[Motivasi] Jangan Kamu Salahkan Sesiapa

Di lobi sebuah muzium yang berlantaikan marmar cantik, kelihatan sebuah patung yang begitu indah dan halus ukirannya. Patung itu juga diperbuat daripada marmar. Para pengungjung seluruh dunia memuji kecantikan patung tersebut. Suatu malam, berkatalah lantai marmar kepada patung tersebut..

Lantai: Patung, ini memang tak adil! Mereka datang untuk memijak-mijak badanku dan memuji-muji dirimu. Ini tak adil!

Patung: Sahabatku, masihkah kau ingat kita berasal dari gunung yang sama?

Lantai: Ya! Aku ingat. Sebab itulah aku kata tak adil. Kita datang dari gunung yang sama tapi layanan kita berbeza.

Patung: Kalau begitu, masihkah kau ingat saat seorang pengukir datang untuk mengukir dirimu tetapi kau menolaknya kerana tidak mahu disakiti oleh peralatan yang digunakan?

Lantai: Ya, aku ingat. Tapi aku tak suka lelaki tu. Dia menikam dan mengetuk badanku. Sangat menyakitkan!

Patung: Betul, sebab tu lah dia tak dapat mengukir dirimu.

Lantai: Jadi?

Patung: Apabila pengukir itu kecewa dengan kamu dan dia mula mengukir diriku, aku tahu bahawa aku akan menjadi sesuatu yang berbeza apabila kerjanya selesai kelak. Jadi aku relakan diriku untuk dilakukan apa sahaja olehnya sekalipun seluruh badan aku berasa sakit.

Sahabatku, kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Oleh sebab kamu mengambil keputusan untuk berhenti sekerat jalan, maka janganlah kamu menyalahkan sesiapa yang memijakkan kakinya ke atas badanmu

0 comments:

Followers

Ruang Komen