Cerpen Kasut Buaya 1


Malam itu, Majid tidak lena tidur mengenangkan berita yang sampai kepadanya siang tadi. Berita yang menggemparkan sekerat dua umat Islam. Puas difikir, puas direnung. Ya! Memang benar apa yang dilihatnya. Memang benar apa yang dikata teman-temannya yang termasuk dalam kelompok 'sekerat dua'.

Ada kalimah Allah di kasut berjenama buaya yang baru dibelinya 2 hari lepas.
"Apa aku nak buat ni?", kata Majid sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Akhirnya Majid tertidur dengan kasut di tangannya.

Keesokan paginya, Majid berjumpa Parman. Permasalahan Majid diadu kepada Parman. Mujurlah Parman tidak dikategorikan dalam kelompok 'sekerat dua'. Mendengar masalah Majid, Parman menyarankan Majid untuk terus memakainya.

"Buat apa hendak dibuang, dah la beli mahal-mahal", begitulah kata-kata Parman kepada Majid.

"Tapi ni konspirasi yahudi (baca:zionis). Aku taknak terlibat dengan benda-benda haram ni', tegas Majid.

Parman sedia maklum yang Majid merupakan peminat tegar kumpulan konspirasi. Habis segala benda dikaitkan dengan yahudi (baca:zionis). Sambil menuding jari ke arah bangunan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) Parman berkata:

"Cuba kau tengok lambang JPA tu, tak ke macam piramid dan all-seing eye?" (nada sarcastic).
"Eh, cuba tengok piring Astro tu, tak ke macam UFO?" (nada sarcastic)

"Hahahaha!" Parman ketawa sampai tak ingat dunia. Tergelak sakan melihat betapa paranoidnya sahabatnya itu.

Muka Majid masam mencuka. Dirinya terasa tersindir dengan kata-kata Parman. Tanpa berlengah, Majid mengangkat kaki dan beredar pulang. Parman menoleh ke arah Majid yang sedang berjalan pulang

"Majid, tak salah kalau nak prihatin. Tapi biarlah beralaskan bukti bukannya sangkaan semata-mata. Kalau betul la niat designer kasut buaya tu memang nak hina Allah, biarlah Allah yang uruskannya. Kita tak tahu niat mereka Majid. Silap-silap kita yang berdosa sebab fitnah orang", jerit Parman. Majid semakin jauh darinya.

"Ahh, nama pun konspirasi, buat apa nak bukti. Tuduhan kita tu dah kira halal la atas nama konspirasi! Tu pun tak faham-faham!"desis hati Majid

Begitulah alkisahnya..





2 comments:

Seema_Suraya May 30, 2010 at 11:41 PM  

salam..
camne kalo dah terbeli n then dah terpakai r???

Ninja Jepang June 4, 2010 at 9:24 AM  

nak pakai, pakai..
tak nak pakai, tak payah pakai.

Followers

Ruang Komen