Setiap apa yang kita lalui semalam, hari ini esok dan hari hari yang bakal ditempuhi adalah sumber ilmu. Ilmu itu luas. Tidak hanya terbatas kepada buku ataupun nota. Ilmu itu wujud dalam pelbagai cara sama ada secara lisan, bertulis dan sebagainya. 

Mengapa Allah swt dalam kitabNya menyeru kepada manusia untuk memerhatikan alam (Al Baqarah ayat 164)? Ianya bertujuan untuk kita mengambil iktibar dan memerhatikan kebesaranNya. 

Pakai Tudung Tapi Tak Tutup Aurat

Sebenarnya begitu ramai kaum hawa muslimat yang memakai tudung tetapi tidak menutup aurat. Gejala ini membuktikan apa? Ia membuktikan bahawa umat Islam, kaum hawa khususnya masih lagi belum mencapai kefahaman tentang apa yang dinamakan sebagai aurat. 


Bertudung dan menyanyi - menjadi satu trend artis masa kini. Tidak perlu disebutkan namanya kerana ini teguran yang bersifat umum. 

Dalam buku Untukmu Umat tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, beliau mengatakan bahawa tidak ada nasyid bagi perempuan. 

Ini menunjukkan bahawa walaupun perempuan itu berniat baik (dalam kes ini, bernasyid), mereka masih lagi tertakluk kepada hukum halal dan haram. Suara perempuan adalah aurat dan bidang nyanyian memerlukan suara dilontarkan kepada pendengar. Jika bernyanyi di bilik dan pendengarnya adalah dinding dan katil, maka tidak mengapa.

Rata-rata kaum hawa yang saya temui di universiti saya, kebanyakannya bertudung tetapi berseluar ketat hingga menampakkan bentuk kaki. Fesyen sebegini sudah tentu menyimpang dari ajaran Islam.  

"Pakai tudung pun still kena rogol."

Sedangkan di dalam Al-Quran, Allah swt menjelaskan bahawa perempuan yang bertudung tidak akan diganggu (rujuk ayat 59 Surah Al-Ahzab)?

Saya hanya mampu berkata mungkin tafsiran 'bertudung' itu silap. Yakni bertudung tetapi aurat yang lain terdedah secara tidak sengaja. Tafsiran bertudung itu tidak semestinya hanya menutup rambut. Ianya satu pakej lengkap dengan batasan aurat yang lain. 

Fikirkanlah sendiri. 

Wassalam

Serangkap Kata Valentines' Day

gambar hiasan


Seperti kebiasaan ustaz dan ustazah, apabila tiba 14 Februari atau lebih femes dipanggil Valentines' Day atau Hari Kekasih, sebilangan ustaz-ustazah akan mula berceramah kepada umat kononnya Hari Kekasih menerapkan unsur-unsur agama Kristian. Apa ada pada Hari Kekasih? Bercumbu-cumbuan, berpeluk sakan, bergelimpangan di ranjang tanpa ikatan yang sah, mungkin inilah yang dikatakan Hari Kekasih. Ironinya 'pengisian' Hari Kekasih ini disandarkan kepada agama Kristian. Sudah tentulah ianya akan mengundang kemarahan penganut Kristian. Perkara dosa disandarkan kepada agama mereka. Kita sendiri pun akan meloncat marah bila agama kita disandarkan kepada pengganas dan penyembelih umat lain.

Pernah ada satu page di Facebook yang dibuat oleh penganut Kristian yang mendesak seorang ustazah untuk menarik balik kata-katanya dan meminta maaf kepada penganut Kristian berikutan tuduhannya mengenai Hari Kekasih yang disandarkan kepada agama mereka. Saya bersetuju dengan mereka. Yang menakjubkan, umat Islam pulak yang terloncat sampai terlondeh seluar kononnya page itu dibuat untuk memprovokasi agama Islam. Padahal ustazah 'kita' tu yang menfitnah agama orang lain. Seperti biasa, minda masyarakat Melayu. Bila Islam dihina penganut agama lain, laju sahaja seruan jihad kedengaran. Walhal, anak sendiri berzina depan mata, didiamkan. Itulah minda orang Melayu.

Berbalik pada persoalan asal. Sebenarnya maksiat itu di mana-mana dan tak kira masa. Tidak semestinya ada hari-hari tertentu untuk bermaksiat. Sambutan Tahun Baru, Hari Merdeka hatta hari-hari lain juga berpotensi untuk dijadikan hari maksiat. Mungkin Hari Kekasih istimewa sedikit. Hari orang ramai yang tewas dengan nafsu menjadikannya hari yang bebas dosa untuk bermaksiat ataupun hari yang dihalalkan untuk berpegang dan bercumbuan dengan awek atau pakwe. Inilah yang sebenarnya kita perlu terangkan. Terangkan apa itu halal dan haram kerana boleh jadi ada yang jahil. Kalau nak mencegah, cegahlah dengan berhemah dan berilmiah. Bukannya dengan mengkambing-hitamkan agama lain.

Ranting pokok kalau dipotong akan tumbuh balik.
Sama juga dengan hal ni. Bila ada Hari Kekasih barulah sibuk-sibuk nak cegah. Langkah pencegahan pulak tak berapa nak efektif sebab kita hanya potong ranting, akarnya masih lagi bertunjang kuat. Nak cegah maksiat, kita tangkap si pembuat maksiat tapi rumah maksiat tak disita atau ditutup. Nak elak kondom bersepah atas jalan raya masa malam tahun baru tapi konsert-konsert bebas pulak untuk berdongdang sayang. Di mana silapnya? Jawab sendiri.

Link berkaitan : Hari Suami Isteri (Ini baru halalan toyyiba) :)
Link berkaitan : Valentines' Day is not Christian

Bye.

Hamba Noob Politikus Berleter

Hamba Noob Politikus Berleter




Ada pun diri hamba ini tidaklah suka masuk ke akademi politik tanah air. Professor akademi politik mungkin lebih berilmu dalam menceburi bidang ni tapi tidak hamba yang masih fresh ni. Hamba kan noob plus hamba takut nanti hamba akan bertuhankan emosi kalau hamba terjah dalam bidang ni sekarang. 

Di news feed FB hamba bukan main ada dua tiga orang pelajar akademi politik tanah air ni menyumpah seranah lawan politiknya atas nama keadilan sejagat. Wah sukanya dia menyumpah lawannya lepas tu ada la beberapa penyokong lain sokong tindakan dia sambil gelak-gelak.

“Kejadahnya mamat ni gelak?” hamba terpikir dalam kepala hotak aku. Tang mana lawaknya? Tang dia menyumpah kew? Lawak kew? Hamba geleng kepala. Pening lalat dengan jenis pemikiran macam ni. Sumpah seranah dikira lawak. Ada kew patut?

Mamat ni pelajar akademi politik mahasiswa universiti. Ohh patutlah semangat semacam jeww. Semangat berkobar-kobar nih dalam jiwa. Lautan peluru sanggup aku renangi. Mungkin tu lah kot falsapah perjuangan dia ni. Yelah, dengan gaya dia yang berani semacam. 

Bagi hamba antara berani dan bodoh tu ada garisan halus yang memisahkan. Kalau terlajak sikit dengan perkadaran sebijik kentut, mungkin orang tu boleh masuk ke bulatan bodoh ataupun ke bulatan berani.
Hamba bukan apa, hamba takut kesannya pada pelajar akademi tu jeww. Hamba takut pengajian dia terjejas dengan segala jenis demo yang dia join. Yelah bagi dia mungkin mahasiswa kejenyew bukan setakat belajar jeww. Katanya kena bukak minda lawan kezaliman. Yelah kot. Hamba tak tau. Hamba kan noob.

Hamba hormat kalau nak berpolitik sakan. Tapi janganlah kita condemn mahasiswa yang tak nak join demo. Jangan leww kita kata mahasiswa yang tak join demo tu penakut, bacul dan sebagainya. Siapa kita nak kata macam tew? Mana tau mahasiswa lain ada kerja kew, assignment kew, diskusi kew. Hidup kita ni jangan nak menghukum orang jew. Rasional la sikit. 

Perjuangan ni luas jalannyew. Bukan setakat demo. Banyak lagi jalan lain. Ada yang suka kalau habiskan study dulu, dapat kerja baru guna ilmu yang kita ada untuk berjuang. Ni konsep yang hamba yang noob ni pegang. Ada yang kata 

“Ehh tak boleh. Perjuangan kena start sekarang”. 

Okelah. Ikut kamu lah macam mana pun. 

Hamba rasa kenapa hamba tercongok di universiti ni pun dah kira jihad. Tak semestinyeww berdemo baru dikira jihad. Penat lelah hamba stay up main FB study pun kira jihad jugak. Jihad menuntut ilmu, kan ustaz? Hamba rasa je lah. Hamba kan noob. 

Pokoknya satu jew. Kamu buat cara kamu dan hamba buat cara hamba. Kamu hormat cara hamba, nanti hamba pun hormat cara kamu. Itu jeww. 

Malaslah hamba nak berleter panjang macam mak datin kerepot keropok ikan. Nanti hamba pulak dituduh membebel tapi perjuangan diabaikan. 

Dah lah. 

Bye.

Followers

Ruang Komen