Entry Yang Bosan

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw. Salam sejahtera ke atas Ali, Fatimah, Hassan, Hussein dan Ahlul Bayt serta sahabat baginda.

Bukan apa sebenarnya, entry ni pun dibuat dengan rasa malas dan annoying. Malas nak ulas panjang-panjang sebab ulas macam mana pun, orang yang bertaklid buta sememangnya tak akan berganjak dari taklid mereka

Jadilah mereka seperti yang difirmankan Allah swt dalam surah Al-Ahzab ayat 67:

"Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)"

Group 'Kiamat Sudah Hampir' banyak betul menfitnah golongan Syiah seolah-olah teruk sangat la Syiah tu. Bagus jugak lah Admin tu buat group tu, menandakan memang kiamat dah makin hampir. Yalah, Nabi pernah bersabda yang fitnah akan berleluasa sebelum tibanya kiamat. Nah, kena batang hidung sendiri. Padan muka. Dalam sibuk-sibuk nak tohmah golongan Syiah, diri sendiri pulak menunjukkan yang kiamat makin dekat.

Apa guna Amman Message ditandatangani kalau Syiah (Jaafariyyah & Zaidiyyah) tak diiktiraf? Apa guna fatwa Al-Azhar kalau Syiah tu 'yahudi'? Boleh fikir sendiri la mangkuk. Tak payah nak tohmah dan fitnah. Dah la fanatik buta, hujah ilmiah haram la nak ada. Yang dia tau, copy paste video. Lepas tu guna nafsu suka hati dia nak komen pasal video tu.

Bila ada gambar pemimpin Iran bersama orang Amerika, terus dilabel Syiah berpakat dengan Amerika.
Tapi bila Raja Saud, Hosni Mubarak dan lain-lain pemimpin Sunni siap berpeluk dengan Bush, tak pulak dikata. Nampak tak sikap bias admin group tu?

Hujah ilmiah? Tak ada.
Fitnah? Ada.
Tohmahan? Ada.

Dalam dunia ni ada dua jenis manusia;
1) Manusia yang betul-betul mengkaji dan bersikap ingin tahu. Manusia sebegini biasanya akan berhujah dengan ilmiah tanpa emosi.

2) Manusia yang bertaklid buta dan jahil. Dah la jahil, bukannya nak bertanya. Biasanya manusia jenis ni akan menjadikan caci maki sebagai zikir harian, fitnah dan tohmahan sebagai amalan. Hujah ilmiah jauh sekali. Manusia jenis ni tak boleh dibawak berbincang dan berdialog. Apa yang dia tahu buat hanya mengutuk, mengutuk dan mengutuk.

Anda pilihlah nak jadi manusia yang mana. Yang pertama atau yang kedua. Kamu pun ada akal, kamu boleh pilih yang mana kamu rasa baik untuk kamu.

Admin group Kiamat Makin Hampir? Shame on you.

Sekian

P/s: Tidak dinafikan memang ada post group tersebut yang bermanfaat. Segala ketidakpuasan hati di atas merujuk kepada post fitnah ke atas syiah dan bukannya keseluruhan post.



2 comments:

nurhashimah hashim June 22, 2010 at 8:37 PM  

pening memikirkan ape yg berlaku kini..
antara syiah n sunni..
ada yg berkata benar ada tg x..
susah nk jawab soalan2 yg diutarakan rakan2 kpd saya tentang anda..
tentang syiah..

Nik June 22, 2010 at 11:55 PM  

anda boleh pilih untuk menjadi golongan yang saya sebutkan di atas..

tak payah nak persoalkan siapa yg betul dan siapa yg salah..

sekarang ni kena tgk yg mana benar2 ikut sunnah nabi..

Followers

Ruang Komen