Yasmin Ahmad Meninggal Dunia

PETALING JAYA 25 Julai - Pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara (HPD) di sini hari ini akibat pendarahan dalam otak berpunca daripada penyakit strok.

Allahyarham Yasmin, 51, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.25 malam selepas dimasukkan ke HPD sejak kelmarin.

Yasmin koma selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala akibat serangan strok tersebut.

Menurut sahabat karib Allahyarham, Fatimah Abu Bakar, Yasmin menghembuskan nafas terakhir di sisi suami beliau, Tan Yew Leong serta adik-beradiknya.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang juga kawan baik Yasmin.

Jenazah Allahyarham Yasmin akan dikebumikan sebelum solat Zohor di tanah perkuburan yang akan ditentukan kemudian.

"Jenazah Allahyarham juga akan dibawa ke Masjid SS19 Subang Jaya untuk disembahyangkan serta memberi peluang kepada rakan-rakan yang mengenali Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir," kata Fatimah yang mewakili keluarga Allahyarham Yasmin kepada wartawan pada sidang akhbar di HPD lewat malam ini.

Khamis lalu, Allahyarham Yasmin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Pakar Damansara selepas pengsan ketika membentangkan kertas kerja di TV3, Bandar Utama di sini.

Pengarah filem prolifik itu tidak sedar diri sejak itu.


Aku kata: Al- Fatihah kepada Allahyarhamah.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Dah nampak kan.. Ajal maut di tangan Allah.. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 78:

"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di
dalam benteng yang tinggi lagi kokoh,"

Ade artis tu dapat tengok live masa Allayarhamah rebah di Tv3.. Harap artis tersebut dan artis-artis lain insaf dan mula menutup aurat dalam erti kata yang sebenar.. Wallahualam...

Followers

Ruang Komen