Betul Ke Aku Cinta Dia?

Cinta, cinta, cinta. Perkataan ini saya dah selalu nampak di news feed Facebook. Perkataan "I love u", "Imy" dan sebagainya memang dah tak lekang dari masyarakat kita (baca: Melayu). Orang kita memang hebat, ada yang namanya Karim tetapi perangai bagaikan Brad Pitt hingga ada yang bercium-ciuman di khalayak ramai. "New York" katanya.

Kadang-kadang saya tertanya-tanya, tidak adakah kepentingan lain yang lebih penting dari cinta? Maksud saya bukannya hendak menghapuskan cinta, tetapi seolah-olah cinta itu merupakan perkara pertama dalam masyarakat kita. Saya faham, cinta itu fitrah. Tetapi apakah cinta itu harus dijulang setingginya mengalahkan cinta kita pada agama?

Hierarki cinta itu hakikatnya mestilah Allah di ranking teratas. Tidak boleh kedua dan ketiga apatah lagi meletakkan Allah di tempat selepas girlfriend/boyfriend. Bagi saya ianya merupakan satu penghinaan kepada Allah swt kerana tidak meletakkan Allah sebagai cinta yang paling agung.

Pernah saya terfikir, bagaimanakah masyarakat kita (termasuk saya) mencintai Allah swt dengan sebenar-benar cinta? Apabila saya melihat orang ramai bersolat jemaah di masjid, berpuasa dan sebagainya, saya terfikir apakah Islam itu hanya sekadar solat, puasa dan lain-lain? Adakah melakukan perkara itu sudah melayakkan kita untuk digelar 'pencinta Allah'? Saya percaya ia sepatutnya lebih dari itu!

Kalau cinta kita kepada manusia hingga sanggup 'mati kerana BF/GF'', kenapa tidak kita melakukan perkara yang sama dalam hal cinta kepada Allah swt? Jika ditanya, berapa ramai yang sanggup untuk turun berjihad ke medan perang, saya percaya ramai yang akan mengangkat tangan. Malangnya kita tak boleh berharap sangat sebab nak menderma RM10 kepada tabung amal pun kita acuh tak acuh nak keluarkan duit dari dompet!

Itulah hakikat yang kita susah nak terima. Umat Melayu dah tenggelam dalam keseronokan dunia palsu ciptaan sendiri. Agama yang dah semakin tenat ditambah pula dengan ulama berhati syaitan yang meniupkan api fitnah terhadap ikhwan Sunni dan ikhwan Syiah pun orang masih jugak tak sedar-sedar. 

Ahmadinejad dan Ismail Haniyeh (HAMAS)

"Dunia ialah penjara orang yang beriman, sabar ialah kubunya dan syurga ialah tempat tinggalnya. Dunia ialah syurga bagi orang kafir, kubur ialah penjaranya dan neraka ialah tempat tinggalnya" 
(Imam Jaafar As-Sadiq)

Followers

Ruang Komen