Solat golongan Syiah (Ketika ini ialah rakaat kedua, mereka membaca doa Qunut sebelum rukuk. Solat mereka ialah dengan meluruskan tangan di sisi)
Kita di sini sibuk-sibuk nak mengkafirkan orang lain,
Kita di sini sibuk nak kata "mazhab ni sesat",
Kita di sini sibuk nak tuduh orang ni 'tentera Dajjal"
Kita di sini sibuk memikirkan masalah furu' daripada masalah lain,
Maka jadilah kita seorang yang tak maju-maju. Sini-sini jugaklah nak mengkafirkan orang lain, sedangkan sana-sana sibuk nak menyatupadukan umat Islam,
Dalam masa yang sama musuh-musuh jugaklah di tengah-tengah melagakan umat Islam
"Kita Muslim sibuk membincangkan apakah kita wajar mendekap tangan atau meluruskan tangan ketika bersolat, sedangkan musuh Islam membincangkan bagaimana untuk memotong tangan umat Islam"- Ayatullah Ruhullah Al Mousavi Al Khomeini, pengasas Revolusi Islam Iran 1979
Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Ali, engkau dan syiahmu kembali kepadaku di Al-Haudh dengan rasa puas dan wajah yang putih. Sedangkan musuh-musuh mereka kembali ke Al-Haudh dalam kehausan." (Ibnu Hajar, Ash-Shawaiq Al-Muhriqah, hlm. 66, cet. Al-Maimanah (Mesir); Allamah Shalih At-Turmudzi, Al-Manaqib Al-Murtadhawiyah, hlm. 101, cet. Bombay)
10 comments:
salam nik,
nak bertanya sikit pasal syiah ni.
betul ke syiah menghina sahabat rasulullah saw macam abu bakar ra, omar ra, juga menghina isteri nabi aishah rah.. betul ke?
boleh nik bagi pejelasan sedikit,
kalau takde angin pokok takkan bergoyang,
betul ke di teheran tiada masjid sunni, ulama sunni pun dibunuh di bandar tu.. betul ke?
betul ke imam-imam syiah sendiri yg mengkafirkan sahabat nabi, betul ke?
mohon pencerahan.
Abdullah Bin Saba’ Dari Sumber Syiah
Rata-rata tersebar dan diketahui umum pengikut Syiah bahawasanya Abdullah bin Saba’ ialah suatu identiti khayalan yang tidak wujud pada hakikatnya. Golongan Ahli Sunnah di tuduh sengaja mereka-reka identiti ini untuk menghentam kepercayaan Syiah. Mereka menggelarnya sebagai pengasas Syiah untuk menjauhkan orang ramai daripada Syiah dan Mazhab Ahli Bait. Apakah orang Syiah tidak sedar atau tidak membaca pengakuan ulama kanan Syiah sendiri mengakui keujudannya ?
Berikut saya petik sebahagian tulisan Al- Syeikh Al-Allamah Dr. Sayid Husain Al-Musawi Al-Husaini dari Buku Terjemahan Mengapa Aku Tinggalkan Syiah.
Berkata al-Naubakhti [1] Mengenai Abdullah bin Saba :
(Golongan al-Saba’iyyah mengatakan Ali a.s. berhak menjadi Imam selepas Nabi s.a.w dan ia merupakan satu kewajipan daripada Allah . Mereka itu merupakan puak Abdullah bin Saba’. Dialah antara orang yang memfitnah dan memburukkan nama Abu Bakar, Umar, Usman dan para Sahabat. Beliau berlepas diri daripada mereka dan berkata: “Sesungguhnya Ali a.s yang menyuruhnya berbuat begitu”. Maka Ali menangkap dan bertanyakan tentang kata-katanya. Dia mengakui perkara tersebut lalu Ali a mengarahkan supaya dia dibunuh, maka orang ramai berteriak: “Wahai Amirul Mukminin! Adakah kamu mahu membunuh orang yang menyeru kepada mencintai mu, Ahli Bait, penguasaan mu dan berlepas diri daripada musuh-musuh mu?” Maka beliau membuang Ibnu Saba’ ke luar negeri.
Sebahagian Ahli Ilmu meriwayatkan bahawa Abdullah bin Saba’ dahulunya ialah seorang Yahudi dan memeluk Islam. Dia menjadi pengikut dan penyokong Ali a. Semasa di dalam Agama Yahudi dia berkata pada Yusya’ bin Nun selepas Nabi Musa a.s dengan ucapan sebegini. Maka di dalam Islam dia mengatakan pada Ali bin Abu Talib. Dia merupakan orang
berlepas diri daripada musuh-musuhnya, sebab itulah orang yang bertentangan dengan Syiah mengatakan: Sesungguhnya asal al-rafdhu[2] itu diambil daripada Yahudi.”)
}فرق الشيعة{ m/s 32-44
http://aburedza.wordpress.com/2010/01/12/abdullah-bin-saba%E2%80%99-dari-sumber-syiah/
Salam,
Fakeh,
Terima kasih atas perkongsian anda.. Saya amat menghargainya..
@ Abu Bakar,
Saya cabar anda mencari dalam kitab syiah yang menyeru pengikutnya untuk menghina/mengkafirkan Abu Bakar, Umar, Usman dan Aisyah. Kamu tidak akan menjumpainya..
Syiah berpendapat bahawa sahabat juga manusia biasa dan tidak terlepas dari penilaian Al-Quran sedangkan Sunni percaya bahawa semua sahabat itu adil dan baik. Pandangan syiah terhadap sahabat bertepatan dengan sabda Rasulullah:
“Aku akan mendahului kalian sampai di Al Haudh dan akan dihadapkan kepadaku beberapa orang dari kalian. kemudian ketika aku memberi minum mereka, mereka terhalau dariku maka Aku bertanya “Wahai Rabbku mereka itu sahabat-sahabatku. Dia menjawab “engkau tidak tahu apa yang mereka perbuat sepeninggalmu”. [Shahih Bukhari 9/46 no 7049] diriwayatkan juga dalam Shahih Muslim 4/1796 no 2297.
Saya tidak tahu mengenai Tehran tetapi mengenai masjid sunni tiada dan ulama sunni dibunuh, ianya adalah satu mitos dan rekaan musuh. Anda boleh baca buku
Travelog Iran, maka anda akan dapati adanya masjid sunni dan masyarakat sunni-syiah hidup aman damai serta boleh berkahwin sesama mereka.
Omar Osman,
Buku "mengapa aku tinggalkan syiah" sudah dijawab oleh golongan syiah. Ternyata buku itu merupakan satu rekaan da mitos yg dibuat oleh musuh. Terdapat banyak inconsistency dalam kenyataan penulis buku tersebut.
Mengenai abdullah bin saba', ianya juga adalah satu mitos dan watak khayalan dan dibuktikan sendiri oleh tesis pakar sejarah UM.
Sekian
Sememangnya jika dicari segenap buku sahih syiah pun takkan terjumpa. Kerana seruan itu bukan hadir dalam secara terus tetapi hadir dari segi hadis yang diolah dari maksud sebenarnya. Maka ternampaklah segala tindakan sahabat yang bersalah terhadap Ali dan keluarganya walaupun ada sebab-musabab terjadinya sedemikian.
-sekadar menulis masih dalam kajian-
Kalau begitu, sila lah jelaskan hadis yang kononnya diolah dari maksud sebenar kepada maksud yang sebenar..
Semua cerita mengenai sahabat dijumpai dalam kitab-kitab sejarah Ahli Sunnah sendiri.. Terpulang kepada anda sama ada untuk menerima @ menolaknya..
Satu benda yang harus anda perlu buat sebelum mengkaji ialah membuang sikap fanatik mazhab dalam jiwa anda.. Membuka fikiran anda seluas-luasnya..
Sesungguhnya Ali bersama kebenaran..
Akan sampai masanya akan dipaparkan. Sekarang perlu dijelaskan dengan orang yang lebih arif.
Segala sebab musabab yang berlaku dalam kalngan sahabat sehingga tercetusnya peperangan, semuanya ada sebab-musabab yang lebih logik berbanding terus menghukum kesalahan mereka.
Dalam penulisan sejarah sahabat, terdapat 5 procedure yang wajib diikuti kerana kita sedang menulis tentang sahabat yang didalamnya mendapat kepastian keredhaan Allah azza wajalla seperti Abu Bakar.
Semua riwayat mengenai peristiwa itu bukanlah dicatat on the spot, tetapi di dengar daripada si fulan daripada si fulan dan daripada si fulan.
Sememangnya riwayat itu daripada kitab sejarah Sunni sendiri, tetapi Syiah telah mentakwil palsu menjadikannya maksud itu menyalahi peristiwa berkenaan.
Contohnya, Umar Al-Khattab menebang pokok di Baitul Ridwan. Syiah menganggap Umar melakukan kesalahan kerana menghilangkan bukti sejarah. Tetapi Umar mumpunyai sebab yang kukuh untuk menebabgnya apabila beliau melihat ramai orang solat dan mengambil berkat (tabaruk) daripda pokok itu.
Dan banyak lagi..Akan diulas kemudian.
Hanya satu sahaja soalan untuk ditanya diri kita..
"Adakah wajar kita(umat terkemudian) mencela sahabat sungguhpun mereka melakukan kesalahan berbanding pengorbanan mereka terhdap Islam? Bandingkan dengan diri kita sekarang. Apa pengorbanan kita terhadap Islam berbanding mereka? Tanya dengan Iman.".
Benar apa yang dikata..
Siapa pula yang mengatakan Syiah mencela sahabat? Apa yang syiah lakukan hanya mendedahkan kesalahan sahabat dan membuktikan bahawa sahabat itu tidak maksum. Persoalan mencela, melaknat itu dibuat atas kapasiti individu bukannya intipati ajaran syiah sendiri..
Rasulullah mengkhabarkan bahawa Ammar bin Yassir akan dibunuh oleh kelompok pembangkang. Siapakah kelompok pembangkang itu? itulah kelompok muawiyah bin abu sufyan yang telah melancarkan peperangan terhadap Imam Ali. Apakah sebab-musabab yang membuatkan muawiyah berani menentang Imam Ali? Siapakah pula di dalam kebenaran? Berdasarkan hadis yang disampaikan oleh Rasulullah, tampak jelas bahawa Imam Ali berada dlm kebenaran.
Tak tahulah kalau lepas ni ada yang kata Muawiyah menentang ALi kerana mempunyai sebab yang kukuh etc etc..
Bagaimana pula dengan pengharaman Nikah Mut'ah oleh Umar sedangkan Allah telah menghalalkan di dalam Al-Quran? Sehingga Imam Ali berkata "Sekiranya Umar tidak mengharamkan mut'ah nescaya tidak akan ada perzinaan sampai hari kiamat kecuali orang yg benar2 jahat"
Sekurang-kurangnya Syiah mempunyai dalil yang kukuh untuk tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah sahabat malah ia tidak membuatkan syiah jatuh kafir.
Baiklah. Syiah tidak mencela dan hanya tidak menghormati mereka.
Persoalan mengenai Muawiyah dalam Perang Siffin adalah berbeza daripada pandangan ASWJ.
Sebelum itu, perlu diketahui bahawa Muawiyah adalah jurutulis wahyu dan nabi pernah bersabda dan direkod dalam sahih bukhari no 2924:
“Pasukan pertama daripada kalangan umatku yang berperang di laut, telah dipastikan bagi mereka (tempat di syurga).”
Mengikut fakta sejarah, Muawiyah adalah orang pertama memimpin armada laut semasa zaman Khalifah Usman.
Adapun pula dalam perang siffin, kedua-dua mereka tidak inginkan pertumpahan darah. Muawiyah mendesak Ali RA menghukum terlebih dahulu pembunuh Usman sebelum membaiah Ali RA.
Namun, dari sdut ini, sememangnya Ali RA lebih mendekati kebenaran kerana Ali RA adalah pemimpin dan langkah muawiyah yang sepatutnya diambil ialah membaiah Ali terlebih dahulu dan kemudian baharulah berbincang mengenai penangkapan pembunuh Usman.
Tapi kita perlu tahu, dalam keadaan provokasi sedemikian, ada segelintir orang ketiga yang inginkan peperangan. (lihat sahaja contoh penyokong pas dan bn apabila bertemu, pasti ada segelintir yang akan membaling botol dan sembunyi tangan).
Bagi nikah mut'ah, ASWJ melalui ijmak ulama mengharamkannya atas beberapa sebab antaranya nikah mut'ah tidak sampai kepada hikmah perkahwinan.
Saya tertanya-tanya, adakah dalam hadis riwayat syiah memuji atau menceritakan pengorbanan abu bakar dan umar? Sedangkan dalam sahih sunni menceritakan kemuliaan Ali.
Hadis yang disampaikan oleh anda ialah:
Telah menceritakan kepadaku Ishaaq bin Yaziid Ad-Dimasyqiy telah menceritakan kepada kami Yahyaa bin Hamzah, ia berkata telah menceritakan kepadaku Tsaur bin Yaziid, dari Khaalid bin Ma’daan bahwa ‘Umair bin Al-Aswad Al-‘Ansiy telah menceritakan kepadanya bahwa dia pernah menemui ‘Ubaadah bin Ash-Shaamit ketika dia sedang singgah dalam perjalanan menuju Himsh. Saat itu dia sedang berada di rumahnya, dan Ummu Haram ada bersamanya. ‘Umair berkata “Maka Ummu Haram bercerita kepada kami bahwa dia pernah mendengar Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Pasukan dari umatku yang pertama kali berperang dengan mengarungi lautan, telah diwajibkan padanya [pahala]“. Ummu Haram berkata : Aku katakan : “Wahai Rasulullah, apakah aku termasuk di antara mereka ?”. Beliau bersabda : “Ya, kamu termasuk dari mereka”. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kembali bersabda : “Pasukan dari umatku yang pertama kali akan memerangi kota Qaishar [Romawi] akan diberikan ampunan”. Aku katakan : “Apakah aku termasuk di antara mereka, wahai Rasulullah ?”. Beliau menjawab : “Tidak” [Shahih Al-Bukhaariy no. 2924].
1) Hadis ini tidak mengkhususkan kepada Muawiyah.
2) Jika disemak balik sejarah, terdapat banyak lagi fakta yang berlawanan dengan hadis keutamaan Muawiyah ini. Contohnya:
a) Dan Rasulullah SAW bersabda “kasihan Ammar, ia dibunuh oleh kelompok pembangkang. Ia mengajak mereka ke surga, mereka malah mengajaknya ke neraka. Ammar berkata “Aku berlindung kepada Ar Rahman dari fitnah”. [Musnad Ahmad 3/90 no 11879 shahih oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth]
b) Nahjul Balaghah Jil. 1 hlm. 464 menyatakan : “Pada akhir khutbah Jumaat, Muawiyah mengatakan : “Ya Allah, laknatlah Abu Turab, dia yang telah menentang agama-Mu dan jalan-Mu, laknat dia dan hukum dia di neraka!” Muawiyah inilah yang memperkenalkan bid’ah terbesar dan terburuk ini kepada khalayak umat Islam pada masa kekuasaannya hingga masa Umar bin Abdul Aziz.”
c) Mu’jam al-Buldan Jil. 1, hlm 191, ‘Allamah Yaquut Hamawi menyatakan : “Atas perintah Mu’awiyyah, ‘Ali dilaknat selama masa kekuasaan Bani Umayyah dari Masyrik (Timur) hingga Maghrib (Barat) dari mimbar-mimbar Masjid.”
d) “Semoga Allah tidak akan mengenyangkan perutnya, yakni perut Mu’awiyah.”
Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Dawud Ath-Thayalisi di dalam kitab Musnad-nya (2746), ia memberitahukan, “Saya mendapatkan hadits dari Hisyam dan Abu Awanah dari Abu Hamzah Al-Qashlab, dari Ibnu Abbas:
“Rasulullah e memanggil Mu’awiyah untuk menuliskannya. Lalu ada yang berkata kepada beliau, “Dia sedang makan.” Kemudian memanggilnya untuk kedua kalinya. Tetapi orang itu juga berkata, “Dia sedang makan.” Lalu Rasulullah bersabda: (kemudian perawi menyebutkan hadits di atas).” (Syeikh Albani berpendapat sanad ini sahih)
Cukuplah 5 fakta yang menunjukkan keburukan Muawiyah.
Nikah Mu'tah.. Allah menyebutnya dalam Al-Quran dan ianya dibolehkan. Kalau ianya diharamkan kerana tidak sampai kepada hikmah perkahwinan, mengapa pula Rasulullah menyuruh sahabat melakukannya?
Baiklah.. Saya menerima hadis tersebut tapi tidak mengakui darjat-darjatnya selagi saya tidak tahu kedudukan yang sebenar.
Berkaitan nikah mut'ah, ijmak mengharamkan seperti mana yang saya katakan tadi.
Sungguhpun Rasulullah membenarkannya, tetapi adakah Rasulullah juga mengamalkannya? Jika kita ingin jadikan nabi sebagai contoh teladan, pastilah kita mengikut apa yang beliau lakukan. InsyaAllah nanti akan diulas lebih lanjut.
Post a Comment