Iran



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata, "Kami sedang duduk bersama para sahabat Rasulullah saw ketika Surah Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat " ... Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang ..."

Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami adalah Salman al-Farisi. Rasulullah saw berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, "Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya." (Sahih Muslim, Kitab al-Fada'il as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, halaman 108).

Apakah bangsa Salman Al- Farisi?

Allah SWT dalam surah Muhammad ayat 38, berfirman, "Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

Ketika turun ayat ini, para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang akan menggantikan kami? Baginda menepuk bahu Salman al-Farisi dan bersabda, "Dia dan kaumnya! Dan jika agama berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya yang akan mengambilnya adalah lelaki dari bangsa Farsi." (Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 4, halaman 182)

1 comments:

Inche gabbana October 12, 2010 at 2:35 PM  

Inche (anda lelaki kan..?), saya tgk blog anda amat persis dengan blog faisal tehrani. Adakah anda berdua berada di dalam sekolah pemikiran yg sama..?

dan oh, dalam shiah sendiri ada pelbagai mazhab. ada mazhab yg btol2 sesat; di mana mereka mendakwa imam2 mereka maksum, Jibril tersalah bagi wahyu pada Rasulullah SAW dan sebagainya.

Tp mmg ada mazhab shiah yg sgt dekat dgn ahlul sunnah wal jamaah, tp saya tak berapa pasti yg mana.. ^^" yg itu mmg kita terima dan anggap sebagai saudara seIslam kita. saya pasti inche juga sudah membuat kajian ttg hal ini.

allahu a'lam. hanya pandangan dr seorang hamba yg naif..

Followers

Ruang Komen