The Arrival: Satu Bencana Kepada Si Fanatik


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw. Sejahtera ke atas Ali, Fatimah, Hassan, Hussein dan Ahlul Bayt.

Bila saya buka thread The Arrival: Freemason Malaysia di Iluvislam, saya dapat agak respon yang diterima pasti respon positif khususnya bagi para conspirasist yang semakin menular di kalangan umat Islam masa kini


.


Siri dokumentari The Arrival saya tidak nafikan ianya merupakan sesuatu yang baik kerana ia membuatkan umat Islam terfikir dan membuka minda seluas-luasnya mengenai perancangan Yahudi dalam menakluk dunia. Namun, dalam komen-komen positif yang diberikan oleh user saya tertarik dengan komen yang dikutip dari seorang blogger fanatik yang begitu mudahnya mentakfirkan Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad kononnya beliau ialah ahli Freemason hanya kerana gambar beliau membuat isyarat jari lambang syaitan (entah betul ke tak tu lambang syaitan). Hanya kerana gambar itu, begitu mudahnya para fanatical conspirasist mentakfirkan beliau. Nauzubillah!


Saya menonton siri itu, namun saya tidak menerimanya 100% benar. Saya menontonnya hanya sekadar suka-suka dan mencedok ilmu mana yang baik. Saya bukannya peminat konspirasi jauh sekali untuk menerima 100% konspirasi yang disampaikan. Ianya hanya sekadar konspirasi! Bukannya bukti! Untuk apa nak percaya bulat-bulat? Tanya diri kita, siapa sebenarnya yang kita percaya? Petunjuk konspirasi yang entah betul ke tidak ataupun petunjuk wahyu Illahi? Allah swt dah turunkan Al-Quran, Hadis yang disampaikan oleh Rasulullah, dua-dua dah cukup lengkap. Nak apa lagi?


Berikan saya bukti bersumberkan Al-Quran dan Hadis yang menyatakan bahawa segala binaan atau pun simbol –simbol yang berkaitan Yahudi ialah untuk menyambut ketibaan Dajjal?




Berikan saya satu bukti bersumberkan Al-Quran dan Hadis bahawa Dajjal mahir dalam Ilmu Sains seperti mana yang diwar-warkan oleh para conspirasist?




Mungkin nanti ada orang kata “Bukti depan mata, boleh fikir sendiri”. Kalau begitu tiada gunalah Al-Quran diturunkan kalau nak guna logik akal sendiri! Berfikir tu baik tetapi mestilah berlandaskan wahyu bukannya akal semata-mata.



Saya risau bukan kerana apa tetapi risau umat Islam percaya sepenuhnya pada The Arrival sehingga meletakkan Al-Quran dan Sunnah di belakang. Saya risau bila ada antara kita begitu mudah melatah dengan simbol-simbol yang tak jelas. Sebagai contoh, lihat sahaja lah kes logo kasut crocs, clip art dan bermacam-macam lagi kes yang karut. Inilah salah satu kesan pemikiran conspirasist.


Membuatkan umat Islam melatah tak tentu pasal, membuatkan umat Islam prejudis dengan orang lain, membuatkan umat Islam menjadi takut dengan simbol-simbol. Apa benda ni?


Saya tak kata The Arrival salah cuma satu benda yang kita kena ingat ialah jangan terima 100% apa yang disampaikan. Jangan jadi taksub, jangan fanatik sangat.


Seperti kata seorang krew Iluvislam, dalam kita sibuk nak mengkaji pasal Dajjal ni, apa yang kita nak buat kalau berjumpa dia? Nak belanja makan? Nak tembak? Nak ketuk dengan senduk?


Kamu fikirlah sendiri. Cukuplah kita dengan pesanan Rasulullah saw untuk membaca dan mengamalkan 10 ayat terawal (pendapat lain mengatakan 10 ayat terakhir) surah Al-Kahfi.



P/s: Adakah The Arrival juga merupakan satu konspirasi Yahudi? Jeng jeng jeng~




2 comments:

Seema_Suraya July 4, 2010 at 7:25 PM  

salam..

tahniah..artikel yg mengingatkan saya agar tidak terlalu percaya 100% d ARRival..

ingat ke semua yg ada kat d ARRival tu benar..

artikel yg mnarik..
teruskan mmberi info kpda kami followers blog anda ini.. =)

Ninja Jepang July 6, 2010 at 2:20 AM  

Salam...

Syukran kerana membaca..

Saya tak katakan The Arrival itu tak betul.. cuma ianya berbahaya kepada sang fanatik..

Boleh menonton asalkan tidak membuatkan anda prejudis dan percaya bulat2 kepada siri ini..

wallahualam

Followers

Ruang Komen