Kita Memang Sibuk

Solat golongan Sunni

Solat golongan Syiah (Ketika ini ialah rakaat kedua, mereka membaca doa Qunut sebelum rukuk. Solat mereka ialah dengan meluruskan tangan di sisi)


Kita di sini sibuk-sibuk nak mengkafirkan orang lain,

Kita di sini sibuk nak kata "mazhab ni sesat",

Kita di sini sibuk nak tuduh orang ni 'tentera Dajjal"

Kita di sini sibuk memikirkan masalah furu' daripada masalah lain,

Maka jadilah kita seorang yang tak maju-maju. Sini-sini jugaklah nak mengkafirkan orang lain, sedangkan sana-sana sibuk nak menyatupadukan umat Islam,

Dalam masa yang sama musuh-musuh jugaklah di tengah-tengah melagakan umat Islam

"Kita Muslim sibuk membincangkan apakah kita wajar mendekap tangan atau meluruskan tangan ketika bersolat, sedangkan musuh Islam membincangkan bagaimana untuk memotong tangan umat Islam"- Ayatullah Ruhullah Al Mousavi Al Khomeini, pengasas Revolusi Islam Iran 1979

Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Ali, engkau dan syiahmu kembali kepadaku di Al-Haudh dengan rasa puas dan wajah yang putih. Sedangkan musuh-musuh mereka kembali ke Al-Haudh dalam kehausan." (Ibnu Hajar, Ash-Shawaiq Al-Muhriqah, hlm. 66, cet. Al-Maimanah (Mesir); Allamah Shalih At-Turmudzi, Al-Manaqib Al-Murtadhawiyah, hlm. 101, cet. Bombay)




Selamat Hari Lahir Imam Hussein A.S

Selamat Hari Lahir kepada Imam Hussein Bin Ali Bin Abu Talib, putera Fatimah Az-Zahra, cucu kesayangan Rasulullah SAW dan penghulu segala syuhada di syurga.

Lahirmu pada 3 Syaaban dan syahidmu pada 10 Muharram di Karbala.

Sungguh kejam Yazid bin Muawiyah memancung kepalamu.
Darahmu mengalir di tanah Karbala beserta kerabatmu..

Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad.. Wa sallim 'ala Ali, wa Fatimah, Wa Hassan Wa Hussein Wa Ahlul Bayti ajmain





Ayatullah Sayyed Fadlullah

Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan Ahlul Bayt baginda.

Tanggal 4 Julai 2010, dunia Islam telah dikejutkan dengan tokoh spiritual Hizbullah iaitu Sayyed Fadlullah. Dilahirkan dalam keluarga Lubnan di Najaf, Iraq dan mendapat pendidikan di Hauzah Ilmiah di Najaf sebelum berpindah ke Lubnan.

Di Lubnan, beliau banyak meyumbangkan jasanya dalam perkembangan ilmu agama, menyelesaikan masalah berkaitan syariah, menulis puluhan buku dan menubuhkan institusi agama di sana.

Sayyed Fadlullah sedang bersolat meskipun di hospital


Kesihatan beliau semakin merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini akibat pendarahan dalaman yang akhirnya membawa kepada kematiannya 4 Julai yang lalu. Pemergiannya ditangisi oleh segenap umat Islam.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan di Jannatul Firdaus.

Orang ramai mengiringi jenazah beliau


Syeikh Hassan Nasrallah

The Arrival: Satu Bencana Kepada Si Fanatik


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw. Sejahtera ke atas Ali, Fatimah, Hassan, Hussein dan Ahlul Bayt.

Bila saya buka thread The Arrival: Freemason Malaysia di Iluvislam, saya dapat agak respon yang diterima pasti respon positif khususnya bagi para conspirasist yang semakin menular di kalangan umat Islam masa kini


.


Siri dokumentari The Arrival saya tidak nafikan ianya merupakan sesuatu yang baik kerana ia membuatkan umat Islam terfikir dan membuka minda seluas-luasnya mengenai perancangan Yahudi dalam menakluk dunia. Namun, dalam komen-komen positif yang diberikan oleh user saya tertarik dengan komen yang dikutip dari seorang blogger fanatik yang begitu mudahnya mentakfirkan Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad kononnya beliau ialah ahli Freemason hanya kerana gambar beliau membuat isyarat jari lambang syaitan (entah betul ke tak tu lambang syaitan). Hanya kerana gambar itu, begitu mudahnya para fanatical conspirasist mentakfirkan beliau. Nauzubillah!


Saya menonton siri itu, namun saya tidak menerimanya 100% benar. Saya menontonnya hanya sekadar suka-suka dan mencedok ilmu mana yang baik. Saya bukannya peminat konspirasi jauh sekali untuk menerima 100% konspirasi yang disampaikan. Ianya hanya sekadar konspirasi! Bukannya bukti! Untuk apa nak percaya bulat-bulat? Tanya diri kita, siapa sebenarnya yang kita percaya? Petunjuk konspirasi yang entah betul ke tidak ataupun petunjuk wahyu Illahi? Allah swt dah turunkan Al-Quran, Hadis yang disampaikan oleh Rasulullah, dua-dua dah cukup lengkap. Nak apa lagi?


Berikan saya bukti bersumberkan Al-Quran dan Hadis yang menyatakan bahawa segala binaan atau pun simbol –simbol yang berkaitan Yahudi ialah untuk menyambut ketibaan Dajjal?




Berikan saya satu bukti bersumberkan Al-Quran dan Hadis bahawa Dajjal mahir dalam Ilmu Sains seperti mana yang diwar-warkan oleh para conspirasist?




Mungkin nanti ada orang kata “Bukti depan mata, boleh fikir sendiri”. Kalau begitu tiada gunalah Al-Quran diturunkan kalau nak guna logik akal sendiri! Berfikir tu baik tetapi mestilah berlandaskan wahyu bukannya akal semata-mata.



Saya risau bukan kerana apa tetapi risau umat Islam percaya sepenuhnya pada The Arrival sehingga meletakkan Al-Quran dan Sunnah di belakang. Saya risau bila ada antara kita begitu mudah melatah dengan simbol-simbol yang tak jelas. Sebagai contoh, lihat sahaja lah kes logo kasut crocs, clip art dan bermacam-macam lagi kes yang karut. Inilah salah satu kesan pemikiran conspirasist.


Membuatkan umat Islam melatah tak tentu pasal, membuatkan umat Islam prejudis dengan orang lain, membuatkan umat Islam menjadi takut dengan simbol-simbol. Apa benda ni?


Saya tak kata The Arrival salah cuma satu benda yang kita kena ingat ialah jangan terima 100% apa yang disampaikan. Jangan jadi taksub, jangan fanatik sangat.


Seperti kata seorang krew Iluvislam, dalam kita sibuk nak mengkaji pasal Dajjal ni, apa yang kita nak buat kalau berjumpa dia? Nak belanja makan? Nak tembak? Nak ketuk dengan senduk?


Kamu fikirlah sendiri. Cukuplah kita dengan pesanan Rasulullah saw untuk membaca dan mengamalkan 10 ayat terawal (pendapat lain mengatakan 10 ayat terakhir) surah Al-Kahfi.



P/s: Adakah The Arrival juga merupakan satu konspirasi Yahudi? Jeng jeng jeng~




Followers

Ruang Komen