Menonton dokumentari P. Ramlee yang diterbitkan oleh Datin Shuhaimi Baba baru-baru ini mampu menitiskan air mata sesiapa sahaja yang menontonnya. Teknik penyampaian yang digarapkan seolah-olah kita dapat merasai setiap detik bersama Allahyarham P. Ramlee.
Bujang Lapok, Do Re Mi, Anak Bapak antara karya agungnya yang sehingga kini masih lagi menjadi minat masyarakat kita. Menonton filem arahannya membuatkan kita ketawa meskipun filem itu ditonton berkali-kali! Itulah kelebihan filem P. Ramlee yang sehingga kini masih lagi tidak ada penggantinya. P. Ramlee adalah P. Ramlee dan hanya ada satu sahaja P. Ramlee dalam dunia ini, tidak dua dan tidak tiga.
Siapa sangka, insan istimewa ini, yang kita melihatnya di televisyen sebagai seorang pelawak rupanya menderita di saat-saat akhir hidupnya. Menurut Datuk Aziz Sattar yang juga sahabat karib P. Ramlee, Allahyarham hanya makan nasi berlaukkan telur goreng pada akhir hayatnya kerana kekurangan wang.
Kemunculan filem hindustan menyebabkan filemnya tidak lagi diminati. Ditambah lagi dengan lagu-lagu Inggeris seperti The Beetles telah menenggelamkan karya-karyanya. Lagu dan filemnya tidak lagi diminati. Pihak syarikat rakaman menghentikan penghasilan filem dan lagu beliau. Tindakan itu membuatkan P. Ramlee tertekan dan stress.
Menurut anaknya, Nasir (meninggal dunia tahun 2008), P. Ramlee pernah berhajat untuk pergi ke Mekah bersama Saloma. Namun, cita-cita itu tidak tercapai berikutan krisis kewangan yang dihadapi. Sungguh banyak dugaan yang P. Ramlee hadapi.Namun, itulah P. Ramlee. Seorang lelaki yang berusaha menyorokkan kesusahan dirinya di hadapan rakan-rakannya.
Menurut kakak iparnya, Mariani, pernah satu ketika seseorang datang kepada P. Ramlee dan meminta wang untuk pulang ke kampung. Lantas
P. Ramlee mengeluarkan kesemua wang yang ada dalam poketnya dan memberikan pada orang tersebut. Tindakan beliau mengejutkan Saloma yang berada di sisinya. Namun P. Ramlee mengatakan "biarlah, itu rezekinya". Sungguh P. Ramlee seorang yang pemurah. Semoga Allah membalas segala kebaikannya.
Jenazah P. Ramlee diangkat
Tanggal 29 Mei 1973 seawal waktu subuh, P. Ramlee menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana serangan jantung. Beliau meninggal dunia dalam usia yang muda semuda 44 tahun.
Nota: Pada tahun 1990, Yang Dipertuan Agung ketika itu telah menganugerahkan gelaran Tan Sri kepada P. Ramlee namun usaha itu terlambat. P. Ramlee sudah pun kembali ke rahmatullah. Andai beliau masih ada, beliaulah antara orang yang paling gembira setelah beliau disisihkan oleh media dan 'mereka2' yang mengaku sebagai 'kawan'.
Saloma pernah berkata "tidak mungkin akan ada seorang suami yang sebaik P. Ramlee"
P. Ramlee pernah berkata "walaupun aku mati nanti, tetapi aku akan hidup 1000 tahun lagi"
P. Ramlee, kau adalah lagenda filem Melayu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Al-Fatihah
P/s:: Sesiapa yang nak download dokumentari P. Ramlee, sila tekan SINI
0 comments:
Post a Comment