Ustaz- Penghalau Hantu?


Salam to all..

"Ustaz, tolong datang rumah saya halau hantu"

Begitulah lebih kurang status Facebook (FB) saya 2-3 hari lepas. Ianya adalah untuk membuka sedikit minda sahabat -sahabat sekaligus menyindir sesetengah pihak yang menyempitkan peranan ustaz dalam drama seram/mistik. Jika dilihat peranan ustaz dan ustazah dalam drama seram, kebiasaannya peranan mereka tidak lebih dan tidak kurang hanya sebagai 'penghalau hantu' daripada seorang 'pendakwah'.

Ayat-ayat Al-Quran yang dibaca hanya digunakan sebagai mantera untuk menghalau hantu (baca: membunuh hantu). Bila hantu dibunuh, asap berkepul-kepul keluar menandakan hantu tersebut berjaya dibunuh. Salahkah fenomena ini? Tidak. Saya tidak cakap ayat Al-Quran untuk menghalau hantu itu salah. Itu memang perkara yag dituntut andai kita terkena masalah gangguan jin. Tetapi yang salahnya bila peranan ayat-ayat Al-Quran itu disempitkan penggunaannya utuk menghalau hantu.

Al-Quran ialah satu rahmat kepada umat manusia. Lantaran itu peranannnya sepatutnya lebih besar dari sekadar 'menghalau hantu'. Apalah salahnya jika ustaz dan ustazah dalam drama seram diperluaskan tugasnya sebagai pendakwah? Selain dapat memberi gambaran baik kepada ustaz ianya juga merupakan salah satu cara dakwah kepada penonton. Ini tak, bila masyarakat dah terjebak dalam kesyirikan dan khurafat, barulah ustaz -ustaz ini dipanggil untuk membantu menghalau hantu. Sepatutnya ustaz tersebut memulakan dakwahnya dari awal iaitu semasa masyarakat baru mula menjebakkan diri dalam kesyirikan dan khurafat. Bukannya hanya muncul pada babak akhir sebagai 'penghalau hantu'.

Dah tiba masanya pihak berkuasa memberikan garis panduan yang jelas dalam pembuatan filem atau drama seram supaya peranan ustaz diperluaskan dan bukannya sekadar 'penghalau hantu' semata-mata.

Wassalam..




0 comments:

Followers

Ruang Komen