Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, salam sejahtera ke atas Ali, Fatimah, Hassan, Hussein dan Ahlul Bayt yang tercinta.
Penegasan pertama:
Saya adalah Sunni yang tidak fanatik mazhab dan menerima mana-mana hujah dan dalil yang kuat daripada mazhab lain termasuk mazhab Syiah Imamiyyah. Mengapa saya banyak menulis mengenai Syiah? Ini kerana saya menganggap mereka (syiah) adalah Islam dan saudara seagama saya dan wajib bagi saya untuk mempertahankan mereka daripada tuduhan-tuduhan melulu dan fitnah. Saya menghormati Ayatullah Ruhullah Mousavi Khomeini sebagai seorang ulama yang agung (great ulama) dan pengasas Revolusi Islam Iran. Semoga Allah merahmatinya. Secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah untuk makan bersama, malah bersolat di belakang seorang penganut Syiah Imamiyyah kerana mereka adalah Islam. Saya juga menghormati Ayatullah Ali Khomenei, Ayatullah Ali Sistani, Mahmoud Ahmadinejad dan mana-mana ulama tanpa mengira mereka dari mazhab Hanafi, Hanbali, Syafie hatta Syiah Imamiyyah sekalipun. Kerana apa? Kerana kita dituntut untuk menghormati ulama dan alhamdulillah saya mengikut tuntutan tersebut.
Penegasan kedua:
Saya agak menyampah dan sinis dengan mana-mana individu yang mendakwa hanya mazhab mereka sahaja yang diterima Allah dan lain-lain mazhab yang tidak selari dengan mazhab mereka adalah terkeluar dari jalan yang benar. Tidak ada mana-mana pengisytiharan yang mengistytiharkan hanya mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah sahaja yang benar dan confirm masuk syurga. Saya amat anti kepada mana-mana individu yang fanatik mazhab dan dengan beraninya mengkafirkan serta men'sesat'kan mazhab lain hanya kerana fatwa-fatwa yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Golongan ini saya labelkan sebagai fanatik buta. Dah la fanatik, tidak pula mahu menerima pendapat dari mazhab lain. Kamu mendakwa mengikut Sunnah Nabi tetapi kamu tidak pula mengikut sabda Nabi yang melarang kita mengkafirkan atau men'sesat'kan orang yang mengucap syahadah. Mengkafirkan orang lain merupakan sunnah Nabi yang mana?
Penegasan ketiga:
Syeikh Mahmood Syaltut (Fatwa Syaltut) dan Syeikh Ali Jumuah kedua-duanya adalah ulama Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa Syiah Imamiyyah adalah Islam dan beramal dengan mazhab ini adalah sah. Untuk pengetahuan, Al-Azhar adalah pusat institusi ilmu penganut Sunni(meskipun ianya diasaskan oleh penganut Syiah). Bila Al-Azhar sudah mengisytiharkan bahawa Syiah Imamiyyah adalah Islam maka tidak ada lagi keraguan untuk menganggap mereka adalah saudara seagama kita. Tidak dilupa juga Amman Message yang ditandatangani oleh 500 ulama terkenal dunia antaranya Syeikh Yusuf Qardhawi dan Ayatullah Ali Sistani telah sepakat untuk mengytiharkan Syiah (Jaafariyyah dan Zaidiyyah) adalah Islam dan haram bagi umat Islam untuk mengkafirkan mereka. Rasanya kalau ada seribu fatwa pun, umat Islam masih lagi tak boleh terima keislaman Syiah Imamiyyah. Sebab apa? Sebab nya ialah kefanatikan melampau terhadap mazhab.
Penegasan keempat:
Apakah kewajipan umat Islam bila berdepan dengan fitnah? Antara kewajipan umat Islam bila berdepan dengan fitnah ialah kita wajib mendengar penjelasan kedua belah pihak. Dalam kes ini, kebanyakan kita selalu memandang Syiah dari kaca mata Sunni dan jarang-jarang sekali kita mendengar dari pihak yang satu lagi. Berlaku adillah dalam kes ni. Jangan kita menjadi seorang yang bertaklid buta dan berlaku zalim ke atas orang lain yang tidak sefahaman dengan kita.
Oleh sebab saya tidak tahan mendengar fitnah daripada penganut Sunni terhadap Syiah, maka saya dan seorang lagi kawan bertanya dengan seorang ustaz yang mengikut mazhab Syiah Imamiyyah ataupun lebih mesra dipanggil mazhab Ahlul Bayt. Dalam pertanyaan itu, kami mengajukan soalan-soalan panas yang seringkali digunakan oleh penganut Sunni untuk menghalalkan tuduhan mereka terhadap Imamiyyah. Alhamdulillah kami sudah melaksanakan tanggungjawab kami dan bukannya seperti orang lain yang hanya mengambil fatwa Jakim yang entah tahun berapa untuk mengkafirkan Syiah. Tak tahukah bahawa sekitar 1984(kalau tak silap), Syiah Imamiyyah dibolehkan untuk diamalkan di Malaysia?
Antara persoalan yang kami utarakan ialah persoalan sahabat, nikah mutaah dan Al-Quran 40 juzuk. Dan kami amat berpuas hati dengan semua jawapan yang diberikan oleh ustaz tersebut.
Penegasan kelima::
Jangan menggunakan alasan Taqiyyah untuk tidak mempercayai hujah golongan Imamiyyah. Kerana alasan Taqiyyah adalah alasan sampah yang layak dibuang ke tangki najis. Taqiyyah disamakan dengan munafik. Gila apa? Munafik ialah menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keimanan sedangkan Taqiyyah ialah menyembunyikan kebenaran dan menzahirkan kekufuran. Taqiyyah dibolehkan untuk mengelak ancaman nyawa dan maruah. Kalau kamu nak pergi ke negara Barat, beranikah kamu declare diri kamu sebagai muslim di depan mereka yang anti-islam? Sudah tentu tidak. Itulah namanya taqiyyah.
Rasa-rasanya dah cukup saya jelaskan pendirian saya. Tak tahulah pulak kalau lepas ni saya pulak dilabel 'sesat' dan 'kafir'. Al-maklumlah kita ni sensitif.......... Ada yang berdakwah berdegar-degar tapi bila masuk bab Syiah, terasa ringan lidah untuk mengkafirkan..........
-Riwayat Muslim-
Wassalam
8 comments:
Sesungguhnya saya berlepas diri daripada melabelkan Syiah Imamiah itu sesat dan kafir.
Apa yang penting adalah mengekalkan diri dalam akidah ASWJ sehingga akhir hayat
Apa yang penting ialah mencari kebenaran.. mengikut yang mana satu yg benar2 mengikut sunnah nabi..
Syabas penulis.keberanian, kebersihan minda serta kesucian akhlak seperti ini lah yang diharapkan dari kalangan ASWJ. Subhanallah, Dajjal sudah ada di ambang pintu, tapi kita sibuk mengkafirkan satu sama lain. Kaum Muslimin sedarlah, sesunggugnya di antara kita, golongan2 pemuka agamalah kadangkala musuh2 yang menanam kebencian dalam hati umat Islam terhadap satu sama lain. Semoga Allah mendedahkan rencana mereka!
Sallam'alaykum w.b.t. adakah anda semua mengikuti sunnah yang telah di tetapkan oleh nabi s.a.w.?? Tetapi kenapa anda menafikan ucapan jawab sallam ? Ana juga seorang yang mempercayai kebenaran ilahi tetapi tidak pernah bersangka buruk pda mna2 mazhab!! Jika anda islam tunjukkn bukti ! anda seorg islam yang berkaliber !!(benar2 islam)Ana adalah islam yang berada di pertengahan jalan menuju ilahi (seimbang) mengikut kemampuan, Bukan ikut sedap haty n mulut shja memperkotakan mazhab org itu org ini tidak bagus @ sesat ~ tetapi bagaimana dengan diri anda sesat @ sebaliknya? Jgn ucap/bicara sebarangan kita tidak tahu asal usul zaman nya sbb kita lahir kt dunia nie lambat berbanding mereka yang sudah lama mengenali mazhab2 ana suka pda mazhab syiah kerana memberi keamanan bagi penganutnya bukannya menyeksa spti skrg ini ( malaysia) sudah memasuki zaman jahiliah !! membuang anak ! itu name nya islam? @ islam atas nama? @ keturunan? @ sebaliknya org berfikir guna akal fikiran bukan guna emosi @ haty @ otak ~ jdi berwas-was pada ~
Adakah kamu merelakan isteri Rasulullah SAW dituduh sebagai pelacur? dan adakah wajar Sahabat2 Rasulullah seprti Abu Bakar, Umar, Usman dan yg lainnya dituduh kafir kamu mendiamkan? Dimana akidah kamu? dan dimanakah kedudukan kamu sebagai muslim? Sesunguhnya orang munafik memang pintar berputar lidah. Layak neraka tempat kekal abadi..
Imano,
Hebat! Komen kamu di atas layaknya dibuang ke tong sampah. Kerana ianya fitnah.
Sekian
Xada persamaan antara Sunnah dengan Syiah..1. Rukun Iman 2. Rukun Islam 3 Al Quran 4. Hadis..keempat empat perkara di atas berbeza..Sunnah ada 6666 ayat Quran, Syiah ada 17000 ayat Quran. Sunnah guna Sahih Bukhari, Muslim dan Sunan Sittan..Syiah guna Usul Kafi, Al Tahzib, Yahdururul Faqih sebgai kitab Hadis..jadi xada mkna berdebat..sumber kita berbeza, jika pada satu sumber baru ada logik berdebat." Lakum Di Nukum Waliyaddin "Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku.
Tapi ustaz saya pernah berjumpa seorang insan. beliau mengaku dirinya pengikut syiah sebelum ini dan dan telah brtaubat. Apa mknanya? Sedangkan dia dilahirkaN di kalabara dan mnjadi org kuat syiah. Namun kini beliau mengaku pernah mgaku mnjd seorg syiah dan mmklumkan... spnjgn pmbljarannya dan mnjadi cemerlang, trdpt bnyk prcanggahan namun gurunya mminta beliau mnerimanya sprtimana golo golongan sblm. kini, beliau adlh seorg pengikut islam dan tlah mgkhabarkan bahayanya syiah. Pada dasarnya, umat islam akn mlalui zaman kjatuhn sblm kiamat. Skrg! Namun ingatlah suatu ketika nnt, kita akaan kuat mereka dtumakskan
Post a Comment