"Gejala berpegang tangan, bercouple, berpasangan semua itu datangnya dari Yahudi"
Petikan daripada isi khutbah Jumaat hari ni. Nama khatib tidak diketahui tapi mungkin orang luar.
----------
Kesian Yahudi. Asal ada salah sikit, Yahudi jugak jadi kambing hitam. Ni aku tengah bela Yahudi, lepas ni mesti ada yang kata aku agen Yahudi (biasalah, masyarakat kita sensitif sikit dengan perkataan Yahudi).
Kalau betul pun budaya-budaya tu dari Yahudi, kenapa mesti menyalahkan Yahudi 100%? Kenapa tak salahkan diri kita yang kurang berpegang kepada ajaran agama? Seolah-olah semua kesalahan yang kita buat (berpegang tangan, berzina etc), semuanya nak diletakkan di bahu Yahudi.
Mungkin nanti bila kita ditanya di depan Allah di akhirat
"Kenapa kamu berpegang tangan padahal kamu belum berkahwin?"
Mungkin jawapan kita ialah "semua salah Yahudi".
Agak-agak Allah boleh terima ke tak jawapan kita? Fikirlah sendiri.
P/s: Post kali ni tidak berkaitan dengan isi khutbah jumaat. Petikan isi khutbah sengaja diletakkan sebagai pembuka kata.
2 comments:
assalamualaikum.
itulah manusia, suka mencari kesalahan orang. diri sendiri yang salah, tunding jari ke arah musuh.
mungkin yahudi ada cara yang halus untuk menyesatkan umat Islam. tapi fikir lah, apa guna Allah berikan akal, jika tidak pandai membezakan baik dan buruk.
btw,
aku suka dengan cara penulisan kau.
teruskan menulis. :D
Waalaikumsalam. . .
Kita boleh beralasan macam2.
Couple = agenda Yahudi
Kasut crocs ada tulis Allah = agenda Yahudi
Tak pergi kelas = agenda Yahudi
Facebook = agenda Yahudi
Semua ni alasan typical untuk lepaskan diri dari mengaku kesilapan diri.
Demi menyelamatkan diri, segala bagai jadi kambing hitam, akal yg ada letak di kaki.
Terima kasih.
:D
Post a Comment