"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!" lantang suara ustaz muda berkopiah putih ini melaungkan salam kepada hampir 40 orang jemaah masjid.
"Waalaikumsalam warahmatullah!" balas jemaah dengan suara yang bergema.
"Terima kasih ana ucapkan pada ahli jawatankuasa kampung dan jemaah sekalian kerana sudi jemput ana pada malam ini untuk berkongsi sedikit ilmu dengan antum sekalian. Pertama sekali kita hendaklah bertakwa kepada Allah dan mengikut segala risalah yang Allah turunkan kepada kita menerusi junjungan mulia SAW.
Pada malam ini, ana akan berkongsi sedikit dengan antum semua mengenai keadaan umat Islam sekarang. Sepertimana yang kita tahu, umat Islam walaupun ramai, kita berada dalam keadaan lemah tak bermaya. Umat Islam ditindas di serata dunia. Di Kashmir, umat Islam dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Di Palestin, umat Islam dibunuh tentera jahanam Israel. Di merata tempat, pasti ada umat Islam yang tertindas,"ceramah ustaz muda ini.
Kelihatan jemaah semakin galak mendengar ceramah yang bersemangat ini. Dua tiga orang tua yang tadinya menguap-nguap mula tersentak dengan semangat ustaz muda ini.
"Rasulullah pernah bersabda bahawa pada akhir zaman, umat Islam bagaikan buih di lautan. Jumlahnya banyak tapi tidak berupaya melakukan apa-apa. Kita tidak berupaya bangun menentang musuh. Di Turki, pemerintahnya Abdullah Gul pernah majlisnya di boikot kerana isterinya memakai tudung (SINI)! Di Palestin, Mahmoud Abbas masih lagi ingin menandatangani perjanjian damai dengan Israel meskipun dia mengetahui bahawa Israel hanya mampu ditumbangkan dengan darah! Itu hakikat tuan-tuan sekalian. Itu hakikat. Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa kita umat Islam adalah umat yang lemah!
Sampai bila kita ingin terus bersembunyi di sebalik selimut? Sampai bila kita ingin dihina seperti anjing? Bangkitlah umat Islam, bangkitlah! Lupakah kita pada *Salahuddin Al-Ayubi? Lupakah kita pada **Muhammad AL-Fateh? Lupakah pada sosok tubuh yang pernah menggegarkan dunia ini suatu ketika dahulu?!
Seorang remaja bertanya, "Apa yang kita harus lakukan ustaz?"
"Dalam situasi umat Islam sekarang, kita sebenarnya memerlukan satu anjakan paradigma. Kita perlu mengubah dunia. Jika sekarang Amerika menjadi tuan kita, Insya Allah suatu hari nanti, Amerika menjadi hamba kita pula. Bersatulah kita untuk menghadapi umat Islam. Hiraukan perkara furu', kita wajib bersatu kerana kesatuanlah yang sangat ditakuti oleh musuh-musuh Islam", jawab ustaz tersebut sambil tersenyum.
Seorang anak muda mencelah, "ustaz, saya selalu tengok di TV pasal kemajuan teknologi perang negara Iran. Kenapa kita tak ambik jer teknologi diorang?"
"Mereka (Iran) tu kafir & sesat,"kata ustaz muda itu sambil tersenyum sinis.
*Info Salahuddin @ Saladin : SINI
**Info Muhammad Al-Fateh : SINI
"Tahniah Ustaz"
Posted by
Ninja Jepang
Thursday, November 11, 2010
0 comments:
Post a Comment