Video 'Saya Gay, Saya Ok' sudah mula tersebar ke Facebook dan Youtube (khususnya). Tak dinafikan video ni agak panas, malah komen-komen juga amat panas sehingga ada yang menghukum 'ni konfem masuk neraka'.
Alangkah mudahnya kita menghukum. Adakah dengan menghukum, kita sudah dijamin syurga? Bak kata seorang sahabat, pendakyahraya nama samarannya "melempar tahi ke muka orang lain tidak akan membuatkan kita masuk ke syurga". Lantas apakah sikap kita terhadap mereka-mereka yang gay ini? Antara sikap kita yang mendapat tempat pertama ialah 'menghukum mereka dengan 'fatwa' kita".
Gay (merujuk kepada homoseksual bukan gembira/ceria) sudah pasti bukanlah satu sikap yang baik malah perlakuan ini bertentangan dengan fitrah manusia. Apa yang menjadi masalah ialah, adakah kerana mereka gay, maka mereka wajar dihukum dengan 'fatwa' kita? Mencaci maki mereka? Adakah mencaci mereka menyebabkan mereka berubah? Adakah dengan 'fatwa' kita, mereka akan berubah menjadi manusia normal? Boleh sesiapa tolong jawabkan untuk saya?
0 comments:
Post a Comment