[Kelakar] UMNO Parti Islam- PM

Sesape yang nak tengok PM kita meracau boleh tengok di utusan meloya

Najib kata UMNO parti islam.. Alasan yang dia bagi ialah:

1- Membela dan menaik taraf hidup umat Islam termasuk membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutama di rancangan-rancangan Felda.

Ulasan: Boleh ke digelar parti islam kalau sekadar menaik taraf hidup umat islam? Islam terletak pada taraf hidup rupanya.. Baru aku tau..

2- Perubahan dalam kehidupan peneroka Felda yang kini menikmati kehidupan lebih baik berbanding dahulu hasil perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah selari dengan perjuangan Islam.

Ulasan: Tengok je dasar parti dia ni ape.. dasar parti dia ni ialah Melayu.. So, layakkah UMNO digelar parti islam atau lebih layak lagi parti melayu..

3- ''Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam,'' tegas beliau.

Ulasan: Memang betul kemiskinan menghampiri kekufuran.. Tapi adakah miskin saja yang menghampiri kekufuran? Kalau tolak dan hina hukum islam hampiri ape pulak?

4- Beliau turut meminta umat Islam mengambil iktibar ibadah pada bulan Ramadan dan perjuangan Rasulullah SAW dalam membentuk kekuatan rohani serta jasmani.

Ulasan: Betul la tu.. Tapi adakah hanya perjuangan Rasulullah yang kita harus mengambil iktibar? Kehidupan zuhud Rasulullah kau nak taruk kat mana? Kerendahan hati Rasulullah kat mana? Rasulullah seru umatnya mematuhi perintah Allah.. Bini kau ikut tak perintah Allah?

DS Najib, islam itu bukanlah tertumpu kepada satu aspek semata-semata.. Ia adalah menyeluruh.. Islam bukan terletak pada betapa banyaknya masjid dibina, bukan juga terletak pada pembinaan UIA, JAKIM etc.. Tetapi Islam terletak pada hati, lidah dan pelaksanaan..

Islam tertunggak atas tiga perkara iaitu:

Pertama, Islam itu diyakini dengan hati. Meyakini dengan hati nih bererti yakin bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah swt dan Rasulullah saw itu pesuruh-Nya.

Apa maksud yakin? Yakin dan taat bahawa al-Quran itu adalah sumber terbaik dan sumber tertinggi rujukan dan panduan hidup di dunia. Patuh sepenuhnya kepada isi kandung al-Quran.

Kedua, Islam itu diakui dengan lidah. Maknanya, melafazkan kalimah syahadah. Selain itu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya kita tidak lafazkan kata-kata yang tunduk kepada 'unsur' yang lain contohnya:

"Negara kita ada perlembagaan dan wajib bagi kita mematuhinya dan semua mengetahui bahawa apa sahaja yang bercanggah dengan perlembagaan negara maka ianya adalah terbatal secara automatik".

Ketiga, Islam itu adalah pengamalan dengan anggota. Maknanya, perbuatan dan kehidupan seharian kita adalah berlandaskan peraturan yang termaktub di dalam al-Quran. Yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram..

Islam beridir di atas tiga perkara iaitu hati, lidah dan perbuatan.. dan Kufur juga berdiri atas tiga perkara iaitu hati, lidah dan perbuatan.. wallahualam..

0 comments:

Followers

Ruang Komen