, own-created such as 4-6pm meal or avoid white flour cake meals

Nota: Post mengenai NOI sudah tiba ke penghujungnya.. selepas ini aku tidak ada lagi post mengenai NOI..

Semoga bercambah pengetahuan darinya.. wallahualam... wassalam..

Ajaran Nation Of Islam

NOI mengajarkan kepatuhan kepada Lima Rukun Islam namun adakalanya ia dielakkan contohnya solat jumaat yang merupakan ibadat wajib tetapi jarang dilaksanakan.. Selain itu, doa dilakukan di dalam kuil dalam keadaan duduk di atas kerusi gereja dan bukan di dalam masjid dan tidak ada sejadah..

NOI juga mengajar moraliti dan adab, menekankan kerendahan hati, saling menghormati dan berdisiplin dalam bepakaian.. Pengikut NOI tidak makan dagng babi dan tidak bersetuju dengan minuman beralkohol (arak), dadah dan tembakau.. dan mengamalkan diet yang sihat dan kecergasan fizikal..

Walaubagaimanapun NOI berpendapat kerana pengalaman unik penindasan dan memalukan perhambaan, Elijah Muhammad menggunakan cara yang unik untuk memperkenalkan Islam kepada umat-Nya.. Sebuah masjid NOI dibina di Baton Rouge Louisiana, Amerika Syarikat pada tahun 2005..

Nota: Nanti aku post lagi.. Masa tak cukup..

Pengenalan Dan Sejarah Nation Of ISlam (NOI)


The Nation of Islam (NOI) adalah sebuah pertubuhan keagamaan yang ditubuhkan di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat oleh Wallace D. Fard Muhammad dalam bulan Julai 1930, dengan menyatakan diri-tujuan membangkitkan spiritual, mental, sosial, dan keadaan ekonomi hitam lelaki dan perempuan Amerika. POB, juga, mempromosikan keyakinan bahawa Allah akan membawa kerajaan universal Islam. [1] Mainstream Muslim menganggap kumpulan sebagai sekte sesat dan sebuah cawangan daripada Islam, kerana kepercayaan yang berbeza konsep Allah, ras, bernubuat dan banyak lainnya. [2] Namun dalam beberapa tahun terakhir kumpulan telah datang lebih dekat kepada Islam ortodoks, dengan mengamati Ramadhan dan solat Jumaat.

Sejak tahun 1978, Louis Farrakhan telah menjadi pemimpin Nation of Islam yang asal, pertubuhan asli yang telah diubah namanya dan dibubarkan oleh Warith Deen Muhammad. The Nation of Islam's National Center dan ibu pejabat terletak di Chicago, Illinois, dan juga rumah bagi andalannya Masjid No 2, Masjid Mariam. Pada tahun 2005, Nation of Islam yang termasuk dalam undang-undang Kemiskinan Selatan Pusat senarai kumpulan kebencian aktif di Amerika Syarikat. [3] Hal ini dianggarkan bahawa ada sekitar 20.000 anggota dari sekte Pada asalnya NOI ditubuhkan di Detroit, Michigan pada tahun 1930 oleh Wallace Fard Muhammad yang juga dikenali sebagai WD Fard Muhammad (1877-1934 atau kemudiannya).

The Nation of Islam mengajarkan bahawa W. Fard Muhammad adalah "Mesias" agama Kristian dan Islam Mahdi. Salah satu murid pertama Fard adalah Elijah Muhammad (1897-1975), yang mengetuai pertubuhan dari tahun 1935 hingga 1975. [1]
Pada saat Elijah Muhammad meninggal pada tahun 1975, ada 75 pusat di seluruh Amerika. [5] Pada tahun 1975, Warith Deen Muhammad atau WD (Wallace) Muhammad diangkat sebagai Menteri Agung Nation of Islam. Kemudian ia berganti nama menjadi pertubuhan "The World Community of Al-Islam di Barat" yang kemudian menjadi American Society of Muslim dan menjauhi teologi ayahnya dan pandangan pemisahan kulit hitam. Kulit putih diterima sebagai sesama islam yang lebih dekat dengan arus utama masyarakat Muslim dalam usaha untuk membawa Nation of Islam lebih dekat kepada Islam Sunni.

Nota: Buat masa ni, cukuplah setakat sejarah dan pengenalan NOI ni.. InsyaAllah lain masa, aku akan post lagi yer..

Warith Deen Muhammad


PADA sembilan Ramadan tahun lalu, bersamaan 9 September, rakyat Amerika Syarikat yang beragama Islam terutama masyarakat kulit hitam kehilangan seorang tokoh paling berpengaruh dalam penyebaran ajaran Islam, Imam Warith Deen Mohammed, 74.

Imam Mohammed menggantikan bapanya, Elijah Muhammad sebagai pemimpin Nation of Islam tapi menolak ajaran yang hanya mementingkan keagungan masyarakat kulit hitam.

Selepas melalui pelbagai dugaan dan cabaran, akhirnya Imam Mohammed berjaya mengubah pemahaman yang berteraskan ideologi pemisahan berdasarkan kaum kepada ajaran Islam sebenar.

Beliau adalah anak ketujuh kepada Elijah Muhammad, yang mengetuai Nation of Islam, dari 1935 hingga 1975.

Nation of Islam, pertubuhan yang mengamalkan satu bentuk nasionalisme kulit hitam, pada mulanya diasaskan oleh seorang aktivis kulit hitam, Wallace Fard Muhammad pada 1930, sebelum diambil alih oleh Elijah.

Imam Mohammed dilahirkan di Michigan pada 1933 dengan nama Wallace Deen Mohammed bagi mengambil sempena nama pengasas Nation of Islam itu dan sejak kecil lagi, beliau adalah anak yang paling disukai Elijah.

Beliau dimasukkan ke sekolah Nation of Islam di selatan Chicago dan belajar bahasa Arab bagi memudahkannya membaca al-Quran memandangkan bahasa Arab adalah bahasa al-Quran.

Sejak zaman remajanya lagi, Imam Mohammed dilihat sebagai calon paling sesuai bagi menggantikan bapanya untuk meneruskan perjuangan Nation of Islam.

Namun lama kelamaan Wallace mampu melihat antara ajaran agama yang sebenar dan yang berteraskan kepentingan warna kulit semata-mata. Beliau sudah mula meragui perjuangan yang dibawa oleh bapanya dalam pertubuhan berkenaan.

Pada 1961 beliau dimasukkan ke penjara persekutuan Minnesota selama 14 bulan kerana enggan menyertai tentera, dengan alasan beliau tidak mahu berjuang bagi sebuah negara yang mengamalkan dasar perkauman dan pemisahan di kalangan warga kulit hitam.

Ketika dalam penjara inilah pandangannya terhadap agama Islam diperkukuhkan lagi berbanding pandangan bapanya mengenai keagungan masyarakat kulit hitam dan keupayaan mereka menjaga diri mereka sendiri. Ketika dalam penjara jugalah beliau mendalami pembelajaran al-Quran.

Pada pandangan Wallace, ajaran yang dibawa bapanya menyalahi ajaran Islam sebenarnya. Walaupun aspirasi Nation of Islam pada asasnya bertujuan murni, ia kemudian berubah menjadi tercemar dan kadangkala seolah-olah menghina Tuhan dengan konsep perjuangannya yang sempit.

Akibatnya hubungan di antara bapa dengan anak menjadi semakin renggang. Beliau disingkir daripada pertubuhan berkenaan, diterima semula, disingkir lagi dan beberapa kali dibuang oleh keluarganya sendiri.

Wallace Mohammed juga pernah terpaksa bekerja sebagai pengimpal, pembuat roti, pencuci karpet dan tukang cat bagi menyara kehidupannya.

Beliau kemudian merapatkan dirinya dengan Malcolm X, seorang lagi pengikut Nation of Islam yang meragui perjuangan pertubuhan itu, sehingga Malcolm dibunuh pada 1965.

Pada 1974 Wallace kembali semula ke pangkuan Nation of Islam dan kekal sehingga ke akhir hayatnya. Bapanya, Elijah meninggal dunia setahun kemudian dan Wallace diangkat sebagai imam agungnya atau ‘Supreme Minister’. Ketika inilah berlakunya perubahan.

Sebarang doktrin yang mengagungkan masyarakat kulit hitam yang bercanggah dengan ajaran sebenar Islam disisihkan, begitu juga dengan anggapan anggota pertubuhan itu mengenai sifat ketuhanan yang ada pada diri Wallace Fard, pengasas Nation of Islam.

“Dia bukan Tuhan, saya tahu dia bukan Tuhan,” kata pemimpin baru itu beberapa tahun kemudian, begitu juga “Elijah Muhammad (bapanya sendiri) bukan Nabi”.

Beliau mulai menggalakkan masyarakat kulit hitam di Amerika supaya mengikuti kelas bahasa Arab, menunaikan solat lima waktu sehari, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan ibadat Haji di Makkah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Pada 1976, Wallace mengumumkan bahawa beliau hanya ingin dipanggil dengan gelaran imam saja dan tidak lagi ‘Supreme Minister’.

Pada 1977, beliau menukarkan nama Nation of Islam kepada ‘World Community of al-Islam in the west’. Kini pertubuhan itu dikenali sebagai ‘American Socitey of Islam’.

Seorang lagi aktivis Nation of Islam, Louis Farrakhan yang enggan berubah mengikut Imam Mohammed, mengambil langkah menghidupkan semula pertubuhan Nation of Islam yang lama dan meneruskan dasar antiSemitik dan antikulit putih.

Imam Mohammed mara terus ke depan dengan membawa masyrakat Islam Amerika ke dalam kelompok arus perdana Islam global dan jumlah pengikutnya bertambah daripada ratusan ribu kepada melebihi dua juta orang, termasuk peninju terkenal dunia, Muhammad Ali.

Beliau juga berjaya menyatukan masyarakat Muslim Afrika-Amerika dengan masyarakat Islam imigran Amerika. Beliau kemudian dikenali di peringkat global dan pernah menemui Pope John Paul II beberapa kali serta mengambil bahagian dalam perjumpaan antara agama dengan golongan Katolik dan Yahudi.

Jasa dan pengorbanan Imam Mohammed kini dinikmati dengan secara meluas oleh kira-kira lebih enam juta rakyat Amerika yang beragama Islam.

Mereka bebas mengamalkan ajaran Islam di beberapa ribu pusat Islam kecil dan besar serta masjid tanpa mempunyai perbezaan pendapat atau fahaman nasionalisme yang sempit. Semoga Allah SWT merahmati rohnya dan memberkati perjuangannya menegakkan agama Islam di bumi Amerika.

Nota: Warith Deen Muhammad dilahirkan pada 30 Oktober 1933 dan meninggal dunia pada 9 September 2008.. Beliau merupakan anak kepada Eljah Muhammad. ketua Nation Of Islam (NOI) dari tahun 1933 hingga 1975.. Beliau bertanggungjawab membawa perubahan yang besar pada gerakan NOI ke arah Islam Sunni..

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarham.. Al-Fatihah

Malcolm X @ El-hajj Malik El-Shabazz

Malcolm X @ El-Hajj Malik El-Shabazz merupakan antara dua tokoh pejuang kulit hitam Amerika, hidup sezaman dengan Martin Luther King. Beliau merupakan hero Muslim dan pejuang kepada pembentukan semula budaya dan sosial kepada Black Revolution (1960-an) di Amerika Syarikat. Beliau telah meninggalkan satu kata-kata yang mana frasa ini kini cukup terkenal iaitu “by any means necessary”. Bagi beliau, frasa ini bukanlah untuk menggalakkan atau menyemarakkan aksi kekejaman dan keganasan. Sebaliknya, “by any means necessary” bermaksud agar umat Islam dan masyarakat Negro Amerika ketika itu mengkaji halangan, menentukan visi, mencari penyelesaian konstruktif dan melaksanakan segala jalan keluar alternatif ke arah menghapuskan segala halangan yang menghadang kemajuan sosial, budaya dan agama.

Malcolm X telah menempa nama bersama kultus Nations of Islam. Namun setelah tidak bersetuju dengan aliran dan prinsip gerakan tersebut, beliau telah memutuskan hubungannya dengan Elijah Muhammad, ketua kultus berkenaan. Disebabkan oleh desakan kakandanya, beliau kemudiannya mengerjakan ibadah haji di Makkah. Dari Makkah beliau telah mengutus sepucuk surat kepada Alex Haley memperihalkan keadaaan dirinya di Tanah Suci tersebut. Surat tersebut menggambarkan simbolisme haji yang paling mendalam – daripada jiwa seorang yang diapi-apikan semangat perkauman kultus sesat sebelumnya, beliau telah berubah menjadi seorang pencinta kemanusiaan dengan dinyalai keimanan sejati.

Berikut merupakan isi kandungan surat tersebut yang amat bermanfaat dan boleh memberi tiupan semangat buat mereka yang mahu berfikir untuk lebih mencintai Islam:

Di sini apa yang aku tulis.. dari hatiku:

“Belum pernah aku saksikan keramahan dan ukhuwah sejati sebagaimana yang diamalkan oleh umat pelbagai warna kulit dan bangsa di sini, tanah suci, tempat Ibrahim, Muhammad dan anbiya anbiya lain. Sepanjang minggu yang lalu, aku tidak dapat berkata-kata dan kagum dengan keindahan yang ditunjukkan di sekelilingku oleh umat dari semua warna kulit.

Aku bertuah diberi peluang melawat Bandar Suci Mekah, aku sudah membuat tawaf sekeliling Kaabah, dipandu mutawaf muda bernama Muhammad, aku minum dari telaga Zam Zam. Aku sudah berlari-lari tujuh kali antara Safa dan Marwah. Aku sudah beribadah di bandaraya bersejarah Mina dan juga di atas Padang Arafah.

Ada puluhan ribu jemaah haji, dari sepelusuk dunia. Mereka daripada semua warna kulit, dari yang berambut kuning bermata biru kepada orang berkulit hitam. Tetapi kami semua sedang mengambil bahagian dalam ibadah yang sama, menggambarkan semangat kesatuan ummah dan ukhuwah yang mana pengalamanku di Amerika telah membuatkan aku percaya ia takkan wujud antara kulit putih dan bukan kulit putih.

Amerika perlu memahami Islam, kerana ini sebuah agama yang memadamkan isu bangsa daripada masyarakat. Di seluruh perjalananku di dunia Islam, aku telah berjumpa, bercakap, dan juga makan dengan golongan yang dianggap putih di Amerika – tetapi keputihan itu tiada di dalam sikap benak mereka oleh Islam. Belum pernah aku melihat ukhuwah yang sejati dan ikhlas sebagaimana diamalkan oleh semua bangsa bersama-sama, tanpa mengira bangsa mereka.

Kalian mungkin terkejut mendengar kata-kata ini daripadaku. Tetapi di dalam ibadah ini, apa yang aku lihat, dan mengalami sendiri, telah memaksaku untuk mengatur semula corak pemikiran yang selama ini aku pegang, dan mengenepikan kesimpulanku selama ini. Ini tidaklah susah sangat bagiku. Meskipun pendirianku teguh, aku selama-lamanya seorang insan yang cuba menghadapi kenyataan, dan menerima realiti kehidupan sebagai pengalaman dan pengetahuan baru apabila aku melaluinya. Selama ini mindaku terbuka, yang mana amat penting untuk keanjalan pemikiran yang mesti mengiringi setiap pencarian kebenaran yang sejati.

Selama sebelas hari di sini di dunia Islam, aku telah makan daripada talam yang sama, minum daripada gelas yang sama, dan tidur di atas tikar yang sama – sambil mengabdikan diri kepada Tuhan yang sama, dengan saudara-saudara seIslam, yang matanya sebiru-biru mata, yang rambutnya sekuning-kuning rambut, dan kulit seputih-putih kulit. Dan di dalam ucapan dan amalan umat Islam berkulit putih, aku rasai keikhlasan yang sama sebagaimana aku rasai dengan umat Islam berkulit hitam daripada Nigeria, Sudan dan Ghana.

Kami benar-benar semuanya sama (bersaudara) – kerana keimanan mereka kepada Tuhan Yang Maha Esa menghilangkan keputihan daripada minda mereka, daripada kelakuan mereka dan daripada sikap mereka.

Aku dapat buat kesimpulan, kiranya orang kulit putih Amerika dapat menerima Keesaan Tuhan, maka mereka juga, mungkin dapat menerima hakikat Kesatuan Manusia – dan berhenti menilai, menghalang dan mengancam orang lain atas ‘perbezaan’ warna kulit.

Dengan perkauman menghisap darah Amerika seperti barah yang tidak dapat disembuhkan, kalbu orang kulit putih Amerika yang kononnya ‘Kristian’ sepatutnya lebih terbuka kepada jawapan yang terbukti kepada masalah sebesar itu. Mungkin, ia suatu hari nanti akan sempat menyelamatkan Amerika daripada tragedi yang pasti – tragedi yang sama yang menimpa Jerman oleh perkauman yang akhirnya menghancurkan anak watan Jerman sendiri.

Setiap jam di Tanah Suci membolehkan aku mendapat jawapan kerohanian mengenai apa yang sedang berlaku di Amerika antara hitam dan putih. Negro Amerika tidak boleh dipersalahkan atas kebencian perkaumannya – dia hanya bertindak di atas empat ratus tahun perkauman secara sedar oleh kulit putih Amerika. Tetapi ketika perkauman membawa jalan buntu buat Amerika, aku percaya, dari pengalamanku bersama mereka, kulit putih generasi anum, di kolej dan di universiti, akan melihat tanda-tanda yang jelas dan mereka akan berpaling kepada jawapan kerohanian yang benar – satu-satunya jalan yang tinggal buat Amerika mengelakkan daripada tragedi yang perkauman pasti akan bawa.

Belum pernah aku dihormati seperti ini. Belum pernah aku dibuat terasa lebih rendah diri dan tidak bernilai. Siapa akan percaya rezeki yang dialami seorang Negro Amerika? Beberapa malam yang lepas, seorang yang di Amerika akan dipanggil kulit putih, seorang diplomat PBB, seorang duta, sahabat para raja-raja, memberikanku suite hotelnya, katilnya. Belum pernah aku terbayangpun untuk terima kehormatan seperti itu – kehormatan yang diberikan oleh Amerika kepada seorang Raja, bukannya seorang Negro.

Segala pujiian buat Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Yang Benar,
El-Hajj Malik El-Shabazz (Malcolm X)”

Nota: Malcolm X memeluk agama islam sunni setelah pulang ke negaranya usai dari menunaikan haji pada tahun 1964.. Nama El-Hajj Malik El-Shabazz digunakan setelah memeluk islam..

Ketegangan yang meningkat antara beliau dan Nation Of Islam (NOI) membawa kepada kematiannya pada tahun 1965.. Malcolm X dikebumikan di Ferncliff Cemetery.. Tiga lelaki ditahan dan semuanya adalah ahli NOI.. Suatu memo FBI telah mendedahkan penglibatan agensi itu, dengan mengadakan perselisihan antara kedua gerakan itu yang berakhir dengan pembunuhan Malcolm X..

Semoga Allah merahmati rohnya... Al Fatihah..

Kelainan Ramadhan di Kelantan


SEKALI tengok macam di Padang Arafah. Ada khemah tempat orang beribadat. Ada pula alat penghawa dingin. Cuma apa yang membezakan di sini ada sebuah khemah besar boleh menampung 2,000 jemaah.Di Padang Arafah terdapat banyak khemah kecil. Di situlah bermula ibadat haji dengan bermalam di Mina.

Ganjaran beribadat di Makkah tidak sama dengan tempat lain. Misalnya, ibadat umrah pada bulan Ramadan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, "Satu umrah pada bulan Ramadan ganjarannya menyamai satu haji." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka mengambil kira kelebihan itulah, kerajaan Kelantan menjadikan Ramadan setiap tahun sebagai 'ibadat tourism'.

Tahun lepas diisytiharkan Tahun Melawat Kelantan 2008. Suatu kelebihan yang tidak ada di tempat lain, apabila ada khemah khas disediakan sebagai tempat solat sunat tarawih.

Bermula pada awal 1990-an, apabila Jalan Tok Hakim yang ditutup kepada lalu lintas dan dijadikan Dataran MPKB. Di situlah didirikan khemah-khemah kecil yang dihimpunkan menjadi besar.

Di bawahnya dipasang playwood dan di bahagian atas dihampar tikar. Di bahagian depan tempat imam dipasang dinding kayu.

Kedudukan dataran tersebut bersebelahan dengan stesen bas SKMK dan pasar malam Parit Dalam, dan tidak jauh dari Pasar Raya The Store.

Disebabkan kedudukan yang strategik, khemah solat tarawih sentiasa menjadi tumpuan ramai. Lebih-lebih orang ramai yang menunggu bas ekspress ke destinasi luar Kelantan.

Tidak kurang juga si bapa yang menunggu isteri membeli belah di pasar raya, mengambil peluang solat tarawih di situ.

Keistimewaan lain selepas selesai dua salam pertama tarawih, ada ustaz akan memberi tazkirah. Imam solat dijemput khas dari kalangan hafiz.

Setiap malam khemah solat tarawih itu penuh sesak dengan kehadiran ramai jemaah.

Tempat solat tarawih itu terus kekal di situ setiap kali tiba Ramadan. Bagaimanapun disebabkan pertambahan bilangan jemaah, lokasi sedia ada tidak sesuai lagi.

Ekoran itu, pada 2006, lokasi tarawih dipindahkan ke perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV. Reka bentuk khemahnya hampir sama dengan di Dataran MPKB.

Namun selepas Perbadanan Stadium menaiktaraf kawasan berkenaan, Dataran Warisan pula diwujudkan di situ. Ada pentas khas yang disediakan dan ruang kosong dipercantikkan dengan pemasangan bata berwarna.

Lokasi itu turut diadakan pelbagai aktiviti pada bulan lain termasuk sambutan Hari Peladang peringkat negeri.

Dan sejak dua tahun lepas khemah lebih besar yang lengkap dengan alat penghawa dingin disediakan. Lokasi solat tarawih itu kini dikenali sebagai Qaryah Ramadan. Khemah tersebut ternyata memberi keselesaan kepada jemaah.

Ketika hujan makmum tidak perlu lagi bimbang, tidak lagi basah seperti Ramadan sebelum ini.

Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Ustaz Rafei Hassan berkata, kelainan Qaryah Ramadan anjuran MPKB BRI kerana sendat dengan program agama sejak Asar sehingga solat Subuh.

Katanya, pada sebelah petang tiga kali seminggu diadakan program khusus untuk golongan remaja termasuk persembahan nasyid, kuiz, interaktif audien dan menjemput tetamu undangan.

"Program itu dikenali sebagai ambang Ifthor dikendalikan kumpulan Nasyid Advice, Elham, dan interaksi Nisa' yang bermula jam 5.45 petang," katanya, di sini.

MPKB BRI juga menyediakan 500 bungkus nasi bagi mereka yang tidak berkesempatan berbuka di rumah. Beberapa pihak menaja jamuan berbuka puasa termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, MSO Sdn Bhd, De Carpet.

Selain itu Qaryah Ramadan juga menganjurkan program kebajikan bagi membantu penduduk miskin, anak yatim dan ibu tunggal.

Dua program baru yang disusun khas tahun ini iaitu forum kemerdekaan pada 30 Ogos ini dan bicara ilmiah oleh pakar geologi, Dr Arif Kosmo, 7 September depan.

Solat tarawih tahun ini diimamkan Sheikh Ahmad Rejeb Yassin Saad dari Mesir. Ramadan ini merupakan kali kedua beliau didatangkan ke Kota Bharu.

Beliau pernah menjadi imam tarawih di England, Afrika Selatan dan Hawai. Beliau turut dibantu Ustaz Said Hawa Al-Hafiz bekas pelajar Maahad Tahfiz Pulai Chondong.

Setiap kali selepas dua salam solat tarawih, para makmum berpeluang mendengar kupasan ayat-ayat yang dibaca imam oleh pengkuliah jemputan.

Selepas solat tarawih kira-kira jam 10.15 malam, Sheikh Ahmed akan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan berlagu.

Orang ramai juga berpeluang untuk membetulkan tajwid dengan qari tersebut. Kemudian mulai jam 12 pagi pula diadakan relay qiraatul Quran yang membabitkan kumpulan pelajar hafiz.

Mereka akan bergilir-gilir memperdengarkan bacaan. Kemudian pada jam 4 pagi qiamulai diadakan dengan diimamkan Sheikh Ahmed. Pada jam 5 pagi makanan untuk bersahur disediakan percuma.

"Selepas solat Subuh diadakan kuliah oleh ustaz jemputan," kata Rafei.

Mengambil kira begitu sendat program Ihya' Ramadan di Kelantan maka tidak hairanlah ramai pelancong Ramadan datang ke sini untuk menjalani ibadat puasa.

Biar pun tidak berpeluang beribadat di Makkah, namun di Kota Bharu ada kelainan yang mereka dapat.

"Tidak kurang 10 pelancong ibadat dari luar Kelantan datang ke sini setiap tahun. Tahun ini ada yang datang dari Perak, Selangor dan Kuala Lumpur di mana mereka tinggal dua hingga tiga minggu di sini.

"Tahun lepas pelancong ibadat dari Melaka dan Johor menjadikan Qaryah Ramadan sebagai lokasi tumpuan mereka," katanya.

Selain itu, di Masjid Muhammadi Kota Bharu juga ada program khusus ihya' Ramadan. Tadarus di situ diadakan selepas solat Asar. Setiap petang kelihatan ramai yang datang berbuka puasa secara percuma yang disediakan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) juga mengadakan program tadarus di peringkat jajahan membabitkan ketua-ketua jajahan.

Tahun ini petikan surah an-Nahl ayat 120 hingga 128 dijadikan panduan bagi program tadarus al-Quran. Ramadan tahun ini merupakan kali ke-17 program tadarus diadakan di Kelantan.

Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jaheaik, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, surah tersebut dipilih memandangkan minat orang bukan Melayu mengenali Islam semakin meningkat sekarang.

Dalam pada itu, Badan Perhubungan PAS Kelantan juga mengadakan takzirah khas setiap hari selepas solat Zohor di Dewan Zulkifli Mohamad. Tadarus peringkat kawasan juga diatur.

Manakala kebanyakan masjid jajahan dan mukim mengadakan tazkirah Ramadan selepas solat Jumaat.

Inilah fenomena yang sering dilihat di Kelantan setiap kali menjelma Ramadan. Kelainan itu sesungguhnya tidak terdapat di tempat lain.

Awas! Israel Di Rantau Asia Tenggara

Angkatan Tentera Singapura – Satu Analisa oleh IDC(ISRAEL DEFENCE FORCE)
The Singapore Armed Forces


New Delhi, 18 Ogos 2004

1. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963 dan apabila tentera British mengambil keputusan untuk meninggalkan Timur pada tahun 1965, Lee Kuan Yew meminta bantuan India untuk Angkatan Tenteranya dan Hal Ehwal Luar. India hanya bersetuju untuk membantu dalam bidang Hal Ehwal Luar, bagaimanapun Lt Gen Mattew Thomas kemudian menjadi penasihat tentera pada tahun 70an.

2. Singapura kemudian meminta bantuan Israel dan kemudian Afrika Selatan dan mengambil pendekatan tentera mengikut cara Khidmat Wajib Swiss. Singapura sekarang mempunyai belanjawan sebanyak $4.5 Billion dollar untuk negara yang mempunyai penduduk hampir tiga juta.

3. Kejayaan tentera Singapura adalah hasil usaha Lee Kuan Yew dan anaknya Brig Gen Lee Sein Leong yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Goh Chok Tong yang sekarang in Menteri Kanan.

4. Singapura sekarang ini akan mengadakan kerjasama dengan India dalam bidang ketenteraan dengan DRDO, Tentera Laut India dan pada hujung tahun ini latihan bersama IAF. Membuka hubungan dengan negara jiran akan menguntungkan India kerana Singapura telah melabur di India dan ekonomi sedang berkembang.

5. Admiral Teo Che Hean menerangkan kepada semua pegawai kanan India yang melawat Singapura iaitu hubungan strategik yang kuat adalah penting untuk perniagaan. Tentera Laut India telah mendapat manafaat dengan menghantar kapal-kapalnya ke Singapura dan sekarang mempunyai kekuatan kewangan untuk menghantar kapal mengisi minyak. Artikel berikut yang ditulis oleh Amnon Barzilai menceritakan kepada kita dengan terperinci.


Hubungan Cinta Rahsia, Dalam, Gelap

(Sekumpulan pegawai pertahanan Israel yang digelar ‘Mexicans’, membantu Singapura menubuhkan tenteranya. Ianya satu permulaan hubungan yang amat istimewa)

Oleh Amnon Barzilai

6. Krismas, 1965, adalah tarikh tidak rasmi bermulanya hubungan cinta yang hebat antara Israel dan Singapura yang amat dirahsiakan. Media antarabangsa, seperti media Israel cuba menyiarkan kisah ini. Sedikit demi sedikit maklumat dibocorkan, ada yang disiarkan, ada yang dinafikan ada yang diabaikan. Israel, seperti biasa ingin memberitahu rakan-rakan mereka tetapi berjaya mengekang kemahuan tersebut.

7. Mereka takut hubungan tersebut akan berakhir sekiranya ianya diketahui umum. Israel mengenakan sekatan berkenaan kisah ini dan rahsia ini tersimpan. Sehinggalah pihak lagi satu tidak dapat lagi merahsiakannya.

8. Dalam bukunya, "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000," yang diterbitkan pada tahun 2000, Lee Kuan Yew, pengasas dan Perdana Menteri pertama Singapura mendedahkan rahsia yang disimpan selama hampir 40 tahun. Hakikatnya Tentera Israel yang telah mengasaskan tentera Singapura.

9. Misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera, beliau menjadi penasihat tentera Singapura. Dia meninggal dunia 15 tahun lalu. “Untuk mengaburi kehadiran mereka, kita gelarkan mereka ‘Mexican’, menurut Lee Kuan Yew.

10.Tentera Singapura hari ini adalah yang terkuat dan termoden di Asia Tenggara. Hubungan pertahanan antara Israel dan Singapura bertambah erat dan diperluaskan, dan sekarang ianya meliputi hubungan kerjasama bidang industri ketenteraan.

11.Bidang kerjasama, menurut sumber asing, tentera Singapura adalah merupakan pelanggan utama Israel dalam bidang pertempuran dan teknologi ketenteraan. Industri kapalterbang Singapura bekerjasama dengan Israel dan Elbit Systems untuk menaik taraf pesawat pejuat F-5 Tentera Udara Turki.

12.Beberapa tahun lalu, Menteri Pertahanan Singapura mendedahkan peluru berpandu anti kereta kebal jenis Gil diusahakan dengan kerjasama kedua-dua negara.


Dikelilingi Orang Islam

13.Lee Kuan Yew menerangkan pentingnya merahsiakan perkara ini pada kawan rapatnya di peringkat pimpinan, dan menteri pertahanan pertama, Dr. Goh Keng Swee. "Kita mesti mempastikan ketibaan Israel tidak diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan dari orang Islam yang tinggal di Malaysia dan Singapura” menurut Lee Kuan Yew.

14.Ini adalah masalah Singapura. Penduduk pulau yang kecil ini 670 kilometer persegi (Israel 30 kali lebih luas) majoritinya berbangsa Cina, dan mereka berada diantara dua negara Islam iaitu Malaysia dan Indonesia. Sehingga 1965, Singapura masih lagi sebahagian Malaysia. Pada tahun tersebut British mengambil keputusan untuk keluar dari jajahannya ke timur Terusan Suez. Dalam proses yang pantas Singapura dipisahkan daripada Malaysia.

15.Singapura mengisytiharkan kemerdekaan pada 9 Ogos 1965. Dan pada masa tersebut ia hanya mempunyai dua rejimen infantri, yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British. Dua pertiga tenteranya bukannya penduduk Singapura, dan pemimpin mereka tidak yakin dengan kekuatan tenteranya. Menteri Pertahanan, Goh, menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke Thailand untuk meminta bantuan. Kidron tiba di Singapura dalam beberapa hari bersama Hezi Carmel dari Mossad. "Goh memberitahu kita hanya Israel, negara kecil yang dikelilingi negara umat Islam, dengan tentera yang kuat, boleh membantu mereka membina tentera yang kuat, tentera yang dinamik”, menurut Carmel. Kedua-dua orang Israel menemui Lee, yang menulis “beritahu Keng Swee untuk menunggu dulu sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana Menteri India, dan Presiden Nasser dari Mesir membalas surat saya untuk membentuk tentera Singapura”.

16.Adalah tidak pasti samada Lee percaya India dan Mesir mampu atau berminat untuk membentuk tentera Singapura. Ramai Israel percaya ianya adalah taktik semata-mata. Selepas beberapa minggu India dan Mesir mengucapkan tahniah diatas kemerdekaan mereka tetapi tidak menawarkan bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh untuk mengubungi terus pegawai Israel.

17.Pada masa yang sama, sejurus laporan oleh Kidron dan Carmel, pertahanan Israel menghantar bantuan ketenteraan kepada Singapura. Dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Ketua Turus Yitzhak Rabin, dengan kehadiran Timbalan Ketua Turus dan Pengarah Bahagian Operasi , Ezer Weizmann, telah diputuskan untuk melantik Major General Rehavam Ze'evi, ketika itu Timbalan Bahagian Operasi, bertanggungjawab untuk membina tentera Singapura. Ze'evi (digelar"Gandhi" ) melawat Singapura secara rahsia dan memulakan persiapan sekembalinya. “Gandhi ingin membentuk tentera Singapura yang ideal, sesuatu yang kita tidak buat disini”, menurut Carmel. “Dengan tidak membentuk Kementerian Pertahanan dan Staf Jeneral, Gandhi mencadangkan organisasi bersepadu, struktur yang lebih ekonomi. Jadi tidak akan ada terlalu ramai jeneral dan terlalu sedikit askar biasa”

18.Ze'evi melantik Elazari, yang bekerja dibawahnya dalam Bahagian Operasi, sebagai mengetuai kumpulan pembentukan. Lieutenant Colonel Yehuda Golan, ketika itu mengetuai divisyen armor (dia bersara dari tentera Israel berpangkat brigadier general), ditambah dalam kumpulan tersebut. Beberapa ahli kumpulan “menumpukan dalam persiapan untuk membina kem tentera”, menurut Golan. Pada mulanya mereka mereka menghasilkan buku "Brown Book," berkatian doktrin peperangan, kemudian buku "Blue Book," mengenai pembantukan Kementerian Pertahanan dan badan perisikan. Brown Book telah diterjemah ke Bahasa Inggeris dan dihantar ke kerajaan Singapura. Pada Oktober 1965, perwakilan tentera dari Singapura tiba di Israel.

19.“Perwakilan tersebut datang untuk memberitahu kita : ‘Tahniah, tapi untuk melaksanakan buku ini, awak dijemput datang ke Singapura,’” menurut Golan. Sebelum berlepas, ahli-ahli misi ketenteraan berjumpa Ketua Turus Biro. “Sahabat sekelian,” kata Rabin, “Saya ingin memperingatkan beberapa perkara. Pertama, kita bukannya hendak menjadikan Singapura sebagai jajahan Israel. Tugas awak ialah mengajar mereka kerjaya tentera, supaya mereka boleh berdikari menguruskan tentera mereka. Kejayaan awal ialah adalah apabila mereka berjaya menguruskan tentera mereka sendiri. Kedua, awak pergi kesana bukan untuk memberi arahan tetapi memberi nasihat kepada mereka. Dan ketiga, awak semua bukan pedagang senjata. Bila awak membuat nasihat untuk pembelian senjata, gunakan pertimbangan professional ketenteraan. Jangan ambil kira keputusan mereka samada mereka hendak membeli dengan kita atau orang lain”.

Bangun Jam 5:30 pagi

20.Pada 24 Disember 1965, lima bulan selepas Singapura menjadi negara merdeka, enam pegawai pertahanan Israel dan keluarga mereka berlepas untuk misi yang dirahsiakan. “Elazari dan dua pegawai lain menguruskan penubuhan Kementerian Pertahanan.” Menurut Golan. “Tugas saya dengan tiga pegawai lain ialah untuk menubuhkan tentera”.

21.Elazari bekerja mengikut beberapa prinsip asas, dimana tidak lari dari kumpulan asal Israell. Pertama untuk membentuk kader komander dan jurulatih tempatan. Kedua , bahan arahan bertulis dibuat oleh kadet yang dilatih sebagai pegawai. Dan ketiga latihan praktikal akan dikendalikan oleh jurulatih Singapura.

22.“Kita hendak melatih 40-50 orang yang mempunyai pengalaman tentera dan bersedia untuk bekhidmat dalam kerjaya ketenteraan.” Golan mengulas. “Kita menyuruh mereka melantik seorang sebagai komander. Sebagai ketua kumpulan, kadet-kadet tersebut melantik seorang berketurunan India Kirpa Ram Vij, yang seterusnya akan menjadi Ketua Turus Tentera. Selama tiga bulan kita berikan kursus intensif.”

23.Kursus pertama ialah format tentera Israel , bangun jam 5.30 pagi, kemas diri, kawad. Latihan bermula jam 7:30 pagi hingga 1 tengahari. “Selepas beberapa hari berlatih, sekumpulan kadet berjumpa saya dan berkata, ‘ ‘Colonel Golan, orang-orang Arab tidak duduk atas kepala kita? Kenapa kita buat kerja gila ini?’ Saya panggil Elazari dan beritahu keadaan yang berlaku. Beberapa hari kemudian dia datang bersama Menteri Pertahanan Dr. Goh, dan memberitahu kadet-kadet, `Buat apa yang Colonel Golan suruh , atau tidak awak kena buat dua kali ganda’. Dalam masa yang sama kumpulan pegawai Israel yang lain menyelia pembinaan kem tentera yang pertama berdasakan pelan Kor Jurutera Israel. Pembinaan kem tentera siap dalam masa tiga bulan. Dalam tempoh kurang setahun, kumpulan Israel telah mengendalikan kursus untuk rekrut baru, kursus ketua platun dan kursus pegawai, menurut pelan yang dihantar dari Israel. Seramai 200 komander telah dilatih.


Penganggur Bukannya Tentera

24.Sebaik sahaja staf komander siap, pasukan tentera mula dibentuk. Israel telah berssedia menubuhkan dua lagi rejimen infantri, mengikut model tentera Israel, setiap rejiman mempunyai tiga kompeni askar raifel, satu kompeni tambahan dan satu kompeni pengurusan – sejumlah 600 tentera. Lieutenant Colonel Moshe Shefi, seorang jurulatih kursus komander kompeni telah dihantar menjadi penasihat. who was an instructor in a company commanders course, was sent as an adviser. "Kami mendapati ada penentangan saikolgi untuk mengambil rekrut di Singapura,” katanya. “Dari 10 kerjaya, kerjaya tentera adalah yang terakhir. Pertama ialah artis, kemudian ahli falsafah, kemudian guru dan ahli perniagaan, dan pencuri tempat kesembilan. Kerjaya tentera adalah kerjaya memalukan di Singapura. Di Singapura , rekrut adalah untuk mengatasi pengangguran.”


25.Pegawai Israel mempunyai masalah. Untuk mengelakkan diri , kebanyakan pemuda yang dipilih (usia 18-24 tahun) yang berbangsa Cina menunjukkan bukti mereka telah bekerja. 70 peratus calon adalah penganggur dan berasal dari Malaysia.. Elazari dan Golan mengadu pada Lee dan Goh, tapi perdana menteri bertegas, “saya nak awak latih orang yang paling primitif di negara ini, yang tidak berpelajaran dan menganggur,’ kata Lee.

26.Terkejut, pegawai Israel cuba memujuk Lee untuk memberi pertimbangan, tapi dia bertegas : “Dalam perang dunia kedua, saya lihat tentera British dan tentera Jepun. Semua tentera British bijak dan berpelajaran. Tapi sebagai tentera mereka tak berguna. Tentera British yang primitif menerima arahan dan melaksanakannya, dan mereka tentera yang luar biasa. Hakikatnya tentera Jepun menewaskan tentera British”.

27.Kata Golan, “Yaakov dan saya cuba menerangkan kepada beliau bukan persoalan pelajaran tetapi ialah motivasi. Tentera Jepun bermotivasi kerana mereka berjuang kerana maharaja, yang dianggap sebagai tuhan. Mereka rela berkorban kerana dia. Apa motivasi yang tentera British ada, yang berjuang beribu kilometer dari negara mereka ?” Penjelasan mengenai semangat berjuang dan bagaimana untuk memberikan motivasi telah diterima Lee.

28.Selain daripada khidmat wajib dan kerjaya tentera, Singapura juga mengambil contoh khidmat simpanan tentera Israel. Setiap tentera yang tamat berkhidmat biasa dikehendakkai berkhidmat lagi 13 tahun, sehingga umur 33 tahun. Sistem untuk mobilasi khidmat ini telah ditubuhkan dan kementerian pertahanan melakasanakan latihan mengejut. Disebabkan saiz yang kecil dan kurang tempat untuk berlatih, Singapura menubuhkan beberapa kem latihan dengan beberapa negara jiran.


Kejutan Kereta Kebal

29.Kebimbangan serangan tentera Malaysia, dan pergerakan pantas tentera Singapura, memerlukan keperluan tambahan. Dengan kewujudan infantri, pegawai Israel melakukan kajian mendalam pertempuran tentera Jepun di Asia Tenggara semasa perang dunia kedua dan bagaimana mereka berjaya menceroboh Malaysia dan Singapura. Shefi diberi tugas untuk memberikan ceramah mengenai perkara ini kepada kerajaan Singapura.

30.Dari apa yang dipelajari Israel, perang antara askar Jepun dan British, mereka membentuk tentera laut daripada sampan-sampan. “ Bot tesebut dibuat dari kayu yangbaik dan boleh membawa 10 ke 15 orang askar, dan sesuai digunakan di laut dan sungai,” kata Golan. “Dalam laut bergelora mereka boleh guna pendayung atau enjin. Kita beritahu Singapura untuk membeli 20 bot dan kita bentuk kem kecil untuk kompeni infantri berlatih melakukan serangan dan mencari arah”.

31.Kolonel bersara Asher Dar berkata, “Kumpulan kedua sampai Singapura dan melaksanakan apa yang Yehuda Golan bentuk sebagai doktrin peperangan. Kita melatih serangan menggunakan bot kecil dan meriam peluru hidup. Bila ketua bahagian latihan , Yitzhak Hofi, melawat Singapura , kita membuat latihan mendarat briged infantri dan menggunakan perahu layar sejauh 12 kilometer.”

32.Penungguan perang enam hari 1967 adalah memeritkan kepada kumpulan Israel di Singapura. “Kami berasa lega Israel tidak tewas jika tidak tentera Singapura akan hilang keyakinan”, kata Lee , menurut jurulatih Israel. Pada Januari 1968 , Singapura mengambil keputusan untuk menubuhkan Kor Armor. Dalam penuh kerahsiaan, satu perjanjian ditandatangani untuk membeli 72 buah kereta kebal AMX-13 dari tentera Israel. Ianya satu keputusan yang berani. Malaysia, jiran yang besar, tiada kereta kebal.

33.Semasa Hari Merdeka, Ogos 1969, kejutan yang amat besar menanti tetamu, termasuk Menteri Pertahanan Malaysia : 30 kereta kebal melakukan lintas hormat. “Ianya mempunyai kesan dramatik”, Lee menulis. Malaysia melahirkan kebimbangan. Menteri Pertahanan Singapura cuba memujuk kerajaan Malaysia menyatakan ianya bukanlah tujuan untuk persengketaan.

34.Selepas kejayaan Israel pada 1967, dinding kerahsiaam mula terbuka. Perwakilan Singapura di Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mengundi resolusi untuk mengutuk Israel oleh negara Arab. Hubungan diplomatik penuh mula terjalin. Pada Oktober 1968 Lee membenarkan Israel menubuhkan misi perdagangan dan Mei 1969 Singapura membenarkan Israel mendirikan kedutaan. Status misi ketenteraan Israel di Singapura diperkukuhkan, dan diketuai oleh mereka yang berpangkat brigadier jeneral.

*Pada tahun 2007 Singapura telah membeli 100 kereta kebal canggih dari Jerman dan memebeli sejumlah Helikopter Apache daripada Amerika sebagai membalas pembelian kereta kebal Malaysia yang dibeli dari Poland sebanyak 50 buah.


Asas Tentera Udara

35.Kumpulan pegawai Israel yang kecil di Singapura diperkuatkan dengan penasihat tentera dalam pelbagai bidang. Ketua Turus Kor Armor, , Major General Abraham Adan, tiba untuk memberikan nasihat pembelian kenderaan perisai. Pada tahun 1968, Adam Tzivoni, kolonel bersara yang mengetuai bahagian perancangan dan senjata tentera udara, telah dilantik sebagai penasihat Simgapura untuk membentuk tentera udara.


36.“Sebagai ganti pengeluaran tentera British, kerajaan British memberi Singapura geran sebanyak 50 juta pound untuk membeli pesawat British, helikopter dan peluru berpandu,” Tzivoni memberitahu. “British tidak sukakan saya. Tugas saya ialah untuk meluluskan perjanjian. Tetapi nampaknya British ingin menjual senjata tidak berguna kepada Simgapura. Selain perjanjian pembelian Hunter, saya menolak semua perjanjian lain.” Dibawah pengawasan Tzivoni, sekolah penerbangan dibentuk di Singapura, juga sekolah teknikal, satu skuadron helikopter Alouette dan meriam anti pesawat 40 mm telah dibeli.



Uzi dan Lagu Kawad Israel

37.Selepas pembentukan rejiman infantri tentera Singapura, timbul persoalan senjata apa harus digunakan. Pegawai-pegawai mahukan Uzi, sub mesingan Israel. Pegawai Israel menolak cadangan tersebut. Benar, Uzi senjata yang hebat pada tahun 1960, tapi untuk jarak dekat sahaja.

38.Tentera memerlukan raifel penyerang. Wakil dari tentera Israel menggesa kementerian pertahanan menjual raifel baru Gali. Tapi kumpulan berkenaan berpendapat senjata tersebut belum bersedia lalu mencadangkan M-16 Amerika.

39.Satu lagi masalah ialah keputusan untuk membeli mortar. Rejimen infantri dilengkapi dengan 60 - 52 mm dan 18 mm mortar (meriam katak). Senjata ini dihasilkan dan dikeluarkan oleh syarikat Soltam di bandar Yokne'am, dijual oleh kementerian pertahanan Israel dan diekspot ke seluruh dunia. “Walaupun kita fikir ini ialah mortar terbaik, kita tidak mencadangkannya sebaliknya menggunakan badan perunding bebas untuk mengambil keputusan,” menurut Yehuda Golan.


40.“Israel menekankan kemahiran ketenteraan dan motivasi yang tinggi. Kepintaran berkawad dan pertunjukan ketenteraan, tentera Singapura tidak pernah belajar dari `Mexicans.' Apa yang tentera Singapura belajar adalah dari pegawai British yang mengetuai dua rejimen infantri yang awal”, tulis Lee.

41.“Motto kita ialah kita tidak akan menyibuk apa yang Singapura boleh buat sendiri,” menurut Golan. “Mereka ingin mengatur perbarisan Hari Kemerdekaan mereka sendiri. Kami berkata perbarisan ketenteraan menggambarkan mentaliti negara dan sejarahnya.” Singapura tidak menjadikan ia satu isu. Bagaimana pun mereka mempunyai masalah yang memerlukan penyelesaian segera – apa rentak hendak dimainkan ketika tentera sedang berkawad. Ketua misi Israel, , Yaakov Elazari, membawa nota lagu dari Israel dan tentera Singapura berkawad diiringi lagu kawad Israel.


Buku Panduan Pertempuran Hutan

42.Pihak Singapura mengejutkan pegawai Israel apabila mereka menyatakan mereka perlukan kursus tempur dalam hutan. Singapura cuma ada hutan kecil seluas lima kilometer persegi, tapi negara jiran mempunyai hutan yang besar. Kata Yehuda Golan “ : Saya beritahu mereka benar, tapi saya bukanlah orangnya, kerana saya tidak tahu apa-apa perang di hutan.” Bagaimanapun pegawai Israel cuba mengatasinya. Keputusan dibuat untuk menghantar dua pegawai Singapura sebagai tetamu tentera Malaysia dalam kursus pertempuran dalam hutan.

43.“Tiga bulan kemudian, dua pegawai tersebut pulang dengan pengalaman yang diperolehi di Malaysia, dan kami membuat latihan tempur dalam hutan selepas itu,” menurut Golan. “Atas dasar ingin tahu, saya juga turut serta. Ianya begitu teruk – jelas mereka diajar cara British ketika perang dunia kedua. Saya mengambil keputusan melatih 10 orang pegawai. Kami memasukki hutan dan memulakan permainan perang. Kami latih bidang pandu arah, membentuk pasukan, menyerang dan mencari. Kita merujuk kepada buku panduan perang Amerika di Vietnam. Kita membangunkan cara pandu arah malam. Kita belajat bagaimana berfungsi sebagai sebuah kompeni tempur dalam hutan tebal. Selepas beberapa minggu latihan, saya menulis buku panduan perang dalam hutan untuk Tentera Singapura”.


44.Jika begini asas pembentukan Singapura, maknanya Lee Kuan Yew sememangnya sudah merancang dengan bantuan orang Yahudi untuk menjatuhkan kuasa orang Islam di Asia Tenggara. Dan sebab itu tidak hairan jika kita katakan tangan2 Yahudi sebenarnya yang menyebabkan sering berlaku pertelagahan dan hubungan tidak mesra di antara Singapura dan negara sekitarnya

PERSOALAN?

*Singapura merupakan negara pulau yang amat kecil tetapi mengapa mereka mempunyai jumlah kereta kebal yang sangat banyak?

*Singapura juga memiliki jumlah pesawat tempur yang sangat banyak dan paling terbaru mereka mahu memiliki pesawat f-35 daripada Amerika Syarikat yang merupakan pesawat yang amat canggih didalam dunia pada ketika ini. Dalam hal ini Israel lah yang memainkan peranan penting disebalik hasrat Singapura ini kerana mereka juga ingin memiliki pesawat yang sama.(Israel ingin memiliki pesawat ini mungkin kerana mahu menyerang Iran tetapi SINGAPURA???????)

*Singapura juga memiliki 4 kapal LPD(Landing Platform Dock Setiap satu kapal dilengkapi dengan misil pertahanan udara Mistral dan mampu membawa
sekurang-kurang 350 tentera (kapasiti waktu aman) serta 18 buah kereta kebal dan 20 kenderaan.
) yang sangat besar untuk tujuan serangan secara amfambi(serangan melalui mendarat dipantai) secara besar-besaran.Apakah tujuan mereka memiliki kapal2 tersebut?????

*Singapura juga mengamalkan sistem tentera kerahan untuk setiap warganegaranya (kecuali yang beragama islam).Hal ini benar kerana sepupu saya merupakan warganegara Singapura.

*Singapura juga memiliki jumlah helikopter chinook buatan Amerika(helikopter pengankut tentera bersaiz besar) yang sangat banyak.Ini bersesuai kerana di Johor, terdapat banyak padang2 golf YANG DIMILIKI OLEH RAKYAT SINGAPURA. Padang2 ini boleh dijadikan tempat pendaratan yang sesuai untuk helikoter mereka. Tak percaya?? Ini senarai padang2 golf yang dimiliki oleh Singapura di Johor:

Austin Hills Country Resort
Lot PTD 58061, Taman Mount Austin
PO Box 155, Pos Malaysia, Majidee
81100 Johor Bahru, Johor

Batu Pahat Golf Club
678 Jalan Dato'Mohd Shah
83000 Batu Pahat, Johor

Bukit Banarang Golf & Country Club
No. 1, Persiaran Gemilang
Bandar Banang Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor

Daiman 18 Johor Bahru
No.18 Jalan Pesona, Taman Johor Jaya
81100 Johor Bahru, Johor

Desaru Golf & Country Club
PO Box 26, Bandar Penawar
81900 Kota Tinggi, Johor

Guthrie Golf & Country Club
Ladang Ulu Remis, PO Box 103
81850 Layang-Layang, Johor

IOI Club Sagil
Sagil Estate, PO Box 504
84900 Tangkak, Johor

IOI Paya Lang Golf Club
Paya Lang Estate, Batu 6
85100 Segamat, Johor

Kluang Country Club
Jalan Mengkibol
86000 Kluang, Johor

Kota Tinggi Golf Resort
Viswanathan Plantations Sdn Bhd, P.O. Box 52
81907 Kota Tinggi, Johor

Ladang Bukit Lawang Country Club
Ladang Bukit Lawang 1, Jalan Kulai
Kota Tinggi, Johor

Nam Heng Country Club
K.B. 502
81909 Kota Tinggi, Johor

Octville Golf & Country Club
Octowers Resort Berhad, P.O. Box 60
Lot Ptd, Masai
90038 Johor Bahru, Johor

Orchard Golf & Country Resort
Km.19, Jalan Kota Tinggi / Kulai, KV 510
81900 Kota Tinggi, Johor

Palm Resort Golf & Country Club
Jalan Periaran Golf, Off Jalan Jumbo
81250 Senai, Johor

Palm Villa Golf & Country Resort
PTD 44500, Jalan Pindah Utama
Bandar Putra, PO Box 69
81000 Kulai, Johor

Permas Jaya Golf Club
6, Jalan Permas Selatan, Bandar Baru Permas Jaya
81570 Johor Bahru, Johor

Ponderosa Golf & Country Club
10-C Jalan Bumi Hijau 3, Taman Molek
81100 Johor Bahru, Johor

Poresia Country Club
Km. 36, Mukim Tanjung Kupang
81550 Gelang Patah, Johor Bahru

Pulai Springs Resort
20km, Jalan Pontian Lama
81110 Pulai, Johor

Royal Johor Country Club
3211 Jalan Larkin
80200 Johor Bharu, Johor

S.T. Rhodes Club
c/o Socfin Company Bhd, Johor Labis Estate, PO Box 101
85400 Cha'ah, Johor

Sebana Cove
LB 505 Kota Tinggi PO
81900 Kota Tinggi Johor

Segamat Country Club
Km.4, Jalan Genuang, PO Box C-22
85007 Segamat, Johor

Starhill Golf & Country Club
6.5 Km Jalan Maju Jaya, Kempas Lama, Skudai
81300 Johor Baru Johor

Tanjung Emas Golf Club JKR
No.202, Jalan Timbalan
84000 Muar, Johor

Tanjong Puteri Golf & Country Club
Ptd 101446, Mukim Plentong
81700 Pasir Gudang, Johor

The Kukup Golf Resort
Pekan Pemerok
82700 Pontian, Johor

The Legends Golf & Country Resort
Lot 1302, Kebun Sedenak, PO Box 11
81000 Kulai, Johor

Tioman Island Golf Club
Berjaya Imperial Beach Resort, Pulau Tioman
PO Box 4, 86897 Mersing, Johor

*Kebanyakkan tauke2 padang2 golf ini mempunyai jawatan tinggi dalam perkhidmatan tentera simpanan/kerahan negara Singapura......

*Harus diingatkan disini tentera Singapura merupakan organisi tentera yang tercanggih dirantau asia tenggara......

*Dengan keadaan umat Islam dinegara kita yang berpecah belah,keadaan ini amat sesuai jika mereka ingin menyerang negara kita. 80% tentera kita adalah islam dan hanya 20% beragama lain2.....adakah rakyat negara kita mempunyai semangat patriotik jika diserang oleh Singapura???? Pikir2kan lah....

Followers

Ruang Komen