Assalamualaikum.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan Ahlul Bayt serta para sahabat baginda..
Lihatlah.. Demi Allah lihatlah wahai umat Islam.. Betapa kasih dan sayangnya seorang wanita tua terhadap pemimpinnya. Luahan hati seorang wanita tua yang berjaya mengalirkan air mata terharu seorang pemimpin Islam yang disegani, pemimpin Islam berhati singa terhadap musuhNya.
Saya sendiri hampir menitiskan air mata semasa menonton video ini. Sebak dan terharu betapa setianya seorang warga Iran terhadap kepimpinan Mahmoud Ahmadinejad. Di luar sana, berjuta-juta lagi manusia yang sedia berkorban nyawa demi melindungi pemimpin ini. Syukur ke hadrat Allah swt kerana menjadikan pemimpin yang sebgitu berani tatkala pemimpin lain masih lagi bergelumang dengan musuh durjana. Bersalam dan berpeluk-pelukan seolah-olah tidak menyedari penderitaan penduduk Palestina yang saban hari ditekan dan diseksa sehingga syahid.
Ya! Inilah pemimpin yang ditunggu-tunggu, seorang pemimpin yang lantang bersuara demi mempertahankan yang haq. Tanpa menghiraukan sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas negara yang dipimpinnya. Demi Allah dan RasulNya, beliau berdiri tegak berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber kekuatan. Semoga Allah swt merahmatinya.
Ada orang kata beliau ialah Kafir, Sesat dan sebagainya hanya kerana beliau menganut Islam bermazhab Syiah Imam Dua Belas. Bagi saya, lantaklah apa orang nak kata. Tuduhan melulu itu tidak sesekali menggugat kasih sayang kepada beliau. Saya menghormatinya sebagai seorang pemimpin yang berani. Anda nak tuduh saya syiah? Atau sesat? Terpulanglah kepada anda. Apa yang penting saya tidak memandang Syiah Imam Dua Belas sebagai sesat sepertimana yang dilemparkan oleh segelintir orang Sunni yang sememangnya tidak pandai mengkaji apa itu Syiah Imam Dua Belas. Hanya sekadar "Ustaz ni cakap syiah sesat", "aku dengar kawan aku kata syiah ni Kafir" dan sebagainya. Diterima bulat-bulat apa yang 'orang' cakap tanpa bertanya dahulu kepada penganut Syiah sendiri. Sungguh tidak adil kepada penganut Syiah. Jangan hanya anda didedahkan dengan informasi 'Syiah sesat' maka anda tanpa beradab dan mengkaji terus menuduh mereka sebagai sesat.
Syiah dan Sunni sama-sama mengucapkan 'Laila ha illallah Muhammad Rasulullah', sama-sama mengakui bahawa Muhammad ialah pesuruh Allah swt, sama-sama bersolat 5 waktu, sama-sama berpuasa di bulan Ramadhan, sama-sama menunaikan zakat, sama-sama mengerjakan haji di Baitullah. Bukankah semua yang saya sebutkan ialah Rukun Islam? Lantas atas dasar apakah ada antara kita yang mengkafirkan mereka?
Kalau nak kenal UMNO, kena tanya orang UMNO. Kalau nak kenal PAS, kena tanya orang PAS. Kalau nak kenal UMNO tapi tanya orang PAS, sudah tentulah ada percanggahan maklumat. Sama juga dengan kes Syiah. Nak kenal Syiah tapi bertanya kepada orang yang memang benci kepada Syiah, sudah tentulah mereka akan kata syiah ini sesat dan sebagainya. Nasihat saya, bertanya dulu penganutnya sebelum nak menghukum mereka. Paling kurang pun, kalau dah malas sangat nak tanya, pergi je melawat blog-blog Ahlul Bayt. Tak adanya di situ mereka mengkafirkan Sunni. Hanya kita sahaja yang mengkafirkan mereka!
Umat Islam adalah satu. Kita sama-sama menyembah Allah swt dan mengakui kenabian Muhammad saw. Bersatulah wahai umat Islam. Jangan sesekali fanatik mazhab.
"Ya Allah, berkatilah pemerintahan Ahmadinejad dan Ali Khomenei serta rahmatilah seluruh umat Islam di dunia ini"
Sila hayati kata-kata Ayatullah Ruhullah Khomeini di bawah:
"Those who create discord between sunni and syiah is neither sunni nor syiah"
Terjemahannya:: Sesiapa yang mencetuskan pertelingkahan antara sunni dan syiah adalah bukan dari kedua golongan ini"
Kredit kepada negara kita Malaysia sebab disebut dalam video di atas.
Saya Sayang Ahmadinejad
Posted by
Ninja Jepang
Wednesday, May 5, 2010
Labels: Islam
0 comments:
Post a Comment