Hari tu aku ada mendapat SMS dari seorang sahabat baik aku. Perempuan la.. Dia tanya aku "salahkah jadi muslimah?"
Aku kata tak salah dan bla bla bla.. Tak payah cerita la kat sini..
Lepas tu, aku mula terfikir, kenapa mesti kata perkataan 'muslimah'. Soalan yang ditanya tak salah tapi penggunaan perkataan 'muslimah' tu yang aku rasa ada yang tak kena.
Muslimah bermaksud wanita/perempuan islam. Kalau ditafsirkan balik pertanyaan sahabat ni tadi ia akan menjadi "salahkah jadi perempuan islam?" Persoalannya ialah kenapa mesti kata 'muslimah'? Adakah kalau disebut 'muslimah'. automatik akan terbayang di kepala kita ialah seorang perempuan yang memakai jubah dan bertudung labuh? Setakat ini sahajakah tafsiran kita terhadap perkataan 'muslimah'? Jujurnya, aku juga berfikiran seperti ini. Namun, inilah sebenarnya minda yang patut diubah.
Kalau lah 'muslimah' tu bermaksud perempuan yang memakai jubah dan bertudung labuh, apakah pula panggilan atau lebih tepat lagi label yang diberikan kepada perempuan islam yang tidak menutup aurat? Walaupun mereka tidak menutup aurat, mereka masih lagi beragama islam. Adalah tidak adil jika kita memanggil golongan 'surau' sebagai muslimah tetapi tidak kepada golongan 'non surau'.
Mungkin ada yang berpendapat 'muslimah' diberi kepada mereka yang beramal dengan islam dengan sepenuhnya. Pendapat ini mungkin benar dan mungkin juga salah. Memang aku akui kalau nak jadi islam, ajaran islam mesti diterapkan dengan sepenuhnya di dalam diri setiap individu muslim. Tetapi adakah hanya kerana mereka tidak menutup aurat, maka kita sewenang-wenangnya mengatakan mereka tidak layak dipanggil 'muslimah'? Tidak memakai tudung tidaklah menyebabkan mereka terkeluar dari islam. Tetapi ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Kalau tak nak termasuk dalam golongan orang yang berdosa besar, baik pakai tudung..
Lindungilah rambut anda daripada bakaran api neraka.. wallahualam..
Ada Apa Dengan Muslimah
Posted by
Ninja Jepang
Thursday, November 19, 2009
Labels: Kaum Hawa
1 comments:
membaca seluruh blog, cukup bagus
Post a Comment