Cerpen Kasut Buaya 1


Malam itu, Majid tidak lena tidur mengenangkan berita yang sampai kepadanya siang tadi. Berita yang menggemparkan sekerat dua umat Islam. Puas difikir, puas direnung. Ya! Memang benar apa yang dilihatnya. Memang benar apa yang dikata teman-temannya yang termasuk dalam kelompok 'sekerat dua'.

Ada kalimah Allah di kasut berjenama buaya yang baru dibelinya 2 hari lepas.
"Apa aku nak buat ni?", kata Majid sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Akhirnya Majid tertidur dengan kasut di tangannya.

Keesokan paginya, Majid berjumpa Parman. Permasalahan Majid diadu kepada Parman. Mujurlah Parman tidak dikategorikan dalam kelompok 'sekerat dua'. Mendengar masalah Majid, Parman menyarankan Majid untuk terus memakainya.

"Buat apa hendak dibuang, dah la beli mahal-mahal", begitulah kata-kata Parman kepada Majid.

"Tapi ni konspirasi yahudi (baca:zionis). Aku taknak terlibat dengan benda-benda haram ni', tegas Majid.

Parman sedia maklum yang Majid merupakan peminat tegar kumpulan konspirasi. Habis segala benda dikaitkan dengan yahudi (baca:zionis). Sambil menuding jari ke arah bangunan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) Parman berkata:

"Cuba kau tengok lambang JPA tu, tak ke macam piramid dan all-seing eye?" (nada sarcastic).
"Eh, cuba tengok piring Astro tu, tak ke macam UFO?" (nada sarcastic)

"Hahahaha!" Parman ketawa sampai tak ingat dunia. Tergelak sakan melihat betapa paranoidnya sahabatnya itu.

Muka Majid masam mencuka. Dirinya terasa tersindir dengan kata-kata Parman. Tanpa berlengah, Majid mengangkat kaki dan beredar pulang. Parman menoleh ke arah Majid yang sedang berjalan pulang

"Majid, tak salah kalau nak prihatin. Tapi biarlah beralaskan bukti bukannya sangkaan semata-mata. Kalau betul la niat designer kasut buaya tu memang nak hina Allah, biarlah Allah yang uruskannya. Kita tak tahu niat mereka Majid. Silap-silap kita yang berdosa sebab fitnah orang", jerit Parman. Majid semakin jauh darinya.

"Ahh, nama pun konspirasi, buat apa nak bukti. Tuduhan kita tu dah kira halal la atas nama konspirasi! Tu pun tak faham-faham!"desis hati Majid

Begitulah alkisahnya..





Tangisan Karbala

1. Mengapa mereka menangis? Setiap kali Muharram mereka menangis. Saya juga dahulu seperti anda. Saya juga pernah berasa jengkel. Tetapi semakin saya matang, membaca dan berkembang sebagai sarjana dan ahli akademik; saya menjadi hati-hati, tidak membuat tanggapan melulu, tanpa berusaha memahami dahulu kenyataannya. Saya malah memilih menjejakkan kaki ke dunia mereka, berdialog dan mendengar; lalu memilih satu jalan yang amat kontroversial. Memilih untuk mendekatkan apa yang tidak begitu jauh tetapi hakikatnya jauh kerana ada tanggapan yang tidak matang.

2. Profesor Dr Stephen Sideroff, ilmuan psikiatri dari University of California Los Angeles, menyebutkan yang: 'Menangis adalah respon emosional terhadap perasaan tertentu, biasanya kerana sedih dan terluka. Tetapi, orang juga menangis kerana berada dalam situasi atau peristiwa tertentu'.

3. Ilmuan yang lain, Dr Jodi DeLuca, serang ahli neuropsikologi dari Florida menjelaskan bahawa tangisan adalah lebih dari itu. Tangisan juga adalah mekanisme pertahanan. Menurut beliau, tangisan adalah satu tanda, satu gejala untuk menyampaikan suatu hal. Tangisan kadang kerana kecewa, juga gembira, atau untuk mendapat perhatian orang lain. Anda tentu pernah mengalami semua jenis tangisan di atas. Mungkin anak anda yang menangis meragam untuk membuat anda memahaminya. Mungkin tunang, isteri, atau kekasih anda yang menangis demi menuntut anda lebih mengasihi.

4. Dr Lauren Bylsma, seorang ahli akademik yang mengkaji dan meneliti tangisan mengatakan; tangisan juga punya tujuan sosial. Mana tidaknya, tangisan dapat menggerakkan massa. Tangisan Tun Dr Mahathir hampir setiap kali perhimpunan agung UMNO dahulu, pernah membuatkan kawan-kawannya terlompat-lompat. Ingat tangisan Mursyidul AM PAS di ambang pilihanraya lalu. Tangisan sambil berdoa itu menyebabkan PAS menang besar. Itu salah satu puncanya, ya, begitulah khabarnya. Tangisan dapat menggerakkan dukungan dari orang lain. Jadi, bukanlah aneh tangisan dapat menjadi satu senjata.

5. Tentu anda dalam hati akan mengkritik saya, arghhhh Faisal Tehrani merujuk sumber kapir. Nanti! Biar saya merujuk sumber dari dalam diri anda. Ibnu Qayyim, kenal bukan? Beliau adalah salah seorang pakar psikologi Islami yang sangat terkenal. Kalau tidak silap saya, beliau lahir pada tahun 1292 Masehi di kota Damsyik, Syria. Menurut Ibnu Qayyim, ada sepuluh jenis tangisan. Antaranya, tangisan yang disebabkan oleh penderitaan.

6. Tentu anda tidak dapat menyalahkan adik Saidina Husin, iaitu Zaynab yang menangis saat abangnya dibunuh dengan cara begitu kejam. Tambahan pula peristiwa itu menurut banyak riwayat telah diberitakan terlebih dahulu. Tidakkah itu satu penderitaan. Kalau anda membaca hasil karangan atThabari, anda akan tergamam sendiri. Zaynab, cucunda perempuan Rasulullah saw diperlakukan sebagai tahanan dengan cara yang amat nista sekali.

7. Saya masih ingat saya menangis teresak-esak menonton Buletin Utama TV3 saat pembaca berita meminta penonton membacakan al Fatihah buat adik Nurin Jazlin yang dibunuh dengan cara begitu kejam. Saya ingat, pembunuhan tersebut amat menyentuh hati siapa pun. Manusia yang keras hati pun akan luluh memikirkannya.

Dan, mengapa menyalahkan semua pencinta cucu Rasulullah saw, Saidina Husin, jika mereka ingin menangis? Tidakkah meluluhkan hati memikirkan penghulu syurga dibantai sedemikian rupa? Jika kita ingin masuk syurga tidakkah kita wajar menangisi kesyahidannya yang amat tragis itu?

8. Saya akan bergerak dari tokoh sanjungan anda, Ibnu Qayyim dengan mengingatkan bahawa yang membuatkan kita menangis bukanlah diri kita sendiri tidak pasal-pasal. Yang membuatkan kita menangis ialah Allah, pencipta kita: "...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm: 43)

Kalau mereka yakni penyanjung Saidina Husin ingin menangis, mengapa menyalahkan mereka? Itu terdorong berlaku kerana rasa kasih mereka, rasa derita mereka, rasa yang bergumulan lalu merembes menjadi tangisan yang diciptakan Allah.

9. Nah, tangisan menurut jalur kesufian pula ada banyak macam. Ada tangisan kerana malu, ibarat tangisan Nabi Adam a.s. Tangisan kerana mengenang kesalahan, umpama tangisan Nabi Daud a.s. Tangisan kerana takut dan bimbang, umpama tangisan Nabi Yahya a.s. Tangisan kerana kehilangan sesuatu, umpama tangisan Nabi Yaakub a.s. Terdapat juga tangisan umpama tangisan Nabi Syuaib a.s iaitu tangisan rindu dan cinta. Pernah dengar tangisan Nabi Syuaib a.s? Baginda menangis sehingga matanya buta, kemudian dikembalikan kepadanya pandangan mata, lalu dia menangis lagi sehingga buta lagi matanya dan begitulah sehingga sampai tiga kali. Maka Allah mewahyukan kepadanya: 'Hai Syuaib! Sesungguhnya tangisanmu itu jika takutkan api neraka, maka Aku telah amankan api neraka, maka Aku telah amankanmu dari api neraka dan jika kerana mengharapkan syurga, maka Aku telah pastikanmu menjadi ahli Syurga!'

Nabi Allah Syuaib menjawab: Tidak, wahai Tuhanku! Tapi kerana sangat rindu untuk memandang wajahMu! Allah Taala lalu mewahyukannya lagi: 'Hai Syuaib! Pantaslah bagi siapa yang inginkan Aku, wajib menangis kerana rindukan Aku. Sebenarnya penyakit ini tidak ada penawarnya sama sekali kecuali bertemu dengan Aku.'

Saya difahamkan oleh mereka, saat Muharram mereka menangis bukan sahaja kerana derita dan amat sedih oleh kejadian jahat ke atas Saidina Husin dan keluarganya, tetapi mereka juga menangis kerana rindu ingin berjumpa.

Apakah ubat tangisan seperti ini melainkan balasan kerinduan mereka itu kelak akan ditunaikan oleh penghulu syurga itu sendiri! Wah bahagialah jika begitu. Hari ini, saya ingin jadi seperti mereka. Saya menangis kerana rindu ingin berjumpa penghulu syurga - Saidina Husin cucunda Nabi Muhammad yang kita cinta.

10. Tahukah anda Zaynab al Kubra dan pengikut ahlul bait sering dizalimi sepanjang pemerintahan Umaiyah, Abbasiyyah dan sehingga hari ini. Lihat sahaja pengeboman yang disasarkan kepada makam Imam Hasan Askari di Samarra beberapa tahun lalu. Tontonilah filem The Kite Runner, bagaimana kaum Hazara (orang syiah di Afghanistan ditindas sewenang-wenangnya).

Untuk itu, masyarakat syiah yang lemah dan tidak punya kuasa telah menerjemahkan tangisan mereka menjadi senjata. Seperti kanak-kanak yang lemah, tangisan itu membuatkan kita akhirnya hiba dan berjaya menarik perhatian sang ibu.

11. Selepas Saidina Husin syahid dibunuh tentera Yazid, baginda bonda Zaynab dibawa ke Damsyik bersama kaum keluarganya ke istana Yazid di Syria. Sejarah mencatatkan, sepanjang perjalanan jauh dari Karbala ke Damsyik yang penuh azab derita itu, wanita Bani Hasyim menangis tidak hentinya. Ia menghenyak perasaan penduduk Kufah yang mengkhianati janji mereka sebelumnya. Muncullah golongan at-Tawwabun yang akhirnya menuntut bela atas kesyahidan Saidina Husin, dipimpin oleh sahabat Rasulullah saw bernama Sulaiman bin Sarad. Ia menggetar hati paderi kristian di Aleppo, ia malah menjadi punca kembalinya umat Islam kepada kasih dan cinta Rasulullah saw selepas terbuai oleh kemewahan empayar Islam yang kian melebar. Ia mendorong tangisan menjadi senjata orang tertindas untuk berdepan dengan kuasa tirani.

12. Lama saya cuba memahami mengapa pengikut syiah menangisi kesyahidan Saidina Husin yang mereka cintai. Tangisan derita, tangisan rindu, tangisan yang merupakan tujuan sosial. Tangisan yang merupakan tujuan politik. Saya berhenti menyalahkan mereka kerana menangis setelah saya membaca sebuah buku karangan pemimpin ulung mereka iaitu al marhum Imam Khomeini. Buku itu judulnya The Ashura Uprising merupakan koleksi ucapan dan ceramah agama almarhum sekitar asyura. Dan dalam salah satu petikan, Imam Khomeini mengatakan: 'Jangan sangka yang kami menangis dan meratap untuk penghulu syuhada (Saidina Husin). Tidak, baginda tidak memerlukan tangisan kami. Isunya bukan tangisan sama sekali. Ia adalah sesuatu yang bersifat politik untuk Imam (Saidina Husin) kerana dengan tangisan ini dapat menggerakkan ummah dan menyatukan umat Islam lalu memperkasakan mereka untuk berdepan dengan kezaliman tanpa perlu rasa lemah lagi' (halaman 60).

Hari ini saya tidak lagi menuduh mereka melulu.

Hari ini saya memilih untuk memberitahu dunia, 'Jika saya dituduh seisi dunia sebagai sesat kerana menangisi kesyahidan penghulu syurga, Saidina Husin, iya, tidak mengapa, tohmahilah saya sesat. Saya akur. Bukan saudara yang dapat menolong saya di akhirat nanti. Yang akan memberi syafaat kepada saya ialah Nabi Muhammad saw dan tentu, kekasih hati baginda iaitu Saidina Husin, ibunya Saidatina Fatimah dan ayahnya Saidina Ali.

Mengapa anda tidak menangis? Sungguh keras hati anda? Seperti syaitan yang memiih untuk angkuh dan ego.

Menangislah untuk Husin! Ayuh menangislah!

Sumber: Faisal Tehrani

Belasungkawa Ili Amir Farhan

Inilah status FB terakhir Allahyarham sebelum beliau kembali bertemu Allah swt

Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan besar Rasulullah saw dan seluruh ahlul bayt.


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”.

Sebagai manusia biasa, kita tak akan dapat lari daripada kematian. Kematian adalah satu kewajipan kepada setiap makhluk yang mempunyai roh. Manusia, haiwan atau apa sahaja yang bernyawa akan kembali menemui Penciptanya tanpa mengetahui bilakah masanya. Setiap detik yang berlalu, mati itu tetap bergerak berdampingan dengan kita.

Tanggal 15 Mei, berlakunya dua peristiwa yang mana peristiwa tersebut akan terus tersemat di hati sanubari mereka yang mencintai dan menyayangi. Peristiwa pertama adalah Nakbah atau pun bala besar yang terjadi dalam sejarah umat islam apabila entiti haram Israel telah diisytiharkan secara rasmi. Peristiwa kedua pula ialah peristiwa yang akan tersemat di hati sanubari mereka yang mengenali Allahyarham Ili Amir Farhan. Allahyarham merupakan seorang pelajar jurusan undang-undang di UiTM dan merupakan satu batch dengan saya serta rakan-rakan lain.

Demi Allah! Saya memang terkejut dan terkilan sebaik diberitakan bahawa Allahyarham telah kembali ke rahmatullah. Masakan tidak, beliau seorang yang sihat fizikal dan mentalnya secara tiba-tiba ajal datang merenggut nyawanya. Rupanya saya terlupa bahawa maut itu datang tanpa mengira tempat dan masa. Maut tidak datang kepada orang yang sakit sahaja, juga tidak datang kepada orang yang muda sebaliknya ia datang kepada setiap manusia tanpa mengira sihat mahupun muda.

Meskipun saya kurang mengenali Allahyarham, saya tetap merasakan kehilangannya lebih-lebih lagi apabila batch kami hanyalah sekitar 80++ termasuk lelaki dan perempuan. Tipulah kalau saya cakap saya tidak sedih. Kami pelajar lelaki hanya sekitar 36 (9 x 4) orang. Bertentang mata, bertegur sapa merupakan perkara biasa. Bila kami kembali ke UiTM hujung bulan nanti, sudah tentu kami akan lebih merasa kehilangannya apatah lagi rakan sekelas mereka.

Namun, itulah sunnatullah. Yang hidup tetap akan mati. Hanya Allah swt sahajalah yang Maha Hidup. Firman Allah swt:


Kita berasal dari Allah swt dan hanya kepadaNya lah kita dikembalikan. Dari tanah kita datang, kepada tanah jua kita kembali. Kepada yang hidup, Allahyarham sudah tiba ke kiamatnya (mati), sedangkan kita? Masih lagi dibuai mimpi indah? Masih lagi fikir bahawa maut hanya datang setelah kita sakit?

Sebagai seorang Islam, kita semestinya mahukan pengakhiran yang baik. Tidak ada manusia yang mahukan pengakhiran yang buruk. Berusahalah dan berdoalah supaya kita mati dalam keadaan beriman kepada Allah swt. Mulai dari saat ini, fikirlah.. Adakah kita sudah cukup baik di mata Allah swt? Bersediakah kita untuk bertemu denganNya?

Di bawah ini saya sisipkan sedikit dialog sahabat baik Allahyarham dengan salah seorang kawan saya:




Meski engkau sudah tiada, ketahuilah engkau tetap di hati kami


Nota: Melalui sahabat-sahabat saya, Allahyarham meninggal dunia semasa tidur setelah penat berjogging. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Behrang. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.. Ili Amir Farhan, damailah engkau disana..


Wassalam..



Berpada-Padalah


"Kau bukan kawan aku lagi!", kata Badol kepada Mat sambil berlalu dari situ. Mat terpinga-pinga bila ditinggalkan keseorangan. Dia sendiri pun tidak mengerti apakah sebab musabab Badol memutuskan persahabatan dengannya. Mat berjalan pulang keseorangan sambil sekeping dokumen berada dalam tangannya. 'Parti Cap Ayam', begitulah yang tertera di dokumen tersebut.

"Oh ya! Mugkin sebab ini kot," kata Mat sambil memandang dokumen yang dipegangnya. Baru dia teringat yang Badol merupakan AJK Kawasan Parti Cap Rambutan sedangkan dirinya baru sahaja mendaftarkan diri sebagai ahli biasa Parti Cap Ayam. Mat mematikan langkah, terus berpatah balik menuju ke rumah Badol.

"Assalamualaikum, Badol oo Badol,"jerit Mat dari luar pintu pagar rumah.
"Kau nak apa datang rumah aku ni?!" jerkah Badol dari pintu serambi.
"Allah kau ni, aku datang baik-baik nak jumpa kau ni. Buka lah pagar ni dulu,"kata Mat.
"Kau nak apa lagi ni?! Aku tak kenal kau!"jerkah Badol sekaligus menyentakkan Mat. Betapa sedih dan peritnya hati Mat apabila sahabat baiknya tidak lagi mengaku dirinya sebagai kawan. Adakah kerana berbeza fahaman politikus, silaturahim terputus.

"Badol... Badol..", rintih Mat sambil berlalu pergi meninggalkan rumah Badol.
"Dammm," pintu rumah ditutup kuat. Mat memandang rumah sahabatnya dengan pandangan yang sayu. Tanpa disedari air matanya menitis.

Sejak itu Mat dan Badol tidak lagi bertegur sapa. Mereka hanya bertentang mata hanya setiap 5 tahun. Itupun semasa kempen sebelum pilihanraya. Ukhuwwah yang terbina putus begitu sahaja seolah-olah tiada nilainya.

*********************************************************

Berpada-padalah dalam berpolitik. Jangan diikutkan sangat fanatik kepartian khususnya dalam kehidupan bermasyarakat kelak kita akan menyesal kemudian hari. Apalah gunanya politik kepartian andai ia penyebab putusnya hubungan sesama Islam. Itu kalau Muslim dengan Muslim, kalau Muslim dengan bukan Muslim maka terputuslah hubungan persahabatan yang terbina.

Tidak perlu bersifat houlier than thou dalam masyarakat. Tidak perlu kita menganggap 'parti aku yang lebih baik dari parti lain' dan sebagainya. Masing-masing ada misi dan visi yang harus dilaksanakan. Anda sebagai pendokong parti, bekerjalah untuk memperkasakan parti di samping mentarbiyyah ahli-ahli yang lain. Tidak perlu memandang sinis apa yang parti lain buat (andai parti tersebut membuat kebajikan). Siapa anda untuk mengukur kebajikan mereka? Itu kerja Allah swt maka biarlah Allah swt mengukurnya. Parti ini membuat baik, maka kita perlulah menghormatinya dan memberi sokongan. Bukannya memandang rendah usaha mereka. Jangan hanya kerana mereka tidak memperjuangkan Islam maka kita memandang buruk segala yang mereka buat. Bak kata orang, buang yang keruh, ambik yang jernih.

Bersederhanalah dalam berpolitik. Berpolitiklah dengan pertimbangan yang rasional dan matang. Jangan berpolitik nafsu serakah. Hanya kerana sentimen kita terhadap parti itu, maka kita memandang rendah semua usaha yang mereka buat walaupun mereka membuat kebaikan! Ada yang kata "parti ni bagi sedekah untuk raih undi je". Persoalannya dari mana mereka tahu yang parti ni memberi sedekah untuk meraih undi? Kasyafkah mereka? Ataupun berdasarkan sentimen kebencian semata-mata?

Yang baik untuk rakyat, sokonglah walaupun parti itu salah pada pandangan parti ini. Ikhlas tak ikhlas, biarlah Allah yang menentukannya. Bersangka baiklah sesama insan. Kita dikurniakan otak dan akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Gunalah kurniaan Allah swt sebaik mungkin.

Hanya Allah swt yang mengetahui hati hamba-hambaNya. Andai apa yang mereka buat itu ikhlas, maka atas Allah swt lah untuk memberi ganjaran kepada mereka. Kita hanya manusia yang lemah, kita tidak layak untuk mempertikaikan niat baik orang lain.

Teringat kata-kata seorang sahabat maya, kata beliau::

"Kalau perempuan pakai tudung tapi tidak solat, mereka dapat la pahala sebab pakai tudung dan tak dapat pahala sebab tak solat.
Kalau perempuan tu freehair tapi solat, biarlah Allah yang hukum mereka di akhirat kelak"

Oleh itu, berpada-padalah dalam berpolitik. Berpolitik boleh tapi jangan taksub politik.

Wallahualam..



Palestin, Kami Bersama Kamu!

Oh Palestin, Kami Bersama Kamu

Berbekalkan sepanduk 'WE ROCK U', kami menuju ke medan perang

Berbekalkan muzik, semangat jihad kami naik

Berbekalkan pekikan suara 'AFUNDI MASUK', kami menggempur tentera zionis

Kami ramai, sudah pasti tentera zionis pun kalah.

Kelihatan pejuang islam dari Malaysia sedang menggempur tentera zionis

Pejuang Islam sedang menggempur tentera zionis

Pejuang Islam sedang menembak musuh




15 Mei 1948


Salam to all.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan seluruh Ahlul Bayt..

Hari demi hari berlalu, sedar tak sedar dah 62 tahun bumi Palestina bermandi darah menjadi saksi akan kekejaman kezaliman dan kejahatan tentera Zionis laknatullah.
Sedarkah kita? Ataupun berpura-pura tidak sedar hanya kerana kita berada di bumi Malaysia yang aman tanpa peperangan? Seolah-olah kita lupa bahawa kita dengan umat Islam yang lain adalah bersaudara.


Tanggal 15 Mei 1948 yakni 5 hari lagi, tibalah hari memperingat Nakbah. Nakbah yang bermaksud bala/bencana/malapetaka besar yang menjadi titik tolak kepada kewujudan entiti haram Israel di atas peta dunia. Tarikh yang menjadi sejarah hitam buat semua umat Islam seluruhnya. Pada tarikh ini (15 Mei 1948), penubuhan negara Israel di atas tanah Palestin disytiharkan secara rasminya.

Dalam peristiwa Nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.


Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Kanak-kanak Israel menunjukkan tanda 'sayang' kepada umat Islam

Kita mungkin tidak merasa apa yang mereka rasa. Hanya setelah kita merasa sendiri apa yang mereka rasa, barulah kita sedar apa yang mereka rasa. Selagi umat Islam tidak ada rasa sensitif di hati mereka, selagi itulah penderitaan umat Palestina tidak dirasai. Kita boleh pandang sebelah mata dengan penderitaan mereka. Semoga Allah swt membukakan hati kalian..

Sekurang-kurangnya berdoalah untuk para pejuang Islam di sana. Tidak perlu bersusah payah kita nak angkat senjata ke sana, tidak perlu kita ke Palestina untuk bermandi darah cukuplah sekadar doa. Itu paling kurang. Kalau ada kemampuan untuk boikot barangan Israel, boikotlah.

Hayatilah surat terakhir Syeikh Ahmad Yassin (pengasas dan pemimpin HAMAS) sebelum beliau kembali menemui Allah swt dalam keadaan yang suci selepas dibedil roket daripada helikopter Apachee milik Israel::

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuhu Pernyataan bahwa kemenangan dunia Islam tergantung pada Arab adalah tanggung jawab besar yang terpikul di pundak Anda semua yang telah dipercaya oleh Allah untuk melayani umat, sekarang, juga di masa mendatang.

Dan Rasulullah bersabda, Allah akan menanyakan pada orang-orang yang diberi kepercayaan dan tanggung jawab apakah sudah ditunaikan kewajiban. Dengan memberdayakan kekuatan yang Anda miliki untuk melayani masa depan Negara-negara Islam, musuh-musuh Allah telah bersatu untuk memerangi umat ini.
Di hadapan Anda sekalian sekarang ada tantangan, dan rakyat Anda menanti resolusi yang akan dihasilkan nanti.

Mereka menunggu resolusi untuk masalah pokok di Timur Tengah: Palestina. Saya berharap konferensi yang akan berlangsung nanti setuju dan mendukung rakyat Palestina yang terus berjihad sampai kemenangan yang telah ditentukan Allah. Karena itu saya memohon untuk mempertimbangkan beberapa hal di bawah ini:

Pertama: Tanah Palestina adalah milik Arab. Tanah Islam secara paksa telah dirampas oelh Yahudi Zionis dan itu hanya bisa direbut kembali dengan kekuatan. Palestina adalah tanah wakaf yang tidak bisa diserahkan, walaupun hanya satu inchi, untuk itu kamu bersedia melakukan segalanya.

Kedua: Jihad di Palestina adalah hak asasi rakyat Palestina. Dan juga diwajibkan bagi seluruh muslim, laki-laki dan perempuan. Untuk memerangi ketidakadilan, terorisme yang dilakukan musuh-musuh Allah. Rakyat Palestina menolak untuk dipisahkan dari orang-orang Arab dan kaum Muslimin di seluruh dunia. Kami berharap konferensi yang akan dilakukan menghasilkan posisi yang jelas bagi perjuangan rakyat Palestina.

Ketiga: Rakyat kami yang sedang berjuang melawan penjajah, sudah sepatutnya mendapat dukungan dari para pemimpin umat. Rakyat kami butuh dukungan ekonomi, setelah iblis Israel menghancurkan mata pencarian dan kemakmuran kami. Rakyat kami juga butuh dukungan militer, keamanan, medis, moral, diplomatik dan segala dukungan untuk menolong jihad. Rakyat Palestina berharap bantuan dari konferensi ini.

Keempat: Kami mohon jangan lagi membina hubungan baik dengan musuh dan menutup kedutaan, kantor, konsulat atau perwakilan dagang Israel di manapun berada. Kami mendesak Anda semua untuk aktif memboikot dan menghentikan hubungan kooperatif dengan mereka.

Kelima: Umat ini membutuhkan segala bantuan untuk mengakhiri agresi musuh di Palestina. Saya percaya, waktunya akan dating seperti yang telah Allah janjikan, bersabarlah dan jangan berpecah-belah.


Keenam: Masjid al Aqsa, memohon dengan sangat pada kalian untuk diselamatkan dari penghancuran Zionis. Ketujuh: Terakhir, kami juga meminta kepada kalian untuk membantu rakyat Irak mengusir penjajah Amerika dari tanahnya. Seperti yang telah dilakukan rakyat Irak, mendukung kami membebaskan Palestina. Para pemimpin yang terhormat, ini semua yang aku harapkan dari Anda.

Seperti yang telah diperintahkan Rasulullah, agar kita saling menasihati. Saya memohon kepada Allah agar Anda dipersatukan untuk membela agamanya dan membawa ummat menuju keadaan yang lebih baik.


Dari saudaramu,


Ahmad Ismail Yassin.

“Akan ada terus satu kelompok dari umatku yang memperjuangkan kebenaran melawan musuh-musuh mereka dengan tegar sampai Allah mendatangkan kemenangan kepada mereka.” Ditanyakan kepada Rasulullah, “Dimana mereka Ya Rasulullah? Beliau menjawab: “Mereka di Baitul Maqdis dan sekitarnya.” Imam Ahmad. Jilid 5, hal. 269.



Saya Sayang Ahmadinejad

video

Assalamualaikum.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan Ahlul Bayt serta para sahabat baginda..

Lihatlah.. Demi Allah lihatlah wahai umat Islam.. Betapa kasih dan sayangnya seorang wanita tua terhadap pemimpinnya. Luahan hati seorang wanita tua yang berjaya mengalirkan air mata terharu seorang pemimpin Islam yang disegani, pemimpin Islam berhati singa terhadap musuhNya.

Saya sendiri hampir menitiskan air mata semasa menonton video ini. Sebak dan terharu betapa setianya seorang warga Iran terhadap kepimpinan Mahmoud Ahmadinejad. Di luar sana, berjuta-juta lagi manusia yang sedia berkorban nyawa demi melindungi pemimpin ini. Syukur ke hadrat Allah swt kerana menjadikan pemimpin yang sebgitu berani tatkala pemimpin lain masih lagi bergelumang dengan musuh durjana. Bersalam dan berpeluk-pelukan seolah-olah tidak menyedari penderitaan penduduk Palestina yang saban hari ditekan dan diseksa sehingga syahid.

Ya! Inilah pemimpin yang ditunggu-tunggu, seorang pemimpin yang lantang bersuara demi mempertahankan yang haq. Tanpa menghiraukan sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas negara yang dipimpinnya. Demi Allah dan RasulNya, beliau berdiri tegak berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber kekuatan. Semoga Allah swt merahmatinya.

Ada orang kata beliau ialah Kafir, Sesat dan sebagainya hanya kerana beliau menganut Islam bermazhab Syiah Imam Dua Belas. Bagi saya, lantaklah apa orang nak kata. Tuduhan melulu itu tidak sesekali menggugat kasih sayang kepada beliau. Saya menghormatinya sebagai seorang pemimpin yang berani. Anda nak tuduh saya syiah? Atau sesat? Terpulanglah kepada anda. Apa yang penting saya tidak memandang Syiah Imam Dua Belas sebagai sesat sepertimana yang dilemparkan oleh segelintir orang Sunni yang sememangnya tidak pandai mengkaji apa itu Syiah Imam Dua Belas. Hanya sekadar "Ustaz ni cakap syiah sesat", "aku dengar kawan aku kata syiah ni Kafir" dan sebagainya. Diterima bulat-bulat apa yang 'orang' cakap tanpa bertanya dahulu kepada penganut Syiah sendiri. Sungguh tidak adil kepada penganut Syiah. Jangan hanya anda didedahkan dengan informasi 'Syiah sesat' maka anda tanpa beradab dan mengkaji terus menuduh mereka sebagai sesat.

Syiah dan Sunni sama-sama mengucapkan 'Laila ha illallah Muhammad Rasulullah', sama-sama mengakui bahawa Muhammad ialah pesuruh Allah swt, sama-sama bersolat 5 waktu, sama-sama berpuasa di bulan Ramadhan, sama-sama menunaikan zakat, sama-sama mengerjakan haji di Baitullah. Bukankah semua yang saya sebutkan ialah Rukun Islam? Lantas atas dasar apakah ada antara kita yang mengkafirkan mereka?

Kalau nak kenal UMNO, kena tanya orang UMNO. Kalau nak kenal PAS, kena tanya orang PAS. Kalau nak kenal UMNO tapi tanya orang PAS, sudah tentulah ada percanggahan maklumat. Sama juga dengan kes Syiah. Nak kenal Syiah tapi bertanya kepada orang yang memang benci kepada Syiah, sudah tentulah mereka akan kata syiah ini sesat dan sebagainya. Nasihat saya, bertanya dulu penganutnya sebelum nak menghukum mereka. Paling kurang pun, kalau dah malas sangat nak tanya, pergi je melawat blog-blog Ahlul Bayt. Tak adanya di situ mereka mengkafirkan Sunni. Hanya kita sahaja yang mengkafirkan mereka!

Umat Islam adalah satu. Kita sama-sama menyembah Allah swt dan mengakui kenabian Muhammad saw. Bersatulah wahai umat Islam. Jangan sesekali fanatik mazhab.

"Ya Allah, berkatilah pemerintahan Ahmadinejad dan Ali Khomenei serta rahmatilah seluruh umat Islam di dunia ini"

Sila hayati kata-kata Ayatullah Ruhullah Khomeini di bawah:

"Those who create discord between sunni and syiah is neither sunni nor syiah"

Terjemahannya:: Sesiapa yang mencetuskan pertelingkahan antara sunni dan syiah adalah bukan dari kedua golongan ini"


Kredit kepada negara kita Malaysia sebab disebut dalam video di atas.





Followers

Ruang Komen