Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan besar Rasulullah saw dan seluruh ahlul bayt.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”.
Sebagai manusia biasa, kita tak akan dapat lari daripada kematian. Kematian adalah satu kewajipan kepada setiap makhluk yang mempunyai roh. Manusia, haiwan atau apa sahaja yang bernyawa akan kembali menemui Penciptanya tanpa mengetahui bilakah masanya. Setiap detik yang berlalu, mati itu tetap bergerak berdampingan dengan kita.
Tanggal 15 Mei, berlakunya dua peristiwa yang mana peristiwa tersebut akan terus tersemat di hati sanubari mereka yang mencintai dan menyayangi. Peristiwa pertama adalah Nakbah atau pun bala besar yang terjadi dalam sejarah umat islam apabila entiti haram Israel telah diisytiharkan secara rasmi. Peristiwa kedua pula ialah peristiwa yang akan tersemat di hati sanubari mereka yang mengenali Allahyarham Ili Amir Farhan. Allahyarham merupakan seorang pelajar jurusan undang-undang di UiTM dan merupakan satu batch dengan saya serta rakan-rakan lain.
Demi Allah! Saya memang terkejut dan terkilan sebaik diberitakan bahawa Allahyarham telah kembali ke rahmatullah. Masakan tidak, beliau seorang yang sihat fizikal dan mentalnya secara tiba-tiba ajal datang merenggut nyawanya. Rupanya saya terlupa bahawa maut itu datang tanpa mengira tempat dan masa. Maut tidak datang kepada orang yang sakit sahaja, juga tidak datang kepada orang yang muda sebaliknya ia datang kepada setiap manusia tanpa mengira sihat mahupun muda.
Meskipun saya kurang mengenali Allahyarham, saya tetap merasakan kehilangannya lebih-lebih lagi apabila batch kami hanyalah sekitar 80++ termasuk lelaki dan perempuan. Tipulah kalau saya cakap saya tidak sedih. Kami pelajar lelaki hanya sekitar 36 (9 x 4) orang. Bertentang mata, bertegur sapa merupakan perkara biasa. Bila kami kembali ke UiTM hujung bulan nanti, sudah tentu kami akan lebih merasa kehilangannya apatah lagi rakan sekelas mereka.
Namun, itulah sunnatullah. Yang hidup tetap akan mati. Hanya Allah swt sahajalah yang Maha Hidup. Firman Allah swt:
Kita berasal dari Allah swt dan hanya kepadaNya lah kita dikembalikan. Dari tanah kita datang, kepada tanah jua kita kembali. Kepada yang hidup, Allahyarham sudah tiba ke kiamatnya (mati), sedangkan kita? Masih lagi dibuai mimpi indah? Masih lagi fikir bahawa maut hanya datang setelah kita sakit?
Sebagai seorang Islam, kita semestinya mahukan pengakhiran yang baik. Tidak ada manusia yang mahukan pengakhiran yang buruk. Berusahalah dan berdoalah supaya kita mati dalam keadaan beriman kepada Allah swt. Mulai dari saat ini, fikirlah.. Adakah kita sudah cukup baik di mata Allah swt? Bersediakah kita untuk bertemu denganNya?
Di bawah ini saya sisipkan sedikit dialog sahabat baik Allahyarham dengan salah seorang kawan saya:
Nota: Melalui sahabat-sahabat saya, Allahyarham meninggal dunia semasa tidur setelah penat berjogging. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Behrang. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.. Ili Amir Farhan, damailah engkau disana..
Wassalam..
5 comments:
al-fatihah...
Sorry.
tapi malam ni aku menangis lagi.
Ya Allah. Rahmatilah arwah.
Al-Fatihah
Mini:: Al-Fatihah.. Doakan Allahyarham selalu..
Nisah:: Takpe, Nabi pun menangis bila putera baginda meninggal dunia..
Perbanyakkan doa kepada Allahyarham..
dah lama akak tak menyibuk kat sini..banyak update & ada berita sedih...
doakan mereka yang telah pergi...
urusan dunia mereka tlh selesai...kita yang ada perlu teruskan perjuangan...
~~nur petunjuk~~
Insya Allah kak..
Kiamat arwah dah tiba.. Kiamat kita? wallahualam..
Post a Comment